"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Tuesday, October 2, 2012

Sixsense

Assalamualaikum ,

Malam ni tetiba rasa mcm nak taip something..



Tadi kerja pm shif dekat psy ward (mental) . ada lagi 2 hari nak kerja kat wad ni. tadi ada video show dekat klinik  psy (sebelah wad psy) dari seseorang . talk dia pasal pychotic disorder . so tadi agak ramai la yang join this video show . aku tertarik dengan sumething yang dia cakap semasa talk tadi. dia cakap yang orang yang mempercayai/ada saka adalah  orang yang menpunyai sakit mental . sumething like nonsense to me . mcm mana eh aku nak cakap? korang percaya saka tu ada?? aku rasa saka dan melayu adalah satu perkara yang x menghairankan bagi kita sebab itu adalah satu warisan/kepercayaan nenek moyang kita dulu . aku xtahu lah nak cakap percaya ke x tapi benda tu memang ada . tapi bila ada orang cakap yang kalau kita percaya saka itu ada ,kita ni adalah sakit mental. so aku sakit mental lah? grr, i dont get that's.


Samalah jugak, kalau pesakit mental cakap dia nampak hantu kat belakang kita ,kita akan anggap dia gila padahal sebenarnya dia memang nampak. bila pesakit mental cakap yang dia mendengar suara2 bisikan yang pelik-pelik sehinggakan dia xdapat tidur kita akan diagnos dia sebagai halusinasi pendengaran tapi yang sebenarnya memang dia dengar . korang faham x apa yang aku cakap ni?.. kadang-kadang aku rasa pesakit  mental ni merupakan mereka yang diberi sixsense oleh tuhan dimana mereka boleh nampak, dengar perkara dimana manusia normal xkan nampak dan dengar. mereka mungkin diberi sixsense tapi mereka xdapat kawal psyhotic dalam diri mereka sehingga dapat mencederakan orang lain dan diri sendiri so rugilah. so bila jadi mcm ni mereka terpaksa dimasukkan ke wad psy or just take psychotic medication tanpa tinggal sehari pun sehinggalah baik ataupun kena ambik seumur hidup .



Lagi aku selami tentang psy lagi banyak yang aku xfaham. lagi pening. so aku dah malas nak fikir. sakit kepala.weh. tadi dekat wad ada pesakit psy baru masuk. agressive yoo! dia didiagnos sebagai bipolar disorder . Bipolar disorder adalah sejenis penyakit kombinasi mania + depression . masa kiteorang nak ambik vital sign dia marah kiteorang, semua maki hamun keluar dari mulut dia. perhh!, takut kot. kawan aku kena pijak kaki dengan dia. dia ambik botol air kawan aku dan minum air dalam tu sampai habis lepas tu hempuk botol dekat atas lantai . dah tu mengamuk nak keluar dari wad , grr.. 1st time aku dapat pesakit yang agressive macam ni . memang agak menakutkan. so lepas tu dr. ikat tangan dan kaki dia dan kasi dia suntikan anti-pyschotic ,  kesan ubat tu buat dia  tidur.




Ada seorang pesakit ni , dia ni okay, suka sangat bercerita, menyanyi bagai . tapi bila dia bercerita kebanyakkannya merepek belaka. sampaikan aku jadi pening mendengarnya. sungguh. sangat pening. maybe aku xdapat adapt lagi dengan pesakit psy. aku banyak lari g tempat lain daripada mendengar dia bercerita. member2 aku yang lain suka sangat layan dia bercerita.so biarlah. aku xboleh. sakit kepala . grr. maybe aku memang xsesuai dalam bidang psy -__-



Nite !.




6 comments:

  1. tapi akak percaya

    hasutan mende2 tu mampu membuatkan mereka digelar gila

    akak penah nampak sendiri n dekat dngn akk pon org tu hurmm siann

    ReplyDelete
  2. mgkin ada ceirtanya itu yang ada makna.... atau secara tersirat... hmmmmm

    ReplyDelete
  3. ada contoh. meh emel. tp leeza punya yg major bahasa melayu, bidang perguruan tau...
    ni emel leeza
    leeza9931@yahoo.com
    emel jer apa2 supaya leeza boleh reply jew...

    ReplyDelete
  4. Ada cerita disebalik segalanya....

    ReplyDelete
  5. ade sesetengah ilmuwan dan ahli sains yg cube mengaburi mata kita, cube meyakinkan kite yg bende2 ghaib tak wujud, . . . padahal memang wujud, mereka gunakan sains sbg alasan untuk menafikan kewujudan bende ghaib, . . . . nak baca kisah misteri ?

    ReplyDelete
  6. sensei, help me..... i'm getting jealous and jealous.... i want followers... sedekahla sikit....

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !