Cinta
Apa yang ada dengan cinta kalau hayatnya tiada jaminan
Mahu saja cinta itu hilang pada tika masa
Sakit saja
Rindu tiada kata
Benci membenci
Diam membisu
Kadang hilang semua rasa pernah bahagia
Yang tinggal hanyalah janji janji yang tiada jaminan .
Simpan
Buat kekuatan
Semoga ada jalan benar tentang kita
Kalau tiada.
Buangkan saja dari aku .
Sunyi .
Friday, February 10, 2017
Kata Benci
Thursday, February 9, 2017
Dilema
Entri 1st aku di tahun 2017 ,
Perjalanan hidup aku untuk tahun 2017 ni agak mencabar , cabaran dari tekanan jiwa , perasaan , family ,kawan , kerja dan kekasih hati .Aku tak sangka perjalanan aku akan sampai ke tahap ini , tahap yang lebih serius padahal aku x ready sepenuhnya dan xterfikir pun akan sampai ketahap sekarang . when family dah decide apa hak kau nak bantah , dan kau sapa suruh bercinta ? dah serah hati nak berpatah balik padah jawabnya . so kalau kau sendiri x berani nak maju kehadapan dengan lebih serius baik xpayah bercinta kan , menyusahkan semua orang . sapa nak tanggung . Jadi suka x suka inilah perjalanannya .
ok , so betulla orang cakap jodoh tu datang bila masa kita sendiri pun xtahu , mungkin perjalanan aku ni adalah jodoh yang telah ditetapkan . Insyaallah . masih berjalan ,masih belum sampai tempat dituju , mana tahu ditengah tengah perjalanan kami ni ada sekatan . jadi aku x boleh nak berharap sangat cuma tak berhenti berdoa agar perjalanan ini diredhai sehingga tetapanNYA .
Bila fikir masa pasal nak kahwin , banyak benda yang nak kena keluar , duit mostly , kalau xbanyak duit pening la kepala , macam aku la ni , tapi aku tengah berusaha untuk cari duit lebih but then aku yang stress , huhu , lepas tu masuk blog sendiri , haha . ok . nasib ada blog , boley la nak mengadu , mengadu kat manusia , bukan semua manusia faham , dan bukan semua manusia bole terima kau seadaanya . yea aku tahu , kalau bab kahwin lelaki akan lebih stress sebab banyak duit yang dorang kena keluar berbanding perempuan ni tapi perempuan pun ada stressnya jugak . korang stress pasal duit , aku stress pasal lelaki , duit , family dan semuanyalah . ada je x kena. kadang kadang sampai rasa menyampah sangat nak hadap semua ni sampai rasa xkahwin pun xpe . haih .
syaitan .
Perkahwinan aku , aku sendiri yang support , family aku akan bantu yang lain-lain tu dan aku taknak menyusahkan mereka pun sebab bila nampak mereka tertekan aku lagi tertekan jadi aku taknak benda tu berlaku . biar aku stress sorang sorang . setiap perempuan idamkan majlis perkahwinan yang best , Aku selalu berangan nak macam ni , macam itu , but the end , realiti , kau orang susah , buat macam orang susah jealah , kan , so kalau rasa duit xbanyak buat jeala ala kadar , xpayah nak buat ikut selera hati angan -angan kau . dah sampai situ rezeki kau , terima jeala kan . sumpah aku cakap macam ni sebab nak tuju dekat diri sendiri . huhu .. walaupun rasa x adil tapi tetap kena bersyukur sebab Allah swt tu maha besar .
Tahun ni , aku kena berkerja kuat , double la hari hari sebab nak dapat duit OT untuk buat kahwin . Duit hantaran bole guna untuk katering dan yang lain lain kenalah sendiri topup . sekian . semoga tahun ni rezeki aku murah sikit untuk majlis ni . nak lebih , kenalah berusaha lebih . kalau x , xpayah kahwin , hidup sendiri sampai kesudah . huhu . xpea , tuhan xkan susahkan benda yang baik kan?.
Amin ,
semoga ada jodoh .
semoga perjalanan kita mudah .
Subscribe to:
Posts (Atom)
Disclaimer!
Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.