"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label ED diary. Show all posts
Showing posts with label ED diary. Show all posts

Wednesday, August 27, 2014

Kursus ECG and PHARMACOLOGY COURSE

Oh hye..
tetiba rasa nk update psl benda skema
ingtkan dah xda mood nk up entri psl aktiviti harian..

Chill
dari 25/8-26/8 yg lps aku ada join satu kursus ECG under department hospital tempat aku kerja sekarang . Nama aku dan Fit dipilih sebagai wakil staf nurse dari ED. lps tahu aku dpt pergi kursus ni apa lagi, rasa mcm nak melompat jer, da lama aku nk belajar cara nak baca ECG ni. hari2 buat ECG kt patient mcm org bodoh jer  sebab xpandai baca . harapkan review dari doktor je . and lps join kursus ni aku harap aku leh improve diri aku dgn boleh baca ECG yg aku buat . kan lebih better?klo x jenoh kena kejar doktor ED sbb nk paksa dorang tgok ECG secara stat sbb takut ECG pt ada keabnormalab.

Kursus ni mkn masa 2 hari, so memang byk input yg aku dapat, lecturer dari specialist emergency sendiri mmg ohsem, rilex je.. dan yg bestnya kursus ni peserta dari hospital luar juga dijemput hadir . dan cuba teka aku jumpa siapa masa kursus? hehe. aku jumpa Eewern a/p Eh Jun. member satu batch aku masa kat kolej dulu . xsangka an.. selangor ni kecik jugak. dia skang keja kat hospital orang asli, gombak.  hehe. senyum lebar je eewern .comeelll.

Sepanjang aku kerja kat ED ni, aku harap sangat aku cepat belajar sebab aku xsabar nak tahu pasal semua tentang nk handle kes kat ED . bestnyer rasa kalau aku da reti semua . xdala org kata bebudak junior ni xtahu apa apa an.. sister , aku nak sangat incharge kat resus tp sister smpai sekarang xbg lagi aku masuk resus.. sedih betul! aku bukan tahu sgt nk handle pt.kat resus sbb aq xpernah incharge kat resus lg. kesian kn? harap je kerja kat ED tp kes resus xpernah incharge. just tolong attent case byk kali ada laa.   plg byk aku incharge pt kat obs ward je.. rasa nk muntah da duduk kat obs ward tuu.. xsabar nk belajar benda yg lebih advance. pliss sis.bg aku masuk resus cepat cepat

rilex k .

Tuesday, August 12, 2014

Cinta

Diusia matang ini,
aku masih tidak mengenali erti cinta
cinta itu bagaimana ya?
aku rungsing dengan diri aku ,
keliru dengan erti cinta
adakah apa yg aku rasa ini cinta?
ataupun  ianya hanya perasaan sunyi yg dibalas
Ya Allah
temukan aku dengan cinta jodohku
kalau memang dia jodohku kau permudahkan perjalanan kami , jangan kau cuba sekat perasaan kami
hati tidak boleh menipu
tapi mulut pandai menipu
bagaimana aku ingin meluahkannya
aku berani mengatakan aku ingin sesuatu yg boleh mengajar erti hidup sebenar.
aku sanggup dan aku rela kalau ianya dapat mengajar aku erti kehidupan.
aku ingin bebas
aku ingin merasa semua situasi
aku ingin mengambil risiko
sementara tuhan berikan aku nyawa aku ingin rasa semuanya. biarlah nampak tamak .
hidup bukan selamanya
hak aku untuk bahagia guna cara aku.
Ya Allah
Kenalkan aku dengan si dia yg dpt membawa aku jauh mengenali erti kehidupan yg sebenar
aturkan perjumpaan kami
aku boleh stay alone
tapi hati aku xbenarkan .
bagi aku peluang merasa indahnya cinta itu
aku pinta
aku harap kau izinkan.
aku juga mahu merasa perasaan cinta yg engkau hadiahkan kpd kami .
jadi benarkan aku ..

aku sudah tidak lama disini.

Saturday, August 9, 2014

Masa dulu

Hari ini jangan disamakan dengan hari semalam ,
aku yang dulu x sama dengan hari ini
jadi kenapa perlu dibandingkan aku yg lps dgn aku yg sekarang
ianya tidak adil buat aku
aku juga manusia seperti kau
ada masa turun naiknya
kenapa kau havoc sangat dengan aku
ada aku peduli hal kau?
peduli kerja sendiri sudahla
buat apa nak havockan kepala dgn hal aku.
aku xsuka kau berfikir psl aku
sebabnya dari dulu aku xsukakan org berfikir psl aku
stop !
if not, i will starting to hate you more .

for my lovely' senior yo!!

Saturday, July 12, 2014

Memendam Rasa

Aku bukan sengaja buat kamu begitu
aku terpaksa..
aku terpaksa merelakan walaupun aku tahu akibatnya
aku tahu
aku bukan yang terbaik buatmu
aku akan pergi
pergi membawa diri
mencari kamu yang bukan kamu lagi
menjadi yang engkau tidak cinta
ajari aku untuk menjadi yang sempurna
hanya diri aku yang tahu
hanya kau yang pernah mengerti
tapi tidak lagi
air mata kini sudah tidak malu untuk keluar
lagi dan lagi..
terpaksa aku relakan.

Friday, July 4, 2014

Pertama kali berkerja di bulan Ramadan

Kalau dulu setiap kali ramadan aku selalu update lauk berbuka dan setiap kali aku pergi bazar ramadan mesti aku akan buat entri dan pos dalam blog. sekarang nk buat mcm tu da xsempat. rindu zaman dulu yaww!

Untuk satu ramadan aku keje shif ptg . so berbuka di ED laa.. xda prepare lauk unt berbuka pon. redha jea kalau ada makanan nk berbuka nt..org ckp pandai pandailah nak hidup kan.

Alhamdullilah satu ramadan jatuh hari weekend, ahd kalau xsilap. so klo weekend dkt kecemasan mcm kurang sikit pesakit so bole blah lagi laa . senior aku yg bukan beragama islam cover unt aku masa aku berbuka. masa tu aku incharge obs ward. kalau incharged dkt red zone atau yellow zone xboleh la nk tinggal. berbuka je kat situ.

Perasaan masa berbuka di ED ni buat aku rasa betul betul berdikari . klu dulu kt rumah mak masak. kat kolej asrama dah hidangkan lauk berbuka. bila da start keja ni aku sendiri kena jaga makanan aku. mmg terbaik ah. aku dah matang rupanya. xsangka.

Kalau ini puasa pertama berkerja, raya pun yg pertama jugaklah.. unt raya yg pertama ni dengan sedihnya aku ckp aku xdpt cuti raya. raya kesepuluh baru dapat cuti. terbaik an . buat masa ni aku boleh be staedy lg bila fikir xdpt cuti. bila time raya nt mesti sedih gile. aku xpernah lg xraya puasa dengan family doh.. baju raya pun aku xbeli sebab xda semangat nak raya sebab xboleh balik.

Beraya la aku dengan pesakit dekat kecemasan. mesti time tu ramai pesakit yg masuk dtg dgn complain sakit perut sbb mkn byk sgt sbb lahap semua makanan masa beraya.. grrrrr.. huhh. tahu dah.

Untuk puasa kali ni.. 3 hari berturut ni aku masak unt sahur. so far ok lah. bole improve my cooking skill! aku masak byk2 n bawak g tempat keja. bersahur dengan paramedik lain. best3!

Wednesday, June 25, 2014

MLM

Kalau nama tinggal kat KL kalau xtahu MLM tu apa nampak sangat kau xselalu keluar dan xsuka keluar. Aku ni da berapa kali diinvite dengan bendaalah ni.. siap jd crush lg dengan introducer aku tp xmenjdi sebab MLM is something° u must truely understand. aku sangka dia jujur nak berkawan dengan aku. keluar sana. keluar sini tapi rupa rupanya dia ada motif lain kenapa dia nak dekati engkau. mungkin aku ni senang sangat nak didekati sbb tu ah mereka suka sgt aim aku. eh sialllaah. kan. pada mulanya aku xfaham ikatan terjalin mungkin disebabkan aku terlalu tulus unt berkawan tapi ketulusan aku tu dinodai oleh niat propa biz MLM. semuanya jadi dusta. bila biz mereka kena reject dgn kau , kau akan ditinggalkan begitu sahaja. no more contact kau sebab kau kc nothing untuk mereka teruskan biz so xd point diorang nk berkawan dengan kau daa.. exclly benda ni bukan jadi sekali kat aku.. benda ni keep repeating in my life dan sekarang aku dah fedup bila jumpa member baru yg mcm excited nk kwn dgn aku dan beriya nak ajak aku keluar g sana g sini.. when it happen again and u know something in their mind y diorang ajak aku , ianya jadi sangat bodoh dan sial doh. serius aku ckp. aku cukup benci dan rasa annoyed gile dengan mereka ni sebab cari aku atas dasar nak suh aku jadi prosphek diorang dlm biz dan untuk sama2 jadi jutawan. wth! im not talking about biz but cara diorang !.  aku ni beriya je tulus nak berkawan tp rupanya diorang ada niat lain..

So friends. hati2x .Kalau nk join MLM bole tapi kau kena betul2x faham cara biz ni dijalankan. benda ni boleh je buat kau kaya tapi percayalah xda benda yg senang dlm dunia ni.

Monday, March 3, 2014

# kecemasan dan resus

 Hi..
Aku baru je balik dari kerja malam yg pertama . xpernh lagi aku update blog pada pagi hari selepas kerja malam. ahak. semua ni sebab semangat nak share jugak dalam blog sebab aku takut aku xkan rasa perasaan yg sama seperti semalam tadi.. kan.. manalah tahu .

semalam aku runner di yellow zone . hati rasa senang bila xramai patient yg masuk yellow semalam. beberapa jea. begitu jugak di obs ward. berapa orang je patient . tapi dekat red zone semalam memang jona. patient xhenti-henti masuk . kes paling ohsem semalam di resus adalah lelaki hampir mati dikelar di leher dengan parang . luka di leher mencecah 12-15 cm. cuba try ukur? wooow!

Memang senior aku yg jaga redzone busy giler . dah la kat redzone banyak sangat prosedur nak buat so semalam ceritanya aku pergi tolong resus . begitu jugak staf yg free semua pakat g tolong kat resus. memang cool aku r aku nak cakap. semua pakat nak tolong so memang semua staf ed semalam berkerjasma kat resus semalam .. best je rasa . haha. kenapa aku cakap mcm ni? sebab aku xpernha rasa seperti ni sebelum ni. . walaupun penat tapi bila buat kerja berpasukan kita xkan jadi penat. rasa enjoy je kerja.. siyesly aku harap ED akan terus begini.. semangat berpasukan yang xboleh kita jual beli . memang terbaik r.Thumb up untuk semua senior aku terutamanya my mentor - cikros@ .

semalam memang best! semalam aku first tim G hantar patient g emergency OT.

Saturday, January 11, 2014

Diari Cemas #1

Aku rasa aku dah kena start tulis diari balik sempena tahun baru ni ..
mungkin lps keja aku boleh spent time beberapa minit unt update bendaalah ni .. for what? ntah. mungkin nanti-nanti aku rasa entri ni sangat bernilai bila aku tua nanti ..

Hari ni kerja pagi , pagi tadi aku hadiri cne pasal '5S' sebijik mcm lecturer aku ceramah masa kat kolej dulu cuma kali ni lebih spesifik mengenai kerja . so lepas ni tempat kerja memang kena ada 5S yang aku sendiri pun x laksana . HAHA. so bila nak laksana? korang tolong jawablah untuk aku .

Tadi aku kena incharged kes OSCC molested , yeah , fresh jugaklah tapi biasalah , molested adalah kes yang biasa-biasa je , Xsehebat rape kes fresh 72jam . aku xpenah lagi kena kes fresh rape '. teringin sangat nak belajar buat fresh kes , mungkin lps dah pandai buat kes fresh aku da layak jadi agen CSI :) . ahak .

Tadi dekat ED ada jamuan , Nasi beriyani , ada doktor yg nak tranfer ke hospital lain . beria aku xnak beli lunch sebab nak makan jamuan tu, sekali punyala aku sibuk buat kerja kat obs ward ,sampai xsempat nak makan , dan xsempat nak suruh sapa-sapa simpankan , so d akhir cerita masa aku nak g makan , makanan da habis :'( , giler sentap perut tengok orang lain dpt makan , diri sendiri dpt bau jer . erk . mungkin xda rezeki . so biar jealah . balik kerja terus singgah kena mamak beli nasi berlauk , aku ambik lauk dagaing  goreng halia , boleh kata banyak jugak r aku ambik sebab aku ni kaki daging , sekali bila rasa daging tuh , masin yaa ampunn !. gulpp! terus hilang selera nak makan . grrr .



apalah nasib aku hari ni ..

sabar je layan hidup ini ..


bye .

esok aku kerja pagi lagi .



Friday, October 18, 2013

Experienced incharge patient di ED

Salam diary hidup..
dulu diary kampus, sekarang da up sikit hidup aku ni.. diary org da berkerja.. bole cm gitu?

Oh yeah, pejam celak, pejam celak rupanya suda nak masuk sebulan aku kerja dan dah 2 minggu aku incharge patient di ED (emergency department) . member kampung tanya cm mana hidup sekarang .. aku xterjawab nak balas apa. bukan sebab terlampau excited keja cuma terlampau penat dan asyik kena duty lebih masa demi nak siapkan kerja yg xkan pernah habis selagi ada manusia atas bumi ini.. boleh xbuat ayat cm gitu? huhu. well. kena paham. aku da berkerja. I am not student nurse anymore , nama aku dah didaftarkan sebagai staf nurse terlatih yg rasmi, so kenalah accept apa pon job yg aku kena hadapi. 

yea, saya accept dengan hati terbuka.
I do Love Nursing A lots! domo domo domo chuahey ! nampak x keexcitedkan disitu?
and I do Fall in LOVE with Emergency Depatment (ED) like crazily .

Well , sepanjang aku incharge ni alhamdullilah xda apa-apa insiden yg melibatkan nyawa, harta, cemekap, soft skil dan seangkatan denganya yg lain . cuma aku dapat rasa kesabaran aku kadang habis limit untuk sesuatu masa dengan peragai klien dan master yg xhenti nagging mcm budak 10 tahun yg gila nak tengok running man like crazily.  nag* nag* nag* .

Sepanjang aku kerja kat ED secara jujurnnya aku rasa mcm aku memerlukan lagi 10 tangan dan 10 lagi kaki untuk berkerja dengan lebih pantas dan selaju yg boleh . tapi , syukurlah kepada ALLAH kerna kurniakan tangan dan kaki yg sempurna supaya aku dapat berkerja sbg nurse .dua tangan dan dua kaki ni lagi power kalau aku dpt guna dengan baik . kan.


Bila terlampau ramai patient yg masuk dalam satu masa aku rasa mcm nak tercabut je kepala nak fikir kena buat itu dan ini dlm kadar segera . sampaikan kadang-kadang rasa mcm nak pengsankan diri je biar aku pulak jadi patient . secara praktikalnya aku rasa mcm tu sebab aku masih freshie dan masih byk benda yg aku kena belajar dari senior staf nurse . so aku kena berkorban sesutu untuk dapatkan sesuatu bukan? jadi.. ini adalah pengorbanan aku .. biarlah balik rumah lambat pun, letih mcm gila pun asalkan kerja habis dan xtertinggal dan klien puas hati. bila klien ckp terima kasih kat aku , aku rasa dah cukup gembira . biarlah org lain nak ckp apa pun dgn kerja aku. diorang ckp tanpa experience mcm mna kerja nurse , so biarlah mereka ckp-ckp dari simpan dalam hati lama-lama dpt sakit jantung pastu collpase masuk hospital jumpa jugak staf nurse unt rawat mereka. xpasal-pasal . tp xpa. kehidupan kita memang mcm tu . dan org berkerja mcm aku ni xda masa pun nak ambik tahu pasal tu semua sebab busy dgn kerja jea.  cuti kami bukan hak tp hanya keistimewaan, so bila-bila saat masa tgh cuti, hospital boleh pggl berkerja . oh yeah . 


nak jejalan jauh pun jadi malas takut kena pggl kerja... kadang nak buat jahat rasa nak off henset je tapi bila fikir tanggungjawab xsampai hati nk buat. kita kena fikir kalau kita yg memerlukan rawatan tp xda sapa yg nk tolong ..  yup.

inilah kerja aku.. kalau nak rasa , jadilah nurse :) . org luar hanya pandang gaji nurse je , tp hakikatnya.. well. u need to experience sendirilah.. barulah sedap nak cakap-cakap pun . ya? 


Raya haji hari tu xdapat balik, kerja non-stop . aku hanya teringin nak makan ketupat dgn rendang je. sampai skang xdapat-dapat lg . :'(

Tuesday, October 1, 2013

1st Day di ED


Hi..
Hari ni aku da start kerja di ED sebagai staf nurse ,
Untuk hari pertama aku diletakkan di Wad Pemerhatian ED .

Disebabkan aku adalah freshie baru di ED , xsemua kerja yang aku boleh buat , so ada limit .
yealah , xkan hari pertama dah kena buat resuscitation kat patient kot?
memang xmenjadi la nanti ..
so for better result , aku kena ambik pengalaman dulu semasa orientasi sepanjang 2 minggu ni (ongoing)
sepanjang 2 minggu ni aku  kerja divided ( waktu pejabat ) 8am-5pm .

lps 2 minggu ni baru aku akan incharge patient
dengan sendirinya .. tanpa member di sisi..
errr.. takut tapi excited nak incharge patient
aku rasa xsabar pulak nak belajar semua perkara kat ED tu supaya aku boleh incharge patient dengan secepat mungkin ..

Pengalaman hari pertama berkerja di ED sangat best !
patient di ED kuar masuk , kuar masuk
so ko xpayah nak pening kepala untuk simpan patient lama-lama di ED .
dorang pasti akan discharge , TO atau admit ward
tiga perkara ni jeaa.

Penat xpayah nak cakap laa. semua kerja penat kan..
xberhenti buat kerja mana xpenat kan?
hmm.. oklaa aku rasa
kalau ko suka dengan kerja yg ko ambik pasti kerja tu akan jadi mudah walaupun rumit sangat
semangat tu kena adaa
itu je yg penting..

dah tu , tadi masa nak balik kerja  tadi ,
tetiba sister suruh 2 orang budak freshie buat OT untuk backup staf nurse incharge yg nak pergi ke HKL .
WELL , kerja kan..kita kenalah sentiasa ready ..
jadi kejalah lebih masa aku dengan member sorang ni..
so k la. untuk minggu orientasi..







Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !