Say hii..
hari-hari sebelum ketibaan surat ini aku rasa heaven je hidup , selesa, aman, tidur pun mimpi sedap n
bila dapat tahu member aku da dapat surat ni padahal dalam waktu yang sama aku masih xdapat , aku rasa takut , debor xsudah takut xdapat tawaran, sampaikan sanggup tunggu posmen depan rumah sampai habis waktu office hour , dua hari berturut-turut tunggu surat akhirnya, hari ketiga sampai jugak surat yang terhormat ni perutusan dari seri paduka baginda ayatnya.
Alhamdullilah ,
lega surat da sampai walaupun rasa lemah' lepas fikir da nak masuk kerja . tetiba rasa nak demam -_-'
|
Surat yang bakal mengubah fasa hidup aku |
but well , excited pun ada jugak la nak keja sebab da rasa mcm nak mati kutu duduk kat rumah dua bulan tanpa kerja . xmenahan rasa rindu nak praktikal dekat wad mcm zaman student dulu walaupun letih sgt rasa . konklusi,lebih baik letih berkerja dari letih duduk fikir apa nak buat kat rumah sepanjang hari . aku da naik bengong daa 2 bulan duduk rumah saja jea.. otak beku da kot , naseb xpayah simpan otak dalam peti sejuk . fuhh. penat ouh duk rumah saja jea. mak ayah pun dah meluat tengok aku mengadap lappy jea .
dan akhirnya .. surat ini menyelamatkan aku dari terus terhumban dengan dunia kosong tanpa berduit .
Syarat-syarat (a),(b),(c) dan (e) aku dah complete 100% , untuk syarat (d) dan (f) aku kena tunggu surat yang kedua sampai di rumah . aku masih menanti jawapan dinegeri mana aku diletak untuk bekerja dan bila aku harus mendaftarkan diri untuk berkerja . benda yang paling excited aku nak tahu ni masih tertanya-tanya lagi . surat penempatan silalah datang cepat , aku da xsabar nak tahu negeri mana aku dapat ni . jangan seksa minda dan jiwa aku lama sangat k, takut nanti da tawar hati . susah pulak nak letak garam/gula dekat hati bagi pulih .
|
aktiviti minggu ini , letih jugaklaa nak siapkan semua borang-borang penting ni . naseb boleh complete dalam masa sehari jea.. lega sangat rasa . |
Perkara yang wajib ada sebelum bekerja sebagai staf nurse
Medical Checkup - done (19/8/2013)
Akuan Janji- done (19/8/2013)
KWSP -done (19/8/2013)
Baju Uniform 3pasang - done tempah tapi belum siap (18/8/2013)
Penyata Akaun Maybank -Reqd
Kasut Putih- done (16/8/2013) RM 60.
Tudung staf nurse -Done 2 Pasang dan perlu lagi 2 pasang .
Nametag - done (19/8/2013)
Chop Nama Jururawat U29 - done (19/8/2013)
Terima Surat Pelantikan - done (16/8/2013)
Terima Surat Penempatan Bekerja -Reqd
Terima kasih bagi kawan-kawan aku yang terlibat dalam nak siapkan semua perkara diatas.
Banyak hokey kena siapkan .. semua benda ni da lama aku fikir , sejak hari pertama keluar dari kolej lagi tapi baru sekarang aku alert , semuanya disebabkan dapat surat kat atas tu , kalau xdapat surat ni lagi, mmg xdalah semangat nak buat semua ni .
Apa-apapun , aku mohon Allah swt mudahkan kerja aku sepanjang proses yang aku kena hadapi sebelum berkerja ni. harap sangat xda apa-apa halangan untuk aku berkerja .
korang doakan aku jugak yea. aku teringin nak beri duit dekat mak ayah aku dengan kerja yang baik ini. moga hati ini redhaa.
Ameen.
~ Aku positif aku dapat HKL sbb HKL pilihan pertama aku,
perhhh.. dah ready ke?
# tengok berita terkini tv3 tadi , bas terjunam dalam gaung dekat jalan kl-genting , melibatkan 49 orang mangsa , ini dah termasuk kategori disaster . berdebar sangat rasa nak rawat mangsa kalau aku di tempat kejadian . moga Allah swt kuatkan semangat aku nak bekerja nanti .