"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Saturday, September 28, 2013

Senak Pilih ED

Hi blog..
tetiba aku ada ruang dan masa untuk menaip kan..
yes.. aku akan cari masa untuk menaip bila aku rasa something yg perlu diluahkan



Minggu Orientasi selama 3 minggu baru je habis tadi ,
orientasi sebagai staf nurse baru.
kenal-mengenali dengan freshie staf nurse yg berlainan kolej buat aku excited terlajak nak cari member baru.
tapi member lama stil lagi menjadi keutamaan .
itu mesti .



Hospital aku kerja ni terlajak excited menyambut kehadiran freshie staf nurse seramai 60 org ni
sampaikan , buat orientasi kejururawatan selama 3 minggu .
then , minggu depan (30/9/2013) aku da start keja di ED sebagai staf nurse terlatih, kena lagi kena orientasi , tapi orientasi ikut department lah . so aku kira bajet paling hebat , orientasi je dah kira 1 bulan . oh yeah! excitedddnya. -_-' padahal minggu orientasilah minggu paling bosan dalam dunia walaupun aku banyak dapat input berguna untuk berkerja nanti . bukan sebab apa tapi disebabkan kena dengar talk yg panjang lebar .. boleh bayang mcm kau sorang je yg tengah tengok wayang 3 jam berulang kali . begitulah rasanya . tapi overall aku layan je minggu orientasi ni sebab semua talk yg diberi tu  sangat penting untuk diguna semasa bekerja nanti. Jutaan terima kasih dekat semua Sister dan Matron yang mengetuai Kursus orientasi kejururawatan ini :) . Tanpa anda semua tiadalah kami freshie' di sini .




Ok , masa orientasi , aku kena isi borang untuk isi departmen mana yang aku nak pilih untuk bekerja nanti . aku sebenarnya dah decide masa aku still student lagi dan yang kena dengan jiwa brutal' aku ni. so pilihan aku xpernah berubah dari masa jadi student sehinggalah sudah qualified sbg. st. staf nurse terlatih . aku tetap nak department tu jugak . jadi , pilihan pertama aku adalah Emergency Department (ED)  . 2nd choice ward Paed (sebab aku minat budak2x dan terpengaruh dengan kdrama Good Doctor) setiap malam doa supaya Allah swt kabulkan permintaan aku , berharap sgt dpt ED sebab yang tentukan department ni ketua matron , aku hanya boleh mohon je tapi ketua matron yg akan tetapkan . dan.. alhamdullilah , semuanya dipermudahkan. dan semalam our KPJ umumkan penempatan department untuk kiteorang dan Syukur , nama aku dipilih dalam Emergency Department . fuhh ..seriusly lps tahu dpt ED aku rasa mcm nak jerit giler2 biar satu hospital dgr yg aku jerit sbb aku happy.. waaa. tp xbuat pun. memalukan . haii..




Pada masa yg sama , sebenarya aku agak berdebar dan takutla nak masuk kerja kat ED , bukan sebab xminat. minat tu memang extremely minat tapi still berdebar sebab 'I am freshie' . yeah.. u should know that .. tapi aku yakin yang aku boleh buat. semua kerja mula-mula susah dan xda kerja yang senang kat dunia ni kan.. but aku still rasa seram sejuk camgitu .. yeah.. kenapa ntah aku harap ada org faham aku . tapi diorang xkan rasa apa yg aku rasa. ED bukanlah satu tempat yg boleh dibawa main . semua permulaan rawatan bermula di ED  so aku kena sentiasa Alert dan standby untuk rawatan kecemasan.  Apa pun prinsip kerja aku adalah aku nak enjoy je kerja kat ED tu walaupun busy sampai kena double shift/triple shift asalkan xlanggar SOP . Insyaallah .Aku kena percaya kat diri sendiri.



Aku syukur aku dapat ED , memang itu yg aku nak .
aku akan sentiasa belajar dan rela diajar supaya aku terus berjaya


Korang doakan aku yea.

#Positively Nurse.





Monday, September 16, 2013

Selamat tinggal waktu lapang`


Seminggu sudah berlalu..
Meninggalkan rumah .. meninggalkan semuanya .
tiada lagi waktu lapang seperti zaman 20 tahun yang lalu..
walaupun umur aku still xgenap 21 tahun tapi sekarang umur inilah yang akan menghadapi dunia pekerjaan yang sebenar ..

Ini bukan kerja mudah .. ini mungkin kerja gila yg akan meletakkan diri aku di kawasan yg paling bahaya tanpa diminta.. tapi aku akui, ini adalah jalan yg aku pilih.. jadi kena terima walaupun hati ini xcukup matang untuk membuat keputusan lagi tentang hidupnya .

Orang luar dari bidang ni xkan pernah faham apa yang aku rasai .. mereka hanya pandai berkata-kata . kalau kata semanis madu xpa , ini sepahit hempedu..? jadi aku kena belajar untuk telan juga.


dunia . aku sendiri xfaham .
aku cuba untuk belajar menghadapinya ..
kadang aku sendiri xyakin dengan diri aku..
kadang aku benci akan dengan perubahan..
kadang aku mencari sesuatu yg aku sendiri xsedar..


aku cuba belajar dari sekarang.
aku perlu belajar
masa depan aku bergantung padanya.

aku yakin pilihan aku ini benar .
tiada talian hayat untuk memilih.

moga dia redha dengan aku.


dan ada yg mendoakan untuk kecemerlangan jiwa ini .


 Ameen .

Saturday, September 7, 2013

Hello Selangor !



Dalam 2 -3 minggu ni , aku terhempas pulas buat preparation untuk masuk kerja . first, aku dapat surat ini dulu Tawaran Kerja .  dan pada 20/8/2013 baru dapat surat kat bawah ni .


Sebenarnya pada 19/8/2013 aku dah boleh check online lokasi penempatan untuk aku kerja nanti . Excited kemain masa dapat tau dah boleh tahu lokasi penempatan . sekali check . tengok2x dapat penempatan di Negeri Selangor . Well, secara kasarnya , aku agak sedih la sebenarnya sebab xdapat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebab HKL adalah pilihan pertama aku  dan Selangor adalah pilihan kedua aku .but yeah, apa pon aku kena terima jugaklah sebab pemilihan penempatan bukan di tangan aku. kat mana-mana pun boleh cari rezeki kan.. dan mungkin ada hikmah kenapa aku dapat Selangor . so aku hanya mampu fikir positif  je!.


Dekat Selangor ada 11 hospital kerajaan.. dan masalahnya sekarang aku xtahu lagi hospital mana aku akan diletakkan . 9/9 ni aku kena daftar di Komplek Warga Emas, Shah Slam . dan disitu aku akan berjumpa dengan semua bekas pelatih yang dapat penempatan kerja di negeri Selangor . semua akan berkumpul di situ . dan nanti katanya disana barulah JKN Selangor akan beritahu Hospital mana aku akan berkerja .


Member yg sama kolej dengan aku majoriti dapat dekat Selangor jugak , dekat 40 org jugakla sebenarnya , dari kolej lain pun banyak dapat dekat Selangor . kenapa eh? Maybe sebab Hospital Shah Alam dah nak buka xlama lagi. so memang memerlukan staf yg ramai . aku mungkin dapat dekat situ jugak . mungkin







Esok ahad (8/9/2013) aku dah nak berangkat dari Penang ke Selangor . Baju 50% je dah kemas yg lain masih kat ampaian . Perasaan nak pergi tu berbaur nervous , happy ,  dan blur .. ntahla. aku xtahu nak cakap apa sebenarnya. hanya aku je faham perasaan aku sekarang . mungkin kucing aku pun faham jugak sebab dia slow je hari . xaktif mcm selalu -__-" . Semua peralatan untuk berkerja dah settle , dokumen-dokumen penting dah settle . lencana jururawat terlatih pun dah dapat . dah xda apa lg daa nak fikir . cuma kena ready untuk masuk kerja jea .


Lagi 3 bulan lagi baru umur aku mencecah 21 , lusa dah nak berkerja tetap daa. aku nervous gila la sebenarya tapi boleh lagi cover macho dari luar . erhh . mcm-mcm bermain dalam fikiran aku . Pesakit , Doktor dan staf-staf lain.. selama ni jadi jururawat pelatih hanya ikut arahan staf nurse/doktor je , sekarang semua tanggungjwab dekat tangan aku sendiri . dari hari pertama aku masuk kolej nursing aku dah fikir pasal benda ni dan sampaikan aku nak masuk kerja aku still lagi fikir pasal benda ni . 

