"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Friday, October 18, 2013

Experienced incharge patient di ED

Salam diary hidup..
dulu diary kampus, sekarang da up sikit hidup aku ni.. diary org da berkerja.. bole cm gitu?

Oh yeah, pejam celak, pejam celak rupanya suda nak masuk sebulan aku kerja dan dah 2 minggu aku incharge patient di ED (emergency department) . member kampung tanya cm mana hidup sekarang .. aku xterjawab nak balas apa. bukan sebab terlampau excited keja cuma terlampau penat dan asyik kena duty lebih masa demi nak siapkan kerja yg xkan pernah habis selagi ada manusia atas bumi ini.. boleh xbuat ayat cm gitu? huhu. well. kena paham. aku da berkerja. I am not student nurse anymore , nama aku dah didaftarkan sebagai staf nurse terlatih yg rasmi, so kenalah accept apa pon job yg aku kena hadapi. 

yea, saya accept dengan hati terbuka.
I do Love Nursing A lots! domo domo domo chuahey ! nampak x keexcitedkan disitu?
and I do Fall in LOVE with Emergency Depatment (ED) like crazily .

Well , sepanjang aku incharge ni alhamdullilah xda apa-apa insiden yg melibatkan nyawa, harta, cemekap, soft skil dan seangkatan denganya yg lain . cuma aku dapat rasa kesabaran aku kadang habis limit untuk sesuatu masa dengan peragai klien dan master yg xhenti nagging mcm budak 10 tahun yg gila nak tengok running man like crazily.  nag* nag* nag* .

Sepanjang aku kerja kat ED secara jujurnnya aku rasa mcm aku memerlukan lagi 10 tangan dan 10 lagi kaki untuk berkerja dengan lebih pantas dan selaju yg boleh . tapi , syukurlah kepada ALLAH kerna kurniakan tangan dan kaki yg sempurna supaya aku dapat berkerja sbg nurse .dua tangan dan dua kaki ni lagi power kalau aku dpt guna dengan baik . kan.


Bila terlampau ramai patient yg masuk dalam satu masa aku rasa mcm nak tercabut je kepala nak fikir kena buat itu dan ini dlm kadar segera . sampaikan kadang-kadang rasa mcm nak pengsankan diri je biar aku pulak jadi patient . secara praktikalnya aku rasa mcm tu sebab aku masih freshie dan masih byk benda yg aku kena belajar dari senior staf nurse . so aku kena berkorban sesutu untuk dapatkan sesuatu bukan? jadi.. ini adalah pengorbanan aku .. biarlah balik rumah lambat pun, letih mcm gila pun asalkan kerja habis dan xtertinggal dan klien puas hati. bila klien ckp terima kasih kat aku , aku rasa dah cukup gembira . biarlah org lain nak ckp apa pun dgn kerja aku. diorang ckp tanpa experience mcm mna kerja nurse , so biarlah mereka ckp-ckp dari simpan dalam hati lama-lama dpt sakit jantung pastu collpase masuk hospital jumpa jugak staf nurse unt rawat mereka. xpasal-pasal . tp xpa. kehidupan kita memang mcm tu . dan org berkerja mcm aku ni xda masa pun nak ambik tahu pasal tu semua sebab busy dgn kerja jea.  cuti kami bukan hak tp hanya keistimewaan, so bila-bila saat masa tgh cuti, hospital boleh pggl berkerja . oh yeah . 


nak jejalan jauh pun jadi malas takut kena pggl kerja... kadang nak buat jahat rasa nak off henset je tapi bila fikir tanggungjawab xsampai hati nk buat. kita kena fikir kalau kita yg memerlukan rawatan tp xda sapa yg nk tolong ..  yup.

inilah kerja aku.. kalau nak rasa , jadilah nurse :) . org luar hanya pandang gaji nurse je , tp hakikatnya.. well. u need to experience sendirilah.. barulah sedap nak cakap-cakap pun . ya? 


Raya haji hari tu xdapat balik, kerja non-stop . aku hanya teringin nak makan ketupat dgn rendang je. sampai skang xdapat-dapat lg . :'(

No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !