"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Wednesday, April 8, 2009

toDay



Ada apa dengannya?

Diceritakan seorang gadis, baik paras rupa, bagus akalnya, manis budinya namun imannya tak mencukupi kalau nak tampung itu semua. Hanya tudung yang labuh semata-mata. Jadi dimana jahilnya?

"Dulu masa zaman jahiliyyah, akak tak tahu gambar kita tak boleh letak suka-suka kat friendster, myspace atau mana-mana pun. Jadi akak pun letak muka akak yang lawa-lawa, akak letak kat Friendster. Yang tak lawa buat apa nak letak. [sambil ketawa] gambar dengan kawan-kawan tak banyak, jadi akak letak gambar akak yang agak-agak penuh satu skrin tu, boleh kata banyak la jugak. Pastu ramai la lelaki-lelaki ajnabi dan perempuan-perempuan puji gambar akak lawa la, manis la, comel la. Mula-mula bangga bukan main lagi. Siap letak jadi primary photo lagi, tapi ada rasa bersalah SIKIT. Entahlah, rasa lain macam.

Ditakdirkan Allah, suatu hari akak buka blog seorang akh ni, maaflah tak ingat alamat. Ada satu entri yang berjaya mencuri pandangan akak. Ada satu perkataan ni, pedas la juga. Kalau akak tak tahu yang akak salah, memang rasa macam nak marah orang tu. Tapi bila fikir secara Islam dan menggunakan akal, bukan melalui hati yang entah bagaimana keadaan kesihatannya, memang ada betulnya.

Katanya: "Tak terfikirkah wanita-wanita muslimah kini, sayangnya bertudung tetapi mendedahkan wajah sewenang-wenangnya di dalam internet. Memanglah wajah itu bukanlah satu daripada aurat, namun hal ini untuk diri muslimah itu juga. Andaikan orang yang melihat itu bukan sebaik yang kita fikirkan, entah tiba-tiba disihirkan kita? Cukup kuatkan kekebalan iman kita nak tahan itu semua?

Sesetengah muslimah di luar adakalanya marah kalau ditenung lama-lama. Ada lah yang digelar gatal, miang dan sebagainya. Tapi kalau mereka meletakkan gambar mereka di internet, apalah jaminannya untuk kaum-kaum adam ini merenung muka muslimah-muslimah ini lama-lama?
Lain pula ceritanya kalau muslimah tersebut marah apabila ditenung kerana khuatir akan terlihat oleh lelaki tersebut akan jerawat yang tiba- tiba muncul. Alahai..

Penjelasan ini tak seberapa sebenarnya. Cuma kalau dilontarkan permasalahan ini kepada wanita yang masih ada imannya, jika dikatakan kepada mereka

"Peliharalah dirimu"

maka secara automatiknya, wanita itu akan cuba untuk berubah sedikit demi sedikit kerana betama dalamnya maksud pelihara itu. Tak sia-sialah andainya wanita itu diibaratkan seperti permata. Makin diusik, makin kurang lah harganya. huhuhu! [?] "

------------------------------------------------------------------------------------------------
"Dan perintahkanlah wanita-wanita beriman supaya merendahkan pandangannya dan menjaga kehormatan dirinya..." [24:31] An-Nur ayat 31
------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas akak baca betul-betul, ayat pelihara tu memang dalam. Wanita Islam sangat berbeza. Tambahan pula seandainya wanita itu sangat pandai memelihara dirinya maka alangkah bertuahnya bakal suaminya kelak. [offtopic]

No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !