"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label catatan cinta. Show all posts
Showing posts with label catatan cinta. Show all posts

Sunday, October 12, 2025

5 Februari 2025: Hari Pertama Exam, Degup Jantung & Takdir Yang Lembut

Pagi tu aku keluar rumah dengan dada yang masih berat — hati masih tertinggal di ICU, tapi akal cuba kuatkan diri sebab hari ni hari pertama aku seat exam. Dalam kepala, doa aku cuma satu: “Ya Allah, tolong tenangkan aku hari ni.”

Sampai kolej dalam pukul 8.15 pagi, aku terus cari kelas ADIC… tapi tak jumpa! Kelam kabut aku pusing satu bangunan. Akhirnya aku call Jannah, suara dia tenang je kat telefon,

“Korie, aku nampak kau. Datang je ke taman tengah-tengah tu.”

Aku pun jalan laju ke arah taman tengah tu, dan bila nampak Jannah lambai tangan sambil senyum, rasa lega sangat. Macam jumpa cahaya kecil dalam pagi yang penuh tekanan ni. Sampai je, aku terus salam Jannah — tapi aku tak tegur orang lain. Segan. Semua nampak fokus, muka-muka serius sebab nak masuk exam pukul 9.00 pagi ni.

Bila masuk ke dewan, tiba-tiba puan-puan semua wish aku “good luck”. Aku tak sangka — sebab ni paper pertama aku, dorang semua nampak macam bagi semangat. Rasa terharu sangat.

Mereka banyak bantu aku isi maklumat atas kertas jawapan — nama, kod, tarikh, semua lengkap. Aku duduk, tarik nafas panjang. Dalam hati aku cakap: “Okay Mira, buat je sebaik boleh.”


✏️ Masa Seat Paper

Bila kertas diedarkan, aku buka dan baca soalan pertama.
Terus aku kaku. Soalan ni... sebijik sama dengan yang keluar masa revision week! Soalan group aku dengan Adidah, yang kami bincang panjang-panjang dengan Puan Saras kat JB masa tu.

Air mata hampir jatuh, tapi aku tahan. Aku senyum sikit sambil bisik dalam hati,

“Ya Allah… Kau mudahkan aku, walaupun aku tak sempat baca langsung dalam keadaan macam ni.”

Tangan aku terus menulis lancar. Setiap perkataan macam dah tersusun dalam kepala. Aku tahu jawapan ni sebab aku yang tolong susun masa revision dengan Adidah dulu.
Rasa syukur yang teramat — macam Allah nak cakap, “Aku tahu kamu penat, tapi Aku tetap bantu.”


🌤️ Selepas Exam

Habis paper, aku keluar dewan perlahan-lahan. Jannah tunggu dekat luar, senyum dan tepuk bahu aku,

“See, boleh pun kau buat. Kuat Mira.”

Aku cuma balas dengan senyum kecil, tapi dalam hati aku tahu —
hari ni bukan sekadar hari exam pertama.
Hari ni Allah tunjukkan yang walau aku hampir tenggelam dengan duka dan letih,
Dia masih kirimkan jalan tenang melalui orang sekeliling dan rezeki tak disangka.



Lepas habis exam, aku tak tunggu lama pun kat kolej. Semua orang masih sembang tentang soalan, tapi aku tak ada tenaga nak join. Dalam kepala aku cuma satu — nak ke ICU, nak tengok Aizat.

Aku terus gerak ke hospital. Sampai depan ICU, suasana masih sama — sejuk, sunyi, dan penuh dengan bunyi mesin.
Aku masuk perlahan, tengok dia masih terbaring. Wayar-wayar tu semua masih berselirat.
Keadaan dia sama. Tak banyak berubah dari semalam.

Aku duduk dekat tepi katil dia, pegang tangan dia perlahan.

“Sayang, hari ni saya seat exam… soalan yang keluar tu sama macam revision kita minggu lepas dengan group Adidah,”
aku cerita sambil tersenyum nipis.

Aku tahu dia tak boleh dengar sepenuhnya, tapi aku tetap bercerita —
macam biasa aku kongsi setiap kali balik dari kelas.
Aku cakap yang Allah permudahkan exam aku hari ni.

“Saya ingat soalan tu sebab kita bincang lama-lama masa revision hari tu. Alhamdulillah, sayang…”

Sambil bercerita, air mata aku menitis sendiri. Aku pandang wajah dia — nampak macam kepala Aizat makin bengkak, mungkin sebab tekanan intracranial yang naik. Tapi dia masih diam, tak buka mata.
Hati aku sakit, tapi aku tahu… aku kena terima.
Baru hari kedua dia di ICU. Aku tak boleh jangka apa-apa lagi. Cuma doa, doa, dan terus doa.


🌙 Malam di Balai Pelawat

Lepas waktu melawat habis, aku balik ke balai pelawat.
Masing-masing dengan hal sendiri. Ada yang baring, ada yang telefon keluarga.
Aku masuk bilik mandi, mandi lama sikit, biar air tu cuci penat dan perit hari ni.
Lepas tu aku solat, mengaji sikit, dan baring sambil pandang siling.

Air mata aku jatuh lagi — tak kuat nak tahan.
Rasa rindu, risau, dan letih tu bercampur sekali.
Aku cuba tidur, tapi tak lena langsung.
Bila tutup mata, aku masih nampak muka Aizat dengan semua tiub dan mesin tu.

Aku buka nota sekejap, baca-baca untuk exam esok.
Tapi mata kabur, fikiran jauh. Fokus pun dah hilang.
Akhirnya aku cakap dalam hati,

“Takpelah, aku dah usaha. Esok aku tawakal je. Kalau Allah permudahkan, syukur. Kalau tidak, aku tetap redha.”


Thursday, February 9, 2017

Dilema


Assalamualaikum ,


Entri 1st aku di tahun 2017 ,


Perjalanan hidup aku untuk tahun 2017 ni agak mencabar , cabaran dari tekanan jiwa , perasaan , family ,kawan , kerja dan kekasih hati .Aku tak sangka perjalanan aku akan sampai ke tahap ini , tahap yang lebih serius padahal aku x ready sepenuhnya dan xterfikir pun akan sampai ketahap sekarang . when family dah decide apa hak kau nak bantah , dan  kau sapa suruh bercinta ? dah serah hati nak berpatah balik padah jawabnya . so kalau kau sendiri x berani nak maju kehadapan dengan lebih serius baik xpayah bercinta kan , menyusahkan semua orang . sapa nak tanggung . Jadi suka x suka inilah perjalanannya . 



ok , so betulla orang cakap jodoh tu datang bila masa kita sendiri pun xtahu , mungkin perjalanan aku ni adalah jodoh yang telah ditetapkan . Insyaallah . masih berjalan ,masih belum sampai tempat dituju , mana tahu ditengah tengah perjalanan kami ni ada sekatan . jadi aku x boleh nak berharap sangat cuma tak berhenti berdoa agar perjalanan ini diredhai sehingga tetapanNYA . 


Bila fikir masa pasal nak kahwin , banyak benda yang nak kena keluar , duit mostly , kalau xbanyak duit pening la kepala , macam aku la ni , tapi aku tengah berusaha untuk cari duit lebih but then aku yang stress , huhu , lepas tu masuk blog sendiri , haha . ok . nasib ada blog , boley la nak mengadu , mengadu kat manusia , bukan semua manusia faham , dan bukan semua manusia bole terima kau seadaanya . yea aku tahu , kalau bab kahwin lelaki akan lebih stress sebab banyak duit yang dorang kena keluar berbanding perempuan ni tapi perempuan pun ada stressnya jugak . korang stress pasal duit , aku stress pasal lelaki , duit , family dan semuanyalah . ada je x kena. kadang kadang sampai rasa menyampah sangat nak hadap semua ni sampai rasa xkahwin pun xpe . haih .
syaitan .



Perkahwinan aku , aku sendiri yang support , family aku akan bantu yang lain-lain tu dan aku taknak menyusahkan mereka pun sebab bila nampak mereka tertekan aku lagi tertekan jadi aku taknak benda tu berlaku . biar aku stress sorang sorang . setiap perempuan idamkan majlis perkahwinan yang best , Aku selalu berangan nak macam ni , macam itu , but the end , realiti , kau orang susah , buat macam orang susah jealah , kan , so kalau rasa duit xbanyak buat jeala ala kadar , xpayah nak buat ikut selera hati angan -angan kau . dah sampai situ rezeki kau , terima jeala kan . sumpah aku cakap macam ni sebab nak tuju dekat diri sendiri . huhu .. walaupun rasa x adil tapi tetap kena bersyukur sebab Allah swt tu maha besar .



Tahun ni , aku kena berkerja kuat , double la hari hari sebab nak dapat duit OT  untuk buat kahwin . Duit hantaran bole guna untuk katering dan yang lain lain kenalah sendiri topup . sekian . semoga tahun ni rezeki aku murah sikit untuk majlis ni . nak lebih  , kenalah berusaha lebih . kalau x , xpayah kahwin , hidup sendiri sampai kesudah . huhu . xpea , tuhan xkan susahkan benda yang baik kan?.


Amin ,
semoga ada jodoh .
semoga perjalanan kita mudah .


Friday, December 9, 2011

Hari Keempat : 10 perkara yang saya nak sampaikan kepada seseorang

Hari ini menjelma lagi.. 
patutlah perasaan ini membisikkan sesuatu yang masih xjelas.. 





awk.. dengarlah, melodi ini adalah ayat-ayat cinta yang xdapat saya ungkaikan kepada awk.



Bila keadaan menjadi sepi.. angin mengeluarkan auranya untuk meraikan  daun-daun kering yang berterbangan.. aku terfikirkan seseorang yang aku sendiri tidak kenali.. aku xpasti adakah itu perasaan merindui seseorang ? merindui seseorang yang masih dalam rahsia Allah swt..


Disini, aku ingin sampaikan sesuatu kepada seseorang yang masih berlindung dari jodohku..

  • Assalamualaikum awk , Ini saya.. bakal isteri awk suatu hari nanti..Insyaallah kalau jodoh kita kuat. awk di mana sekarang ? dan siapa awk sebenarnya? tiap detik saya menanti kedatangan awk dalam hidup saya tapi sehingga kini saya masih menanti dan terus menanti dengan penuh kesabaran.. tiap kali usai solat, saya selalu doakan supaya Allah temukan jodoh kita dan saya yakin hari tu pasti akan datang dan saya harap awk pun begitu.. Mengharapkan pertemuan jodoh kita...

  • Awk , kalau awk nak tahu.. saya xpernah memberi cinta saya kepada orang lain,saya hanya harapkan awk sahaja yang  mendapat cinta pertama dan terakhir buat saya.. jadi awk jangan persiakan penantian saya ini. 

  • Awk, katakan jodoh kita tidak kuat di dunia.. katakan saya pergi dulu daripada awk untuk mengadap ilahi.. saya pasti akan menunggu awk disana sebab saya yakin Allah telah menjodohkan kita..

  • Awk , saya janji akan menjadi isteri yang solehah.. dan awk adalah imam saya sehingga akhir hayat.. doakan jodoh kita ini diberkati. 

  • Awk,  saya adalah bakal jururawat.. sekirnya suatu hari nanti awk jatuh sakit saya janji saya akan menjaga awk sedaya yang mungkin sebab saya xsanggup biarkan cinta saya ini terus sakit dan sya akan berterusan menjadi jururawat cinta awk.

  • Awk , dimanapun awk berada sekarang.. saya harap awk dapat menjaga diri awk dengan baik sehingga kita dijodohkan.. sebab pada waktu itu saya sendiri akan menjaga awk dengan cinta kita.

  • Awk , Sekiranya pada waktu ini awk merindui diri saya.. percayalah yang saya juga sedang merindui awk..

  • Awk , Saya ingin awk menjadi orang pertama yang bersama dengan saya dalam melakukan semua perkara yang saya x pernah lakukan dalam dunia ini.. saya nak lakukan bersama dengan awk.. hanya dengan awk.. dan itu akan menjadi kenangan paling manis buat saya.

  • Awk , Mungkin selama ini awk dah banyak kali dikecewakan dengan pasangan awk .. dan sekarang mungkin awk dah berputus asa mencari siapa saya.. saya harap awk tidak akan berputus asa sebab saya sentiasa menunggu kedatangan awk dalam hidup saya.. Allah swt sahaja memberikan jodoh yang salah kepada awk supaya awk dapat mematangkan diri awk sebelum berjumpa dengan saya. jadi awk kena terus bersabar.

  • Awk , Banyak perkara yang saya ingin kongsikan dengan awk .. saya mahu berkongsi kesedihan dan kegembiraan saya bersama awk tapi sekarang saya masih menahan tangisan saya sebab saya hanya nak menangis di sisi awk.

saya akan terus menanti kehadiran awk... cinta saya.






Ikhlas dari saya : cinta awk

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !