"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label life ��My Life as Korie ��Nursing's Life � Diary Mira. Show all posts
Showing posts with label life ��My Life as Korie ��Nursing's Life � Diary Mira. Show all posts

Friday, January 15, 2016

Flashback 2015 # Korie


Terasa baru semalam aku siapkan entri flashback 2014 aku , tup tup dah masuk tahun 2016 , apekah? cepat nau masa berjalan kan . ker aku yg lembap? haa .

Aku akan buat seringkas yg mungkin unt flashback 2015 .

1 . Ditukarkan ke ICU daripada ED , Damn ! masa tu aku rasa hidup aku , kerjaya aku dah nothing sebab aku syg gile nak tinggalkan ED tapi terpaksa juga . hari - hari aku nangis teringat tempat kerja lama , kawan lama . lepas tu bila masuk ICU sibuk nak tukar hospital sebab xnak kerja dekat hospital sekarang , so isi la borang tranfer bagi dekat sister , but borang kena reject sebab xda alasan kukuh nak mohon tranfer . Ingat nak hantar balik tapi sampai sekarang aku xhantar balik surat permohonan tranfer hospital sebab makin hari makin suka kerja di ICU .

2. Suspek kena denggi untuk kali kedua . MC seminggu .

3. Sebab stress dengan kerja so aku cari group BBM untuk teman travel , aku xkenal pun sesapa dalam trip tu , join jer trip pergi redang bersama . dan trip ni memang sangat membantu stress aku dan sampai sekarang aku still contact dengan buddies yg join trip redang nie .Start dari sini aku belajar berenang . dan timbul minat untuk ambik lesen diving .

4. Awal tahun 2015 , masalah aku dengan proton setel  dan dalam masa yg sama aku tinggalkan dia yusri ! . no more pain .

5.Perlu sangat kereta , so aku decide ambik jer used car ford fista . Aku xpernah minat pun kereta fiesta tapi ntahler kenapa beli jugak . maybe frust sangat dengan proton dan yusri yg menyakitkan . dan maybe nasib aku untuk dapat KDG 7706 nie sebab semuanya jadi mudah .

6.Operate tangan untuk buang besi dan kelloid . MC sebulan .

7.1st time raya puasa xbalik kampung sebab kena kerja . nangis jer .

8.1st time travel naik train ke krabi bersama nora .

9. Hari jadi yg bermakna dan terindah ( Langkawi) (port dickson) . terima kasih kerana hadir dalam hidup aku .

10.Sejak kerja di ICU berat bertambah 6 kg . Tahniah .

11.Stress nak simpan duit untuk tahun 2016 .tapi xsimpan2 pun .

12. Tahun dimana asyik lepak dekat bukit ampang dan genting highland jer :)

13. Akhiri saat-saat terakhir 2015 di taman KLCC semata-mata nak tengok bunga api . Terima kasih kerana merealisasikan wishlist aku nie.

Tahun ni , ramai orang baru yg hadir dalam hidup aku , aku hargai sangat-sangat . I Love all of you yg pernah gembirakan aku walaupun sebentar . semoga kenangan ini terus menjadi ingatan kita bersama . Semoga tahun 2016 memberi sinar bahagia kepada kita bersama . doakan yg terbaik .

Bye 2015 , Welcome 2016

Saturday, July 25, 2015

Kisah Raya Perantauan gua


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari gua korie  .

Salam and hi blog ..
lately mmg jarang jenguk kau.
sorry ..

raya tahun ni mmg sadis buat aku .
aku xdpt cuti
jadi , aku balik raya pada 14 syawal nanti.
so sampai sekarang aku still xberaya dengan mak ayah aku lagi kat kampung :'( .
sedih wei.. xtahu la berapa kali aku da nangis tiap kali dengar takbir raya .
so hari ni dah raya ke 8 . aku still kat kl kerja mencari rezeki .. mak ayah still tunggu aku kt kampung unt beraya sekali.
maaf mak ayah .
harap mak ayah aku faham dgn kerja aku.
disebabkan aku xnak layan sgt kesedihan aku ni so aku asyik buat kerja double ja sepanjang hari raya ni ..
pergi kerja gelap.. balik kerja pun gelap
aku kerja double dekat seminggu non stop . n finally aku end semalam aku start demam . suara xda.. batuk , selsema xpayah ckp . aku xthu la apa kuman yg dah masuk dlm badan aku ni .. xlarat da aku nak kerja tapi xkn nak ambik mc sebab demam jaa . dah berlambak kot mc yg aku ambik masa aku eksiden tahun lps , so mls la aku nk ambik mc setakat demam kura cmni. tp siyes , aku juz nak share dgn kau blog.. aku dh xlarat nk kerja.. aku dah penat sgt dan aku stil berbaki 4 hari lg sampaila aku start cuti raya next week . semoga aku diberi kesihatan yg baik unt survive 4 hari lg ni..

dulu masa dekat ed aku xpernah kerja sampai demam tp sekarang dekat ICU kerja kuat sikit terus demam . nampak sangat dekat ICU byk kuman ntah apa apa . takut jugak aku. tapi berdoalah Allah swt jaga kesihatan diri ini.. keep faith and believe to him. Insyaallah .
dah memang kerja kita mcm ni .

masa hari raya , aku asyik menumpang  kasih /makanan raya dekat member2 icu yg balik kg. dorang bawak la lemang , rendang semua unt aku dan member lain yg xbalik raya.. so terharu la beb.. exleast xdala rasa kosong sgt beraya dekat ICU tu . thank budak budak ICU .
lps tu.. bila start hari raya kedua n ketiga start la xda makanan. kedai makan semua tutul kecuali MCD dgn KFC . so au asyik makan mcd je. sedih doh.. org lain semua makan sedap2 masa hari raya. aku kerja penat penat balik2 makan mcd je.. huhu. xpala. makanan jugak. kenyang jugak. kenala syukur kan  .

dan kalau nak tahu , raya tahun ni aku x pakai lagi baju raya yang aku beli kat jakel ramadan hari tu. masa raya pertama tu teringin sgt nak pakai baju raya tapi xtahu nak pakai baju raya unt pergi mana tapi aku pakai jugaklah sebab dah teringin tahap gaban kan dan aku rasa xsempurna diri ni kalau xpakai baju raya pada hari raya..
jd aku ambik baju raya tahun lepas n aku pergi tengok wayang dekat mbo galaxy ampang lyn movie Ant-Man. hehehehe .
so itulah hari raya aku .. kesian kan? aku xpergi beraya mana2 pon.. hehe .
so now aku dah rasa raya di perantauan cmne rasa dia ..
sakit jugakla.. kali pertama mcm aku lagilah sakit .

hmm..
sakit kepala.
demam high grade da😷
i need to sleep now.
bye blog!
doakan aku terus kuat ye 😷

Sunday, March 1, 2015

1/3/2015

selamat dtg no.1 pada bulan 3
berdebar sgt aku nk menghadapi kau
xthu kenapa .
ya allah .
bantulah aku dengan berikan aku ketenanganmu .
harap harap tiada air mata
aku kena belajar kedekut
aku dah banyak membazir air mata pada hari hari lepas .
aku perlu tabah !

Friday, July 4, 2014

Pertama kali berkerja di bulan Ramadan

Kalau dulu setiap kali ramadan aku selalu update lauk berbuka dan setiap kali aku pergi bazar ramadan mesti aku akan buat entri dan pos dalam blog. sekarang nk buat mcm tu da xsempat. rindu zaman dulu yaww!

Untuk satu ramadan aku keje shif ptg . so berbuka di ED laa.. xda prepare lauk unt berbuka pon. redha jea kalau ada makanan nk berbuka nt..org ckp pandai pandailah nak hidup kan.

Alhamdullilah satu ramadan jatuh hari weekend, ahd kalau xsilap. so klo weekend dkt kecemasan mcm kurang sikit pesakit so bole blah lagi laa . senior aku yg bukan beragama islam cover unt aku masa aku berbuka. masa tu aku incharge obs ward. kalau incharged dkt red zone atau yellow zone xboleh la nk tinggal. berbuka je kat situ.

Perasaan masa berbuka di ED ni buat aku rasa betul betul berdikari . klu dulu kt rumah mak masak. kat kolej asrama dah hidangkan lauk berbuka. bila da start keja ni aku sendiri kena jaga makanan aku. mmg terbaik ah. aku dah matang rupanya. xsangka.

Kalau ini puasa pertama berkerja, raya pun yg pertama jugaklah.. unt raya yg pertama ni dengan sedihnya aku ckp aku xdpt cuti raya. raya kesepuluh baru dapat cuti. terbaik an . buat masa ni aku boleh be staedy lg bila fikir xdpt cuti. bila time raya nt mesti sedih gile. aku xpernah lg xraya puasa dengan family doh.. baju raya pun aku xbeli sebab xda semangat nak raya sebab xboleh balik.

Beraya la aku dengan pesakit dekat kecemasan. mesti time tu ramai pesakit yg masuk dtg dgn complain sakit perut sbb mkn byk sgt sbb lahap semua makanan masa beraya.. grrrrr.. huhh. tahu dah.

Untuk puasa kali ni.. 3 hari berturut ni aku masak unt sahur. so far ok lah. bole improve my cooking skill! aku masak byk2 n bawak g tempat keja. bersahur dengan paramedik lain. best3!

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !