"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Wednesday, June 27, 2012

Susahnya nak cari Jusco Bukit Mertajam !

....

Harap ja orang Penang ! tapi jalan  nak pi jusco bukit mertajam pun xtahu ! hampeh !



1, 2, 3 and next ? fourlah !


25/6/12 yang lalu adalah hari kemasukkan gaji bagi pekerja kerajaan dan begitu jugak dengan elaun studi aku . Cuba korang pikir.. kalau korang dapat duit xkan nak duduk saja ja kat rumah ?. kan. n begitu jugak aku.. pada hari tu aku dan kekawan keluar shopping di Jusco, Bukit Mertajam .

takdelah shopping sangat. window shopping je lebih ;). simpan duit untuk bulan ramadan k.


By the way..


Aku memang xtahu jalan pergi g sana.  sebab selama ni orang jea yang bawakkan .diorang yang pergi sekali pun sama-sama bengong mcm aku. jadi memang terbaik la kan. harapkan gps? gps pun bengong mcm kiteorang. -__-
tapi relax jea. sesat kat negeri sendiri mcm sesat kat belakang rumah jea.  jadi xda hal lah ! 

haha, yealah tu kan?






Jom layan gambar =P

Opss! Ingatkan aku hisap rokok !!

My scandals of that day !

Going to miss her ! dia dah nak continue belajar dekat uniKL ;(

Our smile-outfit  for today ! >_< 

Overall, keluar pada hari ni agak best jugak lah! tapi, malangnya aku xdapat nak tengok wayang. aku nak sangat tengok 'Mael Lambung' time ni tapi budak-budak ni xnak join sekaki, diorang nak shopping! so aku pun malas le nak tengok sorang-sorang . mcm orang xda kawan jea kan. huhu. kesian aku T_T .Aku dah pernah ada pengalaman tengok wayang sorang-sorang dulu.memang xbest langsung. rasa mcm menyendiri jea. dah la dalam panggung gelap. xda sapa kat sebelah. bosan meh ! tetiba rasa mcm ada orang datang nak cekik dari belakang.. lagilah ! huhu. cukuplah sekali jea aku masuk wayang sorang2. xnak dah k. ;)



Kawan-kawan nanti kita keluar lagi eh!



# Tengah tengok showdown 2012 - Malam ni walawei dan soul krazy keluar ! huhu, baguslah walawei keluar. aku xsuka group ni. budak2x ni ada banyak masa lagi nak join next showdown tapi sibuk jea nak masuk showdown  2012. hahaha. untuk soul krazy , korang mmg best k! tapi kalau  ikut sejarah showdown girl group memang xkan masuk ke peringkat final. mungkin, impak showdown yg ditunjukkan oleh kaum perempuan xsehebat impak showdown dari lelaki. huhu


Final showdown 2012
-Soul Gang
-Project Element
-Dem lepak krew
-

Monday, June 25, 2012

Topik hot reunion 2012 : Bila nak kahwin ?

One and two and three and next ? fourlah !..



Alhamdulilah syukur, hari ni aku diberi keseronokkan yang agak hebat unt diri aku di dalam usia remaja ini. aku dapat bergelak ketawa dengan mereka yang pernah berjuang bersama unt tidak lelap di dalam kelas fizik , sama-sama sakit jiwa semasa jawab soalan addmath bagi kelas teacher koey, Excited nak belajar topik reproduction (biology) , dan teruja untuk masuk kelas sejarah demi nak usha muka cikgu faizal  yang digilai pelajar-pelajar sekolah aku dulu.. hahaha. tut, tuut.. toott  dah 3 tahun aku meninggalkan dunia persekolahan dan syukur aku masih boleh tersenyum bila terkenangkan balik kenangan aku bersama mereka.



Aku kini sudah mencapai umur yang matang dalam kehidupan dan aku tahu kenangan yang lepas xmungkin berulang lagi tapi saat-saat di waktu persekolahan adalah satu memori yang bukan senang digilap untuk dihilangkan dalam memori.. dan untunglah hari ini telah tercipta untuk aku dan mereka bagi menguatkan lagi memori kita bersama..  selamilah.. mungkin ingatan ini tidak bermakna pada hari ini dan esok dan kemudian hari tapi ingat ! Ingatan seperti inilah yang akan kita cari untuk ditatap di masa depan .




Ok ! cukup untuk bermadah bicara . Kita straight to the point . Hari ini bersamaan 24/6/12 aku telah menghadiri Reunion kelas (Ting 3-Ting 5) @ (2007-2009) yang berlokasi di KFC , MY. =P. Mereka yang berjaya menghadiri reunion ini adalah Hani, Ain, Shima, Arina, Akma, Anis, Yam, Faten , Mas dan semestinya yang terakhir lagi yang terhormat adalah diri aku sendiri =) . 




Cakap banyak xguna.. habis bau ayam  kfc dalam mulut aku.. jom layan gambar cun ni eh . !



Hai, sampai-sampai jea terus masam ?. ok! fokus pada gambar dan anda akan faham kenapa aku mesti masam begini =l.
Xguna buat pintu kalau ko letak sign mcm ni wey! . Pintu kecemasan ke apa? nasib baik hani pegang tangan aku, klu x. dah lama kuasa avengers keluar dari badan aku =P

Mereka lambat ! tapi xdapat nak marah bila rasa rindu dirawat bila pandang muka mereka .
Aiseyyy..

Chill! with our Tokwan yang xdapat menghadiri perjumpaan hari ini.. katanya busy kat amerika sana ! kononya manager KFC la kan.. ok ! aku tipu ;l
Tokwan : Pakcik tua kfc tulah ;)

Oit! inilah ayam goreng yang masih suci lagi belum disentuh ;] . 

dan sekarang ayam goreng itu telah diratah dengan rakusnya.. see?. hani lagilah. ternganga terus . haha

The table of memories 

 Nak tahu rahsia mereka berdua ? Mereka selalu berdua begini di dalam kelas .  sorang tu terer math tapi kaki tidur . lagi sorang sangat terer berpantun tapi xlepas dalam pertandingan pantun peringkat negeri ;) . hehe.  ;P

Yg mcm ustazah tu rabbit dan yang terang sikit tu yam ! mereka ini diantara golongan yang perlu aku bantu bila kena bersihkan papan hitam masa di kelas dulu . haha .
y ?  sebab aku tinggi mcm zizan . mereka tinggi mcm osbon . ;) dan sebab lain, mereka terlalu comel untuk cuci papan hitam. jadi aku tolonglah.
ok, aku tahu aku baik..  ;P

Aku bersama akma ! si keding yang xpernah nak besar . Kalau ikut medical term dia dikira golongan KZM (kurang zat makanan)  hahahaha


Bukti kenapa aku paggil dia rabbit.. tengok.. dia mcm rabbit kan?
satu lagi sebab yang kukuh adalah.. dia ni suka bergesel manja dengan aku masa di sekolah dulu . hehe.
Ok, ini lawan ketinggian aku. tapi kalau dari segi berat.. aku kalah.. Bmi dia lagi ideal dari aku . well, ko tunggu  next reunion aku akan buktikan yang aku kurus mcm adibah nor versi sebaliknya .ok !

Dia kuat makan. tapi dia kurus ! kenapa eh? emm. maybe disebalik badan yang kurus tu banyak cacing kzm yang makan kolestrol dan lemak berlebihan dalam badan dia. emm. untunglah. haha

Again ! cheese together.

Kenalkan Meriam . dia ni blogger gak tapi blog dia dah private demi menjaga kesucian blog ;)
dia cool, teman aku di fb semasa tengok EURO 2012 .
dia suka german. aku pun sokong german !  masa  Reus masukkan gol yang keempat unt pasukan german masa  ger vs greece baru2 ni kiteorang sama-sama jerit nak gila dlm status di fb! haha. 

Smile ~ itu jea aku dan mereka tahu .
Usah pedulikan budak yang bersandar atas meja tu ! restless ! hahaha.
dia cakap apa kat aku bila aku suruh dia bangun sebab nak bergambar . dia cakap :  biarlah!
ok. dia seorang yg keras hati ! dan berjiwa besar ;)
i call her ; shima-chan.

Topik untuk gambar ni adalah : Kenyang!

We all together !
Minta tolon staf kfc snap gambar ni .
Gambar mcm senget sikit sebab tangan staf tu bergetar masa ambik gambar . maybe sebab gelabah tengok awek kot?.
huhu. alahai, lupa nak minta no fon dia. ;P

Waiting for the light of snapping !

Dalam banyak-banyak gambar kat sini. gambar ni yg paling mahal tau. kami bertiga ok! bukan  berdua.
sorang lagi dalam perut ;). hehe. anak yang kedua. untunglah kahwin awal kan mas ?.
Ini yang buat aku dan mereka xhabis-habis cakap pasal kahwin masa makan tadi. jadi hot topic ok!

Dalam sengap. shima pegang aku dari belakang yo! xsangka.. hahaha
Masa ni, kiteorang nak gerak balik dah..
bersalam -salaman ~

The last picture of today !. see this with ur smiley eye okay ;)
Got Krusher with us.




Ok, Itulah dia kisah aku dan mereka untuk reunion tergempar ni .

Best bukan?


Emm, xpayah cakap. memang best okey !


Btw, kisah kami belum berakhir setakat ini. esok still ada plan untuk lepak bersama.

^____^




See u at next entry yo!!
Bye.

Saturday, June 23, 2012

Mamam Laksa bersama Ex-classmate


One, two and three..


Alkisah. hari ini aku telah keluar dari rumah pada pukul 2.30pm dan balik pada pukul 6pm. Aku telah dijemput untuk memenuhi majlis makan-makan anjuran 'rabbit' (ex-classmate). Untunglah sekurang-kurangnya ada jugak xtvt yang aku nak buat hari ni kan.. daripada jadi pelesit kat rumah yang xreti-reti nak kemas rumah. tahu nak berkepit dengan lappy jea 24 jam jea. yg lappy tu pun satu. dayuss! ikut jea aku eh. =p Oh Tuhan!.. Rosak adik aku dapat kakak yg mcm ni. langsung xboleh buat contoh .   alert!



well..



Ini cerita hari ini.. layan gambar jeala eh ;)


Menu : laksa  !  nampak sedap x? sedap x?? sedap x??.. heheheh
Poyolah. laksa je pun !  BUT you knoe wut, laksa penang is the best in our country yo!  negeri kau ada?

Ok, kenalkan. si hani busuk lagi haun..  kenapalah setiap tempat yg aku pergi mesti ada dia??.  well, the answer : we are bff yo! dan sebelah hani tuelah rabbit ! - ^__^ <--- rabbit ni senyum sebijik macam ni.

Aku org 1st habis makan. Kenyang! perut dah mcm belon. berat pun naik 1KG.

Ini aku.gambar betul2 freshie petang tadi. pipi dah naik, dah tembam mcm enot. and the fact is my weight  dah naik  ke 61KG. Giler. BMI sikit lagi nk ke lebih berat badan . mcm mana nak buat? huhu, rilex sudah. Insyallah bulan puasa nanti turun balik =)


yang berbaju merah tu akma. yg tengah tu ntahlaa dan yang berisi byk tu si senget ;) .
Dah besar rupanya kita bertiga ni eh ;) . bila nak kahwin?

Aksi sebelum berangkat balik . si senget pegang saya kuat tau ! saja la tu, nak tunjuk yg dia syg saya ketat-ketat =p

dan ini lagi laa.. si senget peluk saya ketat-ketat. malu saya ! hahahaha. 


# Ok itulah cerita aku hari ni.. meriah x? hehe. tadi masa makan aku dan mereka banyak gosip pasal nurse, sekolah, dan pakwe + kahwin. huhu. aku xtahulah kenapalah kat mana aku pergi mesti akan timbul isu kahwin. hahaha. tp ok gak, layan jeala.. lagipun umoq aku dan lebih 18 tahun baaa. so what?.
bila ko masuk bidang nurse mulalah suka sebut benda2 loqlaq. but. it's totally normal lol. 

when u learn medic u will understand.


tengok apa lagi? dah habis maa



malam ni sedap layan lagu 

Anak Kampung Jimmy Palikat Feat One Nation Emcees



layan sambil tengok dibah lori

Friday, June 22, 2012

Disebalik suka menanguhkan waktu solat


PLEASE TAKE TIME TO READ THIS INSHALLAH YOU WILL RECTIFY YOUR MISTAKES FROM THIS...





He remembered his grandmother' s warning about praying on time:
'My son, you shouldn't leave prayer to this late time'.
His grandmother' s age was 70 but, whenever she heard the Adhan, she got up like an arrow and performed the Solat.
He, however could never win over his ego to get up and pray.
Whatever he did, his Solat was always the last to be offered and he prayed it quickly to get it in on time.
Thinking of this, he got up and realized that there were only 15 minutes left before Salat-ul Isha'.
He quickly made Wudhu and performed Salat-ul Maghrib.
While making Tasbih, he again remembered his grandmother and was embarrassed by how he had prayed.
His grandmother prayed with such tranquillity and peace.
He began making Dua and went down to make Sajdah and stayed like that for a while.
He had been at work all day and was tired, very tired.
He awoke abruptly to the sound of noise and shouting.
He was sweating profusely. He looked around. It was very crowded.
Every direction he looked in was filled with people.
Some stood frozen looking around, some were running left and right and some were on their knees with their heads in their hands just waiting.
Pure fear and apprehension filled him as he realized where he was. His heart was about to burst.
It was the Day of Judgment.
When he was alive, he had heard many things about the questioning on the Day of Judgment, but that seemed so long ago.
Could this be something his mind made up?
No, the wait and the fear were so great that he could not have imagined this.
The interrogation was still going on.
He began moving frantically from people to people to ask if his name had been called. No one could answer him.
All of a sudden his name was called and the crowd split into two and made a passageway for him.
Two angels grabbed his arms and led him forward. He walked with unknowing eyes through the crowd. The angels brought him to the centre and left him there.
His head was bent down and his whole life was passing in front of his eyes like a movie.
He opened his eyes but saw only another world.
The people were all helping others.
He saw his father running from one lecture to the other, spending his wealth in the way of Islam.
His mother invited guests to their house and one table was being set while the other was being cleared.
He pleaded his case, 'I too was always on this path. I helped others. I spread the word of Allah. I performed my Salah. I fasted in the month of Ramadhan.'
'Whatever Allah ordered us to do, I did.'
'Whatever he ordered us not to do, I did not.'
He began to cry and think about how much he loved Allah.
He knew that whatever he had done in life would be less than what Allah deserved and his only protector was Allah He was sweating like never before and was shaking all over.
His eyes were fixed on the scale, waiting for the final decision. At last, the decision was made.
The two angels with sheets of paper in their hands, turned to the crowd.
His legs felt like they were going to collapse. He closed his eyes as they began
To read the names of those people who were to enter Jahannam.
His name was read first.
He fell on his knees and yelled that this couldn't be,
'How could I go to Jahannam? I served others all my life, I spread the word of Allah
to others.'
His eyes had become blurry and he was shaking with sweat.
The two angels took him by the arms.
As his feet dragged, they went through the crowd and advanced toward
the blazing flames of Jahannam.
He was yelling and wondered if there was any person who was going to help him.
He was yelling of all the good deeds he had done, how he had helped his father, his fasts, prayers, the Noble Qur'an that he read, he was asking if none of them would help him.
The Jahannam angels continued to drag him.
They had gotten closer to the Hellfire.
He looked back and these were his last pleas.
Had not Rasulullah [PBUH] said, 'How clean would a person be who bathes in a river five times a day, so too does the Salah performed five times cleanse someone of their sins?'
He began yelling, 'My prayers? My prayers? My prayers?'
The two angels did not stop, and they came to the edge of the abyss of Jahannam.
The flames of the fire were burning his face.
He looked back one last time, but his eyes were dry of hope and he had nothing left in him.
One of the angels pushed him in.
He found himself in the air and falling towards the flames.
He had just fallen five or six feet when a hand grabbed him by the arm and pulled him back.
He lifted his head and saw an old man with a long white beard.
He wiped some dust off himself and asked him, 'Who are you?'
The old man replied, 'I am your prayers.'
'Why are you so late?! I was almost in the Fire! You rescued me at the
last minute before I fell in.'
The old man smiled and shook his head, 'You always performed me at the
last minute, did you forget?'
At that instant, he blinked and lifted his head from Sajdah. He was in a sweat. He listened to the voices coming from outside.
He heard the Adhan for Salat-ul Isha.
He got up quickly and went to perform Wudhu.




Pass this on to your friends and family......
Maybe, you can help someone open their eyes.
And who knows?
Maybe, this is a good deed that can help you during The Day of Judgment. INSHA-ALLAH






فَإِذَا قَضَيۡتُمُ ٱلصَّلَوٰةَ فَٱذۡڪُرُواْ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِڪُمۡ‌ۚ فَإِذَا ٱطۡمَأۡنَنتُمۡ فَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۚ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَـٰبً۬ا مَّوۡقُوتً۬ا
"When ye have performed the act of worship, remember Allah, standing, sitting and reclining. And when ye are in safety, observe proper worship. Worship at fixed times hath been enjoined on the believers."[An-Nisa':103]

Thursday, June 21, 2012

Kenangan di Kuala Nerang : Suhana day!


One, two and three,



Kalau nak ikutkan dah lama aku meninggalkan kuala nerang. Kisah di kuala nerang banyak yang belum aku coretkan di sini sebab masa di kuala nerang rumah aku tinggal tu xdapat signal unt broadband jadi aku xdapat nak online.. lagilah nak update blog kan ?.! jadi masa aku kat sana aku hanya fokus dengan kehidupan aku dan jagaan ibu dan anak di klinik  . aku dapat peluk cium dengan ramai baby comel kat sana eh. jgn jeles.hehe


Btw, sebelum ada yang xpaham apa-apa yang aku cuba terangkan ni ,Kuala Nerang adalah tempat aku posting untuk menjalani praktikal di Klinik Kesihatan Kuala Nerang


Banyak cerita  sebenarnya.. tapi kita skip pendahuluan, perkembangan, klimaks cerita eh. kalau cerita semua panjang jadinya ! malas pulak aku nak menaip.. kita terus ke pengakhiran cerita eh..



Ini kisah malam terakhir sebelum aku balik ke kolej. kebetulan hari tu kak pipah (jiran depan rumah aku) buat jamuan sikit untuk sambutan hari jadi anaknya-suhana. aku dan kawan-kawan dijemput sekali. saja.. untuk menyemakkan keadaan. hahaha ;) dan inilah gambar semak aku bersama kawan-kawan pada malam itu !


Suhana. kecik jea aku tengok budak ni! ^^. Hepi bufday yaa.


My friend Ooo!. Untunglah suhana tu mau dekat hang. dekat aku? haramm xnak ! xguna tol budak ni.. pemilih! hehe.

Kak nik ni xda perasaan langsung! benci! hahaha

Time ni aku minum air kopi~ . dah lama xminum air kopi wey!! air kopi is the pahit one tp tetap manis mcm aku ;)

Say.. cheese ^______^

Haaa.. here we are ! aku nak boyfie mcm budak baju hijau tuh ;) can i?
erm. pakai baju pun xtutup aurat ada hati nak lelaki mcm tu?. 

tp xboleh kah?.


# Cuti sem aku berbaki 8 hari jea lagi.. cepat giler masa berjalan . aku pun dah semakin berumur. tapi zuriat xda lagi.. hai.. mcm mana ni?..

ketuk kepala! sambung tidur eh! mamai ke apa?

Tuesday, June 19, 2012

Sebab saya tidak sempurna


1,2,3
Yeah! This is me. I am the captain of my life


Aku rasa semakin hari aku semakin memberontak dengan diri sendiri supaya aku keluar dari kancah kehidupan aku sekarang.sampai satu tahap aku inginkan semua benda yang orang lain ada tapi aku tiada. aku teringin nak itu dan ini. semuanya bermain dalam fikiran aku siang dan malam. xkisah la. dalam tidur pun benda tu akan datang jugak . aku teringin nak jadi anak raja yang ada segalanya. boleh melancong pada bila-bila masa tanpa had penggunaan duit. aku nak ada seorang teman lelaki yang sentiasa memahami aku dan sentiasa jaga aku. aku nak ada kawan-kawan yang sama pendapat dengan aku dan aku nak sebuah kehidupan yang sempurna . tapi itu xmungkin berlaku, jarang berlaku sama sekali. sebab xda yang sempurna dalam hidup ini. yang ada hanyalah kesempurnaan mengikut akal manusia. btw, semua orang pernah berfikir macam yang aku fikir. tipulah kalau xda sebab kita ni manusia biasa yang sentiasa cela walaupun kita sudah berada di tahap yang tertinggi. sebab apa? sebab satu jea. kita xsempurna. Jadi aku nasihatkan kat diri aku supaya janganlah ikut sangat kata hati yang berlandaskan nafsu tu.. awak tu muda lagi.. darah manis dalam diri awak tu boleh lingkupkan kehidupan awak di masa depan kalau awak xpandai jaga nafsu dalam diri awak tu dari sekarang. Doa kan kekuatan kita. jadi berdoalah dan berusaha untuk jadi yang lebih baik dalam kehidupan yang ditakdirkan oleh Allah swt ini.



My Journey is not easy... this is what we called life!



If i can be like this forever ...

It easy to make stranger laugh with u but not family .


 # Aku harap sangat yang Allah swt akan berikan aku seseorang yang boleh pimpin aku untuk jadi seorang yang lebih taat kepadaNYA. Insyaallah.

Sunday, June 17, 2012

Sepetang di Jusco Seberang Perai


One.. and two and three,


 Hari ni hari ahad eh?. oh patutla tadi dekat Jusco Prai penuh dengan manusia. parking dekat laman belakang full meh sehinggakan tempat nak masuk parking jadi -No entry- bila cari parking xjumpa mulala nak bebai semacam.. rasa mcm nak letupkan jea semua kereta besar kat situ supaya bagi ruang dekat kereta yang baru nak masuk parking. grrr. nampak sangat org malaysia sekarang suka kereta besar. derr.
-padahal bukan aku yang bawak kereta-



Tengoklah! aku akan dapatkan jugak kereta Proton Preve suatu hari nanti !
~~~


Petang tadi, aku bersama dengan hani, shima, nana dan mak kepada hani telah membusykan diri di Jusco seberang perai, pulau pinang untuk habiskan sisa hidup waktu petang di kala ahad. Saja jalan-jalan, kebetulan mak hani nak hantar nana balik matrik pulau pinang petang tu jadi aku pun menyebukkan diri untuk follow diorang memandangkan hari-hariku sangat kosong dan tiada xtvt di rumah. Sebenarnya aku memang selalu menyebukkan diri dengan keluarga hani. . hani cakap aku ni bff dia jadi xsalah kan? hahaha. kan  hani kan.
-hani pasti tengah baca entri ni-



Selalu kalau cuti sem aku kerap kali keluar dengan kawan aku hani sebab dia masuk kolej nursing sama batch dengan aku tapi kolej lain-lain. aku di kedah , hani di johor dan bila cuti memang sekali lah! tapi kali ni aku turut ditemani oleh shima. classmate aku masa di sekolah menengah dulu. ceritanya adalah aku , hani dan shima satu kelas masa ting 3-ting5 jadi memang kiteorang agak rapat la. dan masa aku dgn hani masuk kolej nursing shima di tingkatan 6 dan macam takdir jea bila shima habis tingkatan 6 dia dapat SPA dalam kursus dip. kejururawatan sama mcm aku dan hani. tapi malangnya dia dapat dekat kelantan kira xsmalah tempat dengan aku dan begitu jugak dengan hani. jadi semua duduk di kolej yang berasingan. tapi yang xdapat membezakan aku dengan mereka adalah masing-masing tengah ambik dip.kejururawatan under spa. huhu. memang aku xsangka yang ketiga-tiga kami ni akan masuk dalam bidang nursing. kekeke. mcm miracle jea. tapi apa pun memang best bila ada kawan sekolah kita yang masuk bidang yang sama dengan kita. rasa mcm hepi jea bila cuti dapat borak-borak dengan diorang pasal nursing! sangat best ! selalu gosip pasal kerenah patients dekat hospital yang hanya jururawat pelatih jea tahu ~~ ;)



~jadi ini adalah cerita  kami di kala cuti sem ~


Jusco Seberang Perai, Bukit Mertajam

Yang bulat tu hani dan kurus keding tu shima.. wakakaka ^^

Aku dan shima dipanggil untuk promot air minuman minute maid !

Rehat jap sambil buat v-pose bersama dengan mama kesayangan hani yang xtahu apa-apa yg gambarnya turut ditangkap sekali. ^^

Hani dan nana ;)

Ok, no kamera please ! tengah kebulur ni.

Hari ni memang terbaik! 





Hari ni berakhir dengan sempurna seperti yang aku nak.. Alhamdullilah.


#Lepas ni nak jalan-jalan dekat pulau pulak eh ;)

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !