"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, February 2, 2014

Icity Waterworld with my lovely housemate

23.1.2014 (khamis)

Halooo bloggers ,
sebenarnya da lama nak update entri ni tapi xda masa nak blogging . aku ni asyik kerja jer. balik kerja dah give up nak buka lappy walaupun kau suap aku dengan gambar lelaki paling kacak kat dunia pon  aku dah xda selera nak tengok # penatkerja . baik aku tidur :) bendaalah tu semua mengarut jer. aku dah xda masa nak layan benda-benda remeh ni .

23.1.2014 yg lepas aku dan semua housemate aku dapat cuti . tarikh yg sama . padahal keteorang berlima semua kerja di bawah department yg xsama . cuti memang xkan sama tapi kali ni kebetulan sama . maybe  boleh cakap ini takdir dan jodoh keteorang untuk kuar rest minda dan main puas-puas selepas menghadapi hari-hari stress kerja .( akulah yg plg stress) minggu sebelum 23.1.2014 adalah hari yang paling gila buat aku . aku xtahu nak cakap mcm mana . memang masa tu aku rasa mcm nyawa aku dah dihujung tanduk* gile* haha . tp syukurlah . tuhan beri aku masa untuk rest kejap dengan hadirnya 23.1.14 . Alhamdullilah . dapat main air dan buang cas negatif dan unsur jahat yang bermain dalam minda aku . grrr .

So , inilah cerita aku . keteorang just pergi lepak dekat waterworld icity dan masuk semua game yang ada dalam Icity . dari pukul 10.30am hinggalah 8.00pm  : ) .Enjoys je . kalau boleh aku nak sangat setiap minggu aku boleh rest kejap mcm ni . Mengadap kerja buat aku stress je . mcm mana eh aku nak cakap?. kerja aku ni bermain dengan nyawa org so secara xlangsung kerja ni mengancam nyawa aku juga secara fizikal dan mental . seriusly aku cakap aku perlukan masa untuk sebati dengan cabaran yg aku hadapi masa kerja . Insyaallah . doakan .

Waterworld Icity


masa ni dah habis main air - dah tukar baju .



tengok dia jelez dengan ketinggian aku . hehe


Snow walk Icity

Dalam snow walk ni memang tahap gile sejuk , org malaysia yg biasa dengan cuaca panas dan lembab mcm aku memang xbole tahan lama-lama stay dalam ni . 1st masuk aku just pakai baju sejuk yg dibekalkan je , sarung tangan dan kasut but aku xambik . sekali masuk . perhh . kaki ni dan xrasa kaki doh . tangan ni dah xtahu nak selup kat mana untuk tahan sejuk . bila cakap kuar asap dari mulut baq hang . haha. mcm dalam cerita korea ouh . haha. lps 15 minit terus kuar sebab xtahan sangat . then , kali kedua masuk baru baru pakai kasut but . baru boleh blah sikit nak main pun dalam snow walk ni . dalam snow walk ni ada beberapa game yg disediakan . oklah# best.  ada adik-adik (staf-staf icity) yg guide kiteorang dalam tu .






Game ni mcm main ski ;)


Red carpet @ Meet your World star celebritites


House of Horror of Icity
Housemate aku jerit mcm giler dalam rumah hantu ni .# xtahu nak cakap mcm mana . memang dasyat ah dorang jerit . sampai habis semua shawl baju aku diorang tarik sebab rumah hantu ni scary giler  .aku steady lagi kot. grr .xsempat nak nikmati sepenuhnya rumah hantu ni sebab housemate aku nak kuar cepat . btw , rumah hantu ni xmengecewakan dari rumah hantu kat tempat lain . okla .try r .





5D Cinema
Best sgt ! suka giler dan rasa mcm xpuas .




Selera di Spices of Penang







Banyak ag nak cerita tapi da malas nak menaip , semua dah tersimpan dalam memori bagi setiap gambar . konklusinya. hari tu memang penat giler sebab semua org main air mcm xpernah jumpa air . Naik Tornado dan jerit mcm histeria . Naik lazy river sampai 6 kali dan melalak puas-puas dalam gua dekat lazy river tu . haha. memang puas hati .

Lepas ni nak main dekat sunway lagoon plak . Jom !


2 comments:

  1. Ad berape game je ? Bole kasi tawu lebih lanjut ? Siap harge ?

    ReplyDelete
  2. Ad bape game je ? Bole kasi tawu lebih lanjut ? Harge tiket ?

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !