Tahun yg bukan calang calang tahun , pelbagai tangisan,tawa,kejutan yang semuanya memberi impak yg sangat mendalam kpd aku. selama aku hidup 22 tahun aku tak pernah lagi dicuba seperti tahun 2014 . Kisah yg berlaku ini kisah yg akan menjadi sebati dalam memori aku selamanya. Ianya pahit tapi aku terpaksa telan dengan penuh redha .Insyaallah pasti ada hikmah.
1) Aku diuji dengan pekerjaan aku . kehadiran pxxxx yg bernama . Axxxx xxxx yg mampu menjatuhkan diri aku . Aku xnak ulas lanjut . Ini isu sensitif . Allah swt je yg tahu apa yg aku rasa ketika kejadian . Aku mengaku aku down terus nak kerja . I have no hope . sampaikan aku mintak cuti panjang unt rest . Ianya fizik , bila tekanan tinggi, kita perlu mencari ruang .Sampai mati , aku xkan lupa cite ni . dlm sejarah, isu yg buat aku menangis sampai xda air mata . aku nangis like crazily sbb ianya terlampau perit .
2) 6 bulan tempah kereta dan akhirnya terpaksa cancel . penantian yg sgt sia-sia dan menyeksakan. Hati aku rabak sgt.
3) Aku beli Motor Yamaha Lc Ego kuning , baru pakai 2 minggu aku dpt eksiden . moto depan hancur . right radius fracture with displacement (tgn patah) . tgn kena operate . dan aku dpt MC hampir 2 bulan ( 24/11/14-12/1/15)
4) Aku beli telifon Oneplus One dekat lowyat , baru dua bulan guna. disebabkan kecuaian aku,nset ni jatuh dan skrin retak seribu & rosak . kos baiki RM500 . Sakit hati tengok fon baru rosak . habis melayang duit :'( :'( (kejadian di langkawi)
5) Aku dapat kamera idaman aku yg dah lama sgt aku idam .Nikon DSLR D7100 .
6) Aku kena admit hospital sebab dijangkiti demam denggi. waktu tu bulan ramadan , tggl di wad 5 hari dan keluar wad pada hari sehari sebelum raya puasa .
7) Xdapat pergi tengok live perlawanan bola sepak AFF final di stadium bukt jalil padahal aku sanggup xblik kg walaupun tgh MC sbb nk g tgok bola ni tapi last minit mak call suruh aku balik sebab kena pergi langkawi .
Dan sebagai anak malaysia aku turut bersedih dengan kejadian yg menimpa penumpang MH370,MH17, QZ8501 dan mangsa banjir2014.
Isu ini sangat besar dan serius . apalah sgt kesedihan yg aku alami kalau nak dibandingkan dengan kesedihan yg dialami oleh keluarga mangsa . Aku doakan mereka diberi ketabahan yg maksima .
Isu ini sangat besar dan serius . apalah sgt kesedihan yg aku alami kalau nak dibandingkan dengan kesedihan yg dialami oleh keluarga mangsa . Aku doakan mereka diberi ketabahan yg maksima .
Sebagai rakyat malaysia , aku ingin berterima kasih teramat amat kpd. Perdana Menteri kita ( Datuk Seri Najib Razak ) kerana dia ketuai kita semua sbg. rakyat malaysia dalam setiap musibah yg kita hadapi tahun ini . Dia berjiwa rakyat dan dia sangat hebat . kalau tidak manakan ada sesuatu musibah sehebat ini berlaku pada perkhidmatan dia sebagai perdana menteri Malaysia. Allah swt dah pilih pada org yg mampu . Bagi yg masih x berpuas hati dengan PM biarlah, kau berhak. sebab hati kau , kau yg punya. aku dah cukup bersyukur .
2014
walaupau pahit
aku akan sentiasa merindui kau selamanya .
kau buat aku lagi kuat dari semalam
terimakasih atas segalanya.
Welcome 2015 .
Aku harap aku lebih tabah dan bersedia .
kau mampu uji aku
sebab aku hak kau .
kau mampu uji aku
sebab aku hak kau .
Semoga tabah. Jadikan kekuatan untuk menempuh 2015. :)
ReplyDelete