"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Monday, February 4, 2013

Wad kecemasan .

hi blog ,


sebenarnya. aku xsepatutnya update blog pada hari ni , memandangkan aku dah kena start fokus pada study dah sekarang tapi disebabkan aku ni spesis degil gile dan ikut kepala hotak aku je apa yg aku nak buat so lantak ah .. peduli hape ..


minggu ni aku dah start praktikal dekat bahagian Accident and Emergency department (A & E) di hospital yg biasa aku praktikal .1st masa nak praktikal dekat sini aku berdebar giler, bermacam-macam perasaan bermain dalam hati sebab xbersedia nak masuk bahagian kecemasan sebagai salah seorang paramedik .aku berdebar sangat but aku tetap kena masuk a&e untuk penuhkan cross praktis praktikal tahun akhir sebagai budak jp .


yeah , mula2x memang takut but after 2 hari aku masuk a&e aku rasa enjoy sangat. aku rasa banyak benda yang aku belajar dekat sini . memang rugi kalau aku xgunakan masa seminggu ini dengan sebaik mungkin sebab peluang mcm ni xselalunya datang kan .. lagipun zaman sebagai student jp untuk aku dah xlama dah . jam berdetik setiap hari memendekkan masa aku . tup tap sekarang dah masuk bulan 2 , so kira2 tinggal 4 bulan untuk aku survive sebagai student jp . so hargailah..



Emergency departmen di hospital besar di HSB memang banyak kes, so xpayah ceritalah pasal kat tempat lain . busy xpayah cakap . Doktor , SN , MA, PPK semua memainkan peranan penting . pesakit check in dan check out setiap masa dalam masa 24 jam sebab A & E di hospital xpernah tutup walaupun sehari . yeah . fakta !. so   kalau nak jadi paramedik di A& E kau kenalah proaktif dan cekap rawat pesakit . well . kalau jaga kat red zone bolehlah berpeluang jumpa pesakit yang freshie exsiden , jatuh bangunan , bunuh diri, tikam sana tikam sini , pecah kepala , pecah perut dan sebagainya .berdarah-darah xpayah cakap . aku sebenarnya xtahan dengan darah sangat , fobia , takut , ngilu , loya semua ada , ala mcm korang jugaklah tapi uniform nurse yang aku pakai ni menyebabkan aku jadi berani nak hadapi semua tu . yeah ,berani . boleh tahanla lagipun aku ni dah third year kot hadapi semua ni xkan xberani lagi tengok darah? kau giler..


itu jea kot ..

cya.. esok kerja dekat bahagian red zone. ohmaigod.
#debar .


2 comments:

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !