"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label emergency nursing. Show all posts
Showing posts with label emergency nursing. Show all posts

Monday, June 15, 2015

Marah

Bila orang marah aku ,
aku xkn balas kalau itu salah aku
tapi yg paling aku marah bila dia marah aku depan semua org
jatuhkan air muka aku dpn orang lain
bagus kan mcm tu..
kau mmg plg bagus pun
dah mmg kali pertama aku terima pt ,
aku mmg xthu apa -apa
salah aku sebab xtya orang lain bila xthu?
like hell la weh
aku dah banyak kali mintx tolong tp xda spa yg nak menolong aku chart
semua pun busy dekat pt masing masing
kau nak aku buat apa lagi? , pergi melutut suruh kawan kau tolong aku?
aku mmg xtahan tinggal sini
aku mmg nak blah dari manusia yg xpernah hargai aku
tempat aku bukan di sini
aku nak senangkan kau
dan kurangkan dosa kau bila mengata di belakang aku .

Alhamdullilah ,
kau sanjung aku punya kelemahan .

harap org lain xbuat mcm tu kat kau .


#ICU .

Saturday, June 6, 2015

tgn plisss

sejak aku kerja dekat ICU
tgn ex fracture ni makin sakit .
maybe sebab asyik positioning pt yg semuanya xsedar
Allah .
aku masih perlukan tgn ini unt tempoh yg masih panjang .
kau tunjukkanlah hidayah mu .
kau permudahkanlah unt aku memilih  .
berikanlah aku yg terbaik
sesungguhnya aku sedang berusaha .
tp aku masih xnampak mana satu pilihan.

Friday, July 4, 2014

Pertama kali berkerja di bulan Ramadan

Kalau dulu setiap kali ramadan aku selalu update lauk berbuka dan setiap kali aku pergi bazar ramadan mesti aku akan buat entri dan pos dalam blog. sekarang nk buat mcm tu da xsempat. rindu zaman dulu yaww!

Untuk satu ramadan aku keje shif ptg . so berbuka di ED laa.. xda prepare lauk unt berbuka pon. redha jea kalau ada makanan nk berbuka nt..org ckp pandai pandailah nak hidup kan.

Alhamdullilah satu ramadan jatuh hari weekend, ahd kalau xsilap. so klo weekend dkt kecemasan mcm kurang sikit pesakit so bole blah lagi laa . senior aku yg bukan beragama islam cover unt aku masa aku berbuka. masa tu aku incharge obs ward. kalau incharged dkt red zone atau yellow zone xboleh la nk tinggal. berbuka je kat situ.

Perasaan masa berbuka di ED ni buat aku rasa betul betul berdikari . klu dulu kt rumah mak masak. kat kolej asrama dah hidangkan lauk berbuka. bila da start keja ni aku sendiri kena jaga makanan aku. mmg terbaik ah. aku dah matang rupanya. xsangka.

Kalau ini puasa pertama berkerja, raya pun yg pertama jugaklah.. unt raya yg pertama ni dengan sedihnya aku ckp aku xdpt cuti raya. raya kesepuluh baru dapat cuti. terbaik an . buat masa ni aku boleh be staedy lg bila fikir xdpt cuti. bila time raya nt mesti sedih gile. aku xpernah lg xraya puasa dengan family doh.. baju raya pun aku xbeli sebab xda semangat nak raya sebab xboleh balik.

Beraya la aku dengan pesakit dekat kecemasan. mesti time tu ramai pesakit yg masuk dtg dgn complain sakit perut sbb mkn byk sgt sbb lahap semua makanan masa beraya.. grrrrr.. huhh. tahu dah.

Untuk puasa kali ni.. 3 hari berturut ni aku masak unt sahur. so far ok lah. bole improve my cooking skill! aku masak byk2 n bawak g tempat keja. bersahur dengan paramedik lain. best3!

Monday, March 3, 2014

# kecemasan dan resus

 Hi..
Aku baru je balik dari kerja malam yg pertama . xpernh lagi aku update blog pada pagi hari selepas kerja malam. ahak. semua ni sebab semangat nak share jugak dalam blog sebab aku takut aku xkan rasa perasaan yg sama seperti semalam tadi.. kan.. manalah tahu .

semalam aku runner di yellow zone . hati rasa senang bila xramai patient yg masuk yellow semalam. beberapa jea. begitu jugak di obs ward. berapa orang je patient . tapi dekat red zone semalam memang jona. patient xhenti-henti masuk . kes paling ohsem semalam di resus adalah lelaki hampir mati dikelar di leher dengan parang . luka di leher mencecah 12-15 cm. cuba try ukur? wooow!

Memang senior aku yg jaga redzone busy giler . dah la kat redzone banyak sangat prosedur nak buat so semalam ceritanya aku pergi tolong resus . begitu jugak staf yg free semua pakat g tolong kat resus. memang cool aku r aku nak cakap. semua pakat nak tolong so memang semua staf ed semalam berkerjasma kat resus semalam .. best je rasa . haha. kenapa aku cakap mcm ni? sebab aku xpernha rasa seperti ni sebelum ni. . walaupun penat tapi bila buat kerja berpasukan kita xkan jadi penat. rasa enjoy je kerja.. siyesly aku harap ED akan terus begini.. semangat berpasukan yang xboleh kita jual beli . memang terbaik r.Thumb up untuk semua senior aku terutamanya my mentor - cikros@ .

semalam memang best! semalam aku first tim G hantar patient g emergency OT.

Monday, January 13, 2014

Diari cemas # 2

Salam ,
hari ni aku kerja sampai xmangadap dunia langsung .. buat double shif pagi dan petang / erk . xtahu la nak cakap mcm mana penat ni, tapi yang pasti memang penat sgt . masa shif pagi, patient aku dari kalangan baby.. mai masuk ptg bertambah rancak obs ward.  sekali hantar 2 3 orang , memang rasa mcm nak tumbuk diri sendiri jer , haha. sekarang ni kan.. apa yang aku rasa bila aku kena handle banyak patient dalam satu masa yg sama aku rasa mcm fun sangat, senyum xlepas. rasa mcm nak ketawa jer .. maybe sebab terlampau stress sampai jadi gila sorang? haha. bahaya ouh . tapi itulah, kalau aku xlayan perasaan ni, memang jem r kepala otak. excelly kan, kadang2x bila stress time kerja ni kita mesti akan terfikir nak resign dan maki tindakan zaman dahulu kenapa  kita pilih bidang ni.. kan? haha. biasalah manusia, xkan ada yg sempurna .

Tadi timbul isu masalah dengan lab , adoii.. penat aku nak buat report bagai, disebabkan report ni, aku balik 12 mlm tadi , mcm hampeh . tapi demi pikiar sebab kerja makan gaji so kenalah kerja betul-betul kan .

Sekarang ni musim denggi , patient aku yg masuk kena tahan dekat obs ward kebnyakkan denggi jer . lepas tu kena hydrate , ramai xramai xterkata laa.. kadang-kadang aku mcm nak bunoh nyamok sekor-sekor , grr. disebabkan merekalah aku banyk kerja.. haha. tp busy mana pon dah jadi best da sekrang..

Saturday, January 11, 2014

Diari Cemas #1

Aku rasa aku dah kena start tulis diari balik sempena tahun baru ni ..
mungkin lps keja aku boleh spent time beberapa minit unt update bendaalah ni .. for what? ntah. mungkin nanti-nanti aku rasa entri ni sangat bernilai bila aku tua nanti ..

Hari ni kerja pagi , pagi tadi aku hadiri cne pasal '5S' sebijik mcm lecturer aku ceramah masa kat kolej dulu cuma kali ni lebih spesifik mengenai kerja . so lepas ni tempat kerja memang kena ada 5S yang aku sendiri pun x laksana . HAHA. so bila nak laksana? korang tolong jawablah untuk aku .

Tadi aku kena incharged kes OSCC molested , yeah , fresh jugaklah tapi biasalah , molested adalah kes yang biasa-biasa je , Xsehebat rape kes fresh 72jam . aku xpenah lagi kena kes fresh rape '. teringin sangat nak belajar buat fresh kes , mungkin lps dah pandai buat kes fresh aku da layak jadi agen CSI :) . ahak .

Tadi dekat ED ada jamuan , Nasi beriyani , ada doktor yg nak tranfer ke hospital lain . beria aku xnak beli lunch sebab nak makan jamuan tu, sekali punyala aku sibuk buat kerja kat obs ward ,sampai xsempat nak makan , dan xsempat nak suruh sapa-sapa simpankan , so d akhir cerita masa aku nak g makan , makanan da habis :'( , giler sentap perut tengok orang lain dpt makan , diri sendiri dpt bau jer . erk . mungkin xda rezeki . so biar jealah . balik kerja terus singgah kena mamak beli nasi berlauk , aku ambik lauk dagaing  goreng halia , boleh kata banyak jugak r aku ambik sebab aku ni kaki daging , sekali bila rasa daging tuh , masin yaa ampunn !. gulpp! terus hilang selera nak makan . grrr .



apalah nasib aku hari ni ..

sabar je layan hidup ini ..


bye .

esok aku kerja pagi lagi .



Tuesday, March 26, 2013

Guna bomoh ketika exam


Sua suweeii ,


Sila nyatakan jenis shock yg dialami oleh Miss Korie? (2 markah)
jawapan :

korie tersangat shock dengan exam formatif (Profesional Practice) , soalan thyrotoxicosis kuar . soalan osteomyelitis kuar .. lupa nak baca topik tu ~ oh men -_-' nak mintak tolong bomoh bisikan jawapan pun xdapat , kuasa yang menjaga dewan exam sangat kuat walaupun sedikit lucah -_-' .


Hanya boleh yakin dengan jawapan yang diberikan untuk soalan Bronchial Asthma dan Congestive Cardiac Failure itupun jenuh korie mengasah pisau untuk mengeluarkan otak beku ni untuk tulis jawapan dengan masa yang diberi cukup-cukup sahaja .



Well , aku baru je habis jawab exam semi-final tadi . semalam dan hari ni . ada 3 paper .
1) Emergency in Nursing
2) Profesional development
3) Profesional Practices


Tadi last paper Profesional practice . memang killer paper subjek ni. combination antara medical dan surgical . jenuh aku mengarang jawapan esei selama 2 jam . Kesejukkan aircond dalam dewan peperiksaan sangat x memberi perangsang unt aku jawab exam. terpaksa tahan sejuk -_- ' .nak kencing pun takut sebab takut xsempat jawab soalan . grr, xpasal2 nanti aku dpt urine retension.


btw, overall aku juz nak cakap oklaa. aku menjawab semua soalan sampai nak terkeluar otak , nasib xda pintu je kat skull ni kalau x dah lama otak aku keluar semata-mata nak jawab soalan ni semua .kan# sebenarnya sebelum exam ni aku xsempat pun nak  studi semua buku nota dari sem2 -sem6 tu, aku hanya studi question&answer bagi setiap topik. so oklah , xdalah kelam kabut sangat nak buka semua nota yang bersepah lagi xterurus tu . teruk# . jangan tiru mcm saya k .


Sebelum nak masuk dewan peperiksaan tu aku kena jalani pemeriksaan imegresen dulu oleh pegawai peperiksaan , takut nanti ada yang bawak dadah secara haram  ,cd lucah bieber dgn selena gomez untuk diseludup dalam asrama berserta  bukti pengenalan diri bersama no matrix . emm ,  xkurang jugak yang membawa bomoh siam untuk dimasuk bersama untuk membantu menjawab soalan ketika exam.  tapi yang pasti semua ini xjadi dekat kolej aku ;) . haha. tp prosedur imegresen tu ada , berserta dengan ic dan no matrix. nak exam , identiti diri mestilah kena ada kan#




Ini adalah hasil question-answer +buku soalan bagi semua topik bagi sem2-sem6 . Itu xtermasuk lagi dengan nota dalam kuliah + buku rujukan medical surgical yang tebal mrngalahkan perut orang obesiti . kalau sertakan semua bahan rujukan untuk studi nascaya aku  rela kahwin lari dekat siam sebab stress .




Perangsang studi aku~ my mom pic , my schoolmate ,my college-mates n bendera malaysia ;) , konon bajet belajar dekat oversea~ puiihhhh!




Board yang penuh dgn kata-kata semangat untuk hadapi exam ! domokun always be with me k  tapi sebenarnya bukan penuh dgn kata2 semangat pun , realitinya korang kena tengok sendirilah dekat bilik aku. hahaha.




My 1st paper ! subjek yang paling aku gemari sepanjang sem !aku suka giler subjek ni tapi suka2 pun mengetar jugak nak jawab paper ni. haha. well biasalah .



Lepas habis jea paper terakhir aku rasa mcm nak menjerit je , tapi over sangat japg . so xjadilah nak jerit , jerit dalam blog jealah eh . huhu . aku rasa 2-3 hari ni otak aku penuh sangat dengan ilmu so nak ringankan sikit dengan  mengupdate blog ni . nak ringankan dengan kentut xsopan jadinya so aku buatlah apa yang patut .




Yang pasti aku dah menjawab semua soalan dengan memberi jawapan yang terbaik berdasarkan usaha aku . Yang penting sekarang tawakal kepada Allah swt je . moga aku lulus dengan baik . Insyaallah . Amin .  Perjuangan aku stil xberakhir lagi , aku still berbaki final exam (sumatif)  + final osce dan exam LJM (Lembaga Jururawat Malaysia) yang akan berakhir pada pertengahan bulan jun nanti .



Junior aku semua still lagi exam untuk esok, lusa dan tulat so just nak wish gudluck lah untk adik2 juniorku ;) . hahaha. nasib koranglah kena jawab banyak paper . aku dah merasai semua pengalaman tu . 


esok sambung berkerja di OT ! 
tengok ibu bersalin secara LSCS lagi ; )



Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !