Aku pandang dia. Dia langsung xmemberi apa-apa tindak balas
terhadap aku. Tidakkah dia tahu bertapa aku perlukan dia sangat-sangat.Tidakkah
dia kasihankan aku selama ini yang menemani aku setiap masa unt memberi
kelegaan kepada diri aku. Di manakah dia bila aku perlukan dia? Kenapa mesti
hari ini kenapa tidak esok? Huh mmg siok betul rasa. Jangan salah faham aku ckp
mengenai kipas bilik aku yang dah x berpusing sebab bekalan elektrik terputus
kat rumah aku.:) hehe
Aku sllu usha blog-blog orang malaysia.Kebanyakkan blog kita
mmg berat. Kreatif mcm makanan kat malaysia ini. Berwarna warni + diupgrade
jadi lebih canggih alasannya nak bagi ramai pembaca masuk la kononnya. Dan yang
mempunyai pakej rupa paras yg agak cun or hensem barangkali pasti meletakkan
gambar cun dorang dlm blog. Dijadikan hiasan di header ataupun di side-side tepi.
Kadang-kadang sebijik mcm mempromosikan wajah lebih daripada memromosikan blog
diorang sendiri. Xterkata majoriti kalau blog yang ramai follower tu pasti
kebanyakkannya tuan punya blog mempunyai rupa paras yang buat pengunjung
xterkelip mata masa 1st time masuk blog diorang. Then,terus jatuh hati n xnak
lepaskan blog tu begitu saje so dgn rela hati dikliknye botton follow this
blog’,Hua hua hua. Xkah begitu? Korang pasti bersetuju! Sebabnya cuba korang
tgok artis yg memunyai rupa paras yang cantik pasti akan diangkat martabatnya
walaupun dia baru jea msuk dlm industri hiburan maybe xkata juga la diorang
mempunyai bakat yang bersinar tapi kalau memunyai rupa paras yang cantik ia
merupakan satu tiket yang mudah unt dia pergi lebih jauh sebab manusia kat
dunia ni walaupun pangkat apa pun yang dia pegang dan siapa pun dia.. dia pasti
sukakan kecantikkan. Siapa xsuka? Beritahu aku sikit. Sebab tuhan mencipta hambanya dengan sebaik baik ciptaan.Bagi Tuhan rupa paras manusia merupakan
rupa paras yang terbaik ciptaanNya. Setiap ciptaan tuhan itu cantik-cantik
sahaja tapi bagi Manusia adakah kita dapat menilai rupa paras seseorang begitu?
Adakah kita tidak kisah bakal wife or husband or anything yang berkaitan dlm
perhubungan mempunyai kulit warna yang hitam? Gemuk? pendek? Hidung penyek? Mulut besar? Muka yang penuh
dgn jerawat? Sebabnya semua ini adalah kelemahan yang sering manusia anggap
sebagai kelemahan ataupun kecacatan yang akan mempengaruhi kehidupan diorang.
Tidakkan korang terfikir siapakan kita untuk memilih bagaimana rupa paras
pasangan kita padahal kita tahu yang tuhan yang satu itu telah mencipta rupa
paras manusia dengan sebaik-baik ciptaanya. Siapa kita untuk menilai rupa paras
seseorang??? Sedaarlah.. Kita ni semua sama sahaja. Tiada yang lebih dan tiada
yang kurang. KeKuatan iman kita terhadap tuhan yang membezakan kita semua.
Tidak usahla korang merasa bangga dengan wajah korang yang cantik dan hensem
itu kalau korang xpernah bersyukur dengan pemberian tuhan.Segala hak yang ada
pada kita semua adalah pinjaman semata-mata. Bila-bila saja dia bley tarik
semua nikmat itu.
Bagi aku. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi sebabnya Dia
buat aku tersedar bahawa kau hanyalah hambanya yang masih mencari kebenaran di
dlm dunia pinjaman dia. Dia memberi aku ujian yang buat aku jadi lebih kuat unt
masa hadapan yang masih menjadi rahsia tuhan. Apa pun yang terjadi padaku nanti
hanyalah sesuatu yang telah dirancang oleh tuhanku.Aku redha. Aku mesti belajar
erti redha yang sebenar. Ingat tuhan xpernah kejam dengan hambanya. Hambanya yang sering kejam
terhadapnya.Tidakkan korang fikir selama ini kita bloggers
yang menayangkan wajah kita sendiri dengan pelbagai gaya yang bukan menunjukkan
gaya sebagai muslim dan muslimah sejati.Maksudnya.Gambar yang korang pamerkan
adakah menutup aurat sebetul-betulnya? Bagi perempuan auratnya terhadap
llki yg bukan dlm pertaliannya adalah
semua bahagian kecuali muka dan tapak tangan.Sedarkah korang? Korang sedar sbb
kita pernah belajr benda ni masa sekolah dulu tapi dari dulu kita xpernah kisah
dengan semua itu. Kita ingat hanya bertudung dan memakai baju berlengan panjang
dah cukup. Kita tahu kita berdosa tapi kita xnak melakukan perubahan.Itu yang
terjadi pada diri korang semua termasuk aku.Tidakkah korang fikir anugerah yang telah diberikan
terhadap kita dipamerkan begitu sahaja di dalam Internet tanpa batasan.Siapa
pun bley melihatnya. Cuba korang fikir apabila seorang lelaki yang terlihat
gambar korang yang cantik tersebut apa yang akan terdetik dlm hati diorang?
Hati llki penuh dikawal oleh 1 nafsu yang
hanya bley dijaga oleh iman.Sebab itu lelaki yang tidak kuat imannya
sllu lemah dengan perempuan cantik. Tidakkah korang fikir kalau kita
memperlihatkan kecantikkan kita sebagai seorang perempuan terhadap lelaki asing
selain suami,ayah dan yang berkaitan akan mendapat balasan di akhirat.Kita
tidak boleh menayangkan sesuatu yang bukan milik kita tp milik Allah tanpa
mengikut kehendakNya. Sedarkah korang? Apa pun niat itu melambangkan semua
perbuatan yang korang lakukan kalau korang berniat betul jadi betulla tindakan
korang tu.Sebenarnya nasihat ini ditujukan kepada diri aku juga. Aku masih
leka. Leka dengan dunia.Dunia blogger merupakan dunia hati kita. Dunia fantasi
kita. Dunia akhirat bukanya di sini kalau kita tidak pandai menggunakannya.
Adakah kita gunakan blog sebagai tempat berdakwah? Tidak kn.. so fikir-fikir la
sendiri. Aku xcakap benda ni salah tapi aku sering terfikir pasti ada kesalahan
disebalik sesuatu keseronokkan. Blogging ini best! Stuju kn? Tempat kita
meluangkan masa yang terluang.. tempat kita unt ceritakan pada dunia apa yang
kita rasa pada waktu ini. Tempat kita melepaskan tension yang xdapt kita
luahkan melalui kata-kata.Kalau blog ini xwujud jiwa aku mungkin kosong .
Apa pun kita buat.Hanya 1 jea aku nak ingatkan yang tuhan tu
sentiasa melihat kita. Dia xpernah tinggalkan kita. Dia sentiasa menyayangi
kita sebagai hambanya. Mungkin dia memberi musibah kepada seseorang untuk
menguji kesabaran hambanya itu.Ingat!Ada syurga disebalik musibah yang
diberikan kalau kita dapat terokai musibah itu dengan penuh keESAan
terhadapNYA.
Nota tapak hati:
Bukan semua blog popular dan mempunyai ramai follower
merupakan seorang pemilik yang cun dan kacak sebab banyak lagi faktor lain. Tapi
kebanyakkan blog yang aku temui dan aku follow adalah blog yang mempunyai
ciri-ciri begini.Sebab bagi aku yang cantik dan dengan yang xcantik dua-dua
mempunyai nilai yang baik.Yg xcantik terutamanya. Aku suka usha muka orang yg
xcantik sbb wajahnya sgt kreatif dan mempunyai 1001 gambaran yang xbley dinilai
oleh hati manusia biasa.xmcm muka orang cantik sbb muka orang cantik pasti ada
cacat cela dibahagian dlmnya kalau korang perhatikan betul-betul. Yeala. Kita
semua mana ada yang sempurna.