"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Friday, October 21, 2011

Gathering bersama Rakan Kolej di City Plaza, Alor Setar

Salam,
  • Akhirnya hari jumaat sampai jugak ! bila dah masuk praktikal.. aku hanya dapat cuti umum pada hari jumaat sahaja..  sahaja!  kejam kea? kalau ikutkan cuti diberi 2 hari dalam seminggu tapi ntahlah.. maybe sebab nak biasakan student  bila dah jadi misi nanti..  sebab misi hanya cuti sehari dalam seminggu.. 0-0 sedihnyerrrr..  nanti aku pun mcm tu lah jawabnya.. 


~Lagu ni penyeri hari aku hari ni~





Pretty Boy-M2M 
(Suka lagu ni sejak tengok Running Man : Monday couple vs Songsong couple


Mcm xda pelakon budak perempuan lain ke dalam malaysia ni.. asyik mia sara jea.. ;p .. aku xsuka r  tengok pelakon yang sama jea padahal belambak lagi pelapis kat luar sana.. 

Karok.. lepas stress selepas 2 minggu penat lelah di wad medikal yang teramat sibuk! 

Aku dah pekak doh waktu ni.. bengang giler sebab lagu terlampau kuat sangat ! diorang ingat telinga ni telinga gajah ke hape..  adjust vol?.. give up already..  sebab bingit itu mengasyikkan jugak ;p

~Bowling time~ can i win this time?...

That the winner ! Im the LOSER !.. oH!! How can this happen to me LOL.. Der.. aku kena belanja diorang lunch (Air) dekat city..  erk!  Seum Dwaa!! habis duit aku weiysss.. ;(  tapi xpew..  tengoklah nanti.. aku akan libas hampa balik noh! wait yah.. btw, ini adalah kali pertama aku belanja kekawan aku..  best jugak bila belanja orang makan ni.. 

Inilah rakan sekerja di wad sepanjang aku praktikal sem 3 sekarang.. mesti nak cari gaduh dengan dia ni.. grrrr.. 

Dalam entri aku kalau xda gambar minah baju pink memang xsah kan.. btw..  dialah aigo* aku.. ;p

Saja buat syok bergambar dekat sini..  lokasi : depan Pekan Rabu, aLOR sETAR 

Testing kemera henset jap.. Noted : Im not dslr user!.. 

Cabaran Outing yang akan datang : Pakai baju kurung !

Nota Jjinbbang : Hari ni banyak perkara yang aku  buat kali pertama bersama go mi nam dan minami ! Memang enjoy ah.. hari-hari macam ni kan best.. ;p .. Korang ingat rakan blogger je boleh gathering?.. rakan kolej pun boleh maaaa.. janji enjoy.. hidup biar peace-gary !


Thursday, October 20, 2011

Syukur

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah


Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasih ku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu Yang Esa

Tuesday, October 18, 2011

Aku Jadi Model untuk Ryle's Tube

Ini adalah  Ryle tube/Nasagastric tube yang dimasukkan kedalam hidung-thorax hingga ke stomach

Ryle tube adalah sejenis tube yang dimasukkan ke dalam hidung-thorax- hingga ke stomach untuk memberi nutrisi (susu, air) , membuang sekrisi perut seperti darah dan sebagainya... selalunya, pesakit yang mempunyai masalah GI Tract berisiko tinggi untuk dimasukkan ryle's tube sebab diorang xboleh makan secara oral.


Ini anatomi kedudukan ryle tube yang telah dimasukkan..


  • Ok hari ni dalam sejarah, disebabkan dekat wad xda pesakit yang memerlukan insert  ryle's tube.. kiteorang sesama sendiri yang jadi model untuk kekawan yang ingin mendapatkan cross Memasukkan Tiub Nasogastik (Insert ryle tube/Nasogastric tube) bagi penuhkan cross di buku rekod praktis praktikal (kkm) so prosedur  dilakukan seperti model itu pesakit yang sebenar.. Clinical Instructor (pengajar) aku mengawasi kiteorang semua.. sebab dia yang beri cross.. aku sebenarnya dah dapat cross insert ryle tube  tapi saja nak ambik pengalaman jadi model untuk insert ryle tube..  nak tahu pesakit rasa mcm mana bila kita masukkan ryle tube tu.. 

  • Aku jadi model yang terakhir.. semuanya ada dalam 6 orang model sukarelawan untuk dimasukkan ryle tube.. kiranya aku yang keenam r.. grrr.. mula-mula tu rasa takut jugak nak jadi model ryle tube ni tapi bila tengok kawan-kawan aku yang lain berjaya jea jadi model walaupun semua mengeluarkan air mata bila ryle tube tu dimasukkan dalam hidung.. so aku pun nak cubalah!. yang buat dekat aku adalah fateim.. mula-mula tu excited lagi ni nak jadi model.. tapi bila fateim dah masukkan ryle tube dekat dalam hidung aku.. perhh! sakit ya amat.. xtipu.. menangis aku.. refleksi yang kita xboleh tahan.. air mata mengalir dengan sendiri.. aku rasa tekanan sampai ke kepala.. rasa mcm nak pecah jea kepala..dan disebabkan terlampau sakit  aku xdapat beri kerjasama dan percubaan pertama di hidung seblah kiri gagal!..  


  • Percubaan kedua dilakukan pada hidung sebelah kanan pulak.. waktu ni kawan-kawan aku semua support aku.. so rasa xnak give up dengan mudah walaupun dah rasa sakit ya amat.. fateim masukkan tube secara slow-slow sebab dia pun dah panik aku rasa bila tengok keadaan aku yang sakit dan berlinang air mata.. dan akhirnya.. tube sepanjang 45 cm berjaya dimasukkan ke dalam hidung hingga ke stomach.. waktu tu memang aku rasa xselesa gile r.. rasa nak muntah jea.. sebab rasa benda asing dalam tekak ni.. aku tahan jea.. dan ada batuk sikit.. yang fateim pun cepat-cepat r ambil stethoscope dan letakkan dekat perut aku.. nak dengar bunyi udara yang dimasukkan menggunakan syringe melalui ryle tube.. mula-mula tu xdengar.. last-last tu dia cakap dengar.. kalau dah dengar tu kiranya ryle tube dah berjaya masuk ke dalam perut.. Ujian ini dilakukan untuk pastikan kedudukan ryle tube dalam stomach. Lepas ryle tube dibuang aku rasa pedih jea dekat bahagian hidung.. memang xselesa jea.. tapi bila dah lama-lama tu ok la.. keadaan pulih seperti biasa...


Berjaya !

  • Tapi, bila fateim buang jea ryle tube dari aku . tube yang dikeluarkan tu berlipat.. yo! no wonderlah aku rasa sakit sangat.. rasa macam nak pecah kepala jea.. sepatutnya tube yang dikeluarkan tu dalam keadaan lurus jea.. xjadi feeding kalau tube berlipat.. grrr.. bukan salah fateim.. aku pun xtahu kenapa.. maybe sebab aku reflek nak muntah kerap sangat masa tube dimasukkan tu.. 


  • Rasa lega giler lepas tube dikeluarkan.. rasa lega sakit.. sebab ryle tube tu memang buat aku rasa xselesa dan nak bernafas dekat hidung pun susah.. bernafas ikut mulut jea.. Dalam ramai-ramai model tadi.. aku rasa.. aku lah model ryle tube yang paling teruk tadi.. reflek aku kuat sangat berbanding model lain.. diorang nangis sebab sakit  tapi xdalah menangis sakit macam aku der.. grrr.. tapi xkata r.. memang sakit gila lah.. mana xnya  rupa-rupanya tube tu yang dimasukkan tu berlipat di thorax aku.. patutlah sakit giler..  perhh! aku dah xsanggup jadi model ryle tube.. sakit maaa... kalau tube tu xberlipat rasa boleh tahan lagi.. cuma kena tahan sikit r.. sebab sakit tu tetap sakit.. tapi xdelah sakit sangat mcm aku rasa tadi..


  • Btw, aku rasa malu jugak sebab aku nangis tadi.. erh! Sebab sebelum aku buat tu aku dah cakap kat diri aku yang xnak nangis.. tapi aku nangis jugak.. lebih dari model yang lain.. grrr.  sebab sakit sangat.. reflek nangis tu keluar dengan sendiri..  merah mata aku tadi.. grrr.. nasib baik aku kerja pagi hari ni.. sebab prosedur ni dilakukan pada waktu aku kerja.. xrugi masa kerja aku derr.. kesian kawan-kawan  kerja petang yang kena datang ke wad tadi untuk dapatkan cross ni... lepas habis buat cross insert ryle tube diorang kena balik kolej dan pukul 1.45 datang balik ke wad untuk kerja shif petang seperti biasa..


Pengalaman

  • Aku dah rasa mcm mana pesakit aku rasa bila kiteorang masukkan ryle tube dalam hidung-stomach diorang.. sebab aku dah rasa secara real tadi.. sakit kot.. so empati aku untuk masukkan ryle tube kepada pesakit memang tinggi ah.. aku akan buat sebaik dan selembut yang mungkin sebab sepanjang tube dimasukkan tu memang akan rasa sakit/xselesa dan nak muntah jea.. huh, kesianya.. tapi cara ni jea yang ada untuk kekalkan nutrisi pesakit  dan  untuk lakukan prosedur yang lain.. sabar jealah yea.. kalau boleh aku xnak pakai ryle tube sampai bila-bila.. aku minta sangat yang aku xkan sakit yang memerlukan ryle tube dimasukkan.. tapi xmustahil kan.. semuanya kuasa Allah swt. kita hanya boleh... Redha jea. ok?.


Nota Jjinbbang : Pengajar aku cakap.. nanti nak beranak 10 kali ganda sakit berbanding masukkan ryle tube.. grrr.. pasti extravaganza sakitnya bila nak beranak nanti.. tertelan air liur aku.

Monday, October 17, 2011

Nabil dan Zira - Save The Date !






....

....

....

 stail yang fresh masa kini.. 
sukalah pasangan ni.. hope dorang bahagia hingga ke akhir.. Insyaallah.



Friday, October 14, 2011

Exsklusif : Running Man Versi Belog Korie !


Salam,
Masih berbekas kesan tidur pagi tadi.. lambat gila aku bangun tadi.. semuanya disebabkan aku tidur lambat semalam.. aku hupdate blog untuk entri yang ini Aku Tak Dapat Tidur ! entri yang siap diedit  siap pada pukul 1.30am tapi aku dah siap-siap publish dah save as draf sebelum pukul 12am.. sebab xnak lari tarikh..

Tetiba.. 

Masa tengah duk sedap jea nak tengok Running Man loceng kecemasan kolej berbunyi..



fire drill Pictures, Images and Photos

  • Waktu tu tepat pukul 1.30am.. Mula-mula ingatkan tu loceng kecemasan yang menipu jea sebab loceng kecemasan kolej aku ni mereng sikit.. selalu jea memekak setiap pagi padahal xda apa-apa pun.. so aku Buat don noo jeala.. dalam beberapa saat tu dengar pulak bunyi siren dari bawah.. grrr.. bising bebenor .. dah tu,semua orang dekat aras aku dah start berlari dengan sopan dan ayu turun bawah. semua muka jem jea.. yealah ada yang dah tidur time tu.. yang tidur berlari pun ada.. haha.. bila aku buka pintu bilik mcm-mcm gelagat aku nampak.. Hahhaha..  ada yang pecut mcm kena kejar Kim Jong kook-sparta Jong kook (Running Man).. lawak giler..sempat lagi aku gelak berdekah waktu tu.. tetiba datang Pn.Ju yang merancakkan lagi running man.. dengan muka yang serius giler.. mcm betul-betul ada kebakaran kat bawah.. dia suruh kiteorang semua berlari turun kebawah.. cemas.. cemas..  aku kira orang terakhir gak r yang keluar dari aras aku.. grrr..aku main-main dulu.. mcm watak HAHA dalam Running Man.

commander kook come to catch yoorus willis


He pretty much collapses at the sight of the sparta jong kook
Spazzing out all by himself in the elevator lolol

Kalau korang layan Running Man mesti korang tahu babak ni!.. lawak giler.. haha.. semua orang takut dengan sparta kook! mcm ni r..

  • Semua keluar dari kolej dan berkumpul di kawasan luar bangunan kolej.. dekat tempat parking kereta .. masa aku sampai jea kat situ dalam keadaan penat berlari aku nampak dah ramai yang dah sampai dan berkumpul kat situ.. mcm mangsa banjir jea diorang ni..hahah.. aku gelak lagi.. ok.. semua orang berkumpul mengikut aras masing-masing..dan ketua aras kira ahli aras cukup ke tidak.. dan Alhamdullilah aras aku semua selamat dari mangsa rentung latihan fire drill ni.. hebat semuanya. layak masuk running man versi student nurse ! haha..

Menjadi kebiasaan blogger mcm aku.. aku snap beberapa gambar situasi di situ.. ini hasilnya...

Ini mangsa running man yang kalah awal..  xdalah diorang ni sampai awal.. sementara nak tunggu yang lain sampai diorang lepak dulu kat bawah.. bosan derr.. mengantuk satu pasal.. kesian giler bagi kawan-kawan aku yang kena kerja pagi esok pagi.. aku cuti esok!
aszah dan nadia..  rilex sungguh diorang.. lepas penat berlari tadi...
Nadiayana sempat berposing lagik!
Zara.. kawan baik aku ni.. suka betul aku dengan tahi lalat yang sekor tu dekat bawah mulut tu.. nasib baik x terbakar kan kau zara.. kalau x.. xnampak dah rupa  tahi lalat ko tu
Suasa kolej di lewat pagi hari


Dan yang paling kelakar.. aku gelak xsudah!

Nisa.. sebab terlalu cemas dia xsempat nak capai tudung.. hanya turun pakai kain tuala jek.. hahahahaha.. berdekah aku gelak aku kat dia pagi tadi... lawak siot..



Mengata orang.. aku pun lebih kurang jea...
Yang pakai hoodie tu aku lah!.. aku terlupa nak ambik tudung!.. aku lebih terbiasa ambik jaket hoodie dulu sebelum ambik tudung.. grrr..  separuh jalan berlari baru teringat yang aku xpakai tudung.. hurm.. lari jeala.. lagipun memang xsempat dah nak patah balik.. sparta jongkook ada kat dalam.. nak mampus aku.. hehe. xpew.. jaket aku ada hoodie.. selamat!

Model hoodie versi africa.. gelap derr gambar ni.. sebab waktu pagi.. bertemankan lampu jalan dan anak bulan yang penuh jea waktu ni..

  • Masih kenalkah korang dengan Pn.K? Aku pernah cerita pasal dia dalam blog ni.. entri yang lama.. khususnya awal tahun ni.. aku banyak tulis mengenai denda yang aku kena dengan Pn.K semasa dia mengajar dalam kelas aku.. Ok! Pn.K turut menghadiri latihan fire drill ni.. aku ada perasan dia datang kat arah student yang berdekatan dengan aku.. dia ada cakap something dengan kawan yg  batch dengan aku dan lepas tu diorang semua gelak dan pandang aku.. lepas tu dia pergi.. grrr.. aku pun tanyalah kat diorang apa yang Pn.K cakap.. dia cakap .. ' AMIRAH bangun pulak yea'  sambil pandang kearah aku.. hahaha.. nakal betul mulut dia.. xhabis-habis bahankan aku.. yealah.. sebab aku selalu tidur dalam kelas dia.. manalah dia xhingat aku yang raja tidur dalam kelas ni.. hahaha.. kelakar la plak.. grrr.. Pn.K oh Pn.K nasib baik sem ni dia xmengajar aku.. kalau x memang hari-hari aku kena denda sebab tertidur dalam kelas.. bb sem ni aku banyak tidur jea..

  • Lepas semua dah berkumpul. dan ahli bomba datang dan menyelamatkan beberapa mangsa rentung di dalam kolej.. ada 3 orang kak senior aku yang jadi mangsa rentung.. diorang maybe dah tidur mati dalam bilik.. biasalah.. xpew.. ini cuma latihan fire drill..  Ahli bomba turut menemani kiteorang pagi tadi.. siap datang dengan lori bomba lagi.. memang mcm betul-betul ada kebakaran.. saja nak tengok kepantasan bomba sampai selepas mendapat call dari kolej yang mengatakan ada kebakaran berlaku.. hurm! cepat giler diorang datang.. ambik masa 5 minit jea.. Yeah! Ahli bomba memang sangat hebat! aku kagum dengan kerja diorang.. bukan senang derrr.. hurm.. kerja aku pun bukan senang juga.. yealah! semua kerja kat dunia ni xda yang senang.
Kantoi!
  • Sedang aku sibuk merakam apa yang En-En Bomba berucap di depan dengan mengunakan henset tetiba Cik. L datang kat aku dah rampas henset aku.. grrr.. semua orang waktu pandang aku derr.. aku pun bagi jea kat dia tanpa berkata apa-apa sebab aku dah perasan dia datang kat tempat aku duduk dan comperm dia nak rampas henset aku.. grrr.. aku buat rilex jea sebab aku tahu dia akan kasi balik kat aku henset tu.. aku kenal siapa Cik L!  so dengan bosanya aku dengar en-en. bomba beri ucapan tanpa henset disisi.. aku nak ambik gambar pun xboleh derr! xpew.. aku orang yang boleh bersabar.. kenapa henset aku kena rampas? sebab peraturan disiplin kolej aku memang agak ketat bila melibatkan pelajar.. masa orang berucap di depan kita kena dengar.. bukan sibuk dengan henset jea.. dia kira menganggap aku xfokus pada orang yang tengah beri ucapan dan sibuk 3G dengan orang lain padahal aku tengah merakam video.. mcm tu r.. sebab tu henset aku kena rampas.. yealah! aku xguna kamera DSLR.. sebab tu dia salah faham dengan aku.. grrr. xpe.. aku ok kea.. dan lepas habis ucapan dan sebelum kiteorang bergerak balik ke bilik ...Cik.L kc kat aku balik henset tu dan dia beri amaran kat aku jangan buat benda yang berulang dah di masa akan datang kalau dia x dia akan ambik balik henset tu.. Aku pun senyum jea dan cakap Terima Kasih Pn. hum.. semuanya berakhir dalam pukul 2.30am.


Tidur dengan nyeyak hingga ke pagi.... terlupa yang aku ada janji dengan kawan aku nak keluar pukul 8 pagi tadi untuk makan roti canai di kafe hospital.. aku masih nyeyak tidur pada pukul 8am.. maaf kawan-kawan. 






Thursday, October 13, 2011

Trauma Dengan Darah !

Salam,

Seperti yang termaktub.. aku memang dah ikat perjanjian dengan kerajaan selama 3 tahun  untuk Diploma in Nursing.. dan selepas graduate aku wajib berkerja atas naungan kerajaan selama beberapa tahun.. 

  • Ok.. Sekarang baru tahun kedua.. masih ada lagi setahun setengah lagi untuk belajar.. hidup aku sebagai student nurse dan dunia kerja yang akan datang adalah berkaitan dengan penyakit dan bermain dengan darah manusia.. blood! Yea! aku nak cakap pasal darah.. 

  • Sebenarnya.. aku trauma dengan darah.. seriusly.. kisahnya begini , masa aku praktikal sem 1 di wad. berlaku satu kejadian yang aku xkan lupa.. xkan .. xkan.. sampai sekarang.. benda tu masih bermain di dalam fikiran.. masih menganggu emosi tapi syukurlah aku dapat tangani perasaan itu setakat ini... Insyaallah. Trauma aku xdalah boleh menjejaskan kerja aku di wad yang berkaitan dengan darah cuma perasaan trauma itu akan datang bila kejadian yang sama berulang pada orang lain serta berlaku di depan mata aku... buat aku refresh balik apa yang berlaku pada waktu lepas.. aku akan hadapi trauma tersebut.. benda tu akan datang dan menyerang emosi aku lagi.. aku penat sebenarnya nak layan trauma dan perasaan ini dan sekarang aku cuba untuk tenangkan diri. Hanya Allah SWT jea tahu mcm mana perasaan aku sekarang. Syukurlah aku ada Allah SWT yang sentiasa ada dengan aku.

  • Tetiba aku cakap pasal ni.. sebabnya adalah.. tadi..  aku kerja shif petang hari ni (praktikal)  kira baru jea balik pukul 9.10pm tadi..  Kejadian berlaku kira-kira dalam pukul 5pm. Darah dari branula patient memancut keluar.. waktu tu junior aku yang tengah dok buat.. dia nak pasang tubing iv drip..jadi kena la buka stopper yang dipasang pada branula pt.. bila buka jea terus memancut.. grrr.. junior aku ni gelabah la.. dia terus panggil aku dan kawan aku untuk tolong dia.. aku pun cepat-cepat pergi kat dia.. tengok-tengok.. nah! darah keluar dari branula pt.. banyak jugak.. aku terus capai tisu yang ada kat situ dan tutup di bahagian branula dan kawan aku yg lagi sorang cepat-cepat pasang stopper balik untuk hentikan darah terus keluar .. masa tu.. trauma aku mula menyerang.. grrr.. emosi kurang stabil.. kisah lama berdarah kembali di ingatan.. aku cuba buat bodo jeaa.. Tangan aku terkena darah pesakit tersebut.. sikit jea.. aku terus capai alkohol dan lap jejemari aku ni.. xsempat pakai glove sebab waktu tu dah urgent .

  • Lepas branula dan drip patient tersebut stabil.. kiteorang pun check diagnosis patient yang tadi tu dekat tiket data patient.. dia diagnos penyakit demam denggi.. no wonder la darah dia cepat memancut.. but dalam masa yang sama.. aku risau.. darah dia terkena dekat tangan aku tadi derr! walaupun sikit tapi kena juga.. nasib baik tangan aku xda luka tadi.. dan nasib baik jugak aku cepat-cepat sapu alkohol dekat tangan aku tadi lepas kena darah.. kalau x.. xmustahil aku boleh kena demam denggi..  but now, perasaan risau still ada.. biasalah kan..    pepun terjadi aku berserah jea.. niat aku hanya satu.. aku ikhlas nak tolong pesakit tersebut..itu baru terkena darah pesakit demam denggi.. kalau kena darah patient RVD,HIV,HEP B,C .. memang trauma tahap killer laaa.. aku minta dijauhkan sangat! Insyallah.

  • Kemalangan macam ni mudah sekali nak berlaku keatas staf di hospital.. tambah-tambah di wad-wad kecemasan.. oh! sebenarnya aku sangat xsuka dengan kerja yang memerbahaya seperti ini.. mcm-mcm boleh kena.. Infeksi mudah jea dapat kalau kita xpandai nak protect diri sendiri.. itu xmasuk lagi bab tercucuk jarum bagai..terdedah dengan penyakit berjangkit... sangat bahaya.. semuanya bermain dengan nyawa sendiri.. yea! kerja aku ni memang betul-betul perlu kesabaran dan keikhlasan dalam hati.. kalau x memang xlayak nak bertahan lagi.. baik berhenti terus.. kadang-kadang aku rasa nak give up jea dari jadi nurse walaupun aku masih student dan aku tahu bila aku dah jadi staf nurse perasaan stress pula akan datang ... penat jea,, tapi Alhamdullilah aku masih ada akal untuk mengawal emosi yang x matang itu.

  • Aku xbermaksud kerja sebagai jururawat merbahaya dan berisiko.. dan aku xbermaksud kerja ini hanya buat aku jadi stress.. dan apa yang aku cakap ni xbermaksud yang aku xsuka akan kerja sebagai nurse cuma aku masih belum dewasa untuk menghadapi situasi kerja yang macam ini..  aku perlukan sedikit masa untuk matang dalam memahami perkara sebegini..  aku harap aku berjaya hingga ke akhir.. doakan aku yea.

Nakal itu wajib!


 Ya Allah.. Kau berilah aku kekuatan dan ketabahan dalam setiap dugaan yang Kau berikan ini .Ya Allah .. Kau berilah hambamu ini tubuh badan yang sihat dan jauhi dari serangan penyakit merbahaya dan Kau berkatilah setiap ilmu yang kau berikan kepada kami. Amin

Nota Jjinbbang : Perlukan Vitamin C untuk tingkatkan immuniti badan.


Rindu#



Beberapa hari ni  asyik teringatkan orang dkt rumah jea.
Sihat kea?..
Jejari ni mahu saja menekan punat 'call ' tapi hati xkuat..
hati berbisik.. for what?.
Xda bicara ingin dibualkan.. 
so biarlah ia pergi..
biar buntu selamanya begini.. 



#Jaga diri! 


Wednesday, October 12, 2011

Cara Studi Paling Berkesan Walaupun Anda Seorang Pemalas !

Seum Dwa!
Good Morning everobodi.. wake up wake up ! .. alredi late in da mornink dah sayang!.. 

  • Keputusan trial aku xmencapai tahap budak genius lagi.. so aku kena studi lebih sikit unt final exam yang tinggal lagi sebulan lagi... just ibarat mcm ibu mengandung yang tunggu lagi sebulan untuk beranak.. kena prepare elokx2.. perang besar ni.. kolej dah keluarkan jadual waktu prep bagi setiap sem.. prep pagi.. prep petang dan prep malam.. kalau kerja shif pagi... kena pergi prep petang dan malam.. kalau shif petang.. p prep pagi sahaja.. itulah jadual prep paling bagus kat dunia ni!.. menyampah betul aku.. ada prep bagai.. ingat ini sekolah kea.. paksa kiteorang untuk study.. grrr.. aku ckup xsuka kalau masa studi aku orang yang aturkan.. biarlah aku studi bila aku rasa nak studi.. haih.. busybody betul la.. tapi.. betul jugak cara kolej ni.. didik pelajar jadi lebih berdisiplin dan xbuang masa mcm tu jea.. tapi masalahnya..lepas balik kerja penat doh! gila apa nak g turun studi kat kelas.. plus, aku ni pemalas piang!.. jangan harap aku nak turun kelas prep.. no lah!. kalau turun pon.. aku tidur je dlm kelas.. lagi best studi dlm bilik aku sendiri.. xda siapa kacau.. mcm dunia ni aku yang punya!.
Ni buku yang aku kena balut sebagai denda sbb aku lambat hantar buku perpustakaan selama sebulan.. grr.  

Ok.. Aku memang malas nak studi.. tambah-tambah subjek yang tidak diminati.. tapi tetap kena studi kalau nak graduate dengan berjaya.. nak tahu cara aku studi mcm mana?


CARA SI KORIE STUDI YANG DAEBAK!


Sebelum
  1. Cari waktu yang sesuai.. angin sepoi-sepoi bahasa.. roomate xbuat bising.. tiada rancangan yang diminati pada waktu itu.. dan ada niat untuk xnak fail subjek tu.. 
  2. Pastikan semua bahan studi seperti buku rujukan,peralatan tulis,buku latihan,kertas kajang cukup lengkap di atas meja.
  3. Letak botol air yang berisi air mineral or wutever air yang korang suka di atas meja or sudut meja.. plus, sediakan biskut or keropok..
  4. Pastikan anda berada dalam keadaan bersih dan segar.. 
  5. Sila silent henset dan lempaq jauh-jauh kalau xbuat pown xpew.. guna henset untuk set alarm waktu study pun ok gak.. takut nanti studi xhingat dunia dah.. solat kemana.. rancangan tv kemana.. kan.. kiki
  6. Pasang lagu yang diminati untuk pra persediaan untuk naikkan aura studi korang.. dengar lagu yang beri motivasi sikit contoh- Belaian ibu,The climb-miley cyrus.. lagu yang berunsur balad pun ok gak!.. kalau dengar lagu korea yang slow-slow version lagi best!..

Semasa
  • Start dengan bismillah.
  • Baca isi secara menyeluruh di bahagian depan..  pilih tajuk yang penting.. pastikan situasi masih dalam keadaan stabil.. jauhi dari benda yang boleh menganggu anda.. aku akan pakai headphone di telinga.. ala-ala mcm dengar lagu.. sambil tu goyang-goyang sikit kepala.. jadi bila ada orang panggil kita.. kita xpayah menyahut.. buat mcm xdengar jea.. bila orang tu tengok kita.. dia akan cakap.. eh budak ni mesti xdengar aku panggil dia.. buka lagu deras nak mampus.. xpew lah.. nanti jealah aku panggil dia.. padahal aku xbuka lagu pown.. hahaha.. tertipu.
  • Baca nota dalam keadaan excited.. perasaan ingin tahu yang sangat cuak!
  • Beri fokus sepenuhnya.. untuk lebih bagus.. ikut kretiviti sendiri.. kalau aku.. nak fokus dengan sesuatu topik aku akan samakan topik tersebut dengan mamat korea dan cerita korea yang aku minat.. contohnya.. aku studi mengenai penyakit kanser.. aku akan bayangkan artis korea ni ada sakit kanser ini dan apa yang aku perlu lakukan untuk merawat dia.. hehe.. dah aku minat dia mesti aku nak dia sihat kan.. so apa yang perlu aku buat... jadi cara buat aku senang ingat ;]  tapi mudah jugak lupa.. ikut IQ lah yea.
Eunhyuk! my bias~
  • Kalu datang perasaan bosan.. cepat-cepat hilangkan perasaan bosan itu dengan minum air kea.. gigit biskut kea.. sambil tu fikirlah yang..''katalah aku fail disebabkan aku xboleh jawab topik ni masa exam nanti memang rugi ah masa studi aku yang ini ''. ah! aku kena studi jugak! aku nak jadi pelajar genius.. mesti!.. sambil2 tu nyayilah lagu Malaysia boleh!

by ~flowerbanana
Gantung bendera Malaysia kat depan meja studi! kita akan rasa lebih bersemangat. bajet mcm belajar kat luar negara.. tapi berkesan kot!.

  • Boleh hilangkan perasaan bosan dengan ubah posisi dan kedudukan tempat studi.. contoh... dari katil ke meja studi.. .. elak dari ubah posisi dari meja studi ke katil.. ini akan buat korang terus lena dan jadi malas sepenuhnya..
  • Kalau dah 2 jam berterusan aku studi.. dan masih banyak yang perlu studi.. aku akan rehat jap.. buka komputer kea.. online jap.. facebook.. update blog kea.. gelak2 sebentar untuk hilangkan stress.. selalunya masa rehat aku ni akan lebih daripada 1jam dan kurang dari 2 jam.. lepas tu start balik study. baru rasa ringan sikit kepala.. ye dok.
  • Catit point penting di nota anda.. xcatit pun xpew.. tapi anda pasti anda boleh hingat begitu mudah?.. grr.. buat nota secara ringkas dan padat jea.. xpayah keterangan bagai.. itu boleh fikir sendiri..
Ni nota kawan aku.. tiru jea.. pe susah.. tapi buat sendiri lagi bagus la..

  • Studi sambil online pon ok gak.. cari maklumat dari internet.. tapi kena pandai manage la yea.. jangan g blogging dan facebooking plak.. derr.. xpew.. aku xkisah.  janji  pandai manage masa..

Muka budak kelas aku yg stress sebab exam dah dekat.. muka xblah jea.. nu.. aku ada kat belakang sekali.. tidur ..ZzZzZ




Selepas
  1. Lepas habis studi.. buat latihan bagai.. aku akan rasa otak ni penuh jea.. kepala berat jea.. mcm gendong buku medikal surgikal yang besar gedabak tu.. padahal baru habiskan beberapa topik.. dah rasa letih ..jadi sila rehat minda sebentar. ilmu penuh penuh di dada kononya.
  2. Tutup buku.. pastikan tanda bahagian yang belum dibaca dan sudah dibaca..
  3. simpan nota di tempat yang senang dicari..
  4. kemas meja.. 
  5. Pergi buat xtvt fizikal sikit.. berjalan kea.. borak kea.. gayut kea.. untuk hilangkan stress studi tu.
  6. Tengok tv show korea dalam lappy.. Running Man!.. hilang stress.. tapi jangan gelak kuat sangat.. nanti habih ilmu yang kita baru studi tadi.. gelak slow-slow yea. ingat tu! haha.. 
  7. Tidur.. 
Belajar sampai graduate.. nanti dah ada kerja..hidup bahagia.. syukurlah. Aku boleh, anda pun boleh ! jom kita sama-sama berjaya !  Bila dah kahwin.. 'Suami didahulukan.. kerja diutamakan' bereh!


Inilah cara aku studi sepanjang tempoh aku belajar di kolej kejururawatan .. sempoi jea dok.. 


Nota Jjinbbang : Ponteng prep pagi lagi... 

Sunday, October 9, 2011

Filem Nasi Lemak 2.0 patut Ditonton Rakyat Malaysia


Nasi Lemak 2.0  1Malaysia movie! ...  haanttuu..





  • Filem pertama arahan Namwee yang diarahkan secara indie.. seorang pemuda berbangsa cina yang mendapat kontroversi  disebabkan vlog-vlognya di laman web youtube.. aku follow perkembangan Namwee  sebab mamat ni unik bagi aku.. dia ada misi dan cara dia jelas menonjol daripada yang lain.. dia berani mengatakan sesuatu mengikut cara dia sendiri. dia bukan lelaki yang hipokrit.. cara dia ni sebenarnya menarik minat aku untuk menonton filem ini. pasti menarik!. Mengenai isu vlog Negarakuku,TNB dan yang paling latest.. Fuxx! Utusan! usai dipersoalkan lagi.. Itulah vlog asli dari pemuda yang bernama Namwee.. ada pro dan kontranya.. korang pasti tahu kan.. so aku malas nak panjangkan lagi.. xda guna.. bising!.






  • Aku baru habis tengok filem ni.. aku download jea.. skang kan zaman android* ..  Ok!. Sedikit kupasan mengenai filem ni.. filem 1 Malaysia yang berjaya mencuit hati aku dan nampak real.. aku boleh kategorikan  filem ni sebagai filem yang bertemakan  Patriotik,1 Malaysia, Seram, Muzikal, Humor, Action, Romantic,History , Chinese .Perhh! memang hasil karya yang kreatif 9 dalam 1..  Bagi aku Filem dia ni ala-ala mcm Stephen Chau punya filem.. pernah x tengok hasil kerja Pengarah filem/pelakon hong kong yang bernama Stephen Chau? ..  Pengarah filem Shoulin Soccer,CJ7 dan beberapa lagi. Itulah dia.. Aku xmaksudkan Namwee tiru Stephen Chau.. Cuma bagi aku cara pemikiran dan idea dua orang pengarah ini sama.. kreatif dengan cara masing-masing!. gila-gila.. aku suka sangat filem arahan Stephen Chau .





  • Xguna cerita banyak kat sini.. korang xkan dapat apa-apa kecuali korang tengok filem ini.. hanya orang Malaysian jea akan faham filem nasi lemak 2.0.. Sebab filem ini mengisahkan Kehidupan orang-orang Malaysia.. Melayu,Cina,India,Baba dan Nyoya.. best! sempoi..  dia dapat satukan semua dalam 1 filem dan 1 jalan cerita.. lakonan Namwee xberubah banyak dari Vlognya.. mcm tu jealah dia.. 



Filem ini mengisahkan..



  • Seorang chef muda yang ingin mencari resepi nasi lemak  paling special di 3 tempat yang berasingan.. dia belajar sesuatu yang bernilai di setiap tempat yang disinggah.. bla bla bla.. permulaan filem ini banyak mengisahkan tentang kehidupan orang cina.. Nasi lemak bukan lagi menjadi isu utama pada awal cerita.. so bila korang tengok tu korang maybe agak bosan  mulanya.. aku sampai tertidur sebab menonton dalam keadaan penat .. lepas tu aku ulang balik tengok di part aku tertinggal.. bila masuk jea part dia dapat peta untuk ke 3 destinasi untuk mendapatkan resepi special nasi lemak.. jalan cerita happening giler!.. best!. enjoy jea sampai habis..  no wonder lah ramai artis yang ingin turut menjayakan filem ini..





 Artists line up for Nasi Lemak 2.0 is most impressive. There’s Adibah Noor, Dato’ David Arumugam, Karen Kong, Afdlin Shauki, Kenny & Chee, Reshmonu, Dennis Lau, Nur Fathia, Nadine Ann Thomas, Pete Teo, Ho Yuhang, Dian Sharlin, Felixia Yeap and many more famous celebrities, and most of them volunteered to act in Nasi Lemak 2.0 without asking for anything in return

Namewee, Afdlin and Reshmonou

Namewee and Dato’ David Arumugam

Namewee and Karen Kong



Fakta Menarik dalam pembikinan Filem Nasi Lemak 2.0


  • Kamera yang digunakan untuk merakam filem ini tidak mengunakan kamera yang khusus untuk standard movie tapi hanya mengunakan kamera DSLR sahaja disebabkan kekurangan bajet. Btw, filem ini disunting dengan baik.. perh!. memang sempoi ah krew-krew terbabit.. dan satu lagi.. perhasilan filem ini pada mulanya sepatutnya siap pada tahun 2010 tapi terpaksa dihentikan sebab timbul kontroversi keatas  Namwee .. disebabkan kontroversi ini beberapa sponsor menarik diri  dan  pembikinan filem  ini xdapat diteruskan.. mungkin tuah namwee.. Proposal filem ini dibentangkan kepada Dato Seri Nazri iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan berjaya menarik perhatian beliau untuk membantu bagi menyokong dan menyambung pembikinan filem ini diteruskan  pada tahun 2011  atas dasar filem 1 Malaysia.



Rasa sayang 2.0 by Namewee+KarenKong 




Nota Jjinbbang : Ini adalah pendapat peribadi aku.. xda kena mengena antara yang lain..

Friday, October 7, 2011

Bukan Senang nak Derma Darah


Salam,
  • Persoalan perlu ke aku derma darah?.. perlu ke darah aku ni?.. berguna kea?.. hati aku berbisik memberi jawapan.. eh! banyak soal plak.. kalau nak derma.. derma jeala.. kang xikhlas plak jadinya.. xguna jea kau derma.. hurm.. itu adalah bait-bait bisikan hati aku sebelum aku membuat keputusan untuk menderma darah buat pertama kali pada awal bulan tiga tahun ni.. masa tu aku maybe xyakin dengan diri sendiri sebab itu la hatiku berbisik begitu.. tapi selepas menderma.. baru aku tahu erti derma darah yang sebenar..
.......


  • Dan.. beberapa hari ni.. Hospital Sultanah Bahiyah ada buat kempen derma darah secara terbuka..  tujuanya adalah untuk menampung keperluan darah di Pusat Darah Wilayah Utara yang bertapak di HSB.. ok,hari ni merupakan hari yang ketiga kempen ni berjalan.. Hari jumaat.. hari kebiasaan pelajar-pelajar kolej aku keluar outing diluar.. aku xouting hari ni jadi aku betengek di kawasan hsb jeala.. g kafe.. makan..makan.. dan dalam perjanan nak balik kolej terperasan yang kempen derma darah still berjalan hari ni.. aku yang bersama nisa apa lagi.. gerak la g sana.. dekat jea.. berhampiran dengan kafe hospital..  hati tergerak untuk menderma untuk kali kedua.. dan akhirnya keputusan aku adalah satu.. derma! oh yeah.. 

  • Perjalanan prosedur sebelum menderma berjalan seperti biasa.. isi borang.. check hb,berat,check blood group.. tapi malangnya.. aku fail dekat stage tekanan darah.. selepas check tekanan darah.. tekanan darah aku rendah.. kurang lagi 5 digit jea lagi untuk lulus...ah! geram jugak aku tadi.. spoil betul.. nak buat baik pun xboleh.. xpew.. sabar-sabar. ada himahnya...aku cakap dekat staf nurse yang aku nak derma jugak..  jadi lepas tu staf nurse nasihatkan aku g minum air panas untuk tingkatkan tekanan darah.. lepas tu datang balik kat dia untuk semak semula b/p.. aku pun ok jea.. terfikir jugak aku.. boleh kea guna air panas untuk tingkatkan tekanan darah? xpernah belajar plak tapi bila fikir detail.. logik jugak.. aku pun dengan bahagianya g cari air panas sebab peluang tu masih ada unt menderma.. 

..
  • Selepas 15-20 minit menghabiskan masa dengan minum nesvita panas di kedai depan.. aku dan nisa kembali ke tempat derma tersebut.. dalam masa yang sama aku buat xtvt seperti berlari2 anak untuk tingkatkan tekanan darah aku ni.. dan selepas aku disemak untuk kali kedua.. keputusannya.. lulus beb! tekanan darah aku menjunam tinggi tapi still di paras yang normal.. perh! terjerit kegembiraan la aku pun..  berjaya jugak.. bukan senang aku nak derma darah. Akhirnya dapat jugak.



 dan ini adalah gambar- gambar yang aku ingin kongsi bersama

Aku dan Nisa... nisa xcukup isi untuk menjadi penderma.. dia fail di stage permulaan lagi.. hehe.. aku gelak jea kat dia.. itulah.. lain kali ternak la lemak dalam badan.. baru la berat naik..  tapi kesian jugak kat dia sebab xdapat derma.. xpewlah nisa.. darah aku darah kau jugak.. aku derma kira acilah untuk kau yea.. hehe

Ok.. yang tudung hitam 2  ekor tu.. kawan aku.. hehe.. diorang turut memeriahkan lagi hari kempen darah untuk hari ni.. xdapat eden nak jadi vvip hari ni. ingatkan aku sorang jea..

Ni saat-saat sebelum jarum dimasukkan..  *gulpp* 

Ok ini adalah paket yang hampir separuh mengandungi darah aku.. dalam 180ml.. semuanya berjumlah 300ml


Huh! tengok. lajunya darah keluar dari badan.. grrr.. terasa kot darah keluar.. best! rasa mcm main lari-lari gitu.. hehe.. xnak try ke?



  • Aku baring ditempat tu adalah dalam 20 minit gitu.. lepas tu siap.. kejap jea kan.. xterasa sangat pun.. orang tanya aku.. sakit x?.. xsakit pun.. cuma sakit sikit masa jarum dimasukkan.. lepas jarum masuk dalam salur darah ko xkan rasa apa-apa dah.. sumpah! just rasa darah keluar tu jea.. itu pun rasa mcm geli-geli sikit.. lepas cukup 300ml.. jarum dikeluarkan.. letak plaster.. rehat sebentar.. done! itu jeala..  sempoi jeakan?.. xnak cuba? try jeala.. xrugi setitik pun kalau menderma.. apa guna kita hidup sihat kalau xdapat menyumbang apa-apa untuk masyarakat bagi membantu mereka yang sangat memerlukan?.. cuba fikir-fikirkanlah yea..  suatu hari nanti nascaya kita jugak memerlukan darah.. kalau xkita.. maybe ayah,emak dan saudara-saudara kita sendiri.. siapa nak beri kalau bukan kita senriri?.. xkan nak minta tabung darah dari negara luar kot?fikirlah yea.



Info untuk yang ingin menderma darah :


Nota Jjinbbang : Sebelum balik.. diorang kasi susu dan biskut as sebagai hadiah.. dapat jugak bahan aku sambil menonton bini-biniku gangster di asrama ;]



[Fakta] Salah Faham Tentang Menderma Darah



Fakta Umum
Menderma darah adalah selamat dan ringkas. Ia tidak meletakkan anda pada risiko     penyakit kerana semua steril, hanya digunakan sekali dan kemudian dibuang.
Secara puratanya, seseorang mempunyai lima liter atau 10.5 pint darah.Pengumpulan     darah biasa - "seunit" - adalah sekitar setengah liter, atau satu pint. Tubuh anda akan     menggantikan semua darah yang diderma.
Proses menderma darah mengambil masa lebih kurang 10-15 minit. 
Setiap orang dewasa yang sihat antara 18 tahun dan 60 tahun boleh menderma darah.     Untuk maklumat lebih lanjut tentang siapa yang boleh atau tidak boleh menderma, sila klik    sini.
Ringkasan Derma Darah
Ini adalah apa yang boleh anda harapkan apabila anda bersedia untuk menderma darah:
 Anda berjalan ke pusat penderma darah dan bereputasi selamat atau sebuah kem mobile     yang diadakan oleh lembaga terkenal.
 Beberapa pertanyaan akan dikemukakan untuk menentukan status kesihatan anda     (soalan umum tentang kesihatan, sejarah menderma, dll). Biasanya anda akan diminta     untuk mengisi borang.
Kemudian pemeriksaan fizikal akan dilakukan untuk memeriksa suhu, tekanan darah,     denyut nadi dan kadar hemoglobin dalam darah untuk memastikan anda penderma sihat.
Jika didapati berpadanan untuk menderma, anda akan diminta untuk berbaring di kerusi     rehat atau tempat tidur. Lengan anda akan dibersihkan secara menyeluruh.
Kemudian, menggunakan peralatan steril, darah akan dikumpulkan dalam beg plastik     khas. Sekitar 350ml darah akan dikumpulkan dalam satu pendermaan. Mereka yang     mempunyai berat badan lebih dari 60 kg dapat menderma 450 ml darah.
Anda harus berehat selama beberapa minit dengan makanan ringan dan sesuatu yang     menyegarkan untuk diminum. Beberapa makanan ringan dan jus akan diberikan.
Darah akan dipisahkan menjadi komponen-komponen dalam masa lapan jam selepas 
    menderma.Kemudian, ia akan dibawa ke makmal untuk ujian. Setelah diuji selamat, ia     akan disimpan di simpanan khas dan diberi ketika diperlukan.
Sekarang, darah adalah siap untuk dibawa ke rumah sakit, untuk menyelamatkan nyawa.
Tips menderma darah
Sebelum Menderma:
Sila makan minimal 3 jam sebelum menderma darah.
Sila elakkan diri daripada merokok pada hari sebelum menderma.
 Anda tidak akan memenuhi syarat untuk menderma darah jika anda mengambil alkohol 48     jam sebelum menderma.

Selepas Menderma:
Sila menerima makanan ringan yang ditawarkan untuk anda selepas menderma, ia adalah     amat penting bagi anda.Anda disyorkan untuk mengambil makanan berat nanti.
Nikmati minuman ringan dan berehat sekurang-kurangnya 10 - 15 minit.
Jangan meninggalkan tempat menderma tanpa kebenaran dari ahli kakitangan.
Jika anda merasa pening atau pengsan, baik berbaring atau duduk dengan kepala anda di     antara lutut anda sehingga anda berasa lebih baik.
Jangan merokok selama sekurang-kurangnya satu jam.
Minum lebih banyak cecair dari biasa.
Elakkan pengambilan alkohol untuk 24 jam seterusnya.
Ambil makanan berat seterusnya.
Elakkan mengangkat beban berat atau bersenam selama 24 jam.
Biarkan kasa atau band-bantuan selama 4 - 6 jam, jangan basahkannya.

Salah faham tentang menderma darah
Anda tidak akan merasa lelah atau letih jika anda terus minum cecair dan makan makanan     yang baik.
Anda boleh meneruskan aktiviti biasa anda selepas menderma darah, walaupun anda akan     diminta untuk menahan diri dari latihan atau mengangkat beban berat selama dua belas     jam selepas menderma.
Menderma darah tidak akan meninggalkan anda pada rendah darah, malah anda akan     tetap memiliki darah surplus selepas menderma.
Jika anda memilih untuk mengambil alkohol, anda boleh, pada hari berikutnya.
Anda tidak akan berasa sakit semasa menderma darah.
Anda tidak akan pengsan atau berasa tidak selesa selepas menderma darah.
Anda tidak akan mendapat AIDS jika anda menderma darah.
Pesakit hanya seperti penderma- sebahagian besar daripada mereka memiliki jenis darah 
    yang sama. Kerana golongan darah anda adalah umum, permintaan untuk jenis umum 
    adalah lebih besar daripada jenis lain. Walaubagaimanapun, golongan darah umum masih     mempunyai keperluan.
Penderma menderma darah dan tidak menjualnya.


Credit :Malaysiablooddonors

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !