"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Wednesday, July 13, 2016

Aidilfitri 2016 di Intensive Care Unit ( ICU )

Assalamualaikum ,

Salam Aidilfiri , Mintak ampun dan maaf jika tersalah yer .


Hari ini dah masuk hari yang kelapan hari raya aidiltfitri , dan aku hari raya kelapan inilah aku baru ada masa nak menaip blog, baru ada masa nak coret jiwa  hari hari sebagai seorang perantauan di tanah air sendiri . klise kan.

Tahun ni aku tak dapat cuti raya , sama juga macam tahun lepas pun aku tak dapat cuti raya , orang lain selang setahun dapat cuti raya tapi tak tahu kenapa istimewanya aku sampai kena kerja dua tahun berturut pada hari raya ni dan next year baru aku dapat cuti raya . masa dengar takbir raya pertama pada malam raya  tu ,  laju jer airmata mengalir . lepas tu rasa nak boikot jer semua lagu raya sebab nanti dengar lagi sedih. SOBSOSBSOB.

Sedih . siapa kata tak sedih . masa hari rayalah hari dimana kau adik beradik sepupu sepapat berjumpa setelah sekian lama berjarak .masa ni lah kau rasa feel lebih nak salam mintak ampun maaf , peluk cium orang kau sayang , sobsobsob , aku dah terlepas dua tahun nak cium tangan mak bapak aku pada hari raya .
Nasibla mak ayah aku faham dengan kerja aku ;'(

Sepanjang minggu pertama dan minggu kedua syawal , aku berkerja non stop , tiada cuti panjang , aku pun jadi seronok bekerja sebab taknak layan rasa sedih , rasa langsung taknak duduk dekat rumah sebab bila duduk dekat rumah mesti nak nangis sebab dekat rumah aku takde sape , housemate aku balik kampung , sorang lagi kejap ada kejap takde , then  , bila hari raya semua kedai makan tutup , bekalan makanan xde , aku jarang masak kat rumah sebab takde sape pun kat rumah so baik aku kerja , exleast bole tumpang kawan-kawan yang bawa makanan raya dari rumah dorang tue . Buatla muka tak malu aku menumpang makanan diorang . huhu. terima kasih yer kawan kawan .

So inilah cerita hari raya aku bersama kawan kawan ICU yang seangkatan xberaya ni demi menjalankan tugas amanah negara dan Allah swt .
Semoga aku ikhlas .




Malam minggu akhir sebelum raya aku pergi cari barang dekat Jalan TAR , Ya Allah , ramainya manusia di ruangan KL, semut nak lalu pun xboley. hahaha.

Lepak dekat dataran merdeka sambil memerhati tindak tanduk manusia ingin beraya.

sebenarnya baru lepas berbuka , then pakai la cantik sikit sebab tahu dah nanti raya dah dapat pakai baju raya . Oh yer aku dah gemuk sedikit sebab dekat ICU murah rezeki , asyik ada makanan jer dekat pantri . Alhamdullilah , janji sihat ye dak


Caption dimana aku sempat teraweh terakhir di masjid hijau pandan indah . Inyaallah panjang umur ketemu lagi ramadan tahun depan .

hari raya pertama aku adalah sebagai misi .  dabel shif

Ini muka-muka yang berdabel shif bersama dengan aku ketika raya .

malam raya

malam raya .


duit raya pertama yang aku dapat , terima kasih kak anida sayang . love you .

sister .


doktor


Alhamdullilah , masa hari pertama , ramai yang bawak makanan raya ke ICU, rendang , ketupat , biskut dan banyak lagi . syukur , xpayah susah order MCD . Terima kasih kawan-kawan .



Hari raya kedua Dr Kumaran belanja kiteroang sate , seriusly sate ni sedap gila . rasa nak lagi tapi perut dah xde ruang nak isi . hehe

Sister saras belanja kiteorang kari ikan dan nasi , kari sister memang homemade lah. sedap sampai tak hilang bau kari dekat tangan . sister please repeat please .

Ni baju raya sepanjang minggu pertama dan minggu kedua raya 2016 , xtahulah bole dapat title perkerja cemerlang ke tidak ni, hahaha

hari raya keempat , someone brought me this ketupat pulut dengan rendang daging , rasa rendang dia sedap sangat , lepas rindu dekat rendang mak kite dekat kampung . Terima kasih yer

Sebenarnya aku teringin sangat nak makan ketupat pulut dan rendang daging lagi ,  nak Lontong jugak. ya Allah. teringinnya haii . xpuas lagi makan . takde ke hamba allah yang baik hati dekat dunia ni ytang bole hantarkan makanan ni dekat aku ;'(


chill ! disebabkan semua kawan kawan aku yang happening nielah aku x rasa kosong tsangat sepanjang dua minggu syawal ni . Terima kasih gais . sayang korang semua . mmuah .



Sehinggakan sekarang hari raya kelapan , aku still langsung tak pakai lagi baju raya . aku hanya pakai baju uniform misi dan t-shirt untuk tidur sahaja . hahah. sedih kan jadi aku.
sapa suruh jadi misi?
mak .

Ok bye ..

17.7.2016 baru aku balik kampung untuk beraya .
see ya there .

1 comment:

  1. Alhamdulillah dikelilingi kawan2 dengan hidangan raya walaupun uniform misi jadi baju raya..Besar pahala korie jadi misi ni.Akk pun dah terbiasa kena kerja time raya..tp sbb kmpg dekat sekarang ni dpt la juga beraya kan lepas kerja..So jangan bersedih.u r not alone.tahun depan raya pepuas.hehe..

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !