"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Friday, January 15, 2016

Flashback 2015 # Korie


Terasa baru semalam aku siapkan entri flashback 2014 aku , tup tup dah masuk tahun 2016 , apekah? cepat nau masa berjalan kan . ker aku yg lembap? haa .

Aku akan buat seringkas yg mungkin unt flashback 2015 .

1 . Ditukarkan ke ICU daripada ED , Damn ! masa tu aku rasa hidup aku , kerjaya aku dah nothing sebab aku syg gile nak tinggalkan ED tapi terpaksa juga . hari - hari aku nangis teringat tempat kerja lama , kawan lama . lepas tu bila masuk ICU sibuk nak tukar hospital sebab xnak kerja dekat hospital sekarang , so isi la borang tranfer bagi dekat sister , but borang kena reject sebab xda alasan kukuh nak mohon tranfer . Ingat nak hantar balik tapi sampai sekarang aku xhantar balik surat permohonan tranfer hospital sebab makin hari makin suka kerja di ICU .

2. Suspek kena denggi untuk kali kedua . MC seminggu .

3. Sebab stress dengan kerja so aku cari group BBM untuk teman travel , aku xkenal pun sesapa dalam trip tu , join jer trip pergi redang bersama . dan trip ni memang sangat membantu stress aku dan sampai sekarang aku still contact dengan buddies yg join trip redang nie .Start dari sini aku belajar berenang . dan timbul minat untuk ambik lesen diving .

4. Awal tahun 2015 , masalah aku dengan proton setel  dan dalam masa yg sama aku tinggalkan dia yusri ! . no more pain .

5.Perlu sangat kereta , so aku decide ambik jer used car ford fista . Aku xpernah minat pun kereta fiesta tapi ntahler kenapa beli jugak . maybe frust sangat dengan proton dan yusri yg menyakitkan . dan maybe nasib aku untuk dapat KDG 7706 nie sebab semuanya jadi mudah .

6.Operate tangan untuk buang besi dan kelloid . MC sebulan .

7.1st time raya puasa xbalik kampung sebab kena kerja . nangis jer .

8.1st time travel naik train ke krabi bersama nora .

9. Hari jadi yg bermakna dan terindah ( Langkawi) (port dickson) . terima kasih kerana hadir dalam hidup aku .

10.Sejak kerja di ICU berat bertambah 6 kg . Tahniah .

11.Stress nak simpan duit untuk tahun 2016 .tapi xsimpan2 pun .

12. Tahun dimana asyik lepak dekat bukit ampang dan genting highland jer :)

13. Akhiri saat-saat terakhir 2015 di taman KLCC semata-mata nak tengok bunga api . Terima kasih kerana merealisasikan wishlist aku nie.

Tahun ni , ramai orang baru yg hadir dalam hidup aku , aku hargai sangat-sangat . I Love all of you yg pernah gembirakan aku walaupun sebentar . semoga kenangan ini terus menjadi ingatan kita bersama . Semoga tahun 2016 memberi sinar bahagia kepada kita bersama . doakan yg terbaik .

Bye 2015 , Welcome 2016

1 comment:

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !