Hi bloggers ,
Aku baru habis tengok Istanbul , aku datang ! tadi ;D . Layan movie dekat hostel jea hujung2x minggu gini .
so mcm mana dengan Istanbul?
Meh nak story..
Pelakon utama, Lisa Surihani, Beto Kusyairy, Tomok, Aizat... Sure teruja! Sinematografi yang sungguh cantik dan jalan cerita yang fresh.
Sinopsis
Aku Datang mengisahkan perjalanan seorang gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.
Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.
Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan.
Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.
Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.
Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.
lisa yang kecoh, bising dan salamba ;)
Bagi aku, istanbul , aku datang adalah movie lisa surihani yang paling sweet tahun 2012 . comel , fashionista , stylo, kecoh , latah dan ada unsur2x fobia terhadap kucing yang menaikkan scene komedi . Watak tomok sebagai boyfriend lisa agak kaku tapi dilakonkan dengan baik dan selesa so bagi aku xda masalah cuma kadang2x perasaan sayang tomok yg nak ditunjukkan kepada lisa tidak berapa jelas tapi telah dicover dengan lakonan lisa dengan baik, so memang masuk ;)
lagipun bila aku fikir balik , tomok ni student medik so memang watak student medik skema macam ni pun -_-'' (jgn marah eh klu awk yg tgh baca ni student medik)
Tomok tengah pujuk lisa ;) sweet ! |
Beto , wataknya tidak ada pada permulaan cerita, mcm x penting , tapi bila tiba wataknya , barulah kita sedar yg kisah percintaan lisa dan tomok akan mencapai tahap klimaks . tapi bagi aku perasaan cinta antara beto dan lisa digambarkan tidak begitu kuat dan matang. aku xrasa pun yang lisa sukakan beto , lisa cuma perlukan seseorang yg menemani dia tika kesedihan , dan kebetulan dia adalah beto . dan aku juga percaya kata-kata nasihat beto terhadap lisa iaitu , ''2 hati yang dah lama sebati , susah untuk dileraikan'' yang merujuk kepada lisa & tomok tapi at the end lisa memilih beto sebagai pasangan hidupnya . how come? aku xberapa puas hati disitu.
Beto yang berada di sisi lisa ketika lisa bersedih hati |
Yea, penonton dikejutkan dengan kecurangan tomok dihadapan lisa dan beto . tomok ada perempuan lain di istanbul . tomok akuinya . tapi ,bila dia kehilangan lisa baru dia sedar yang lisa begitu penting dalam hidup dia dan tomok terus declare kat lisa untuk berkahwin dengannya. Lisa kecewa pada mulanya , tapi lisa still dengar penjelasan dari tomok mengenai kisah curangnya dengan perempuan lain. tomok akui yang dia sunyi berada di istanbul tanpa keluarga dan lisa di sisi jadi disebabkan itu dia mempunyai perempuan lain . bagi aku , penjelasan itu sangat jelas dan ditunjukkan dengan begitu jujur oleh tomok dan aku berharap lisa beri peluang kedua terhadap keikhlasan tomok ,sehinggakan tomok sanggup tinggalkan pengajian medik di istanbul demi nak ikut lisa pulang ke Malaysia untuk buktikan yang dia still sayang dekat lisa .
Sebelum lisa pulang ke Malaysia . Lisa cakap dengan beto yang tomok ada ajak dia berkahwin
Beto : ' awak nak berkahwin dengan lelaki yang curang dengan awak '?(Perbualan mati disitu)
Lisa : Saya kenal dia siapa , bukan seminggu dua saya berkawan dengan dia , tapi dah bertahun tahun
Beto : (nada suram) Emm , kita berdua yang baru kenal seminggu dua .
Pada hari dimana lisa dah nak berangkat ke Malaysia bersama Tomok
beto cakap :
''saya hanya mintak satu peluang jea , bukan dua peluang''
Scene mati disitu..
After 2 years . Lisa memilih beto sebagai pasangan hidupnya. mereka bergambar bersama dengan memakai baju pengantin di Istanbul .
End . aku xsuka lisa pilih beto . dan mungkin tidak adil untuk lisa kalau dia memilih tomok sebagai pasanganya tapi xsalah bukan kalau lisa beri peluang kedua kepada tomok ? Ish, lisa baru kenal beto kot.Kalau nak diikutkan lisa berkawan dengan tomok sejak sekolah lagi. sampai hati dia tinggalkan tomok mcm tu jea. memangla lepas 2 tahun baru diorang kahwin (lisa+beto) tapi bagi aku ending yang mcm ni xfair untuk mereka bertiga sebenarnya !. hoho .
btw, bernard chauly punya cerita memang luar dari kotak fikiran . nice job!
Korang belum tengok lagi ? boleh download Istanbul , aku datang! di
sini ---> Download Istanbul aku datang
ataupun datang je bilik aku .. copy movie ni ;)
Arhh , tomok dengan beto xpayah berebut dapatkan lisa , lisa dah jadi milik yusri dah pun ;) . haha
kalau aku jadi yusri mesti aku jelez dengan babak beto piggyback lisa masa lisa terperanjat dengan kucing ^_- ''