"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Thursday, July 4, 2013

Save The Date JP 2/2010 : 3 Years Memory and Our Farewell


Assalamualaikum .
Hi..
Apa khabar korang? dah ready nak baca entri aku yang penuh dengan emosi +++ ?

Kisah ini bukan sebarang kisah , kisah ini melibatkan semua member batch aku yang sangat owsome dan disayangi , da rasa mcm nak peluk ketat-ketat je bila jumpa nanti .

Sebenarnya aku xtahu nak mulakan dari mana sebab terlalu banyak memori antara kita . but well, aku akan jadikan ini ceriteria kita yang bermakna bagi member2x 'NakalItuWajib' group .

Kita membesar bersama , belajar bersama , ketawa bersama , sedih bersama , berkongsi cafe bersama , berkongsi cerita yang sama , berkongsi tv yang sama, berkongsi drama korea yang sama,berkongsi setia hujung nyawa yang sama, berkongsi pertandingan bola bersama, berkongsi AJL bersama, berkongsi running man yg sama, Outing bersama, berkongsi lif yang sama , berkongsi aras yang sama , berkongsi wad yang sama , berkongsi teksi yang sama, berkongsi token yang sama, dan banyak lagi yang memenatkan aku untuk menaip semuanya ;)  so konklusinya..  kita sudah diajar JP2/2010 is ONE! semuanya untuk satu . kau salah , kita kena bersama . tapi kalau aku tertidur masa Pn. Tan mengajar, aku sorang je yang kena berlari kat dataran ilmu . eh? kata mesti bersama? cmne lak tu? asal korang xlari sekali dengan aku?. hehe. itu lainlah... haih -_-'

so well, korang lebih kenal aku kan. so aku xboleh nak kelentong kat sini, atoooi~. so marilh kita bersama membaca entri mizz korie yang baik hati,pemalu lagi sopan  santun ini yea .
ahakahakahak ;P' sopan sangat.


Jom , aku kenalkan member2 aku yang berlagak diva di majlis farewell ;)

Berbaju kebaya -Nisa , Peplum - Kak yan ,  Turban -Mrs.K. (akulah) , Ini member yang boleh dikatakan my buddie . sentiasa bersama tapi kami bukan kembar siam la eh -_-' . sebenarnya da banyak cerita aku dan mereka di dalam entri2 yang lepas selama 3 tahun ni so godeklah kalau nak tahu kisah aku dan mereka ;) .Btw, I love them a lot! Memori xleh lupa dgn nisa ialah masa sem 2 , kelas pertama pn.koh , aku ajak nisa g toilet sebelum pn.koh masuk , then, masa balik dari toilet pn.koh dah masuk kelas , dia marah sebab masuk lambat sebelum dia masuk n dia denda aku n nisa berdiri kat luar kelas. dalam 30 minit jugak r aku n nisa berdiri mcm tiang kat luar kelas n lps tu baru kiteorang dibenarkan masuk kelas. huhu. xpasal2 nisa yg teman aku g toilet terkena sekali -_-'

Btw , banyak kisah aku dan Pn.koh dalam entri blog masa sem 2 -_-'
y? sebab aku lain dari yg lain.. [!]


Mereka bersama kak syuhada wilsy , dia adalah orang sabahan dan married ;) . Aku rapat dgn dia dari sem 1 lagi but masa sem 6 lagi rapat sebab our room is nearby , yeah. we share our pain together . we laugh together , we share secret together.  Dia  flexible dan  terbuka . so memang senang nak berborak dengan sis . Aku ada belajar bahasa sabah dengan dia tapi fail bila berdialog! Teruk diketawakan oleh sis dan roomate sis yang gila dekat Fudhail tu ;P . Sis adalah org kedua selepas nisa yang kena denda yang sama dengan aku dari Pn.Koh . Berdiri kat luar kelas lagi. alasan? masuk lambat sebab g toilet -_-'
haha. kelakar lah bila ingat balik.


Ayuni Che Rahim , my classmate yang baik hati dan rajin/bertanggungjawab.  dia suka datang bilik aku jual kerepek ;) sebab dia tahu aku akan beli. . masa sem 5 dia adalah ketua aras aku ;) . Org paling penting  apabila aras blackout sebab masa tu kerap sangat aras blackout secara tetiba .

'Aishah abu bakar @ ku syah.  I group dengan aku masa sem 5 , Penolong ketua kelas sem 5 , dia sangat rajin laa. banyak tolong aku semasa aku mengetuai projek research unt group 3 ;). Idea yang keluar dari dia mesti logik dan dapat diterima  dan yang penting dia ni jenis yg spontan ;) .

Hasmayani - member senegeri yang sentiasa ada jika diperlukan . aku rasa selamat bila dia ada . semangat negeri penang tu amat kuat ;)

Wan Nor Afifah @ Kak Pipah , tua setahun dari aku , dia seorang sis yg sllu care ttg org disekeliling dia , soft-heart , aku kalau sembang dengan mesti pasal kdrama@ kpop jer  ;)  sebab dia pon kaki kdrama mcm aku jugak ;P

Nadiana @ Nad , orgnyer comel molek jer , Johorean . Aku suka tgok mata dia ni , lain dari yg lain.  cara dia pon lain. n aku rasa aku xpernah buat salah dengan dia.hehe, btw , dari apa yg aku tgok nad seorang yg ada sifat kepimpinan dalam diri sodia sgt bagus ;)

Jap, ewa, asal ko buat muka cm gti? tahan bo ke pu tu??? ke ko nak kentut?  haha. Kak Pipah with Khairunniswa @ ewa , aku xtahu kisah aku dgn ewa start sejak bila but we start jadi buddie start sem 6 , almost my time sepanjang sem 6 aku dgn dia jer ;) .Well budak ni banyak sgt story kalau nak cerita psl diri dia . yealah, buddie ,selalu bersama . but 1 jer aku nak cakap sal dia , dia ni lalai sikit, naseb dia ada aku yg sllu ada bersama dgn dia. haha.. kn?  1 yg aku puji psl dia , kalau aku tertidur masa pn mengajar dia xpernah gerak aku /gelakkan aku /tampar aku , maybe sbb dia tahu aku xsuka.. n apa yg dia buat, dia akan ajak aku main2 or urut2x aku spya aku xmengantuk ;) . this what we call friend sebenarnya ;) . n tahniah friend, 22/6/2013 ko dah selamat jadi wife fudhail , so lepas ni jgn ada hati nak rebut-rebut anuar hadi dan mat lutfhi dgn aku. haha -_-''

Meraka baik bersama ;) Kak Syu and Hasmayani .


Tengah tu nad dan sebelah nad tu Nur azah sarman @Azah . Well, Untuk pengetahuan korang , nama 'korie' pertama kalinya datang daripada azah . yes, masa hari pertama di kolej 1 julai 2010 , after done pendaftaran semua, dekat bilik tv aras 2 teratai , aku berkenalan dgn si azah dan nia masa tu untuk pertama kalinya.. konon nak cari member sebab xkenal sapa lagi time tu . sembang punya sembang .. habis keluar semua nama artis korea @ kdrama semua yg aku kenal, then dorang terus cop aku sebagai korie . n member2 yang lain pon follow , n that y, aku dikenali sbg. korie ;) . Hanya seorang jer member batch JP 2/2010 yg xpggl aku sebagai korie but Mira . nak tahu sapa?  baca entri ni sampai habis.

Dari depan tudung hijau -Wan Azreen @ yen , yg free hair n ada bunga atas rambut tu Raja Nazurah @Raje , sebelah raja Fatin Izzati@Teng , sebelah Teng tu Eewern A/P eh Jun@ Eewern, sebalah teng yang kiri tu armiza @ miza .belakang Eewern adalah Nik hazwani @ KakNik ,sebelah KaKnik adalah aku , sebelah aku adalah woo mun ping (our best student) , n sebelah woo adalah wong fong yan (Chindian)  well, we are NakalItuWajibMembers ;)

With Ct sarah saimi @KakSarah . Aku kadang jelez dengan kak sarah sebab dia tinggi dan cantik ;) ,masa sem 6 aku dapat bilik sebelah bilik dia tapi pernah sekali jer aku masuk bilik dia, tu pun sebab nak borrow speaker . apa yg aku suka psl dia adalah dia matang dan bijak dalam sesuatu perkara ;) . n masa induksi yg lepas , aku satu group dengan dia  for the 1st time selama 3 tahun ni. huhu. best ! .


n baju yang kak sarah pakai malam ni sgt cantik. aku 1000 likes!

Sebelah kak sarah -raja . Kadang aku pggl kak raja , kadang aku pggl raja jer bila rasa seronok dgn dia . well, semua member tahu kalau raja bercakap kat depan kelas mesti habis merah muka dia dan time tu semua orang akan ketawa tengok raja. haha. satu lagi, kalau raja bercakap , gaya dia mcm nak marah org, tapi sebenarnya x.. haha. itulah stail raja yg semua org dah faham. kan? hehe . aku selalu terfikir , kenapa raja xjadi pramugari jer sbb dia tinggi dan cantik? aku rasa aku pernah tanya soalan tu kat dia.. dan sebelum dia jawab ... 'muka dia jadi merah menyala'  .. haha. apa ntah dia jawab. aku dah lupa. hehe. kak raja jgn marah kite eh kalau baca entri ni , nanti muka akak jadi merah ;P.

Yang bertudung biru tu , Teng . Teng ni kelakar orgnya.. suka buat lawak bodo. suka sgt buat andaian bukan2x . haha tapi dia ni jenis yg cepat Alert dengan semua cerita yg jadi kat kiteorang ;) . Yang hujung sekali -Yeng . Yeng ni kalau dulu aku xberapa sgt dengan dia tapi lepas kenal secara dekat , dia ni baik orgnya ,Suka buat benda ikut suka hati dia jer so dia xhipokrit  dan sempoi jer.. kadang2x kalau dia xsenyum tgok aku , aku rasa mcm dia nak makan aku jer, takut jugak r tapi aku buat rilex jer. haha. gaya dia mcm cikgu kan? hehe, yeng memang bercita2 nak jadi cikgu pon tp rezeki kearah nurse.  kan yeng kan??
Puan-Puan Pengajar dan Clinical Instructors. Tanpa mereka tiadalah kami disini . So a lot of Thank to them .
Aku adalah bayang dia mungkin.. dimana ada dia mungkin ada aku  ;) . yeah. dia adalah kawan rapat aku di kolej . always together . sometime dia merajuk dengan aku tapi lepas tu kiteorang pasti akan baik balik . she is mardiana @ mardiana masam aku pggl dia. bagi aku dia seperti crying baby yg akan cari aku bila ada masalah n sometime dia cool sendiri . I try to be a good friend to her  bcoz she always be good to me . dekat aras, dia yang selalu jerit nama aku kuat2x. sampaikan dalam tandas pon jerit nama aku -_-', aku yg tengah buang hadas pon rasa annoyed nak jawab... haha. rindu sgt bila xjumpa aku eh? so, aku just harap ko dah ready nak jadi wife nabil. dan aku doakan yang terbaik buat kau yana .. Love u masam !

Kak Lily berucap sebgai wakil JP 2/2010 .  Malam tu dia sangat Luxury dan Adorable ;). Sorry byk2 akak sebab banyak menyusahkan akak sepanjang sem 6 ni . but  sepanjang sem 6 ni laa aku baru kenal rapat dengan akak . boleh main tampar2 sekali .selalu gaduh manja masa praktikal.. n selalu tukar2 surat cinta masa dalam kelas . hehe so sweet tau.. kita sayang alien kita ;)


Set 1

Junior sem 5 aku ;) . memang setiap kali farewell muka diorang je yang buat persembahan . dorang sgt talented okay ;) . Persembahan dari diorang yang paling aku excited nak tengok . hehe

Set 2

Set 3

Kenalkan Inilah Noraini Johari @ Kak Aini . hokey . so excited nak cerita pasal dia. kak aini ni dari sem 1-sem 6 dia sangat aktif dalam JP 2/2010 . The reason is, dia sangat talented . boleh dikatakan semua perkara dia pandai . n aku adore dia sgt2. dia sebenarya sangat helper kalau kita perlukan pertolongan dia . aku adalah peminat suara kak aini. kalau dia menyayi aku rasa mcm nak rakam jer sebab sedap ngat. n aku suka mandi sebelah bilik air dia sebab dia akan menyayi masa time dia mandi  ;) .

Hehe, so sweeeet, sejarah ;)

Set 4

Hokey, 1st aku nak cakap yang aku jelez sgt dengan diorang sbb dpt bergambar dengan Pn.Tan (Our Beloved Director of KKAS) . Siyes, malam tu aku nak jugak bergambar ngan dia tapi xsempat nak bergambar, dia dah balik . aku yg lambat ;') , Salah ewa sebab suruh temankan dia g tandas , sekali keluar dari tandas , Pn.Tan dan pergi ;') .hihik. cedeyyyy. hokey, gurau je ewa , jgn mara. kita kan buddie?. ok, jom aku kenalkn member2x bertuah yg ada dalam ni . sebelah kiri Pn Tan adalah Ain Natasha @Ain (Ex-YDP 2012) , Sebelah Pn. Tan sebelah kanan adalah Syafiqah@Fika (YDP terbaru@2013)- dia baru sem 4 .n sebelah syafiqa adalah Kak Lily (Ketua Kelas aku) . Konklusinya, diorang semua memegang jawatan yg penting2x ;) ,mereka dapat makan semeja dengan Pn.Tan ;) best sgt . aku jelez ni . huhu . Pn Tan bersama dengan JP 2/2010 sejak kiteorang dari sem 1-sem 6. banyak sangat kenangan dengan pengarah bersama kiteorang dan pasti! kiteorang xkan lupa satu pun memori bersama Pn.Tan ;) . 



Masa aku sibuk ambik gambar kat depan, Pn Tan ada tegur aku , dia kata - 'U pakai baju jenis apa ni? cantik !, I suka' , yang aku terkejut la kan tetiba Pn.Tan cakap kat aku cm gitu so nak tahu aku reply apa? hehe, aku kata, urmmm, Pn. saya sendiri pun xtahu saya pakai baju jenis apa ni (sambil tersengeh) . Haha. tapi lepas kena puji wajiblah kembang sekiloo ;) .lps tu, aku terus r cerita kat nisa, k.yan.mardiana , ewa n kak.syu . diorang pandang aku xlepas je pastu.. hahah . xpercayalah tu!. hihi. naseb aku xmenang je well-dress mlm tu sebab piqa baju piqa memang cantek sgt :) .
hokey, aku terperasan , maap2x. haha.

Ain Natasha with Pn Sakinah (Penyelaras kiteorang)  dan Cik Yee (Pengajar pos-basik) . ;)

Kak syu bersama junior sem 1 , aku selalu juga usha budak junior ni sebab dia berbakat besar dalam bidang nyayian n gambar ini diambil selepas dia selesai melakukan persembahan nyayian di pentas ;) . Nisa suka sangat dengan suara dia, nisa kata suara dia unik dan asli , sesuai untuk lagu klasik ;) . hehe . aku pon layan jeala sebab aku xlayan pon lagu klasik @jiwang 80-an ni. tp suara dia mmg best  !

set 5

Usah peduli gambar budak penyebuk kat depan tu -_-' . Hokey! yang tinggi sikit tu Hajar Salleh @hajar , dalam batch aku hajar sorang je berasal dari kedah . yang lain semua negeri luar dari kedah . huhu. Untunglah dia sebab dapat belajar kat negeri sendiri ;) .Hajar ni bilik dia depan bilik aku tapi jarang sangat jumpa dia.. jumpa roomate dia jerr. kalau jumpa mesti rasa mcm jumpa makhluk asing yg baru daftar masuk kat aras aku. hahaha . tp memang pon, mmg jaranglah bertembung dgn dia kat area bilik aku . n sebelah hajar Syakirah @Kak Shaq , aku rapat dgn kak shaq masa sem 6 sebab satu group dan ward-mate. memang kalau kat wad aku akan dapat satu shif nan dia jer ;) . Kak shaq ni suka sangat bercakap n aku suka sangat melayan.. aku ingt lagi , masa kiteorang berdua shif malam kat wad 3D , kiteorang bwk manggi dari hostel dan makan kat pantri staf ;) . n lps siap semua kerja , kalau free kiteorang akan online kat pc staf kat belakang .. ada sekali tu aku tunjuk semua blog-blog popular yg aku follow kat dia sampaikan dia yg xtahu apa2 psal blogger pon boleh kenal siapa tu Abg Ben Ashaari , qhalif (anak bro ben yg sllu aku stalk) , Yuyu, FL, NK dan banyak ag ah ! hehe . kan kak shaq kan? dan satu lagi memori yg aku pasti kak shaq xkan lupa psal aku adalah ini (klik link 'ini' tu unt baca) .


Aku bersama dengan Yaya . Aku dah pesan kat dia yang majlis farewell ni dia kena pakai baju kaler kuning tp dia tetap degil!, pakai jugak baju kaler biru . huhu. tp xpeala, asalkan yaya hepi, JP2/2010 sentiasa bersama ;) .Gudluck ! Sis yaya dont forget korie yg sweet ni kayy .


Persembahan video dari JP2/2010 . Kompilasi xtvt sepanjang sem 1-sem 6 ;). Masa tayangan video ni aku rasa berdebar sangat. debar sebab xtahu budak2 ni suka ke x dengan video ni . Exclly video ni aku yang buat . I spent almost 1 weeks untuk siapkan video ni so mmg epic bg aku bila ditayang depan semua orang ;). Klik sini kalau nak tengok video --->     Save The Date JP 2/2010 (KKAS) : 3 Years Memory@ Facebookvideo


Koir yang disembahkan oleh JP2/2010 . Tajuk lagu -sahabat by najwa latif and Shine Your Way by Yunalis Zarai .Dekat 2 minggu jugak kot diorang ni practise untuk mendapatkn persembahan yg terbaik pada malam tu so mmg tahniah la kat korang yg terlibat dalam koir mlm farewell tu ;) . mmg best ! aku ada rakam korang nyayi tapi xupload lah kat sini. hihi. Xsemua JP2/2010 yang join koir neh sebab pentas xmuat untuk 104 org -_-' . aku mula2 naik pentas jugaklah masa diorang nyayi lagu sahabat, sekali naik dah penuh, aku turun balik . dari xnampak muka aku baik aku turun rakam jer diorang nyayi . hehe.

Kenalkan dari kiri -Thiva ,Alsha , Shobana and Farhana ;)

Our hot diva pada malam tu, kenalkan JP Nurin @ Nurin! . aku dengan nurin sebenarnya banyak kimia antara kami . aku boleh baca dia, dan dia boleh baca aku . so 50% 50% right ;) . dia adalah org pertama yang aku tegur masa hari pendaftaran pada 1 Julai 2010 yang lepas ;) . aku pasti dia pon ingat memori tu. hehe.

Mereka yang duduk semeja dengan aku pada malam farewell ;) . dari kiri anda --> Kak Zaharah ,Nadia, Kak Syu,Syaifah,Mardiana, Kak Yan,Nisa and Nana (tp nana xsemeja dgn aku , dia menyebuk je bergambar dalam ni, haha) . aku dgn ewa xda sebab kiteorang time ni kat tandas, buang hajat. hehe.


So Ini dia gambar close-up aku dengan Suhaily Lyana@ Kak Lily @Alien . Kenapa pggl dia Alien sebab dia selalu menari gedik2cam alien depan aku. depan aku jerr.. saja main2. haha. bila dia buat tarian alien dia tu, mulalah aku rasa annoying giler. haha, pastu aku pulak yang terikut kan. haih# -_-' . how kiteorang boleh rapat? sebab sepanjang sem 6 ni aku selalu dapat satu wad dan satu shif dgn dia masa praktikal . ngehngehngeh ;) . so apa yg aku boleh cakap , alien ni sangat sweet dan kadang2 aku rasa aku nak letak kopi kat dia bg rasa pahit sikit , so akulah kopi tu ;) . so thank alien sbb byk mencipta memori yg sweet untuk aku yg xberapa nak sweet ni ;) . aku xkan lupa sis lily .

So this our pemenang the best well dress pada malam farewell . cantik sgt baju dia ;) .kombinasi yg cantik . Tahniah piqa. Hang memang layak . kalau hang xpakai baju ni malam tu, comferm aku yang menang malam tu . hahaha. hokey! aku perasan -_-'

So friends, kenalkan my ward-bestie . Syafiqah @Pika . sepanjang praktikal sem 6 memang aku sllu melekat dengan dia je kalau satu shif,  masa sem-sem sebelum ni aku xda pon nak rapat dgn dia ni sebab aku xtahu nak sembang apa nan dia -_-' . sekali bila da rapat, memang rasa suka gile bila bersama nan dia, pika sgt best ! aku selalu gaduh dengan dia, suka usik dia sebab nanti dia mesti tarik muka, bila dia tarik muka, aku rasa dia comel sgt ;) . . yeah dia memang comel . suka sgt buat muka annoyed dia tu.. so thank pika sebab banyak mencorakkan hari2 ketawa aku sepanjang kita berkawan. Bila da jauh aku rasa rindu dan gelak2 dengan hang mcm dulu ;') . memang best bila dapat praktikal sekali dgn hang . n ingat i have your secret yg dekat OR tu ;). hihi .


My heart ;) . hehe. xdala.. dia adalah sis yang aku hormat dan sayangi . dialah roomate aku sepanjang 3 tahun di kolej . dia sgt soft sampaikan kadang2x aku pulak yg jadi soft bila da lama nan dia . Dia adalah Nur Husna@ Kak Na. Tua setahun dari aku . so far, dialah yang tahu banyak pasal diri aku kat bilik . hati dia lembut dan baik sgt , so aku xboleh terima kalau ada orang yang tikam dia dari belakang , aku akan jadi benci kat orang yg hipokrit dan xpandai nak berdepan .so well, naseb kak.na seorang yg mudah memaafkan . kalau x, memang da lama aku balas balik . yeah, apa pon, kak na banyak mengajar aku erti kesabaran dan dari dia jugak aku belajar jangan mudah percayakan seseorang, even member baik bertahun lamanya pun xboleh dipercayai sebab manusia boleh berubah sekelip mata jer.. . I truely believe in you sis ! Luv youlah ;) .


Kak Husna sorang jer batch kita yang panggil aku Mira ;) .
so aku rasa sgt special walaupun xda motip . hihi.

With Hanum @Junior sem 4 ;) . Junior rapat yg aku kenal .Hanum jangan lupa dekak kak korie yer ;)

Bersama dengan Ain Ramli @Ain , boleh dikatakan aku dengan ain rapat jugaklah sepanjang 3 tahun ni. we always tukar2 cerita korea ; ) . always with her kalau dia perlukan aku . sometime org lain xfaham dengan dia dan aku pun kadang2x . hihi. but secara overall aku kenal siapa ain ramli sebenarnya .. Kenangan bersama ain banyak jugak ah dalam entri2 yang lepas. so godeklah kalau nak baca ;) . she cool but sometime so hot !!. hihi

Kesian ewa pada malam tu sebab xdapat nak pakai heel yg gila ngah tu , semuanya disebabkan kaki kanan dia terseliuh akibat jatuh daripada tangga . naseb x-ray xda apa2 masalah , kalau  x kena extend la ko~ xdapat nak seat final exam dengan kiteorang . so Alhamdullilah . kasut flat pon jadilaa kay ;) . Bantal tu hadiah unt setiap member JP2/2010 .NakalItuWajib, Perh, class giteww


Dari kiri anda--> Mekya, k.syaq, bella , mer dan aku ;) , posing sakan makan tuh . well . k.a.m.i begitulah .

Bersama dengan Nik Nur Adera Mutiyah @ Mutiyah . dari nama pon boleh tahu dia ni kelatanese . so well. ini jugak salah seorang my bestie dari sem 1 ;) . selalu kalau pukul 12 pagi keatas tu nak turun basuh baju guna mesin kat bawah takut nak turun sorang2x. so mutiyah selalu jadi peneman aku ;) . aku dgn dia bila2 pon xpaa.hihi. n kalau ada masalah apa2 dengan dialah aku selesa nak share . n da most importand thing dia memberi pengaruh 'budu' kat aku ..  sebelum jejak kolej aku xkenal dan xpernah rasa pon budu, sekali bila dpt kawan dengan mek mutiyah ni budu adalah makanan yang wajib ada bila aku makan  nasi , begitu jugak dgn nasi kerabu , dia jugak yg memperkenalkan nasi kerabu kat aku . n nasi kerabu dah jadi slh satu feveret makanan aku ....so mutiyah dont ever to forget me hokeyyy! sbb aku xkan penah lupa kau friend .
 BUDU always da best!


Title yang dia pegang di kolej mungkin menyebabkan orang xselasa nak berkawan rapat dengan dia. Memegang jawatan  sebagai ketua biro dispilin @ ketua pengawas disiplin di kolej selama  setahun setengah bukan perkara yang mudah , so aku amat salute pada member baik  aku ni -Nia Suraya @niayuyacuya puyapoyo   .  bagi aku nia sgt otai/sporting sepanjang aku kenal dia dalam tempoh 3 tahun ni dan disebabkan itu dia mudah baik dengan semua orang .. yeah ;) . Memori yg paling precious dgn dia adalah time management @ sem5 , di wad 4C . aku satu shif dgn dia sepanjang management , kami dua org jer. Masa tengah sibuk buat kerja dekat cubicle sendiri, kadang2 tu mata sibuk nak mencari si nia dimana , bila nampak dia, hati rasa selamat jer . haha. well, dia pun rasa mcm tu jugak dgn aku,  sbb kiteorang berdua je student masa tu .hehe, rasa mcm sweet plak bila fikir balik...so sepanjang management banyak sangat memori bersama yg xkan kiteorang lupa.. kalau keje shif petang , kiteorang sllu balik lewat dlm pkul 10pm gitu , time tu rolecall dah habis kira, semua budak2 dah naik . kiteorang yg baru balik ni mesti disambut oleh warden bertugas . naseb nia ketua pengawas so hal ni jadi agak mudah dan warden paham akan 'budak management' so xda hal ;) . kisah aku, nia dan sn raj semasa management banyak meninggalkan intipati yg berguna semasa kerja nanti. ,mula2x tu mcm nak nangis je rasa tp lps byk kali kena, rasa best sgt.. so nia, jgn lupa eh apa yg sn. raj ajar kita. so beb, friend forever kay :). n thank for give me 'korie' tag! sampai sekarang lekat.
Bersama dengan kak tengku yg selalu buat bising dalam bilik aku , suka gelak kuat-kuat dan dia ni suka buat kelakar then, dia yg gelak sendri. hahaha. xdalah. kalau dia cakap sikit pon aku da gelak dah ;) . Pernah sekali dia dtg bilik aku dalam kedaaan baru bgun dari tidur , n muka dia time tu sebijik mcm dinosour cukup sifat (xterurus) haha. aku bagitau dkt kak.na. n kak na pon ckp benda yg sama mcm aku.. haha. kelakar la kak tengku ni . n xlupa juga dekat roomate kak tengku -Ainur Najihah@ Kak ainur ,  bagi aku kak ainur seorang yg matang dan dia bijak orgnya ;) .

Me with Pn Lai ;) , Pengajar yang banyak meninggalkan memori semasa sem 2 , 5 dan 6 ;) , so far, dah rindu nak jumpa puan lai balik . nk peluk ketat2 gitew  sbb suka sgt kat dia . Dia banyak tolong kiteorang ;)



With Fatin Ayuni@ yuni . dia ni suka membebel , apa ntah dia bebelkan aku selalu xambik port tapi kadang2 terdengar jugaklah . hihi . dia ni gila2 sikitlah orgnya.. suka buat benda ikut suka hati dia jer . n aku suka org yg mcm ni ;) . n persamaan kiteorang adalah , dua2 suka kucing dan dua2 ada blog sendiri ;) .

Salah seorang member kelas aku yg paling cantik ;) syazwani @ wani nama dia . cantik kan? urmm. well . aku pun cantik jugak... hokey, perasan -_-'



Apabila member JP2./2010 disatukan dalam satu  gambar  , Inilah jadinya .


Disebabkan bukan semua gambar korang aku ada, so aku sebut nama pon ok la eh ;) , jgn kecewa kalau gambar korang xda dalam entri ni sebab setiap dari korang dah terpahat dalam album hatiku . pasti xkan luntur walaupun dicuci dengan alcohol 70% .


My beloved friends yang aku xkan lupa adalah...

kak ainur, 'aisyah bakaq, ana , kak nisa, azu, eewern, fatheensyahida, amir, fatin izzati, kak haryana, kak wani, kak yan, nisa kay,ewa bongok, kak khalat, look, majidah, mardiana masam, kak masitah, nadia gemokks, miza hanis,niayuyacuyapuyapoyo, kak nik fathihah, kak hazwani, mutiyah budu, bella, ain ramli,aiza, meyna jani, mira yajid, armiza , kak nyah , kak yeng, fateim, shira, farhana mustapha@copong, lizan, sanah@sally , kak huda, nori, leesa,mella,kak shahera,kak syaq,adilah,pipah gedik,alia natasha,yuni che rahim, aszah,nana,kak faz, fatin ayuni, fazlina, haliza, yani ,maiza, pika yusoff, syaza, wani, zue , kecik, kak aini, dayah, kak husna, Nurin, Maz, kak syu , amalina mat karim,zaza, nadiana, pika damin, jannah, kak zanariesya , Raghinaa, raja, sazlini, sheymin, shoba, ain natasha, aisyah deraman,kak hada, hajar yassin, Alsha, yan, kak sarah, syaifah, syuhada@syu, kak zaharah, lily @alien , kak tengku, thiva, rani mukarjeee, tuan asyiqin, azia@mekya, amal, wan noorsyafienaz@asyikumar ,kak pipah, azreen, wong, kak zu, p3, hajar salleh, yaya .

Insyaallah cukup 105 orang..


So korang , 1 Julai 2010-1 Julai 2013 -Genap 3 tahun kita bersama, sudah jelas kenapa air mata kita boleh mengalir pabila masanya... bukan kerana sedih tapi kerana sayang nak meninggalkan apa yg kita ada selama 3 tahun ni.. sayang nak tamatkan kenangan bersama di kolej..dan juga gementar nak menghadapi dunia pekerjaan yg sebenar ..tapi yakinlah, semua cabaran dan dugaan sudah kita berjaya tempuhi hingga ke akhir , so result LJM pon dah keluar , Congrat semua . so kita pasti boleh hadapi the real battle nanti . Pesan mak kita , Niat kerja kerana ALLAH swt , pasti mendapat berkat dan dipermudahkan segala urusan. InsyaALLAH.


Kat sini aku sebagai korie, slh sorang member JP2/2010_NakalItuWajib ingin mohon kemaafan sekiranya aku pernah menyakiti hati anda secara automatik atau manual .aku mungkin nampak steady but dalam hati ada taman eiffel tower hokay ;) .



Maafkan daku sekiranya kita tidak berjumpa lagi...
dan aku sentiasa memaafkan anda..

ku abadikan kenangan ini di dalam diari kesayanganku ini..



written by heart ,
with rock and steady cool of korie.




# dalam blog ni tersimpan semua kisah kita selama 3 tahun ni.. so kalau rindu datang jenguk sini ;)


No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !