"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label Jean dan Muslimah. Show all posts
Showing posts with label Jean dan Muslimah. Show all posts

Thursday, December 22, 2011

Jauhi perempuan yang berpakaian ketat


----Tahniah adik-adik PMR----
kalau xberjaya tu rilex sudah.. masa depan panjang lagi.. asalkan ada usaha nak berjaya di masa depan tu ada.. ;p


Sekarang dunia semuanya berkaitan dengan fesyen..''kalau hang nak cantik hang kena up to date cara pemakaian hang tu.. kalau x.. xfemez la hang nanti'' .heh!? so what.. biaq p kat aku la nak pakai apa pun.. xikut trend ka.. xikut gadis semasa ka.. buat pa hang pulun nak ambik tau.. kan.. jaga lubang kain masing-masing la kan.. sibuk betui!



Budak-budak perempuan yg berpakaian ketat begini selalunya baya-baya umo mcm aku ja.. nak kata orang aku pun lebih kurang jea.. tapi xpernah lg pakai legging.. dan xmungkin .Insyaallah .



Ntahlah, aku xtahu nak cakap apa psl ni sebab semuanya dah besar panjang dan semua wajib ambik pendidikan islam masa sekolah dulu (yg beragama islam) plus, ustazah dan mak bapak pun dah pesan kat diri kita pakaian yg mcm mana sesuai unt seorang gadis muslimah.. tapi hasilnya tetap begini.. tapi xsemua la kan.. dah tahu benda berdosa tapi tetap nak pakai ketat jugak kan? hum, siapa lagi kalau bukan kita-kita ni.. kadang-kadang tue kita xrasa pakaian kita tu ketat dan slamber je pakai kan.. tapi bila kuar outing.. bila lelaki usha lebih sikit jea kita rasa mcm nak marah lelaki tu , nak cucuk mata dia, nak penampaq muka dia padahal siapa yg buat pilihan nak berpakaian ketat mcm tu di tempat umum?.. hum, kita-kita jugak kan?.. hoho.  ;p



btw, seriusly aku cakap yang aku selesa dengan pemakaian aku sekarang .. 

Jean +T-shirt + Sweater +Shawl =Korie

kadang-kadang try pakai skirt.. cun jugak aku ;p hahaha.. 



Tapi kalau yang bertudung tu xpayah la nak tunjuk dan dedah sana sini sangat.. tutup atas tapi bahagian dada,punggung terjengui bentuknya.. ish3. aku tengok pun rasa mcm sedap peliks jea kan (Ish!!) kalau lelaki tengok lagi lah kan.. apa ntah bayang yang muncui dalam kepala dorang.. Ehem2. malu-malu! hampa xmalu ka?.. ka ,rasa syok? Ish, tobatlah.. jangan la lalu depan aku..kalau lalu depan aku.. aku akan usha jea dan dalam hati akan buat exercise math (Ish3!) hum,betoi ni. jujur aku cakap.. tapi tolonglah jangan berpakaian yg nampak habis bongoi-bongoi tu.. aku turut tergoda (!). Eh? aku pulak tergoda?.. bukan aku! tapi abang-abang aku ;p



pasal aurat.. diri sendiri dah tahu dosa pahala tang mana so fikir-fikirlah sendiri.. bukannya kecik lagi kan.. tapi better ada yang tegur.. just bagi peringatan.. biasalah.. orang muda mcm aku ni senang tersesat jalan.. darah muda kan?



p/s : dulu dah pernah buat entri mcm nie

Monday, December 5, 2011

Muslimah dan Seluar Jean !



Situasi
Maria, Anne,Lisa dan Nur Ain janji untuk keluar bersama ke Queenbay,Penang untuk shopping sempena sale akhir tahun yang diadakan pada hari ni.. Kelihatan Maria, Lisa dan Anne memakai seluar Jean denim yg menampakkan susuk tubuh anak dara yang masih sunti manakala Nur Ain memakai baju kurung cotton bercorak polka dot..Ikuti perbualan mereka...


Maria : Ain.. wey'yo? (kenapa in korea) pakai baju kurung?.. grrr.. tengok aku dengan yang lain.. semua pakai baju seluar derr.. lagipun hari ni bukan hari jumaat la weh.. kenapa baik sangat?

Ain :  Hey.. saja aku pakai baju kurung.. seluar jean aku dah terlampau ketat.. malulah nak pakai..  badan aku dah naik ok.. nanti klu aku pakai jugak habis semua lekuk tubuh aku orang nampak.. kesian plak kat mat-mat kacak yang pandang aku nanti.. terliur plak diorang nanti.. siapa yg susah? aku jugak! derrrr..

Maria : Alah.. bukan diorang pandang hang sorang jea.. kiteorang pun diorang pandang k.. kira ok la kalau gitu..lagi diorang pandang lagi  kiteorang suka apa..barulah hot ! so what the problem? 

Ain :  Ah! aku dah bertaubat dari pakai seluar yang nampak bontot dan baju nampak buah nangka dua ketui! !sudahlah! aku bukan ain yang dulu.. kita putus kawan.. Bye! 


......

Eh! terus putus kawan?.. xsepatutnya begitu.. sepatutnya ain beri penjelasan yang lebih jelas knapa dia x macam ain yang duhulu lagi...



Ok.. Aku Islam.. Muslimah.. tapi aku pengemar seluar jean yang menampakkan susuk tubuh (ketat)... kenapa aku pakai seluar jean? sebab seluar jean itu best! dia buat aku rasa lebih berkeyakinan apabila berjalan di tempat umum dan membuatkan kaki aku lebih kurus dan cantik.. btw.. banyak lagi alasan yang aku boleh coretkan di sini tapi cukuplah setakat tu.. 


Aku tahu hukum memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh itu haram di sisi agama.. Ibarat kita tidak menutup aurat walaupun kita tetap tutup kulit. Yeah! aku memang tahu mengenai itu sebab  ustazah aku mengajar di sekolah dahulu.. berapa banyak kali ustazah pesan jangan pakai pakaian yang ketat tapi aku tetap pakai sehingga sekarang.. adakah aku bodoh? walaupun aku tahu dosa yang aku dapat apabila memakai pakaian yang ketat di hadapan umum...dalam masa yang sama aku bukanya tidak pernah baca petikan sabda rasullullah s.a.w ini...


Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Akan datang ummatku di akhir zaman terdiri dari kaum wanita yang mana mereka itu berpakaian dalam keadaan telanjang, di atas kepala mereka berbonggol-bonggol seperti belakang unta. Mereka ini dilaknat oleh Allah dan tidak masuk mereka itu ke dalam syurga, serta tidak dapat menghidu baunya. dan sesungguhnya wangian syurga itu di dapati jarak perjalanan lima puluh ribu tahun perjalanan." (Sohih Bukhari)


Tapi kesanya tetap sama bagi aku.. tetap tiada perubahan.. aku pernah cuba untuk elak dari pakai seluar jean tapi ianya tidak menjadi.. aku mudah terikut kata-kata yang berbisik dalam fikiran aku sebab aku mungkin lemah dengan keadaan dunia sekarang.. enjoy jea lebih.. akhirat mana nak ingat.. bila tinggal jauh dari famili lagilah aku mudah leka apa yang patut dan xpatut aku buat sebagai seorang anak yang masih dalam jagaan ayahnya dan bukannya bawah jagaan suaminya.. sememangnya aku xsanggup ayah aku yang tanggung dosa aku selama ini tapi kenapa aku masih begini?.. aku tahu bukan aku sorang yang begini.. berjuta anak gadis islam mengalami situasi yang menyerupai aku.


Sekarang.. aku cuba untuk kurangkan pemakaian seluar jean yang ketat yang menampakkan susuk tubuh.. aku cuba alihkan perhatian aku kepada Skirt.. Yea! Skirt...ala skirt biasa.. bukan skirt yang dipakai dengan  tali pinggang unt menampakkan ramping--->skirt mcm ni xguna jugak! (fesyen zaman sekarang!) ! .. Skirt adalah padanan yang agak sesuai bagi aku walaupun pada dasarnya xberapa sesuai dengan watak aku yang agak kasar tapi aku akan cuba.. jadi buat masa sekarang aku akan cuba cari skirt-skirt yang bersesuaian dengan badan aku dan dapat mengelakkan bentuk susuk tubuhku dipandang oleh lelaki ajnabi.. aku akan cuba berubah.. sedikit demi sedikit dan aku harap niatku ini berkekalan sehingga bila-bila.Insyaallah.





Bagi aku xsalah kalau si gadis memilih untuk memakai seluar jean sebab kita semua dah besar dan dah dapat fikir yang mana buruk dan baik.. Orang Islam pasti tahu perkara yang mendatangkan dosa cuba Iman dan akal mereka sahaja yang menghalalkan cara.. ada orang pernah cakap.. 'Ah! biarlah dekat aku.. dosa masing-masing yang tanggung'  hurm, dasyatkan orang islam sekarang?..pantang ditegur,melenting balik.. aku berada diantara tengah-tengah.. diantara pilih yang buruk dan yang baik.. semua ini bergantung pada diri sendiri untuk memilih.. Kerohanian itu lebih penting.. ubah dalaman dulu, selepas itu baru ubah yang luaran. ok!


Sebagai seorang gadis yang meningkat dewasa.. aku berasa agak bertanggungjawab untuk menyampaikan perkara ini kepada semua gadis di luar sana.. Jom kita tutup aurat yang sepatutnya ditutup.. malu wey! aku faham.. bukan mudah orang macam aku dan kita-kita ni nak berubah dari perkara yang dah biasa kita lakukan dan pakai tapi xsalahkan kalau kita cuba.. betul x? aku pun tengah cuba... Seriusly aku cakap... aku,kau, dan hampa semua  bukanlah perempuan yang sempurna sebab sempurna itu mustahil bukan? cukuplah kita hanya menjadi diri kita sendiri dan jaga kehormatan diri sendiri.. kita semua dah besar panjang.. bila semua orang cakap benda yang sama pada kita.. kita jugak rasa muak dan stress.. so fikir fikirkanlah..





# Baju Uniform Student Nurse yg aku pakai menampakkan susuk tubuh..  mcm mana yea? 


Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !