Nie bkn aku pya cerita
-harap maklum k-
aku dpt menda kat sosial forum
SAYA gadis berumur 24 tahun dan masih belajar. Saya berkenalan dengan lelaki berumur 29 tahun melalui ruangan sembang di Internet dan selepas seminggu ‘berchatting’, kami ambil keputusan untuk berjumpa.
Kini, usia perkenalan kami lebih kurang sebulan. Masalahnya, setiap kali keluar dating, dia pasti melakukan perkara yang tidak pernah saya buat selama ini.
Mula-mula dia hanya pegang tangan saya, kemudian dia peluk dan cium pipi saya. Saya cakap pada dia, saya tidak selesa jika dia buat begitu. Paling akhir, dia mencium bibir saya. Saya terkejut dengan perbuatannya.
Namun, dia memang pandai memujuk dan berkelakuan seolah-olah perbuatan itu tidak pernah berlaku. Sebenarnya, saya tidak kisah sangat jika dia memegang tangan, memeluk dan mencium pipi saya sebab saya pun bukan gadis yang sangat mengikut peraturan.
Saya selalu ingin mencuba sesuatu yang baru. Saya memang dah mula mengenali dan memahami dia. Perasaan sayang juga timbul di hati ini, tetapi disebabkan dia mencium bibir saya, saya mula terfikir apakah tindakan dan niat dia seterusnya.
Saya takut jika dia membawa saya sehingga melakukan zina, nauzubillah. Bagaimanapun dalam masa sama, saya ada niat untuk mengubah dia.
Dang Setia, saya penah dikecewakan sebelum ini, menyebabkan saya tidak mahu mempercayai lelaki lagi. Saya tidak mahu membenci mereka, tapi keadaan yang membuatkan saya jadi begini.
Saya tidak mahu menjadi gadis liar dan mempermainkan lelaki disebabkan perkara yang lelaki pernah lakukan pada saya pada satu ketika dulu.
Saya tahu perkara itu haram dan salah. Apa jalan terbaik harus saya lakukan supaya semuanya baik dan normal untuk saya?
BABY
“Saya tidak kisah sangat jika dia memegang tangan, memeluk dan mencium pipi saya sebab saya pun bukan gadis yang sangat mengikut peraturan.” Kenyataan saudari ini menarik untuk diulas.
Bagi Dang Setia, pemikiran dan sikap sebegini menjadi punca utama kelemahan umat Islam dan sekali gus menyebabkan berleluasanya keruntuhan moral di dalam masyarakat kita.
Saudari, Islam agama indah dan sempurna. Sebagai penganut Islam, kita wajib mengikut Islam itu sepenuhnya, bukan ambil separuh-separuh saja.
Kita juga tidak boleh mengamalkan ajaran Islam yang bersesuaian dan menyenangkan kita saja, manakala tuntutan yang kita anggap menyusahkan, kita tolak ke tepi.
Sebagai contoh, dalam kes saudari, pegang tangan, berpeluk dan mencium pipi, saudari anggap biasa dan tak kisah, manakala bercium mulut dan berzina, baru saudari anggap salah atau tak boleh.
Ini tak betul kerana sesungguhnya semua perbuatan itu dilarang Allah. Kenapa Allah larang? Jangan sekali-kali anggap ia untuk menyusahkan kita, sebaliknya yakinlah ia untuk kebaikan kita. Allah yang mencipta kita. Dia tahu apa yang baik serta buruk untuk kita.
Mungkin pada generasi hari ini, perlakuan ‘ringan-ringan’ di kalangan kekasih dianggap perkara biasa. Bagaimanapun, sekali lagi Dang Setia ulangi, tiada kompromi dalam hukum Allah.
Biarpun menganggap perbuatan itu ringan-ringan’, di akhirat kelak azab akibat perbuatan itu teramat berat. Allah tidak membenarkan ‘ringan-ringan’ kerana daripada perbuatan itu timbul banyak masalah lebih serius.
Daripada ‘ringan-ringan’, terlanjur berzina, kemudian mengandung, selepas itu gugurkan anak atau lebih teruk, membuang atau membunuh bayi yang tidak berdosa.
Satu perkara penting, untuk menjauhi maksiat, kita tidak boleh mengharapkan perubahan itu bermula daripada orang lain, sebaliknya kita sendiri harus memulakannya.
Oleh itu, jangan menunggu atau berharap kekasih menjadi baik untuk saudari menjauhi maksiat, sebaliknya saudari perlu berani dan tegas untuk menegakkan hukum Allah demi kesejahteraan saudari di akhirat.
Mengenai niat saudari untuk ‘mengubah’ kekasih, perkara ini sering Dang Setia dengar, namun biasanya yang berlaku bukan teman lelaki menjadi baik, tapi si gadis akhirnya rosak.
Oleh itu, bertindaklah lebih rasional. Sepatutnya saudari hanya boleh mencintai teman lelaki jika dia terlebih dulu berubah untuk patuh kepada hukum Allah.
Jika dia gagal, bermaksud dia tidak layak memiliki cinta saudari. Jangan jadikan cinta terlalu murah. Sedarilah, cinta itu anugerah Allah yang murni. Ia tidak harus diberi kepada orang yang tidak berhak.
Pastikan juga cinta tidak dicemari kerakusan nafsu. Ada beza antara cinta dan nafsu. Kalau setiap kali berjumpa asyik nak ‘ringan-ringan’ itu bukan cinta, tapi nafsu yang dipengaruhi syaitan. Sedarilah, biar seagung mana cinta antara Adam dan Hawa, ia tidak menghalalkan maksiat.

__________________
Another day has gone,I'm still all alone
How could this be,You're not here with me
You never said goodbye,Someone tell me why
Did you have to go,And leave my world so cold

No comments:
Post a Comment
Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo