"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label Watch Online Running Man. Show all posts
Showing posts with label Watch Online Running Man. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Rancangan Tv di Malaysia



Bermula sudah episod cuti semester akhir aku.. hampa cuti jugak ka? jomlah kita lepak kat kedai mamak belakang rumah joyah tuh.. cari idea sikit apa yg nak dibuat cuti panjang kali ni.. kalau cuti apa la sangat yang aku buat kat rumah.. layan internet sepenuh masa dan kadang-kadang buka tv tapi semua tu dah macam muak r bagi aku.. aku rasa mcm nak muntah jea bila asyik mengadap lappy yang memancarkan cahaya memberahikan mata aku ni so dari aku terus bergelumang sakit mata baik aku p carik keja laen.. kerja apa yang aku boleh buat dekat rumah?.. contoh--> masak? oh! masak tu biasa dah.. habaq ja masakan mee segera version apa yang hang nak.. aku boleh jea buat.. tadaaaa.. biasalah! ini korie derr.. ! (perasaan yg penuh berlagaK)




Lappy Utama dekat rumah aku sekarang tengah dok menghadapi homesick! agak tenat dah.. keypad xboleh pakai .. biasalah dah semua member rumah aku ni pulun duk main dekat lappy tu jea.. mana x rosak.. sekali student nurse mcm aku plak yang main terus dia jatuh sakit akut.. iyelah.. dia ingat aku boleh rawat dia la?.. derrr.. aku bukan nurse  yang boleh rawat kau bodoh ! bodoh betul lappy ni !  (sebenarnya lappy xbodoh!)  kan dah kena dengan aku..  jadi sekarang lappy aku pulak yang jadi mangsa adik beradik aku.. diwakafnya kepada semua orang dalam rumah.. so disebabkan itu aku jarang update blog.. maybe?. tapi aku cuba kawai lappy aku dari dimain oleh orang lain.. no way!



Ingat online tu best sangat ke?.. grrr.. bosan derr.. aku rasa mcm nak muntah kuning hitam jea sebab dah lama mengadap lappy jadi kadang-kadang tu aku akan layan Tv.. Kat Malaysia ni xdalah banyak  sangat Tv.. beberapa jea.. xmacam dekat luar negara tuh.. lainlah kalau ada Astro.. kalau ada Astro memang mcm-mcm ada r kan.. tapi Astro xbagus.. baik pasang wifi kat rumah.. semua boleh layan.. ok! Ini adalah siaran tv yang aku tengok...  hampa ada?




TV1  tv kerajaan.. tempat aku layan perlawanan bola sepak Harimau Malaya !

TV2 tv rtm yang aku boikot dari dulu lagi.. kenapa?.  sebab xbest langsung

TV3 tv ni tempat aku layan drama melayu mcm nora elena , soffiyya dan kisah kaisara bodoh tue

TV4 tv untuk aku tidur.. 

TV7 nie tv speaking london jea.. bajet mcm clear sgt la kan.. btw, kadang-kadang layan jugak

TV8 tv yang paling best bagi aku.. sebab semuanya ada.. kdrama,kpop,tpop dan malaypop? 

TV9 Tempat aku layan boboi boy !



#8TV sekarang pagi ,petang ,malam ada jea drama korea kan.. grrr.. dulu xda pun.. drama yang ditayangkan bukan drama cikai-cikai.. semua drama yang paling top tuh! mcm menang lotter jea kan orang cakap.. bila buka tv jea.. ada muka taeyeon.. perhhh! laguk la aku kat tv tue.. padahal bagi aku layan drama korea dekat 8tv bukan best pun.. sebab 8tv alih bahasa korea ke bahasa cina so orang fanatik kdrama macam aku xdapat  nak feel.. jadi xbest.. boleh x 8tv jangan alihkan bahasa korea ke cina??.. hurm.. pepun sekarang ni aku banyak download dan beli dvd drama korea yang latest daripada tengok kat tv.. lagi best.. lagi nikmat.. lagi berbaloi.. .. 




# Sekarang ni lebih layan Running Man daripada Kdrama.

Sunday, September 25, 2011

Gelak Sakan Bersama Running Man !

Crew running man yang sengal -sengal belaka ! 

  • Running man merupakan tv show korea yang mesti ditonton pada abad ini.. Program realiti ini sangat berlainan dari tv-tv show yang lain.. Kenapa ? sebab tv show ini berkonsepkan humor yang berpanjangan sambil mengejar kemenangan dalam setiap cabaran yang dikenakan pada krew-krew running man.. Ok untuk lebih jelas.. mcm ni..  Ahli tetap running man mempunyai 8 orang..  dan bagi setiap episod ada 2 artis jemputan (samada dalam group or berseorangan) yang turut menghangatkan cabaran ini.. 8+2+ = 10+ orang.. 2 kumpulan akan ditubuhkan iaitu kumpulan berbaju merah dan biru..  so Red fight Blue la.. 


  • Setiap cabaran dimulakan dengan mencari kod rahsia running man.. diorang akan ditempatkan di satu kawasan yang besar dan popular di sekitar seoul ( ini adalah satu rancangan realiti yang mempromot tempat-tempat menarik dan sesak di korea)  contoh : Muzium, Shopping Complex, Menara, Stadium dan sebagainya..  jadi memang gempak r! cabaran yang dikenakan kadang-kadang dah mcm Mission Impossible dah aku tengok tapi kadang-kadang bengong-bengok jek.. haha.. cabaran yang xkan difikir dek akal..korang akan jumpa dalam rancangan ni.. setelah cabaran bermula tempat tersebut akan dikunci sehingga mission complete.. pernah x tengok shopping complex dikunci seperti dalam penjara ?.. dlm ini ada.. fuhh! gempak r.. diorang kena berlari ke sana dan kesini.. tiada dah yang ayu dalam tv show ni.. semua bertungkus lumus untuk menang dalam setiap cabaran.. plus, setiap episod membawa seribu humor didalamnya.. memang best r.. xbosan kot! pasti.. sebabnya.. aku xboleh blah betul dengan bunyi-bunyi background,gambar-gambar dan skrip-skrip tambahan yang bodoh-bodoh semuanya.. bengong jea.. hahaha.. kalau korang gemar menonton tv show korea. pasti korang bingo! apa yang aku cuba terangkan ni..


hahaha.. ini best!


Rancangan realiti yang betul-betul buat aku hilang stress sepanjang waktu ini.. inilah dia Running Man ! Jom layan.. sangat best ! x rugi kalau download.. sekarang dah episod ke 61 !


Menonton/Sedut (download) Setiap episod Running Man secara online disini  




Ini ahli tetap running man sepanjang episod ..



Nota Jjinbbang : Fuh! xlarat sungguh aku nak gelak jea bila tengok rancangan ni..  bodoh  +  triple sengal !  jurukamera running man memang memerlukan stamina yang kuat r sebab diorang turut kena berlari untuk merakam aksi krew-krew running man dalam setiap cabaran.. fuh! letih..



Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !