"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label KARYAKU. Show all posts
Showing posts with label KARYAKU. Show all posts

Friday, December 9, 2011

Hari Keempat : 10 perkara yang saya nak sampaikan kepada seseorang

Hari ini menjelma lagi.. 
patutlah perasaan ini membisikkan sesuatu yang masih xjelas.. 





awk.. dengarlah, melodi ini adalah ayat-ayat cinta yang xdapat saya ungkaikan kepada awk.



Bila keadaan menjadi sepi.. angin mengeluarkan auranya untuk meraikan  daun-daun kering yang berterbangan.. aku terfikirkan seseorang yang aku sendiri tidak kenali.. aku xpasti adakah itu perasaan merindui seseorang ? merindui seseorang yang masih dalam rahsia Allah swt..


Disini, aku ingin sampaikan sesuatu kepada seseorang yang masih berlindung dari jodohku..

  • Assalamualaikum awk , Ini saya.. bakal isteri awk suatu hari nanti..Insyaallah kalau jodoh kita kuat. awk di mana sekarang ? dan siapa awk sebenarnya? tiap detik saya menanti kedatangan awk dalam hidup saya tapi sehingga kini saya masih menanti dan terus menanti dengan penuh kesabaran.. tiap kali usai solat, saya selalu doakan supaya Allah temukan jodoh kita dan saya yakin hari tu pasti akan datang dan saya harap awk pun begitu.. Mengharapkan pertemuan jodoh kita...

  • Awk , kalau awk nak tahu.. saya xpernah memberi cinta saya kepada orang lain,saya hanya harapkan awk sahaja yang  mendapat cinta pertama dan terakhir buat saya.. jadi awk jangan persiakan penantian saya ini. 

  • Awk, katakan jodoh kita tidak kuat di dunia.. katakan saya pergi dulu daripada awk untuk mengadap ilahi.. saya pasti akan menunggu awk disana sebab saya yakin Allah telah menjodohkan kita..

  • Awk , saya janji akan menjadi isteri yang solehah.. dan awk adalah imam saya sehingga akhir hayat.. doakan jodoh kita ini diberkati. 

  • Awk,  saya adalah bakal jururawat.. sekirnya suatu hari nanti awk jatuh sakit saya janji saya akan menjaga awk sedaya yang mungkin sebab saya xsanggup biarkan cinta saya ini terus sakit dan sya akan berterusan menjadi jururawat cinta awk.

  • Awk , dimanapun awk berada sekarang.. saya harap awk dapat menjaga diri awk dengan baik sehingga kita dijodohkan.. sebab pada waktu itu saya sendiri akan menjaga awk dengan cinta kita.

  • Awk , Sekiranya pada waktu ini awk merindui diri saya.. percayalah yang saya juga sedang merindui awk..

  • Awk , Saya ingin awk menjadi orang pertama yang bersama dengan saya dalam melakukan semua perkara yang saya x pernah lakukan dalam dunia ini.. saya nak lakukan bersama dengan awk.. hanya dengan awk.. dan itu akan menjadi kenangan paling manis buat saya.

  • Awk , Mungkin selama ini awk dah banyak kali dikecewakan dengan pasangan awk .. dan sekarang mungkin awk dah berputus asa mencari siapa saya.. saya harap awk tidak akan berputus asa sebab saya sentiasa menunggu kedatangan awk dalam hidup saya.. Allah swt sahaja memberikan jodoh yang salah kepada awk supaya awk dapat mematangkan diri awk sebelum berjumpa dengan saya. jadi awk kena terus bersabar.

  • Awk , Banyak perkara yang saya ingin kongsikan dengan awk .. saya mahu berkongsi kesedihan dan kegembiraan saya bersama awk tapi sekarang saya masih menahan tangisan saya sebab saya hanya nak menangis di sisi awk.

saya akan terus menanti kehadiran awk... cinta saya.






Ikhlas dari saya : cinta awk

Friday, July 1, 2011

Apa pun yang terjadi jangan sesekali menyerah!

Entri ini mengandungi autoplay music..


Selamat pagi,
Tiada yang indah melainkan niat hati yang suci.. tiada yang indah selain ciptaanNya.. tiada yang indah kecuali hati yang bersih dari niat yang jahat.. Aku hanyalah insan yang kerdil di dunia ini.. tanpa sayap iman yang kukuh membuatkan aku terbang ke arah yang salah.. Tapi sekerdil kerdil aku.. Aku bersyukur kerana aku masih diberi nafas sehingga sekarang atas nikmat yang diberiNYA.. Aku punyai keluarga yang menyayangi aku.. walaupun aku pernah memberontak sewaktu dulu.. memberontak dengan nikmat yang aku xreti nak menilainya.. aku xfaham waktu itu.. aku hanyalah insan yang berfikiran hanya untuk diri sendiri.. Syukurlah aku dah sedar.. Syukurlah dengan apa yang aku ada sekarang.. Sepahit-pahit hempedu sekalipun perjalanan hidup ini pasti ada jalannya asalkan jangan menyerah.. That's the point! dan dimana sekalipun kita berada.. apa yang kita buat hanya satu jea yang penting iaitu niat yang ikhlas kepada Allah SWT.

 Sila hayati setiap baris lagu ini..






Jangan Menyerah

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi

Reff 1:
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Back to Reff 1

Reff 2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

Back to Reff 1
Back to Reff 2

Lagu yang indah ini buat aku rasa bersyukur dengan apa yang aku ada..Sekarang mood tengah semangat! Pasti korang pon bersemangat bila korang dengar lagu ni bila  bersedih.. Percayalah.. Alunan-alunan puitis bertemankan irama yg xmelampau adalah satu bahan yang boleh merawat melodi hati yang sepi.


Thursday, June 30, 2011

Segmen : Jom Reka Dialog

klik banner untuk join


image Gambar 1
image
 Perbincangan pada malam itu dihentikan apabila...

Isteri :  U! kan I dah cakap.. I nak kerja jugak.. apa yang boleh I buat kalau I duk rumah jea.. kita bukanya ada  anak lagi! yang U tu..  ambik berat sangat pasal I ni kenapa!.. Sebelum  kita kahwin I kan dah cakap kat U yang U tak boleh ganggu kehidupan kerja I!  Don't u remember that?? please la tolong faham I.. I ni dah la bengang dengan bos I si Seth Tan masa kat pejabat tadi.. balik-balik kena pulak berdepan dengan situasi yang mcm ni plak.. erhhh!!! Si isteri membuang  beg tangan yang berada  disisinya---> geram..

Situasi menjadi tegang seketika

Suami: U boleh tak U bawak bertenang sikit.. Kita boleh bincang masalah ini secara perlahan-lahan ape?.. kenapa U perlu jerkah kat I macam tu sekali. Hey I suami U oke. mana tanda hormat U kat I ha? Jerkah sini sana.. Tak malu kea kat jiran sebelah!.. I malu tau.. mana nak letak muka I kalau U asyik jerkah dekat I jea.. Sorry my dear.. Im not Mr mama yang U suka tengok tu... Ok macam ni lah.. I xnak kusutkan keadaan U yang dah sepah tu.. Apa kata kita naik bilik.. kita bincang kat atas.. Dah lama katil tu tunggu U..


Isteri : Ha mulala nak tukar topik! tadi bukan main gaduh nak I berhenti kerja On da Spot.. Ey U ni la.. saja nak main-main dengan I.. geram tau.. sudah laa.. U pergi la naik atas sorang-sorang.. I penat! I dah xda selera dengan semua tu..

Situasi menjadi hambar seketika

Suami : U jangan la buat I mcm ni.. I just nak manja-manja dengan U jea tadi.. Sejak U tinggalkan I dekat taman tadi.. I sunyi sangat.. asyik teringat kat U jea.. U ni.. please sayang.. kita berbaik balik yea.. sambil diusapnya pipi si isteri dengan lembut.. kita naik atas yea sayang.. jangan la buat I mcm ni.. kesian tau kat I.. I ni lelaki U.. U tau apa yang I nak.. please sayang.. maafkan I yea pasal tadi.. I just xdapat nak kawal perasaan sayang kat U jea.. I nak U sentiasa ada kat sisi I.. Itu jea I nak.. dipeluk rapat si isteri.


Situasi menjadi sunyi dan kedengaran muzik romantik sebagai penyeri keadaan


Isteri : Hurm.. Sayang.. U janji dengan I yea.. jangan buat macam ni dah dekat I.. Mood I akan berubah kalau U cakap pasal kerja lagi... ....sepi seketika.....  disambutnya pelukan si suami tadi.. I pun sayangkan U! I tak tahu apa yang jadi dekat I kalau U xda.. Sayang U sangat-sangat.. 


Lampu dipadamkan.. Perasaan kasih dan sayang merpati sejoli kini bersatu... kedengaran lagu yang menghangatkan keadaan dipasang^^


The End


Ok.. Scene cerita terpaksa ditamatkan sebab pihak penganjur segmen hanya mahu 5 dialog sahaja. Sebagai penambahan.. sebenarnya cerita ini merupakan kesinambungan dari segmen ini . Xsalah kan kalau korie sambung.. 


Wednesday, June 29, 2011

Segmen : Aku Seorang Blogger


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Korie Join Segmen : Aku Seorang Blogger



5 SEBAB KENAPA AKU MENJADI BLOGGER


Bosan Dengan Dunia Nyata Yang Terlalu Biasa..
  • Kehidupan yang aku lalui dalam dunia nyata ni memang banyak liku-liku yang berbelit sehinggakan aku yang terlalu gopoh ini jatuh  rebah di jalan kehidupan.. ada ke orang pedulikan aku?.. ada.. ada ke yang merawat luka dalaman aku?. ada ke yang fahami apa yang naluri aku nak?.. Sebenarnya, ada je hamba Allah swt yang sentiasa ada di sisi aku tapi jiwa aku masih sunyi.. aku perlukan madah yang lebih luas untuk kemukakan perasaan aku jadi  bagi aku menjadi seorang blogger adalah pilihan terbaik dalam hidup aku.. Tidak semua masalah kita boleh ceritakan kat orang kan.. jadi aku gunakan blog untuk aku bercerita.. habis yang baca blog aku tu bukan orang kah? Hurm, maksud aku orang di alam maya xkenal siapa kita.. lantak la ko buat apa pun.. dia bukan tahu pun siapa diri kau yang sebenar jadi madah bicara menjadi lebih open. Itu yang aku nak.

Aku Mahu Bertukar Pendapat dengan Orang.
  • Orang cakap dunia internet ni madah untuk mencari ilmu  tanpa sempadan.. semuanya bergantung pada diri sendiri jea.. Aku suka timba ilmu.. mcm orang lain.. dengan berblogger perkara ini akan menjadi lebih mudah dan cepat.. Selain tu, kita hidup di dunia ni bersaudara.. Tuhan kurniakan akal dan kelebihan masing-masing jadi dengan cara berblogger kita dapat menukar idea dan mengembangkan idea yang sedia ada.. bagus bukan?.. Itu yang menyebabkan aku menjadi seorang blogger.

Blogger Sebagai DJ
  • Aku ingin menjadi DJ radio.. hasrat aku mungkin tercapai ataupun tidak tapi bagi mengelakkan aku kempunan. Aku xkisah semua tu janji bila aku berblogger aku dapat cakap dengan orang ramai.. luahkan pendapat.. beri pendapat.. tukar cerita sana sini.. gossip gitu-gitu.. Jadi dalam masa yang sama secara tidak langsung aku sudah pun menjejaki dalam dunia Pra-DJ. Aku suka bercakap.. aku pernah terfikir yang aku nak jadi pengacara dalam Award Show yang besar seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian.. Aku teringin nak bercakap depan ratusan ribu orang. . dan perasaan tu still da dalam hati ni..hanya berblogging aku dapat rasakan yang aku sudah menjadi DJ----> melalui menaip

Blogging dapat Menceriakan Hidup

  • Aku dapat bersosial di laman maya.. aku boleh buat apa yang aku suka.. cari apa yang aku suka.. tanpa had.. aku boleh berhubung dengan orang yang aku minati selama ni. aku boleh menjadi follower mengenai kehidupan dia.. aku boleh usha dia dari belakang dan support dia dari belakang.. aku hanya mampu buat begitu.. sebab dia xpernah akan wujud dalam kehidupan nyata aku.. hanya berbuat begitu aku dah bahagia .. that's the point.

I Was Born To Be This Way----> A Blogger
  • Blog banyak mengajar aku erti kehidupan.. Erti kehidupan yang palsu dan sebenar.. Erti ini banyak mengajar aku untuk lebih matang dalam kehidupan.. Setiap apa yang ditulis para bloggers punyai satu nilai yang sangat berharga jikalau korang pandai mengasah maksud entri tersebut.. Aku belajar dari pengalaman orang dan diorang juga begitu.. Indahnya berblogging... Indahnya perjalanan hidup kita bila semua bloggers saling beramah mesra. Blog adalah tempat persinggahan hati aku bila ia berduka/gembira.. Blog jea yang memahami sebab dia xpernah bangkang apa yang kita tulis.. dia go on saja.. dia xpernah tinggalkan kita kecuali kita yang tinggalkan dia dulu.. So blog memang seorang pendengar setia dan aku memang bersyukur sbb aku punyai rakan seperjuangan seperti kau^^  wahai blog!..dan blog juga menguatkan memori yang aku sayang.. blog adalah bukti perjalanan aku yang lepas sebab segalanya tersurat di sini.

 Tag 3 Orang
  1. http://cik-misi.blogspot.com/
  2. http://www.puankutu.com/
  3. http://misschubbycheek.blogspot.com/

Friday, June 24, 2011

Segmen : Apa Kata Depa


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Korie Join segmen lagi.. Jom buat cerita berdasarkan gambar ni..Klik gambar untuk pergi ke blog penganjur...Oke^^

Tugasan:
Buat satu cerita mengenai gambar di atas mengikut kreativiti anda..nak buat dialog atau apa sekali pun terpulang pada anda..

  • Sedang sibuk pasangan sejoli ini yang tengah menjamah pemandangan yang cantik di sebuah taman berdekatan  tiba-tiba telefon bimbit si gadis bernyayi lagu 'Oh lela lela.. oh lela oh lelala.. '' agaknya ada la dalam 10 saat bunyi itu berlangsung.. Si gadis hanya memerhatikan sahaja.. tanpa mengangkatnya.. Si Ben yang menemaninya itu pun berasa pelik binti hairan.. dia pun bertanya

............
Ben : B why u x angkat panggilan tadi tu?.. U risaukan I kea?.. U takut I marah sebab xberi perhatian sepenuhnya dekat U.. Xpea.. I xmarah pown..
...............
Si Gadis Yang Manja : Bukan.. I xnak  angkat panggilan tu.. sebab pemanggil tu xpenting pun.. malas la I nak layan.. Baik I layan ben kesayangan I ni jea
............
Ben : Oh.. Ok la kalau mcm tue.. Sayang jugak U dekat I ek.. Hehe.. Ini yang buat I sayang kat U ketat-ketat ni..^^
.............
Si Gadis Yang Manja : Nak Ketat-ketat ke kat sini?.. 'oish'
............
Ben : Apa Maksud U ni?.. 
............
Si Gadis Yang Manja : La U ni.. buat-buat tak faham plak..  Meh sini I nak rapat-rapat dengan U.. U jauh sangat tu.. kan kan... kan
.............
Ben : Ish.. U ni. janganlah buat macam ni dekat I.. Nanti I buat benda bukan-bukan baru tahu... dgn nada yangagak 'beraxx'
...........
Si Gadis Yang Manja : Alaa.. xpeala awak.. saya xkisah pun.. Saya kan Milik awak sepenuhnya.. 
............
Ben : But B agak-agak laa..Hari ni hari jumaat.. Xsopan la orang pandang.. Kita ada dekat taman yang dipenuhi orang la B.. U sabar ek.. Kat rumah kan free jea.. ^^ I boleh buat lebih dari Seth Tan dalam drama Nora Elena yang U minat sangat-sangat tu.. oke.. yea sayang..

Bla. blaaa.. blaa.. blaaa...

Tetiba... Telefon bimbit si gadis berdering lagi.. Kali Ini hanya 5 saat sahaja.. Si gadis terus stop panggilan itu selepas tengok nama pemanggil.. ' muka dah mcm cuak jea'

Ben mengesyaki sesuatu.. sebab firasatnya tinggi terhadap gadis itu tinggi.. lalu ben pun bersuara..

...............
Ben : Kenapa xangkat panggilan tu B?. Bak sini telefon tu!.. Selama ni U xpernah buat mcm ni.. Meh I nak tengok siapa si pemanggilnya..


Ben terus merampas Telefon si gadis... si gadis.. mati-mati xnak bagi... tapi apa kan daya kudrat si gadis hendak melawan fizikal Ben yang Tough itu.. lalu.. telefon si gadis berjaya diambil oleh Si Ben..

Dengan Muka yang xpuas hati.. Ben yang membelakangi Si Gadis terus check nama pemanggil tadi..

.......................
Nama Pemanggil  : Seth Tan

.............................

Ben tidak mengenali siapa 'seth tan' lalu dia pun bertanya kepada si gadis.. 

..............
Ben : Siapa Seth Tan? I tahu semua kawan U tapi yang ni I tak kenal.. Siapa ni? 'dengan nada yang agak cemburu'
..................
Si Gadis Yang Manja : Itu bos baru I la B.
.............
Ben : Tipu!! I ingat semua nama Bos U oke!.. Dari First tempat kerja sampai tempat kerja yang sekarang.. Nama diorang adalah Jozan, Sepah,Nabil dan yang akhir adalah Jambu. Betul kan?!Habis Seth Tan ni siapa U?..
............
Si Gadis Yang Manja : Betul la U ni Bos baru I.. I dah tukar tempat kerja.. I sebenarnya nak rahsiakan benda ni dari U sebab .............
.................
Ben : Ah! I xpercaya.. 

Lalu Ben terus telefon Seth Tan dengan menggunakan telefon Si gadis..

tutt... tuuttt.. tuutt

Deringan yang keempat. stop.. kedengaran.. Si penjawab menjerit begini 
Hey Sofie! I Telefon U dari tadi lagi.. kenapa U xangkat! U tahu I ada masalah kat pejabat ni.. Fail yang U letak dekat meja I semalam dah xda.. mana dia?.. Urgent ni Sofie.. Tuan Pengarah dah nak sampai tu.. Sofie yang datang pejabat cepat.. tolong I.. Ok? Sorry coz ganggu cuti U.. I ada hal ni.. Kita Talk dekat Pejabat ok.. Bye.

..........
Panggilan diputuskan..

.............
Ben : Tercengang sebentar..
..........
Si Gadis Yang Manja : So mcm mana sekrang.. dah puas hati?.. I tahu I kena balik pejabat sekarang.. I dengar apa yang dia cakap tadi.. betul kan?
.............
Ben : A'ah.. Bos U cakap Urgent! dia suruh U pergi sekarang... dengan muka yang selamba..
.............
Si Gadis Yang Manja : Ha itulah U. I tahu punya kalau dia yang telefon I mesti kena ke pejabat.. So sebab tue la I xnak jawab panggilan dia.. Sebab I rahsiakan dengan U ni sebab I takut U marah I sebab tukar tempat kerja lagi...
..........
Ben : Macam I xkenal U.. Memang U ni susah nak kekal dengan tempat kerja.. Senang-senang kerja dengan I jeala.. Jaga makan minum I di rumah..
...........
Si Gadis Yang Manja : La.. dah sebulan I jaga makan minum U la sayang.. Kita dah kahwin.. U ni saja tau..
........
Ben : Maksud I lebih dari tu.. Kalau U duduk rumah.. U xla penat sangat.. Bila I balik kerja U boleh layan I seperti Isteri yang betul-betul isteri.. Nie x.. U kerja I pun kerja.. Sama-sama penat.. Kadang-kadang sampai xbertegur sapa sebab masing-masing sibuk kerja.. Hope U faham I
.......
Si Gadis Yang Manja : I faham.. Nanti kita bincang di rumah yea sayang.. I nak pergi tolong bos I seth Tan tu.. Ok.. 
.............
Ben : Ok sayang.. jaga diri Ok.. I tunggu U di rumah.. jangan balik lambat ye sayang.. 
.............
Si Gadis yang Manja : Terus disalamnya tangan si suami.. 

Ben sempat lagi beri ciuman di dahi si gadis.. menandakan yang dia betul-betul  sayangkan gadis ini dan mahu menjaga keselamatan gadis ini..

............................

The End

Suka tak?.. Hahah.. Hope suka..
Hope sangat Jozan Juara Maharaja Lawak malam ni.. 

Nama pelakon hanya rekaan semata-mata.. tiada kena mengena dengan blogger^^





Saturday, June 18, 2011

Segmen : "Sunah Sakura, Danbo dan Daun..."





Tiba-tiba je masa kaki terus melangkah tu, ada daun kering gugur tepi Danbo...
Bila nampak daun tu, tiba-tiba keluar kat fikiran dia 'Somewhere I belong'...
Kenapa tiba-tiba keluar macam tu kat kepala kotak Danbo? Ape yang Danbo fikirkan bila nampak daun tu sebenarnya? 

...........................................................................................

Danbo renung lama dekat daun kering tu.. Ntah apa yang difikirkan tue.. tiba-tiba daun kering tu terbang melayang diterbangkan angin meninggalkan danbo keseorangan si situ.. Danbo mahu saja terbang sekali bersama daun kering yang sudah xbermaya itu. Baginya tiada guna dia hidup di bumi Allah swt ini sekiranya hidupnya tiada jalan yang ingin dituju. tiada pedoman.. tiada niat yang suci.. tiada iman.. tiada kekuatan.. tiada kasih sayang..


Danbo bermonolog dalam diri supaya hatinya tabah dalam menghadapi dugaan yang diterimanya kali ini. Memang sukar.. danbo xpernah terima dugaan sebesar ni.. Pernah suatu hari tu.. danbo hilang punca apabila terlampau memikirkan perkara yang berlaku terhadap dirinya itu.. Sehinggakan dia hilang semangat untuk terus hidup.. Mahu saja dia berhenti di tengah jalan raya yang sibuk itu.. biar berkecai semua.. biar langsai semua masalah.. biar semuanya berakhir.. dan yang tinggal hanya titisan terakhir dalam menghadapi keperitan dalam menghadapi kematian..


Tapi..


Niat danbo itu dihalang keras oleh iman yang masih sebati dalam dirinya..Bait-bait 'Astafirullahal'azim' kedengaran dari mulut kecil danbo.. Ya Allah! apa yang aku buat ni.. aku xsedar Ya Allah!.. Aku bersyukur kerana kau buat aku tersedar dari rayuan syaitan laknatullah itu tadi.. ucap danbo dalam hatinya..

flower,flowers,white,sakura,beautiful,plant,nature,Japan,

Danbo sepi seketika.. memikirkan apa yang hendak dilakukan.. danbo pernah terniat untuk meminta pertolongan orang lain tapi danbo  tak boleh.. xboleh nak cerita kat sesiapa.. danbo takut.. takut sangat.. takut apa pandangan orang lain nanti.. jadi danbo biarkan perkara itu dijadikan rahsia.. biar dia dan Allah swt jea yang tahu.. Danbo tahu dia kena kuat untuk menghadapi perkara ini kalau tidak.. perkara yang bodoh akan dijadikan jalan penyelesaian.. jadi danbo..



Sucikan hati dari benda yang kotor.. bersihkan jiwa.. tenangkan fikiran.. buang semua masalah dalam diri.. tekadkan niat dalam diri balik.. dan danbo mesti ikut arus perjalanan melalui pentunjuk yang diberikan oleh Allah swt. danbo tahu.. Allah xpernah tinggalkan dirinya keseorangan walaupun danbo pernah kejam kepadanya.. sebab Allah itu Maha Pemurah,Maha penyayang. Maha Pengampun...Allah sentiasa ada dengan diri ini.. Percayalah.. Bisik hati naluri danbo..


Yea! Dalam hidup kita ini xpernah lepas dari dugaan yang diberi.. dalam banyak-banyak dugaan ada satu dugaan yang paling besar dalam hidup. Dugaan yang boleh membuatkan diri kita yang sebenar jauh ditinggalkan.. Dugaan yang boleh melemahkan iman.. Dugaan yang menyebabkan kita berkorban untuk menghadapinya.. bukan kecil tapi besar.. hanya yang terpilih sahaja yang dapat menghadapinya dengan tenang dan tidak lari dari hukum Allah.


Jadi danbo ingin menjadi insan terpilih itu.. selagi danbo bernyawa.. selagi nafas boleh dihembus dengan baik danbo tidak akan berputus asa.. danbo kena kuat.. danbo tahu yang diri danbo boleh. danbo yakin dengan diri danbo ini.. danbo tidak akan sesekali menyesal dengan tindakan danbo yang sebelum ini sebab dari tindakan itulah yang menyebabkan danbo menjadi danbo yang sekarang.. danbo bersyukur dengan apa yang Allah catatkan dalam perjalanan hidup danbo sebelum ini dan yang akan datang..danbo tidak akan pernah menyesal lagi..  dan danbo janji Ya Allah.  yang danbo akan redha dengan setiap ketetapan yang tuhan berikan.. sebab hanya dia sajalah yang berhak keatas diri danbo.



Jadi disini danbo nak ambil sedikit ruang.. nak nasihatkan kepada kawan-kawan seperjuangan danbo 'Janganlah berputus asa dalam hidup ini' sebab kita pasti boleh..Sila hayati bait-bait terjemahan di bawah


''Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya.Ia mendapat pahala yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya.(Mereka berdoa) 'Ya Tuhan kami.janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana yang Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya.Beri kemaafan kepada kami , ampuni kami dan rahmatilah kami.Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami ''
AL-Baqarah ayat 286


Thursday, April 14, 2011

Disebalik SENYUM KAMBING ada Manisnya...

  • Apakah makna disebalik senyuman seseorang?.
  • Adakah dia ikhlas memberi senyuman ataupun saja ingin mengambil hati kita unt mendapatkan sesuatu yang dihajati.. mungkin.
  • Kadang-kadang senyum tidak membawa apa-apa makna hanya mulut si pensenyum mengukir senyuman.. mana tahu. maybe dia' mengalami tekanan jiwa or stress. Sama lah macam aku.. xpayah cerita pasal orang lain.. kalau aku stress dengan sesuatu kerja tetiba aku akan tersenyum tanpa sebab dan orang lain mungkin bilang aku sedang senyum kepada diorang or aku bisa dicop mental barangkali.. huhu.
  • Dengan senyuman kita dapat menenagkan jiwa dan perasaan yang tengah serabut.. Kita pulihkan melalui gerakan fizikal( senyuman) kalau xpercaya sila cuba.
  • Selain itu senyuman juga merupakan 1 sedekah! so xrugi 1 sen pun kalau kita senyum..
  • Jangan senyum dengan senyuman yang penuh dendam! tahu maksud aku?? senyuman orang jahat... aku paling x suka senyuman yang mcm tu.. menakutkan.
  • Dan jangan tersenyum bila situasi sekeliling dalam keadaan yang xsesuai.. Ini akan menyebabkan orang sekeliling pandang balik dengan panahan mata yang tajam.
  • Dan yang penting bila bosan.. senyumlah!. senyum kambing.. korang akan dipandang sebagai seorang yang ceria..
Bila dimarahi.. beri senyuman kepada tukang marah tersebut nascaya.. dia pasti akan kata kamu ni seorang yang comel dalam hatinya..
So banyakan bersenyum

Friday, April 8, 2011

AWAK saya dah xsanggup jadi BAHAN joke awak...


Aku tujukan mesej ini kepada seseorang yang aku sllu sebut nama dia dlm entri aku yang lepas-lepas.
Aku selalu di AIMkan..
Bukan sorang dua..
Hampir semua dah AIMkan aku.
Mula-mula sorang tu Aim aku hanya disebabkan aku selalu jea collapse' dalam kelas
Tapi lepas tu dia jadikan aku sebagai bahan unt student kelas aku ketawa
Mula-mula aku pun turut ketawa..
Ketawa dengan perbuatan diri sendiri.
Bodoh x aku?
kea aku yang memperbodohkan diri sendiri..
Ataupun aku terlampau slumber hingga aku xsedar yang aku sedang ketawakan kelemahan aku..
Tapi sekarang semuanya dah tamat
Aku dah xdapat nak stay cool mcm dulu bila benda ini terjadi lagi..
Xkan Air laut biru selama-lamanya?
pasti ada keruh suatu masa nanti..
Sama seperti aku..
Aku yang sering dijadikan bahan oleh dia menjadikan aku STRESS
Yup! Stress sgt..
Sampaila semalam.. aku menghilangkan diri dari kelas dan pergi ke tempat yang sunyi..
tempat yang tiada Dia dan manusia yang lain
Disitulah aku taburkan semua kesedihan aku..
Selama ni aku bertahan.. tapi setelah dipukul ombak yang besar..
memberi aku kesan yang amat mendalam.
sehinggakan hati keras aku..
menjadi layu..
ibarat bunga sakura yang layu ditiup angin  
Yea.. aku sedar siapa aku sekarang..
Aku sedar dimanakah tahap aku sekarang..
Aku sedar... Aku telah kecewakan dia dan beberapa yang lain..
Aku cuma minta beri aku masa unt buktikan balik
Apa yang perolehi selama ini..
Hanya masa akan membuktikan segalanya..
dan
Aku mohon Tuhan berikan aku peluang unt membalas semua budi baik mereka..
Aku mohon Tuhan berikan aku nafas dan badan yang sihat sehingga aku berjaya dalam hidup..

Aku perlukan bantuan dariNya..
Aku xboleh fight berseorangan..
Aku xboleh kalah dengan kelemahan diri
Itu yang pasti..
Aku perlu yakin dengan diri sendiri..
Aku xboleh lemah dari segi dalam dan luar..
Korang semua adalah supporters luar bagi aku..
Tolong doakan aku yea kawan-kawan semua..
Begitu banyak dugaan dalam hidup ini..
Dugaan yang mengajar aku untuk lebih kuat ..
Mengajar aku erti kehidupan  sebenar..
mengajar aku liku-liku kehidupan yang bukan hanya ada keseronokan..
Aku perlukan lakukan pengorbanan untuk berjaya
Itu yang PASTI!


Monday, February 14, 2011

Kenapa Mesti Aku?

Tiada yang indah melainkan yang indah-indah belaka.
Aku seorang insan yang diberi nafas oleh tuhanku untuk hidup di muka bumi ini.
Kadang-kadang aku terfikir kenapa dia menghidupkan aku??
Kenapa mesti aku?
Kata-kata itu membuatkan aku terleka dengan dunia ciptaan aku sendiri
Pasti dia telah meletakan aku sebagai watak yang penting dalam dunia ini kalau tidak
kenapa aku harus berhidup sehingga sekarang?
Sesuatu yang masih menjadi rahsianya
dan aku insan yang xpernah sabar untuk mengetahui jalan-jalan kehidupan ku untuk hari yang berikutnya
Aku mengidamkan hari yang indah itu tiba
dan hari yang suram aku pohon dijauhkan dari aku.
Tp siapa aku untuk meminta sesuatu yang bukan kuasa aku?
Sesuatu yang bukan hak aku dan siapa aku untuk mempertikaikan segala suratan takdir
Itulah dia insan yang xpernah bersyukur dengan ketentuan hidup
Aku kadang-kadang terlupa siapa aku di dunia pinjaman ini
aku leka dan aku terpedaya dengan mainan kabur jiwaku sendiri
Dia memberikan aku anugerah yang tiada tandingannya
Dia memberi aku nafas dalam kehidupanku
Tiada siapa yang dapat menandingi kuasaNya
Aku bersyukur dengan segala pemberian yang dia anugerahkan kepadaku
dan aku tiada hak untuk mempertikaikan babak perjalanan hidupku yang lps dan yang akan datang
Kadang aku tersimpuh jauh
sehingga dia aku tinggalkan dengan mata hati
padahal badanku ini pernah bersumpah di depannya unt tunduk kepadanya pada suatu masa dahulu
aku malu sendiri
aku tahu aku berdosa terhadapnya
dan aku pohon kesilapan aku kali ini memberi parut yang mendalam bagiku
agar aku xterpesong lagi dan lagi....
aku pohon kepadamu... diberikan aku keyakinan dan kesabaran dalam
setiap babak dalam kehidupanku ini
sebab aku hanyalah insan yang diberi pinjaman permata nyawa yang berharga dariMU
supaya aku xterpesong dalam duniaMu

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !