"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Saturday, January 15, 2011

Ugly is The Best Art

Aku pandang dia. Dia langsung xmemberi apa-apa tindak balas terhadap aku. Tidakkah dia tahu bertapa aku perlukan dia sangat-sangat.Tidakkah dia kasihankan aku selama ini yang menemani aku setiap masa unt memberi kelegaan kepada diri aku. Di manakah dia bila aku perlukan dia? Kenapa mesti hari ini kenapa tidak esok? Huh mmg siok betul rasa. Jangan salah faham aku ckp mengenai kipas bilik aku yang dah x berpusing sebab bekalan elektrik terputus kat rumah aku.:) hehe

                                            
Aku sllu usha blog-blog orang malaysia.Kebanyakkan blog kita mmg berat. Kreatif mcm makanan kat malaysia ini. Berwarna warni + diupgrade jadi lebih canggih alasannya nak bagi ramai pembaca masuk la kononnya. Dan yang mempunyai pakej rupa paras yg agak cun or hensem barangkali pasti meletakkan gambar cun dorang dlm blog. Dijadikan hiasan di header ataupun di side-side tepi. Kadang-kadang sebijik mcm mempromosikan wajah lebih daripada memromosikan blog diorang sendiri. Xterkata majoriti kalau blog yang ramai follower tu pasti kebanyakkannya tuan punya blog mempunyai rupa paras yang buat pengunjung xterkelip mata masa 1st time masuk blog diorang. Then,terus jatuh hati n xnak lepaskan blog tu begitu saje so dgn rela hati dikliknye botton follow this blog’,Hua hua hua. Xkah begitu? Korang pasti bersetuju! Sebabnya cuba korang tgok artis yg memunyai rupa paras yang cantik pasti akan diangkat martabatnya walaupun dia baru jea msuk dlm industri hiburan maybe xkata juga la diorang mempunyai bakat yang bersinar tapi kalau memunyai rupa paras yang cantik ia merupakan satu tiket yang mudah unt dia pergi lebih jauh sebab manusia kat dunia ni walaupun pangkat apa pun yang dia pegang dan siapa pun dia.. dia pasti sukakan kecantikkan. Siapa xsuka? Beritahu aku sikit. Sebab tuhan mencipta hambanya dengan sebaik baik ciptaan.Bagi Tuhan rupa paras manusia merupakan rupa paras yang terbaik ciptaanNya. Setiap ciptaan tuhan itu cantik-cantik sahaja tapi bagi Manusia adakah kita dapat menilai rupa paras seseorang begitu? Adakah kita tidak kisah bakal wife or husband or anything yang berkaitan dlm perhubungan mempunyai kulit warna yang hitam? Gemuk? pendek?  Hidung penyek? Mulut besar? Muka yang penuh dgn jerawat? Sebabnya semua ini adalah kelemahan yang sering manusia anggap sebagai kelemahan ataupun kecacatan yang akan mempengaruhi kehidupan diorang. Tidakkan korang terfikir siapakan kita untuk memilih bagaimana rupa paras pasangan kita padahal kita tahu yang tuhan yang satu itu telah mencipta rupa paras manusia dengan sebaik-baik ciptaanya. Siapa kita untuk menilai rupa paras seseorang??? Sedaarlah.. Kita ni semua sama sahaja. Tiada yang lebih dan tiada yang kurang. KeKuatan iman kita terhadap tuhan yang membezakan kita semua. Tidak usahla korang merasa bangga dengan wajah korang yang cantik dan hensem itu kalau korang xpernah bersyukur dengan pemberian tuhan.Segala hak yang ada pada kita semua adalah pinjaman semata-mata. Bila-bila saja dia bley tarik semua nikmat itu.


Bagi aku. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi sebabnya Dia buat aku tersedar bahawa kau hanyalah hambanya yang masih mencari kebenaran di dlm dunia pinjaman dia. Dia memberi aku ujian yang buat aku jadi lebih kuat unt masa hadapan yang masih menjadi rahsia tuhan. Apa pun yang terjadi padaku nanti hanyalah sesuatu yang telah dirancang oleh tuhanku.Aku redha. Aku mesti belajar erti redha yang sebenar. Ingat tuhan xpernah kejam dengan  hambanya. Hambanya yang sering kejam 



terhadapnya.Tidakkan korang fikir selama ini kita bloggers yang menayangkan wajah kita sendiri dengan pelbagai gaya yang bukan menunjukkan gaya sebagai muslim dan muslimah sejati.Maksudnya.Gambar yang korang pamerkan adakah menutup aurat sebetul-betulnya? Bagi perempuan auratnya terhadap llki  yg bukan dlm pertaliannya adalah semua bahagian kecuali muka dan tapak tangan.Sedarkah korang? Korang sedar sbb kita pernah belajr benda ni masa sekolah dulu tapi dari dulu kita xpernah kisah dengan semua itu. Kita ingat hanya bertudung dan memakai baju berlengan panjang dah cukup. Kita tahu kita berdosa tapi kita xnak melakukan perubahan.Itu yang terjadi pada diri korang semua termasuk aku.Tidakkah korang fikir anugerah yang telah diberikan terhadap kita dipamerkan begitu sahaja di dalam Internet tanpa batasan.Siapa pun bley melihatnya. Cuba korang fikir apabila seorang lelaki yang terlihat gambar korang yang cantik tersebut apa yang akan terdetik dlm hati diorang? Hati llki penuh dikawal oleh 1 nafsu yang  hanya bley dijaga oleh iman.Sebab itu lelaki yang tidak kuat imannya sllu lemah dengan perempuan cantik. Tidakkah korang fikir kalau kita memperlihatkan kecantikkan kita sebagai seorang perempuan terhadap lelaki asing selain suami,ayah dan yang berkaitan akan mendapat balasan di akhirat.Kita tidak boleh menayangkan sesuatu yang bukan milik kita tp milik Allah tanpa mengikut kehendakNya. Sedarkah korang? Apa pun niat itu melambangkan semua perbuatan yang korang lakukan kalau korang berniat betul jadi betulla tindakan korang tu.Sebenarnya nasihat ini ditujukan kepada diri aku juga. Aku masih leka. Leka dengan dunia.Dunia blogger merupakan dunia hati kita. Dunia fantasi kita. Dunia akhirat bukanya di sini kalau kita tidak pandai menggunakannya. Adakah kita gunakan blog sebagai tempat berdakwah? Tidak kn.. so fikir-fikir la sendiri. Aku xcakap benda ni salah tapi aku sering terfikir pasti ada kesalahan disebalik sesuatu keseronokkan. Blogging ini best! Stuju kn? Tempat kita meluangkan masa yang terluang.. tempat kita unt ceritakan pada dunia apa yang kita rasa pada waktu ini. Tempat kita melepaskan tension yang xdapt kita luahkan melalui kata-kata.Kalau blog ini xwujud jiwa aku mungkin kosong .


Apa pun kita buat.Hanya 1 jea aku nak ingatkan yang tuhan tu sentiasa melihat kita. Dia xpernah tinggalkan kita. Dia sentiasa menyayangi kita sebagai hambanya. Mungkin dia memberi musibah kepada seseorang untuk menguji kesabaran hambanya itu.Ingat!Ada syurga disebalik musibah yang diberikan kalau kita dapat terokai musibah itu dengan penuh keESAan terhadapNYA.

by ~InnerComa

Nota tapak hati:
Bukan semua blog popular dan mempunyai ramai follower merupakan seorang pemilik yang cun dan kacak sebab banyak lagi faktor lain. Tapi kebanyakkan blog yang aku temui dan aku follow adalah blog yang mempunyai ciri-ciri begini.Sebab bagi aku yang cantik dan dengan yang xcantik dua-dua mempunyai nilai yang baik.Yg xcantik terutamanya. Aku suka usha muka orang yg xcantik sbb wajahnya sgt kreatif dan mempunyai 1001 gambaran yang xbley dinilai oleh hati manusia biasa.xmcm muka orang cantik sbb muka orang cantik pasti ada cacat cela dibahagian dlmnya kalau korang perhatikan betul-betul. Yeala. Kita semua mana ada yang sempurna.


No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !