"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, May 31, 2009

Perihal Imbuhan meN-


-by minda bahasa-

Dalam bahasa Melayu, antara imbuhan yang tinggi kekerapan penggunaannya ialah imbuhan kata kerja meN-. Daripada kekerapan yang tinggi itu, banyak pula kesalahan penggunaannya dan kesalahan ejaan yang dapat ditemukan.Maksud N dalam awalan meN- itu ialah bentuk nasal yang menjadikan kelainan meN- seperti mem-, mem-, dan meng- bentuk nasal juga. Terjadinya demikian itu bergantung pula bunyi huruf pertama dalam kata dasar yang akan bergabung dengan meN-. Jikalau kata dasar bermula dengan huruf d, iaitu letupan gusi, maka nasal yang akan digunakan juga merupakan nasal gusi, iaitu n, menjadikan awalan itu men-. Awalan meN- ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif sama ada kata kerja transitif atau tak transitif.

Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, awalan meN- ini mempunyai empat bentuk kelainan, bergantung pada bunyi huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya. Kelainan yang dimaksudkan itu ialah me-, mem-, men-, dan menge-. Men- menjadi me- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi huruf m, n, ny, ng, r, l, w, dan y. Contohnya: memasang, menanti, menyanyi, menganga, meratakan, melempar, mewariskan, dan meyakinkan. Kata dasar bahasa Melayu yang bermula dengan bunyi huruf, k, s, p, dan t juga menerima awalan me- ini. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya , iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s, seperti dalam contoh yang berikut: mengasih (kasih), menyalin (salin), memesan (pesan), dan menari (tari),

Men- menjadi mem- pula apabila bergabung dengan perkataan yang bermula dengan bunyi huruf b, dan perkataan serapan (pinjaman) yang bermula dengan bunyi huruf f, p dan v, gugus konsonan yang bermula dengan bunyi b dan p. Contohnya : membawa, membalas, membeli, dan lain-lain seumpamanya.

Daripada kata bahasa serapan, seperti bahasa Inggeris, terbit bentuk memveto (veto), mempopular (popular). Daripada bahasa Arab kita temukan perkataan (fitnah), memfatwa (fatwa), dan daripada bahasa Jawa: mempamerkan. Kemudian daripada gugus konsonan kita temukan pula perkataan-perkataan seperti memproses (proses), memplagiat (plagiat), memblok (blok), dan membrek (brek).MeN- menjadi meng-, dan bergabung dengan dasar yang bermula dengan huruf-huruf konsonan g (menggulung), gh (mengghaibkan), kh (mengkhayalkan), dan h (menghantar) dan bunyi-bunyi vokal a (mengambil), (mengelak), i (mengikat). o (mengolah), dan u (mengulit).

Di samping meng-, terdapat juga bentuk menge-. Banyak juga orang keliru dengan bentuk menge- ini. Bila menge- ini digunakan? Sebenarnya, meng- menjadi menge- apabila awalan ini bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada perkataan satu suku kata atau ekasuku. Contohnya, perkataan-perkataan cat, had, khas, lap, sah. Kesemua perkataan yang tersenarai itu boleh bergabung dengan menge- membentuk kata terbitan seperti mengecat, mengehad, mengekhas, mengelap, dan mengesah. Bentuk-bentuk mengecat, mengehad, dan lain-lain seumpamanya itu tidak terdiri daripada kata dasar *ecat, *ehad, *ekhas, *elap dan *esah yang telah menerima awalan meng-. Bunyi e pepet yang ditambahkan kepada awalan meng- menjadi menge- berfungsi melembutkan sebutan perkataan-perkataan tersebut. Cubalah amati sebutan bunyi antara *mebom / membom / menbom / mengbom dengan mengebom, atau bunyi *mehad/ *memhad / *menhad / *menghad dengan bunyi mengehad; ternyata sebutan bunyi mengebom dan mengehad lebihhalus daripada bunyi bentuk yang lain yang bersifat agak kasar atau mengejut.

Demikianlah penjelasan tentang awalan meN- bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !