owh tidak!..
hUrm.. dgn duit apa pon bley org bwat kn?.. xpeala ManU!.. AKu tetap penyokong fanatik k0!..
Friday, June 12, 2009
United setuju lepas Ronaldo
LONDON - Teka-teki mengenai masa depan bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo di Old Trafford hampir sampai ke kemuncaknya.
Semalam, United bersetuju menerima tawaran bernilai £80 juta (RM490 juta) daripada Real Madrid untuk melepaskan bintang antarabangsa Portugal itu ke Sepanyol.
Perjanjian itu dicapai hanya dua hari selepas Real berjaya membawa bintang Brazil dari AC Milan, Kaka ke Santiago Bernabeu dengan harga £62 juta (RM351.6 juta).
Menurut kenyataan kelab Red Devils, mereka telah bersetuju dengan tawaran berupa rekod dunia itu daripada Real selepas Ronaldo sendiri menyatakan pendiriannya untuk meninggalkan Old Trafford.
"Manchester United dengan ini bersetuju menerima tawaran yang merupakan rekod perpindahan dunia bernilai £80 juta (RM490 juta) untuk melepaskan Cristiano Ronaldo ke Real Madrid," jelas kenyataan rasmi kelab England itu semalam.
"Atas permintaan Cristiano yang berulang kali menyuarakan keinginannya untuk meninggalkan kelab, maka selepas berbincang dengan wakil pemain itu, United bersetuju memberi kebenaran kepada Real Madrid untuk mendapatkan pemain itu.
"Perkara-perkara mengenai perjanjian ini dijangka diselesaikan pada 30 Jun. Dengan itu, kelab tidak akan mengulas sehingga notis selanjutnya."
Untuk rekod, perpindahan Ronaldo ke Real berjumlah £80 juta (RM490 juta) itu merupakan perpindahan terbesar dalam sejarah bola sepak.
Jumlah itu berjaya mengatasi nilai perpindahan Zidane Zidane dari Juventus ke Real pada tahun 2001 yang bernilai £63 juta (RM363 juta).
Sementara itu, Real yang kini dipimpin Florentino Perez turut mengesahkan bahawa mereka telah mendapat persetujuan daripada United untuk membawa Ronaldo ke Santiago Bernabeu.
"Real Madrid mengesahkan bahawa tawaran yang diberikan kepada United untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo telah dipersetujui," jelas kenyataan kelab gergasi Sepanyol itu.
"Kelab berharap dapat memeterai perjanjian dengan pemain itu dalam beberapa hari selepas ini."
Usaha Real untuk mendapatkan Ronaldo telah bermula sejak 18 bulan lalu, namun gagal mencapai kata sepakat dengan United.
Begitupun, United gagal mempertahankan pemain yang dibeli pada tahun 2003 itu sehingga kontraknya berakhir pada 2012 selepas dia sendiri menyuarakan pendiriannya untuk meninggalkan kelab itu kepada Alex Ferguson baru-baru ini.
Dengan keputusan muktamad itu, Ronaldo kini menyertai kelompok pemain berprofil tinggi yang pernah menyarung jersi Real seperti Zidane, Luis Figo, David Beckham, Roberto Carlos, Raul, Michael Owen, Robinho dan Rudd van Nistelrooy. - Agensi
Sumber dari KOSMO
No comments:
Post a Comment
Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo