"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Thursday, November 17, 2011

Hitam Kuning, Hitam Kuning, Go Tigers... !!!





Salam, pembukaan yang penuh semangat.. Tahniah ke atas team Harimau Malaya bawah 23 tahun atas kemenangan di antara Perlawanan akhir kumpulan A  menentang Indonesia dengan keputusan penuh Malaysia 1 Indonesia 0 sempena Sukan SEA di Stadium Bung Karno,Jakarta baru-baru tadi. Shahrul Azwari berjersi Hitam Kuning No.18 berjaya menyumbat gol pada minit ke-17! Keputusan 1-0 kekal sehingga ke 5 Minit masa tambahan ! jadi dengan ini.. Malaysia dinobatkan sebagai juara kumpulan A dan akan menentang Myanmar pada perlawanan separuh akhir .


Memang best r perlawanan kali ni.. aku tonton dekat tv3 jea.. start game sekitar pukul 8.10pm tadi.. Agak mengecewakan sebab dalam stadium full penuh dengan penyokong pasukan garuda berwarna merah (Indonesia).. Baju biru dan kuning xda pulak difokus pada kamera.. rupa dah mcm penyokong Liverpool jea aku tengok.. hurm xkata jugak r.. sebab game ni dibuat di Indonesia.. memang patut la.. Pepun semangat yang ditunjukan oleh pemain harimau malaya memang terbaik.. kalau nak ikutkan team My malam ni boleh pungut lebih dari 1 Gol sebab team kita dapat mengawal bola dengan baik cuma xberjaya untuk menyumbat gol kedua ! asakan demi asakan dari pasukan lawan pada masa kedua sangat membuatkan aku cukup berdebar tadi.. grrrr..  


#Khairul Fahmi Che Mat (Mr.Kfc) -penjaga gol Malaysia tergelincir semasa menyepak bola buat aku tergelak sebentar.. hehe# sori kfc.. aku gelak bukan apa.. cara ko jatuh tu buat aku nak ketawa sikit.. tapi dalam masa yang sama bila ko jatuh tu semua orang rasa berdebar.. takut ko xdapat bangun dan goal keeper ditukar... ah! kacau r kalau ko cedera.. nasib baik ko dapat maintain balik.. Kfcm dan pemain Malaysia yang lain.. semangat korang memang tinggi ah! cayalah..  go go tigers!


#Masa separuh masa kedua. pemain Indonesia beraksi agak agresif.. giler ah.. dalam masa 5 minit dua kad kuning diberi kepada pemain Indonesia.. grrr.. xpasal2 Ong Kim Swee (Jurulatih MY) kena keluar dari keluar padang sebab bertindak Agresif menegur pemain Indonesia yang bermain agak kasar sehingga mencederakan beberapa pemain MY.. Owh.. mcm tu pun kena keluar padang.. ah! habis kalau penonton suluh lampu lazer dekat pemain.. kenapa xsuruh semua penonton keluar dari stadium?.. erk# contoh la kan.. erm.. btw, banyak kad kuning yg dilemparkan pada pemain Indonesia dan Malaysia pada game kali ni.. 


Nota Jjinbbang :
 Menjerit kegembiraan aku tadi! fuhh. best dapat tonton dekat rumah berbanding di kolej!

1 comment:

  1. bangga menjadik anak msia...smoga dpt ler pingat emas ye..hee

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !