"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label Posting komuniti. Show all posts
Showing posts with label Posting komuniti. Show all posts

Saturday, March 16, 2013

Selamat Tinggal Kuala Nerang


Assalamualaikum bhaa..
kamu mahu apa baa?
kamu cantek bhaa.. (nampak sgt menipunya)
belilah satu rantai ini sama aku . aku boleh kasi murah sama kamu..


(petikan dari jual-beli di expo kuala nerang-14/3/2013)


Hye , Alhamdullilah .
Aku telah menghabiskan praktikal aku di hospital kuala nerang selama 3 minggu . dari 16/2/2013-15/3/2013  (1 week semester break) . Ini adalah kali pertama aku posting hospital daerah ;) .  Entri-entri aku sebelum ini telah menjelaskan kisah aku sepanjang di sana so ini adalah entri kesimpulan.. pun boleh?~


Yeah, mcm yang aku cakap, di sana aku banyak belajar , banyak sangat input yang aku dapat . dan skill dan performance aku pun semakin meningkat . Semua staf kesihatan di sana banyak mengajar . even doktor pun beri assignment suruh kiteorang buat . MA kat sini xpayah cakaplah , kalau dekat A&E tu diorang mengajar kiteorang siap guna whiteboard lagi, mcm lecturer mengajar dalam kelas je, padahal tengah berkerja . huhu, well, diorang mengajar bila xda patients jea. kalau ada buatlah kerja masing-masing . staf kat sana memang sangat daebak! xrugi aku dapat posting sini .


Emm, ada seorang staf ni gayanya mcm ustaz . ingatkan dia nak mengajar kiteorang pasal perubatan , sekali dia mengajar keluar topik agama , hehe . kalau aku sama shif dgn dia aku akan pastikan aku bawa satu buku khas untuk catat intipati ceramah agama dia ;) . best ! kelakar pun ada gak bila fikir balik .er, aku ada tanya dia satu soalan .. soalan aku begini , En, xnak sambung ijazah ke? xkan sampai advanced diploma je?. dia reply aku .. ntahla, saya rasa macam dah xsempat jea. kiamat bila-bila jea akan jadi . aku?  ( ... ' terkedu) .
xtahu nak cakap apa , sentap -_-' . aku harap janganlah kiamat lagi , aku nak kerja.. nak kasi duit dekat mak ayah aku dulu boleh? .


Member satu shif di wad perempuan ;) , kerja dengan diorang memang happening
 kak shaq : selalu usik aku dengan mr.polis di lahad datu
pika : suka buat muka cute dia tu , otak dia boleh pakai oo ;)
shira : wikipedia semua jenis ubat , aku selalu nak fight pasal ubat dgn dia ni .
mashitah : suka mengusik aku , sama je dia ni dgn kak shaq . tapi dia ni kelakar gat!
Kecik :aku banyak dapat input psl kecantikkan dari dia
Lily : my domo-kun . kiteorang ada kimia ;)


Gabungan dengan geng wad sebelah . best2!  kiteorang kat sini dah macam 1 family besar . best sangat dgn diorang ;)

Malaysia sangat panas sekarang . begitu juga gambar ini . sanggup aku duduk tengah panas semata2 nak ambik gambar kat sini . benda yg aku pegang tu panas ya amat, sebab tu ah aku pgg gitu -_- ' pun boleh .

Praktikal kat hospital ni terbahagi kepada 3 tempat , 1st aku masuk wad lelaki , 2nd kecemasan dan trauma(A&E) dan 3rd wad perempuan . . group aku plg lama praktikal di (A&E) , iaitu selama 7 hari . sangat best! mcm-mcm kes ada . i have learn a lot ! cuma sayang xdapat kes yang kena pos-mortem ;'( . teringin sangat nak tengok pos-mortem .
pos-mortem : bedah mayat .

my best patnerlah masa bekerja !

Last day outing #

Hari last bekerja adalah hari khamis (14/3/13) , hari tu semua group 4&7 kerja shif pagi . so petang tu after salam-salam untuk kali terakhir dengan semua staf kat ospital kiteorang plan kuar g pekan kuala nerang beramai-ramai . ada expo yang sedang berlansung kat pekan kuala nerang dari 28/2/13-31/3/13 .


lepak di Myfc



My rumate yang terkejut beruk dengan chezzieee yang meleleh habis~ sedap !

sempat buat terapi ion untuk buang toksik dalam badan ;) . xsangka, even aku baru berumur 21, banyak giler toksik dalam  badan aku yang keluar masa buat ni .. terapi ni sangat bagus tau! trylah buat .

masa gembira aku dan mereka ! kenangan siot ;)



well, saja buat best ambik gambar kat sini ;) aku kan orang luar di sini. hahaha. pelancong la kononya .

Ni gambar masa awal-awal posting kat kuala nerang ;) .


Setiap permulaan pasti ada pengakhiran . so ini adalah cerita pengakhiran aku di kuala nerang bersama member JP 2/2010 (group 4&7) . staf nurse , jururawat masyarakat , ma , doktor semua banyak membantu . well , sampai sini je kot entri aku kali ni. yang baik itu datang dari Allah swt dan yang kurang tu datangnya dari aku sendiri .





#aku beli rantai yg org sabah tu jual, rumate aku pun beli sekali ;) , bukan terpedaya dengan ayat manis dia eh cuma aku sememangnya dah lama nak buat rantai berukir nama 'korie'



Thank sbb baca.



I LUV MY FRIENDS A LOT


Thursday, June 21, 2012

Kenangan di Kuala Nerang : Suhana day!


One, two and three,



Kalau nak ikutkan dah lama aku meninggalkan kuala nerang. Kisah di kuala nerang banyak yang belum aku coretkan di sini sebab masa di kuala nerang rumah aku tinggal tu xdapat signal unt broadband jadi aku xdapat nak online.. lagilah nak update blog kan ?.! jadi masa aku kat sana aku hanya fokus dengan kehidupan aku dan jagaan ibu dan anak di klinik  . aku dapat peluk cium dengan ramai baby comel kat sana eh. jgn jeles.hehe


Btw, sebelum ada yang xpaham apa-apa yang aku cuba terangkan ni ,Kuala Nerang adalah tempat aku posting untuk menjalani praktikal di Klinik Kesihatan Kuala Nerang


Banyak cerita  sebenarnya.. tapi kita skip pendahuluan, perkembangan, klimaks cerita eh. kalau cerita semua panjang jadinya ! malas pulak aku nak menaip.. kita terus ke pengakhiran cerita eh..



Ini kisah malam terakhir sebelum aku balik ke kolej. kebetulan hari tu kak pipah (jiran depan rumah aku) buat jamuan sikit untuk sambutan hari jadi anaknya-suhana. aku dan kawan-kawan dijemput sekali. saja.. untuk menyemakkan keadaan. hahaha ;) dan inilah gambar semak aku bersama kawan-kawan pada malam itu !


Suhana. kecik jea aku tengok budak ni! ^^. Hepi bufday yaa.


My friend Ooo!. Untunglah suhana tu mau dekat hang. dekat aku? haramm xnak ! xguna tol budak ni.. pemilih! hehe.

Kak nik ni xda perasaan langsung! benci! hahaha

Time ni aku minum air kopi~ . dah lama xminum air kopi wey!! air kopi is the pahit one tp tetap manis mcm aku ;)

Say.. cheese ^______^

Haaa.. here we are ! aku nak boyfie mcm budak baju hijau tuh ;) can i?
erm. pakai baju pun xtutup aurat ada hati nak lelaki mcm tu?. 

tp xboleh kah?.


# Cuti sem aku berbaki 8 hari jea lagi.. cepat giler masa berjalan . aku pun dah semakin berumur. tapi zuriat xda lagi.. hai.. mcm mana ni?..

ketuk kepala! sambung tidur eh! mamai ke apa?

Thursday, May 24, 2012

Jitra 3# Bowling time !


Assalamualaikum,


Semalam 23.5.12 gaji pekerja masuk so elaun aku pun masuk sekali.. bila elaun semua orang pakat hepi giler. ada yang dah siap rancang list nak beli barang dan aku juga membuat rancanganku sendiri. semalam lepas maghrib aku dan kekawan jitra# keluar ke jitra mall. main boling. saja habiskan sisa masa malam yang free di jitra. nak hilangkan penat bekerja di klinik kesihatan memandangkan semalam aku kena jaga bilik imunisasi (Injection).. lebih 30 orang bayi yang aku cucuk semalam. perh! sejarah dalam hidup aku sebagai  pelajar jp dapat cucuk bayi sebanyak tu. letih meh. xterdaya aku.. tp cucuk jugak.cucuk bayi bukannya senang mcm cucuk orang dewasa. sekali dia mengelupoq masa nak cucuk jenoh nak pegang.btw, semua tu pengalaman yg xmungkin aku dapat selain di klinik jadi memang untunglah ! syukur2!


dah.. jom usha gambar semalam. lihatlah aku dah gemuk.. berat aku dari 55KG dah naik sehingga 60KG sekarang. giler kan? hahaha. rilex sudah. asalkan bmi aku still normal. oh yeah.

Mereka sedang menunggu

dia tembam

ini mata keseluruhan unt satu game..  sikit jea. yealah. setakat baling bola boleh r.. teka yg mana satu nama aku?

tengok lemak dia ^^ haih! jgn cuba tengok tempat lain

Sebelah kiteorang ada budak2 U yg tengah main.. mcm best jea.

Iuuu.. geli doh tp lepas tu aku basuh terus tangan


#Esok dan lusa ada akiviti kolej.. xpasal2 kena balik kolej.. grrr.. huh, sedap lagi duduk dekat asrama jitra.

Sunday, May 20, 2012

Jitra 2# Tasik Jitra dated !


Assalamualaikum,

Dalam kehidupan kalau xmengeluh memang x avengers kan. grrr. aku sekarang tengah praktikal komuniti di jitra. tinggal di asrama berdekatan. yang bangangnya aku tertinggal broadband aku derr kt asrama kolej.. so aku kat jitra sekarang mcm hidup xda kuasa la nyah ! boleh pulak aku tertinggal bb yea yg dah mcm separuh kehidupan aku.. heh.. memang bangang la! yea. memang bangang!


pada 17/5/12 yang lalu eh. aku gerak jalan-jalan g tasik jitra. tasik jitra ni macam tempat rekreasi yang agak femes jugak ah. femes kat area sini jeala. hari tu hari khamis. klinik tutup pukul 3.30 so aku balik awal la.. jadi sebab tu ah ada masa g tasik jitra. pukul 5 kiteorang gerak guna van sewa . meriah doh dalam van. lapan orang gamak kiteorang g bersama ! oh yeah.

layan...


Geng komuniti jitra yo!!

The cost for the boat - the kayuh boat-

her

the swan boat ! 

The sis with the degil

The sistar

Location is..

Location...

The bosan one !

The capture!

The dessert

The smiley



# Sekarang aku online guna bb mardy! thank mardy ! luv u



ok updated!



Tuesday, May 15, 2012

Jitra 1# The Beginning


Assalamualaikum,


Teori,  dan semua segala datuk moyang exam dah habis.. totally! now, aku hanya habiskan sisa baki sem dengan posting praktikal di klinik kesihatan. semalam selepas habis jea final osce aku terus berangkat dari kolej ke asrama di kk dengan bawaan bas kolej. sampai asrama dlm pukul 5pm. dan hari ni aku dah start masuk kk. yeah! 


Keadaan bilik di asrama kolej sebelum berangkat ke asrama kk

bercerita dalam bas bersama mereka

Aku dan dia di malam hari bersama di ATM. pakaian belasah jea. mls nak peduli

~malam~

~Lapar~


Asrama aku kat kk sini dekat sangat dgn bandar . yeah ! aku dah bebas sekarang.


Sunday, April 15, 2012

Hari terakhir di klinik kesihatan (KKKN)

Assalamualaikum,


Hari ni tetiba ada satu niat nak update blog setelah lama berhantu di dunia blogger.
ayat yg sesuai unt beri alasan kenapa jarang update blog adalah :
saya xfemes so buat apa update selalu! xda siapa pun nak like dlm fb.. nak share link blog dlm fb? haram xdaa..
ok fine! ketuk kapala# tepuk dada. cakap dlm hati : xguna glamor setakat dlm jd admin blog. lainlah kalau kau jumpa vaksin unt penyakit hiv ! perh! itu baru mark zulkerberg pandang doh! . #ayat xpuas hati# guwau je .


Dekat pasar hari /tani k.nerang . sabtu.

Ok, dimulakan cerita hari ni dengan bismillah. tadi aku baru jea habis trial osce ! alah exam unt praktikal tu. exam yg paling hot dan spicy serata dunia. kalah ayam kfc.. kalah lagi ayam merrybrown kt giant, alor star tuh. exam yang boleh buat kau kentuk xkeluar, kencing xlawas, berak x masuk lubang (ewww) opps! dilarang ckp kotor di sini. ok. fine!. sebelum kau xlepas exam tu memang hidup kau xtenang ah.. kaki pun mcm xpijak di bumi yg nyata. dan kau rasa mcm nak pijak-pijak jea kasut putih kawan2 kau yg lain. biar jadi hitam.. biaq jadi kelam hati..biaq dowang xdapat fokus masa buat osce.. grrr.. huhu.. memang itu bukan aku.. aku kan baik !. and the final result is.. aku lebih sanggup jawab soalan addmath dari osce !. derr


Koya.. dua org ni..


Berbalik kepada tajuk entri ni.. mengenai posting di klinik kesihatan. hari terakhir aku di sana pada 12/4/2012@khamis (Nak masuk 1 bulan jugak ah aku posting dkt sini). hari tu xkerja.. datang ke klinik just nak minta tandatangan staf nurse unt buku kes tu jea.. so nak cerita sikitlah. perasaan masa nak tinggalkan kuala nerang tu memang sedih giler tapi tiada air mata yang berguguran.. huhu.. u know me.. mestilah tunjuk yg kita ni pro kan.. xkan nak nangis2x mcm perempuan? grrr. padahal mmg perempuan pun . just oklah. xdalah mcm sinetron drama indonesia yg over reacting tuh!. cakap dkt negara orang pandai.. negara sendiri pun samalah !# ok pine! tukar warganegara sekarang !. grrr.. xsedar diri!. so overall sepanjang duduk dekat kk kuala nerang memang banyak ah pengalaman baru yang aku dapat dan banyak jugak kawan baru yg aku dapat.. eh banyak eh?# lebih dua orang bkn byk namanya?. hehe. 


sehari di kfc


Sehari sebelum aku balik kolej (rabu) ada gempa bumi berlaku dekat acheh,indonesia. dan gegaran tu rasa sehingga ke kolej aku iaitu bersebelahan dgn hospital sultanah bahiyah,alor setar.. budak2x sem aku yg stay kat kolej semua kena turun bawah termasuk budak2x sem lain ah. unt langkah berjaga-jaga.. grrr.. aku masa tu ada kt kuala nerang dok sedap jea merendek beli goreng pisang kat pekan guna moto jiran depan rumah dan bila sampai rumah jea.. kekawan aku bagitau yg kolej aku bergegar.. grr.. terkejut la jugak dan takut jugak r. sebab kt malaysia kan jarang berlaku eksiden mcm ni.. so bila dah jadi semua org akan takut giler padahal gegaran yg terasa tu sikit jea kalau nak dibandingkan  gempa bumi di negara asal indonesia. Erm, bila dpt tahu kolej dilanda gegaran,la la tu jugak rasa xnak balik kolej! rasa mcm xselamat jea.. huhu.. padahal berat hati nak balik kolej sebab lain.. yeah! seriusly!. tapi siapa sangka.. aku baru jea rasa mcm xnak balik kolej tetiba malam tu dalam pukul 10.30pm lepas habis birthday party (suhana) pupp lampu rumah aku terpadam (elektrik terputus).. grrr.. gila ah.. menjerit ah kiteorang mula2x tu sbb terkejut punya pasal. nasib baik ada kwn aku sorang ni spare lilin sebatang dari kolej.. so gunalah lilin sebatang tu sebagai pembekal cahaya di kala lewat malam.. suasana mmg xpayah ckp ah.. romantik habiss.. kalah candle light dinner kat bali nuh.. semua tergolek atas katil sebab giveup tunggu elektrik ada balik.. 




Ada kisah kelakar yg jadi semasa karen xda.. ok, masa pukul 1am, aku dan kekawan aku yg lain on da way nak tidur.. tetiba kan.. ada orang ketuk pintu belakang rumah.. perhh! kuat gila.. mcm nak pecah masuk rumah.. aku yg lain ni terkejut ah.. semua pakat takut doh.. sbb ketukan tu banyak kali. ada ah dlm 10 kali mcm tu.. bayangkan.. dah la bergelap.. tetiba ada pulak bunyi mcm org nak pecah rumah.. semua yg dlm rumah tu semuanya perempuan berlaka.. comfermlah takut doh! bila dah jadi mcm tu aku terus mesej jiran sebelah aku.. grrr.. mesej aku berbunyi.. dengar x ada org ketuk pintu  belakang rumah  banyak kali ?.. menyeramkan jea ' dlm 15 minit tu dia reply . dengar, saya yang buat bunyi tu.. saja seronok-seronok.. korang x tidur lagi ke? cettt apa ke bahlulnya.. adoihai.. yg aku dah gila suspen ingat perogol /perompak mana nak pecah rumah time karen xda mcm ni, boleh pulak ko buat lawak antarabangsa time-time mcm ni kan ! haih.. memang psy betul!. sabar jea bila dapat reply mesej dari dia tu.. bangang betul. (kalau situasi yg sebenar aku tidak spttnya mesej! aku sepatutnya call terus. kan?) bahaya doh!

clinicmates!



so, ceritanya.. sampai ke pagi khamis tu kiteorang tidur bertemankan lilin sebatang..dan bangun pagi tu. aku buka-buka jea mata keadaan masih gelap sebab karen masih tiada.. dan jiran kiteorang bagitahu yang pokok depan klinik tumbang masa hujan lebat malam semalam.. pokok tu tumbang atas kabel elektrik jadi that y lah karen terputus malam semalam. dan pada pagi tu.. pekerja-pekerja jkr uruskan hal tu.. dan sehingga tengahari elekrik masih tiada.. bayangkan.. kiteorang punya kalut kemas bag unt balik kolej pagi tuh sebabnya bas kolej akan ambik kiteorang dalam pukul 12pm. plan sebenarnya nak kemas malam tadi tapi xjadi sebab elektrik xda.. nak kemas bendanya.. hitam jea pemandangan.. grrr.. jadi terpaksa pospone pagi ni haaa..  baru jea rancang nak masak ni.. nak masak tu pagi tu.. semuanya xjadi bila eletrik xda.. adoi.. kesian doh !.  apalah malangnya nasib aku hari tu.


Purse yg aku beli dkt sana! suka sgt .vintaged!

Dalam pukul  2pm barulah bas sampai kuala nerang.. kekawan aku dari kk lain semua dah ada dalam bas.. dioranglah yang tolong angkut segala bag-bag dan timba kiteorang.. fuh, memang bersyukur sebab aku xmampu angkat bag aku yang seberat anak gajah tuh!. grrr.  masa bas bergerak tinggalkan kuala nerang tetiba rasa sayu jea..hati berkata  bila la aku nak datang sini lagi? 
The end. 



Gambar geng jp kk kuala nerang  jp 2/2010


Friday, April 6, 2012

Love rain in community part 1


Assalamualaikum

wah, lamanya jejari ni x menaip di keyboard lappy. bila menaip balik barulah tersedar yang diri ini adalah seorang blogger. kekeke. blog aku ni pon dah mcm berhantu jea ;p. 



Dalam masa seminggu ni aku busy dengan aktiviti di klinik kesihatan dan lusa tulat dan seterusnya pun akan busy balik.. hari ni dan esok jea aku free.. so dapatlah aku update blog ni. ok, nak update pasal xtvt aku di klinik kesihatan.



Sepanjang aku posting komuniti di klinik aku dapat banyak sangat pengalaman.. as a student nurse la! rasanya xsempurna pembelajaran seorang student nurse kalau x posting komuniti di klinik.. yeah! di sana aku belajar cara nak check ibu mengandung/antenatal yang datang untuk buat pemeriksaan setiap minggu/ bulan. begitu jugak dengan kes postnatal, childhealth, family planning, pap smear . selama ni aku belajar teori jea pasal bendalah ni dan akhirnya dapat jugak aku apply dalam kehidupan sebenar dengan menghadapi pesakit by face to face. Ok, kat sini aku diberi tugas untuk handle kes bagi setiap komponen kat atas tu  jadi jangan haraplah nak berehat jea kat klinik tu, even ko tu masih student yang masih belajar ko tetap kena handle kes pesakit mcm ko tu seorang nurse yg dah graduate . hurm, mulanya aku kekok nak handle kes terutamanya bagi kes antenal dan family planning sebab xberapa yakin nak check perut ibu mengandung . susah nak tahu kedudukan sebenar baby dalam perut dan nasib baik staf nurse sentiasa ada untuk bantu aku.. -__- yg td tu unt kes antenal dan untuk kes family planning pulak aku kena banyak beri pendidikan kesihatan mengenai jenis perancang yg pesakit itu ambik.. cth - kalau jenis kondom. aku kena bagitahu kat pesakit tu dari A-Z mengenai cara penggunaan dan termasuklah ajar cara nak pakai benda tu. grrr.. ok, secara x profesional aku cakap aku malu doh! tapi secara profesional aku anggap itu sebagai satu knowledge seks yg semua org patut tahu. so take it easy. aku dah jadi sebahagian org kesihatan jadi dah jadi kerja aku untuk sebarkan maklumat ni. hurm. aku hanya perlukan masa dan lebih banyak praktikal untuk biasakan diri dengan benda ni.. itu jea. 



dan semalam aku dapat ikut unit kesihatan sekolah pergi ke sekolah rendah untuk buat pemeriksaan kesihatan pelajar sekolah. hehe. ini adalah kali pertama aku g sekolah atas nama student nurse doh! haha.. mcm kelakar pulak bila tengok budak-budak tu takut bila nurse nak check diorang. terbayang waktu aku di sekolah dulu.. takut bila nampak van kesihatan datang sekolah. riuh satu sekolah.. semua pakat takut kena cucuk.. haha.. memang kelakar bila ingat balik ! dan xsangka pulak sekarang ni aku yang akan check budak sekolah. hik3. best! dapat tengok muka budak sekolah yg mengeletar bila aku panggil nama diorang untuk lakukan pemeriksaan kesihatan. hehe. jahat kan aku? grrr..  gurau jea. xdalah aku gelak sungguh. aku gelak kat rumah la.. ;) comel la adik2 tu ;).












memories!


#Keychain henset queen (scene of women) aku jatuh tengah jalan masa otw lari balik kolej naik motor ! sedih giler! 3/4/2012


#g alor setar mall dengan dr. 4/4/2012


#tengah aktif follow kdrama love rain dan king two heart






ok.. to be continue!




Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !