Assalamualaikum ,
Juz straight to the point, aku malas nak bermadah bicara. sekarang kepala hotak dah xda masa nak fikir perkara-perkara yang remeh temeh. banyak perkara yang aku kena buat sekarang ni. okay, kat sini aku juz nak beritahu yang aku baru je habis ujian OSCE (penilaian praktikal) bagi pelatih jururawat. Ini adalah final test untuk sem 5 . So setiap kali osce mesti akan berdebar gila padahal osce hanyalah proses ujian yang bersahaja tapi! itulah. dengar orang cakap memang simply senang tapi kalau hadapinya sendiri memang korang akan rasa bertapa berdebarnya osce dan telus aku cakap aku benci ujian OSCE sebab osce sangat mendebarkan !!.
aku rasa mcm nak cucuk2x jea jantung aku bila dengar loceng permulaan berbunyi padahal kita dah tahu prosedur tu nak buat mcm mana cuba berdebar sebab masa hanya diberi 5 minit dan ada pengajar yang memerhati pengerakkan kita dan memberi markah berdasarkan step prosedur yang kita lakukan . so 5 minit nampak mcm lama tapi dalam osce rasa macam sesaat jea. seriusly! sebab ini adalah ujian secara individual so ini adalah antara kau dan pemeriksa sahaja so korang akan rasa nervous giler. tipulah kalau xmengigil sikit ! aku rasa gigil aku lagi dari gigil lelaki yang nak akad nikah ;), ermm bolehla.
Kembar Matlutfhi90 di Amsterdam ! |
Tadi, stesyen yang masuk untuk final ocse sem 5 (jp 2/2010) adalah female catheterization , prone, injection insulin, pemeriksaan payu dara, eye swabbing& drop . so secara konklusi ada 2 stesyen strile dan 3 bersih. (2 medication). pembantu osce untuk kali ni adalah sem 4 so junior akulah, btw, thank sebab tolong bantu prepare barang bagai dan jadi pembantu. ;). itu memang biasa dalam osce ;/ tapi ingat dalam osce memang xda siapa yang akan tolong kita kecuali beberapa prosedur yang memerlukan pembantu tapi function pembantu hanyalah setakat tolong kita untuk angkat pesakit . itu jea. sebab kalau nak angkat sorang mmg xlepas, berat seh.komunikasi dengan pembantu osce adalah dilarang sama sekali kecuali yang berkait !. grrr.
Secra konklusinya, aku xpuas hati dengan final osce sem 5 aku sebab aku xsempat buat injection. sempat prepare pastu baru nak selak tangan pesakit loceng dah bunyi ! ohmaigod, bertapa pilunya hatiku sebab xsempat cucuk tadi. grrr. tapi itulah benda dah jadi buat apa nak fikir lagi? so redha jea. sebab osce xmembunuh pun kalau ko xsempat buat prosedur sampai habis. juz tunggu result keluar je nanti.
dan harap sangat semua jp2/2010 kolej aku lulus final osce dan sumatif, dan lepastu boleh la mohon dekat pengarah kolej untuk taja keteorang g melancong unt kali kedua ;D. Kali ni nak pergi cameron highland pulak! 4-6/11 ni aku final exam (sumatif). paper medical, surgical dan mental health . doakan aku dapat buat yang terbaik ;D.
Dan lepas habis final, depavali! bermulalah kisah percutiaan aku ke LANGKAWI dan KL ! story nanti eh ;) wait yaa