3 Februari 2025.
Jam 9.30 pagi.
Aku masih ingat detik itu. Aku sedang duduk dalam kelas revision terakhir di ILKKM Johor. Esoknya aku ada final exam Semester 1.
Telefon aku bergetar (vibrate) .
Nombor tak dikenali.
Berkali-kali. Hampir 8 kali.
Aku biarkan.
Silent mode. Aku tengah bincang soalan dengan Puan Hamidah dan kawan-kawan.
Kami masa tu sorang2 kena baca soalan dan jawapan untuk revision MCQ , turn aku dah xlama lagi .
Lepas habis je turn aku baca soalan dan jawapan
aku keluar sekejap ke tandas, baru aku tekan jawab.
Dan saat itu… dunia aku runtuh.
“Aizat accident dekat tol Jalan Duta. Kepala dia berdarah banyak. Ambulans dah datang.”
Kawan Aizat yang cakap.
Aku terdiam. Nafas aku tersekat. Air mata terus jatuh.
Aku tak sempat dengar suara Aizat. Dia dah dibawa ambulans ke Hospital Sungai Buloh.
Aku call mama.
Suara aku bergetar.
“Mama… Aizat accident. Sekarang dekat ED Sungai Buloh.”
Mama diam. Aku pun diam.
Kami berdua terkejut, tak tahu nak kata apa.
Aku masuk balik kelas. Badan aku menggigil.
Aku bisik pada Aina dan Sarah, “Suami aku accident.”
Mereka pandang aku, terkejut.
Puan Hamidah dan kawan kawan terus tenangkan aku.
Kawan-kawan lain sibuk hubungi kenalan masing-masing di ED Hosp Sg Buloh , nak tahu keadaan Aizat.
Tak lama lepas tu, berita datang.
Sampai saja di ED, Aizat GCS 5/15.
Doktor terus Intubate untuk Airway protection.
Waktu ni Aizat dah ada Vasopressor , Iv Noradrenaline untuk support tekanan darah dia
Sekarang tengah tunggu untuk buat semua radiologi scan for TBI
Keaadan dia sekarang kritikal di zon merah ED Hospital Sungai Buloh
Aku rasa lumpuh. Kepala aku kosong.
Aku fikir exam esok. Aku fikir suami aku tengah bertarung nyawa.
Puan Hamidah cakap,
“Tak apa. Family nombor satu. Awak balik sekarang. Exam kita uruskan.”
Aku hanya angguk. Air mata jatuh lagi.
Aku balik rumah sewa, capai barang.
Nadia tolong hantar aku ke Larkin Sentral.
Bas paling awal 12.30 tengah hari.
Dekat terminal… aku menangis. Tak berhenti. Orang lalu lalang, aku tak peduli.
Dalam bas, sekitar pukul 3pm , Doktor Neuro call.
Suara dia jelas dan serius, “Puan, Suami puan kena operate Craniectomy segera. Kalau tidak, nyawa dia dalam bahaya.”
Masa tu aku rasa lutut aku longgar.
Air mata aku jatuh tanpa henti.
Tapi aku tahu, aku kena kuat.
Aku cakap… buatlah apa saja untuk selamatkan dia.
Consent operate dan consent blood tranfusion aku bagi melalui telefon.
Cu yang ada di ED, dia tandatangan bagi pihak aku.
Jam 6 petang aku sampai TBS.
Wan dan Sue tunggu aku. Mereka terus bawa aku ke Hospital Sungai Buloh.
Di sana, aku jumpa Mama, Ayah, Amsyar, Ayra.
Kami sama-sama baru sampai dari arah berbeza.
Aku peluk mama.
Aku menangis macam anak kecil.
Tak ada perkataan keluar. Hanya tangisan.
Aizat masih dalam operation room.
Aku tunggu dengan Cu di luar pintu.
Jam bergerak perlahan. Setiap minit macam sejam.
Pukul 11.30pm akhirnya pembedahan selesai.
Aku nampak katil dia ditolak keluar, masuk ke ICU East.
Atas katil dia penuh dengan infusion pump dan tergantung ongoing blood tranfusion , Ya Allah.. seriusnyaa.
Tapi aku tak dibenarkan masuk.
Guard ICU cakap tunggu sejam. Nurse nak kemas dan setelkan apa yg patut dulu.
Pukul 1am 4/2/2025 .
Akhirnya aku dibenarkan masuk. Aizat diletakkan di katil 8 . Feveret number aku . katil dia di depan kaunter jururawat
Ya Allah…
Aku lihat wajah dia. Masih sama. Sama macam hari terakhir dia hantar aku ke Melaka Sentral, 2 Febuari. Kami baru habiskan hujung minggu bersama di Melaka. Dia peluk aku, dia senyum.
Dan malam itu… wajah sama, tapi terbaring.
Dengan tiub. Dengan mesin. Dengan balutan.
tiada luka teruk, ada calar sikit je dekat bahu
takda patah , takda diagnosis lain selain TBI .
Aizat clean je kalau tengok , mcm x kebiasaan org exsident severe tbi cuma kepala dia yg terkesan .
Dia intubated.
Sedated dengan midazolam, morphine.
Propofol.BP support dengan IV Noradrenaline.
Kepala penuh balutan. Ada EVD Drain dan ICP monitoring dekat monitor .
Ini kali pertama aku tengok ICP monitoring , sem 2 nanti aku akan belajar subjek neurologi sebab ni core subjek ADIC yang aku ambik .
Bacaan ICP dia masa tu 20mmHg .
Matanya tak sama besar — kanan 5mm, kiri 3mm.
Aku genggam tangan dia. Masih hangat.
Aku menangis.
Diagnosis dia Severe Traumatic Brain Injury (TBI ) Frontotemporal subdural hematoma (SDH) due to (MVA, superbike vs Hilux).
Operation : Right Decompressive Craniectomy dengan Clot Evacuation + EVD insertion (3/2/2025).
Doktor Anesth tunjuk result CT brain dia kat aku malam tu . Pendarahan kritikal ketika itu Doktor Neurosurgeon dah secure, now lepas operation kita Cerebral resus dulu then baru kita tengok what next plan . Keadaan dia kritikal tapi masih stabil setakat ini . Anesth takda explain banyak sbb bahagian dia aku faham .
Aku nak jumpa Doktor Neurosurgeon tapi waktu tu Doktor x available , ada ongoing OT lain .
Nurse ICU datang, bagi orentasi wad , hulur borang borang ICU consent.
banyak borang ICU mereka . ICU aku kerja x macam ni . mereka mmg detail .
Dia terangkan barang-barang yang perlu aku bawa esok.
Aku tandatangan, tapi tangan aku menggigil.
Aku hanya sempat duduk 30 minit.
Lepas tu Nurse minta aku keluar. Waktu melawat dah habis.
Aku ikut Zul dan Sue balik rumah di Keramat Permai.
Sampai hampir pukul 3.30 pagi.
Malam tu aku baring… dengan mata penuh air mata.
Hati aku penuh ketakutan.
Final exam esok , Puan Hamidah dah uruskan semua , dengan masa dan keadaan aku sekarang aku dah tak mampu nak balik JB masa tu.
Puan bagi aku extend first paper final exam aku 4 Febuari 2025 . Aku ada alasan yg kukuh .
Puan Hamidah suruh aku balik ILKKM Johor hari ni (4/2/2025) , dan seat day 2 final exam 5/2/2025 di ILKKMJB .
Aku akur . berakhirlah hari ini . Terima kasih dekat Puan Hamidah , dia yg setelkan semua urusan black and white kolej & exam aku , syukur sangat aku dapat penyelaras yg fast respon dan profesional. Jika aku x seat exam tanpa alasan yg kukuh aku dikira gagal dan kena bayar pampasan tau dkt kkm, sebab kami belajar di bawah tajaan kkm. Ini bukan perkara yg boleh dibuat main. Waktu mcm ni kita hanya berdoa kita jumpa org yg tepat sahaja yg boleh tolong kita , dan syukurlah mmg aku bersama org yg tepat.
ambik PB adalah impian aku
tak sangka aku x seat 1st paper final exam
semua dah ready tapi x dpt perform
Allah lebih tahu .
dan , sekarang
jiwa aku kosong .
Hari itu. 3 Februari 2025.
Hari paling gelap dalam hidup aku.
Hari yang merubah segalanya.
to be continue.. sambil lap air mata .


No comments:
Post a Comment
Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo