"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Friday, December 6, 2013

My Konvokesyen Diary

Alhamdullilah ,
Syukur .. dengan ini, aku korie @ korieleehyukjae yg perasan korea sgt nie nk bagitau satu dunia yg aku dah konvo.. oh ye ..yepiii ;).
Pada 30/11/2013 yang lepas berlangsungnya majlis konvokesyen di KSKB Sultan Azlan Shah @ kskb ulu kinta dimana aku telah berjaya menghadiri majlis tersebut setelah sister aku memberi aku cuti selama 6 hari . 6 hari beb !  . hehe . thank bangat sister. xsangka dapat cuti selama 6 hari walaupun 6 hari ni termasuk dengan cuti CR (cuti rehat) aku T_T.

Sebenarnya . aku syukur sangat sebab aku dah berada di tahap ini , semua ini atas jasa baik pengajar aku yg xpernah lekang mencurah ilmu kepada aku .Mak & Ayah yg support aku untuk jadi nurse . pengorbanan diorang terbalas dengan apa yg aku capai sekarang . aku mungkin xsehebat insan lain tapi aku mampu untuk buat mereka tersenyum bila nama aku dipanggil untuk mengambil segulung diploma kejururawatan di pesta konvo #pon boley . Aku sendiri pun xsangka yang aku da habis belajar di kolej ,aku rasa macam ajaib je aku dah memegang sijil diploma dan dah bertugas sebagai jururawat di ED selama dua bulan setengah . adakah ini mimpi yg hanya di bumi?. aku rasa aku ni mcm bebudak lagi , xcukup lagi nak main kat luar dah kena bertugas sebagai staf nurse .. kan*  but well . ini kenyataan.. aku mungkin bermimpi di alam lain tapi kenyataannya aku adalah staf nurse .


Masa baru-baru masuk kerja di ED , aku banyak stress jea. aku rasa aku hari-hari nangis lepas balik kerja sebab  aku rasa kerja di ED penat sesangat, nak buat apa pun xsempat.. Lepas tu aku asyik kena marah je dengan mereka-mereka* , ada je yang salah dimata diorang tapi hakikatnya memang aku yg salah mungkin? . grrr. xlarat da nak cerita pasal kerja kat ED. semuanya dah tercatit dalam diari sebelum ni.. sampaikan sekarang aku da malas nak ambik kisah, biarlah diorang nak marah-marah janji aku tahu apa yang aku buat, aku mungkin siapa nak dibandingkan dengan mereka yang dah lama berkerja.. so as a superb junior , kenalah dengar kata-kata yg seniors right?. so? terimalah hakikat . semuanya akan berubah bila tiba masanya. sampai bila diorang nak marah marah kan? dan aku xdalah bengap sangat nak buat kesalahan yg sama kan?# hewhew .


Masuk bab konvo , cuti 6 hari , berehat sekejaplah kat rumah untuk beberapa hari.. memang rest tahap gaban la kat rumah .. rasa heaven giler , rasa mcm aku dah kembali ke kehidupan normal aku seperti zaman dahulu kala .. lps tu , masa konvo hari tu , aku dapat jumpa balik dengan member-member kolej JP2/2010 , rinduuuuu  sesangat . rasa mcm student balik bila jumpa diorang  :') .Rindu zaman kolej dulu .zaman kita bersatu sebagai JP 2/2010 . sekarang semua dah bawa diri masing-masing . semua dah berkerja dan yang dah preggy pun ramai :) .

mak dan bapak aku , aku paksa bapak aku belikan bunga unt aku. hewhew . xdalah . dia belikan tanpa aku suruh tau .


bapak tanya~bila nak snap lg satu ni?! hewhew


member seperjuangan yg sama-sama grad*











Oh~ Penampilan terbaru ~ aku pergi kerja pakai spek ~ biar nampak nerd sikit ! ahak~








With my pengarah kolej , ohhh.. rindu pulak nak kena denda dengan madam besar ~ teringat masa belajar . aku ni memang kena aim je dalam kelas .

So bagi korang yang sedang belajar lagi tu , silalah hargai masa student anda sebab bila dah start berkerja nanti semuanya akan berubah , fasa kehidupan kita akan berubah 360 darjah . so enjoy la puas-puas masa student ni. Masa aku jadi student dulu , aku rasa xsabar sangat nak berkerja sebab bosan sangat dah jadi student ni , duit poket berapa je dapat , rasa mcm xsabar nak dapat gaji bila dah kerja nanti . TApi , bila tiba masanya nanti , anda sudah berkerja anda fahamlah apa yang aku maksudkan .. ada pro and contra . hidup ini penuh dengan cabaran dan kejutan so kita kena ready dengan segala macam aspek . faham? . aku mungkin terlalu muda untuk cukup memahami alam perkerjaan ini tapi aku akan cuba untuk terus memahami perubahan dalam kehidupan aku ini .

Secara jujur , aku sendiri yang mintak ED masa permohonan dahulu , sebab aku rasa ED lah tempat yang paling sesuai untuk aku sebab aku ada minat dengan benda benda yg melibatkan cemas* dan ianya mencabar , dan bila aku berkerja di ED , semakin hari semakin buat aku fikir kenapa aku mintax ED? . Well , seriusly , sometime aku rasa best sgt , sometime aku rasa down sgt keja kat situ , but yeah.. dah 2 bulan setengah pun aku berkerja di ED ,boleh lagi survive. Alhamdullilah la , so aku da malas nak fikir banyak , mungkin ini memang yang terbaik buat aku , so aku terima je . lagipun sekarang ni hati ni dah pandai berbunga-bunga bila masuk kerja. kenapa ntah? .

hehe ..

c ya nanti ..


Dalam hidup ni kita jangan expect tinggi sgt tentang sesuatu perkara , layan je apa yang ada depan mata . live your life la beb ! gua dah malas nak ambik pedulik pasal orang lain ~ janji kau xkacau hidup gua sudah .


ED = Emergency Department

Tuesday, October 29, 2013

Kenapa gua suka PG !



Well , dalam hidup kalau xda member baik , memang ko xlayak jdi manusia plg bahagia? boleh cm gitu. heh#?. dia member baik aku , see. aku dan dia habis studi sama-sama as a nurse. dulu masa belajar dia di JB aku di Alor Setar . sekarang da kerja , aku di hospital Ampang dia di hospital Penang . Ingtkn bila da start keja ni dah xda masa nak lepak+ suka sama-sama . sekali, xsangka plak dapat cuti pada tarikh yg sama . jodoh friendship lah eh?. untunglah. syukur . kita ada jodoh dalam friendship neh ;) . even cuti xpanjang , tapi aku dapat gunakan dengan puas hati .. puas giler-giler , hilang rindu nak tidur atas katil yg empuk lg sedap nk guling guling sorang-sorang kt rumah ..pastu dekat rumahlah aku baru dapat tengok tv yg gila otai lama aku xmenatap ,sejak masuk kerja ni. yeala , rumah sewa aku ada apa jer weh . selagi gaji xmasuk selagi tulah aku sentap sorang2 bila semua org tgh syok layan drama I love you Mr.Arrogant! aku laguk dinding rumah jer sebab xda tb kat rumah . so korang kena bykkan bersyukur kalau korang ada tb kat rumah . aku xda tb kat rumah . sedeyyy T_T ,  ERhh . mls nak celoteh panjang , aku nak pergi mengemas nak balik ke'el esok , lusa da kerja balik .
.Ambik gmbor camgini Ini adalah slh satu cara terbaik aku untuk hilangkan stress kerja meh . 
 have fun .

Penang Hill / Bukit Bendera /Penang .






















































All thank to Hani

Nanti kau turun Ke'eL aku bawak kau jalan-jalan pulak yea .

Kenapa gua suka PG?
Sebab PG tu Penang !Penang tu , tempat lahir gua .

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !