Semua blogger asyik sibuk buat entri merdeka aku sibuk nak buat entri pasal gangnam style -__-
Dapat ulasan ni dekat facebook ;) berkenan nak share dalam blog
Info disebalik ciptaan lagu gangnam style
1. Gangnam memang nama sebuah tempat. apa yang specialnya gangnam ini? ia sebuah tempat berkumpulnya segala elit yang bermandi kemewahan yang dipanggil chaebol termasuk juga pengasas jenama samsung dan hyundai tinggal di situ. dewasa ini, telah berlaku ketidakseimbangan sosioekonomi di korea menyebabkan jurang miskin dan terlampau kaya semakin besar dan kes-kes rasuah juga meningkat, semua ini menghasilkan situasi perasaan sangat menyampah golongan awam biasa terhadap gaya hidup golongan mewah yang selalu enjoy dengan harta dan wanita.
2. PSY penyanyi rap hanya buat apa yang selalu penyanyi rap lakukan dalam mesej lagunya, iaitu kritikan sosial secara satira, sindiran, sinis, ejek bagi meluahkan rasa geram, bengang, menyampah, tension dalam lirik. Kita tahu Eminem pun banyak buat kritikan sosial dalam lirik lagunya.
3. Sekarang tiba bab yang paling menjadi fenomena, iaitu tarian dan aksi yang ditonjolkan dalam klip video. Tarian dan aksi PSY tidak ada yang special, malah itu adalah tarian-tarian hodoh yang biasa dibuat dalam parti liar tak berakhlak sepertimana yang disebut Saudara Rusydi "gerakan tak senonoh dan lucah". Mengapa tarian hodoh ini ditonjolkan bersama lirik lagu kritikan sosial? Ia merupakan satu kombinasi kepada expression menyampah yang ingin ditonjolkan berkenaan cerita orang-orang mewah Gangnam. Tarian itu cuba menggambarkan PSY sebagai seorang playboy. Bagi yang tak tahu kenapa aksi menunggang kuda dipilih untuk melambangkan imej playboy untuk disesuaikan dengan lirik menyampah pada orang mewah Gangnam, kerana ya, memang betul, aksi menunggang kuda adalah sindiran permainan posisi seks ala barat. Ia selalu ditunjuk dalam filem komedi lucah hollywood.
4. Maka sepertimana lagu Eminem yang penuh mencarut tapi bermesejkan kritikan sosial yang baik boleh kita anggap sebagai tak berakhlak, aksi PSY dengan imej playboy yang terkinja inipun sepatutnya tidak ada masalah untuk kita anggap tak berakhlak, apatah lagi klip videonya memang tak berakhlak pun! Mesej Sdr Rusydi berkenaan dengan jangan ikut trend tak berakhlak oleh seluruh umat Islam adalah tepat dan betul.
5. Ada orang mendakwa tarian "gangnam style" sangat bermanfaat untuk ditarikan atas alasan bersenam dan berpeluh, percayalah jika anda mengamalkan "tarian punggung di depan rumah Ambiga" juga akan boleh menghasilkan senaman pinggang dan peluh menitis-nitis, tapi adakah patut ia dijadikan trend padahal ia disepakati tidak berakhlak.
6. Kesimpulannya, PSY menari untuk menghodohkan dirinya bagi meluahkan rasa menyampah pada cara hidup golongan mewah gangnam, tapi ramai orang mempraktikkannya sebagai aksi yang menghiburkan dan kelakar, padahal aksi tarian itu untuk lambang imej playboy yang lucah yang hodoh lagi buruk! Dalam islam kita dilarang beraksi seperti kaum-kaum tak berakhlak dan lucah seperti ini. Makanya, orang yang terikut-ikut aksi PSY seperti yang telah menjadi fenomena di Amerika sekarang, merupakan orang-orang yang tak faham apa yang ingin disampaikan oleh PSY. Sebab itu orang korea sendiri tak faham apa yang hebat sangat tarian PSY itu.
7. Di Malaysia kita pernah dikejutkan fenomena "goyang inul" yang memang disepakati semua wanita sebagai tarian lucah. Sebenarnya "tarian kuda" PSY dalam "gangnam style" ini lebih kurang maksud macam "goyang inul" lah bagi mereka yang tak faham apa itu tarian tak senonoh dan lucah.
8. Apabila kita semua setuju aksi-aksi sebegini adalah tak berakhlak, kita juga wajar menyuarakan pada semua dance performer muslim supaya menghentikan semua jenis tarian ghairah dan lucah,baik di atas pentas, dalam klip video atau di mana saja festival. begitu juga termasuk tarian tak berakhlak adalah tarian-tarian yang mencampurkan lelaki dan perempuan dan bersentuhan walaupun ia dinamakan tarian tradisional seperti zapin. ada beberapa tarian yang sopan yang boleh diamalkan contohnya tarian silat.
sekian. -
Rose Vermin @facebook
Untuk Join Ulasan ini boleh pergi ke
Ramai yang xtahu asal usul lagu neh kan . so lepas baca sebar-sebarkan la.
Untuk info lebih lanjut boleh baca dekat website ni
Ingatkan nak letak video gangnam style versi raya tapi xjadi bila nampak video terbaru mat lutfhi. hehe . so aku letak link jeala untuk yang nak tgok Suasana Gangnam Style versi hari raya yang dicover oleh anak cucu tok haron . meriah giler raya diorang. ramai doh . ;) . teringin nak masuk dlm video. diorang xdalah tiru sebijik2 pun. so ok jea ;) .
Ini video terbaru MatLutfhi ;)
Lepas rindu nak tengok video dia ;) .
betul rasanya. ada terbaca org korea ckp lagu ni perli org2 kaya gangnam
ReplyDeleteyer ker ada unsur sindiran erk...
ReplyDeletememang betul masalahnye yang tak faham mesej cube sampaikan tu yang sebok ikut tarian tu.. hmm
ReplyDeletehmm sana sini semuanya pasal op..op..oppa gangnam style!! apalah org melayu kan?
ReplyDelete