 



Hanya berharap ALLAH swt berikan aku kekuatan untuk menghadapi alam pekerjaan sebenar ini . 
Doakan aku sentiasa jadi humble dan ikhlas dalam berkerja .




Friday, September 6, 2013

Kellies's Castle abadikan sebuah cinta

: 25.8.2013

Selepas menghadiri majlis kenduri member aku yana , pada sebelah petang aku follow yana dan hubby g outdoor wedding photography di Kellie's Castle , Batu Gajah . Jarak dari rumah yana xjauh , dalam sekitar 10km agaknya ..

Kellie's Castle sebuah Istana agam  yang merangkumi dua blok bangunan berdasarkan seni bina gaya Moorish yang tidak pernah disaksikan dimana-mana negara ini . Istana ini merupakan simbol keagungan cinta seorang lelaki Inggeris ( Willian Kellie Smith) terhadap Isterinya .


Setelah dikaji melalui pembacaan awam , sejarah mengenai istana ini sangat menarik untuk diketahui umum so that y la istana ini dibuka kepada masyarat sebagai satu destinasi pelancongan di Perak :)
Well, kalau nak tahu lebih lanjut tentang sejarah istana ini, boleh baca surat khabar Utusan Malaysia yg bertarikh 24.8.2013 di sisipan S2 ( 4 halaman muka surat cerita pasal Kellies castle je )



caption dari depan . gah kan. mcm istana dalam cerita barbie

Bayaran masuk dewasa  : RM 5 , Budak : RM 3 . Tahun depan baru start buka pada waktu malam . so kalau nak adventure feeling2 mcm duduk dlm lokasi seekers datanglah tahun depan k .

dalam istana , ini tangga rahsia , terlalu besar , gajah pun boleh lalu kan'

dari atas

di balkoni berhantu

balkoni tingkat dua




yang aku tunjuk itu adalah menara , sebahagian dari kellie's castle . kellie's berhasrat nak pasang lif dlm menara ni tp xberkesempatan sebab nyawa beliau xpanjang . kalau hasrat dia tercapai , inilah menara pertama yg mempunyai lif di Malaysia pada waktu dulu .




reason kenapa aku sebut balkoni berhantu tadi




speak out loud

usha

muka samseng

xrasa mcm nak makan pun , keras.

istana kedua kellie's , ada rangka je





jangan tiru aksi ini




1st time masuk sini .

dia ni melebih pulak dari aku . ufuffufuffufu

eh, kenapa aku rendah ni?. haih, kena makan kalsium unt org tua2 ni.



teman seperjuangan dari baby .

the light give me hope

hope

letih

penat .

senyum paksa

when , i try to smile~ yeah



merenung ladang seluas alam

kena start pakai ubat gigi  optimal white yg fazura jd duta tu .

wah , cantik x rumah kami? shit!

caption istana dari bawah

yo, malas nak edit . lihatlah mukaku yg berminyak ini . gua dah xkesa apa itu 'cun dalam gambar'..

rasa mcm terkentut waktu ni . oh men.

sedih , da nak balik . akan datang balik , Insyaallah kalau kahwin dgn org perak . ecece .


Bagi aku , Istana ni sangat menarik untuk dijadikan lokasi photography yg bertemakan mystery- love- history-vintage .memang cun !


Thank unt Mardiana & Nabil yg bawak kiteorang ke sini :)


Sunday, September 1, 2013

Tanda Putera filem patriotik yang patut ditonton !



Semalam 31 Ogos 2013 , Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-56 . Alhamdullilah, kita patut bersyukur sebagai anak jati Malaysia yang merasai kemerdekaan/kedamaian/pembangunan/pemodenan hasil dari pengorbanan pemerintah-pemerintah dahulu untuk menjadikan Malaysia as Malaysian seperti sekarang .



Selepas aku tengok the making of tanda putera pada 30.8.2013 yang lalu , terus aku ajak ayah aku pergi wayang pada keesokkannya. kenapa ajak ayah? sebab ayah ada pada zaman Tun Abdul Razak dan Tun. Dr.Ismail dahulu . ayah sempat merasai 13 mei 1969 dan dia lebih menghargai hasil kerja Datin Paduka Shuhaimi Baba yang sanggup menghasilkan sebuah filem  adaptasi dari sejarah yang lampau berdasarkan fakta yang ada . ayah banyak menguatkan lagi kefahaman aku mengenai sejarah masa zaman pemerintahan Tun Abdul. Razak yang ditunjukkan dalam filem ni .


Menonton wayang di Megamall Perai , Penang pada 31ogos 2013 , sebelum itu ,seperti sedia tahu, Penang satu2nya negeri yang tidak dibenarkan menayangkan filem Tanda Putera padahal filem ini termasuk dalam skim filem wajib tayang di panggung seluruh Malaysia mulai 29 ogos 2013 . tapi pada 30 ogos 2013 permit larangan tayang di Panggung wayang Penang ditarik balik . dan start 30 ogos yang lalu juga, seluruh pawagam di Penang menayangkan filem ini  :) .Walaupun di panggung yg aku pergi ni  kurang promosi filem Tanda Putera tapi biarlah . kat sini , mana ada nyayian lagu Negaraku mcm kat panggung lain sebelum tayangan filem.. kalau nak tulis , kenapa Penang je jadi mcm ni? memang terukla si dia kena hentam.


Selepas Menonton Tanda Putera ,
Filem ni banyak mengajar aku erti sejarah semasa pemeritahan Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail sejak tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Pengorbanan yang mereka lakukan sangat menyentuh hati . sebelum aku tengok filem ni aku xpeka pun mengenai sejarah mereka tapi selepas tengok filem ni  terus rasa lebih patriotik dan nak tahu lebih lagi mengenai sejarah dua insan ini , secara x langsung aku juga mengenali lebih ramai lagi pejuang keamanan negera kita pada waktu dulu . Filem ni memang bagus untuk semua generasi khususnya generasi muda belia yang tidak merasai kesusahan tok moyang kita dulu bersama pemeritah yang sangat luarbiasa bagi mempertahankan negara dari ancaman komunis dan radikal subversive element . Hebatnya,dengan sebuah filem, aku lebih kenal secara dekat siapa sebenarnya Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail . mereka sangat habat ! seriusly , masa tengok filem menitis juga air mata aku . ayah n mak  pon . Air mata ayah lagi bernilai berbanding aku, kerana dia lebih merasainya kesusahan pada zaman dahulu


Filem Tanda Putera banyak menggunakan visual asal bagi menyokong fakta bagi beberapa babak-babak yg dilakonkan .


Dari filem ini juga , aku dapat ketahui yang .
1) Tun Abdul Razak menderita dengan sakit Leukimia
2) Tun Dr. Ismail  merupakan pengaruh besar bagi parti gerakan MCA pada waktu itu
3) Tun Dr Mahathir pernah dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi UMNO akibat dari memberi surat kepada Tuanku Abd Rahman supaya beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri pertama ketika itu . (watak Tun Dr. Mahatdir yg dilakonkan dalam filem ini sedikit kelakar , dengan pelat kedahnya tu . hehe . menjadi betul.
4) Tugu Negara yang asal telah diletupkan oleh Komunis
5) Idea asal perkataan MAS ( Malaysia Airlines System)  adalah MAL tapi ditukarkan kepada MAS
6) Hubungan Diplomatik dengan Negara China dibuat untuk elak sokongan komunis di Malaysia .
8) Ketua Polis Negara telah dibunuh dengan kejam oleh Komunis
9) Banjir besar berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 1971 dan Markas darurat ditubuhkan oleh Tun Abdul Razak .

dan banyak lagi ..
memang menambah ilmu sejarah selepas menonton filem ni..  :)

Jangan Percaya sebarang statement di blog-blog/laman sosial sebelum menonton sendiri Tanda Putera !

Banyak statement di dalam media sosial mengatakan filem tanda putera ni banyak kesilapan dan mencetuskan kontroversi sendiri . aku cuba jawab dari pandangan aku sendiri selepas menonton filem ini dan sedikit kajian dalam media .


1.) Kesilapan teknikal seperti nampaknya aircorn , kereta proton, dll yang xwujud lagi pada tahun tu
selepas aku menonton , manaya ada semua tu ! mana dia? mana bukti korang? tengok pon x , ada hati nak cakap bukan2. Gambar-gambar yang korang tengok tu semua gambar raw' sebelum diedit dengan mengunakan teknik CGI . 60% filem ini mengunakan kesan visual . dalam filem sebenar, xda pon penampakan aircond dan lain2 tu . dahla ambik gambar-gambar tu tanpa kebenaran lepas tu ada hati nak menambah cerita bagai. lagipun , nak tengok sesebuah filem tu kenalah ikhlas, ini nak cari kesilapan remeh cm gitu gitu, dah xda kerja ke? .


2.) Isu 13 Mei 1969 yang masih diragui fakta sebenar?
Apa yg ditunjuk mengenai isu 13 mei hanyalah dalam 30 minit pertama  , yang lain semua mengisahkan perjuangan Tun Abdul Razak dan Tun. Dr.Ismail bagi menstabilkan  negara balik . lagipun , mengenai babak  pembunuhan 13 mei yang berlaku diantara org cina dan melayu itu mmg benar-benar berlaku. ada scene melayu dibunuh cina dan cina dibunuh melayu . orang melayu dibunuh di setapak,kl , orang cina dipancung,  rusuhan perkauman secara besar-besaran berlaku selepas itu . hampir semua jalan disekat , org melayu yg melalui kawasan cina akan dibunuh dan begitu sebaliknya . Panggung wayang Odeon mengeluarkan iklan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu, pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan membakar pawagam tersebut .Perkara ini juga memang terjadi/sahih semasa 13 mei , kita xperlu nak persoalkan lagi.  semua itu ditunjuk dalam filem ni . secara total, filem ni bukanya nak menunjukkan parti ni salah dan parti itu betul , filem ini hanya nak tunjuk situasi sebenar sewaktu kejadian  sebelum pilihanraya umum 1969 , selepas pilihanraya 1969 dan 13 mei berlaku, isu yang berbangkit memang sensitif untuk dibicarakan seperti  Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu . tapi semua tu sudah termaktub dalam perlembagaan dan tidak perlu dipersoalkan lagi . Apa yang difokuskan dalam filem ini mengenai isu 13 mei adalah bagaimana  Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail berkerjasama dalam menghadapi krisis 13 mei ini. Itu je . korang xkan faham apa yg aku cuba huraikan ni kalau korang xtgok sendiri filem ini .


3.) Isu sensitif Perkauman 
Bagi aku , untuk generasi zaman sekarang , dari kecil kita sudah diajar apa itu Perpaduan , saling menghormati sesama kaum xkira agama dan bangsa , menghormati kedaulatan negara , Menyayangi Malaysia , Mempelajari sejarah Tanah Melayu , jadi sebagai warganegara Malaysia tidak perlu untuk kita merasa sensitif sebab apa yang berlaku itu adalah diwaktu dahulu dan sejarah diwaktu sekarang , sekarang kita dah lain .kita bersatu demi membawa nama Malaysia dimata dunia bukan?  kita sebagai org melayu tidak boleh menyalahkan orang cina sekarang diatas apa yg terjadi pada ketika itu dan begitu juga sebaliknya . ketika berlakunya 13 Mei ada babak menunjukkan melayu tolong cina dari dibunuh org melayu dan cina tolong melayu dari dibunuh org cina . semua tu ditunjukkan dalam filem tanda putera ini . bukankah itu satu nilai positif yang sudah wujud pada zaman dahulu? . lagipun , xsedaplaa. aku pun ada beberapa kawan dari bangsa cina. main sama-sama , gelak sama-sama, belajar sama-sama  . best je kawan dengan mereka sebab kita dah jadi  1Malaysia. dah xda beza bila kita sama-sama berdiri menyayikan lagu negaraku .


4.) Double Standard Akibat Penundaan Filem New Village .
Kena ingat filem Tanda Putera sepatutnya ditayang pada 13 september 2012 ditunda kepada 15 November 2012 tapi akibat dari sebab-sebab promosi sebab waktu pemilihan tayangan itu dah hampir dengan Pilihan Raya Umum ke 13 , bagi mengelak salah-faham pengaruh politik  sekali lagi Tanda Putera ditunda sehingga 29 Ogos 2013 . Lama perjalanan Tanda Putera untuk sampai ke panggung . Itu yang dihadapi sendiri oleh Datin Paduka Shuhaimi Baba . Mengenai filem New Village arahan Wong Kew Lit sepatutnya ditayang pada  22 Ogos 2013 telah ditunda, kita kena faham, filem ini bukan diharamkan tapi masih dinilai semula kandungan keseluruhan filem tersebut oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang dikatakan mengagungkan perjuangan komunis. so terima ajelah . kenapa nak tarik filem Tanda Putera dalam isu ini .. well, aku ada tengok satu video Namewee yg terbaru mengenai ketidakpuasanya filem New Village ditarik dari tayangan .
Memang Benar, peringkat awal LPF meluluskan filem New Village untuk ditayangkan, filem itu telah mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan.Dari segi garis panduan, filem itu dilepaskan kerana ia melepasi semua garis panduan kita seperti bebas dari isu ketenteraman awam, keselamatan, keagamaan dan hubungan kaum. Pihak LPF juga juga meneliti setiap dialog. Malah dari segi isu-isu keganasan keterlaluan pun tiada malahan bersih. Begitu juga tiada dialog yang menyinggung perasaan kaum tapi apabila Filem itu mengundang kontroversi umum di Internet apabila didakwa cuba mengagung-agungkan komunis secara tersirat sehingga beberapa badan bukan kerajaan dan politik menuntut filem itu ditarik balik atau diharamkan jadi pihak LPF perlu menkaji semula. Jadi , please, penundaan filem New Village tiada kaitan dengan filem Tanda Putera.  no excuses .

 .....


Ada babak yang mungkin menyingung perasaan mereka seperti babak cina kencing di tiang bendera di depan rumah menteri besar Selangor tanpa bukti yg sahih yg Lim Kit Siang (ketua DAP) wartakan itu . Tapi , mcm mana dengan babak filem  Kara King' arahan Namewee yg menunjukkan org cina kencing tepi jalan dan terkena sepasang orang Melayu yang menunggang motosikal ? sudahkan itu sudah cukup unt menghina? tapi , yealah disebabkan Tanda Putra merupakan filem sejarah , ia boleh dipersoalkan balik adakah kejadian itu benar-benar berlaku . aku xboleh nak jawab pasal ni dan  aku xperlu fikir banyak . It's must be a reason kenapa Datin Paduka Shuhaimi Baba tidak mengeluarkan babak ini .boleh jadi babak ini benar dan mungkin tidak .



Jadi untuk korang yang masih belum menonton filem Tanda Putera ,please STOP bercakap sebarangan tentang filem ini . Ini akan menyebabkan banyak hati yang terluka bila baca komen-komen yang xmasuk akal mengenai filem ni . Filem ini mengisahkan kisah benar dua orang Tokoh Malaysia yang kita sanjungi , ianya sebuah filem yang berat tapi mudah untuk difahami secara ringkas .Ada seorang blogger yang dikenali  telah mengeluarkan statement di media sosialnya mengatakan Filem Tanda Putera bukanlah sebuah filem sejarah akibat dari fakta sejarah yang tidak benar dan filem ini hanya menipu masyarakat . dia  mengeluarkan statement begini tanpa menonton filem Tanda Putera sendiri . aku turut komen disitu , aku balas komen ,dia kena tengok dahulu filem ni , bukan mengeluarkan statement atas dasar review dari rakan -rakan , pastu dia jawab aku dengan "Tgk dulu baru ckp ? Belum tgk , tp ramai dah cakap cakap.. Masa dibazirkan beratus minit , begitu saja .. kalau berbaloi , takpe.. kalau tak ? Nak byr pampasan ? .. lps dia jawab cm gitu , terus hati ni rasa sakit sgt . emmm. xfaham aku dengan org yg mcm ni . sedikit sebanyak aku da hilang respek kepada blogger ini .biarlah dia , suatu hari aku harap dia menyesal dengan kata-kata dia . dia seolah-olah memperlekehkan sejarah yg diperjuangkan Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail . Aku masih xdapat nak terima .. sabar jea. 

...
Semua part dalam video ni part yang penting dan feveret :)




Bagi aku , Filem Tanda Putera merupakan filem sejarah yang sangat hebat ,bernilai untuk ditonton.

Filem yang bagus xsemestinya memerlukan penonton yang ramai di panggung wayang , cukuplah kalau ada yang menghargainya dan terima mesej patriotik yang ingin disampaikan .


Terima kasih kepada Datin Paduka Shuhaimi Baba kerana menghasilkan filem yang bagus ini .

Isu Tanda Putera di Media banyak Fitnah dari benar . 


sesungguhnya yg baik itu dari ALLAH SWT , yang xbaik itu datangnya dari diri aku sendiri .



Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !