"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Saturday, February 18, 2012

Praktikal #3 :Jaga Patient 'fracture'

Assalamualaikum ,




Hari ni dah start praktikal di wad baru. Keadaan wad lebih kurang mcm wad yg lepas tapi wad ni lebih fokus kepada pesakit yang 'fracture' mean patah-patah"" .



Kerja yg aku buat hari ni just mcm biasa.. observation,dxt, i/o,Injection dan basuh BO/PU .oh mai godd.. hari ni banyaknya pt yg kena aku cuci bo.. pt dah la fracture. nak gerak sikit sakit.. nak kalih sikit menjerit.. lepas tu mcm mana nak cuci dan tukar kain? sabar mehh.. dugaan semasa berpraktikal.. kena guna 'Critical Thinking' so bila dpt pt yg mcm ni dah tahu la nak buat mcm mana kan.. so alhamdullilah semua berjalan lancar mcm naik train jea ;p thank to my friends yg tolong aku. kalau aku sorang buat.. xmampu meh.. berat siak besi dlm kaki pt.. 



Hari ni banyak pt yg aku dan kekawan kena cuci bo.. korang tahu cuci bo tu hape? cuci bo tu maksudnya kena basuh berak . paham? erm, bahasa mudah.. basuh tahi pesakit yg xboleh  bergerak sendiri.. erm, org selalu pikir benda tu kotor.. geli la.. berbau la..sambil buat muka kambing* tapi sebagai budak jp..dah biasa dengan benda tu.. kalau dulu boleh la aku nak mengelat dari buat kerja tu tapi sekarang no way.. aku dah senior kot.. seharusnya jadi contoh yg baik kepada dak junior.. jadi buat je ok, xpayah fikir kotor ke, busuk ke.. itu memang kerja kau ;]. kasihan dekat pt tu, kalau x cuci sapa nak cuci.. dia xboleh gerak.. penjaga pun xda.. kdg2 harap je pt tu ada penjaga sendiri tapi bab cuci bo semua lepas tangan dekat nurse.. nurse plak  suruh dak jp buat.. dan jp tu pulak adalah aku.. errmm ;)



Tadi dekat wad. kebanyakkan pt yg fracture disebabkan kemalangan.. patah tangan, patah kaki dan yg tulang hancoq terus pun ada.. dasyat. kasihan tengok. umur muda-muda ag.. baru form 4, form 5. bila dah jadi mcm ni terpaksa la ambik cuti panjang xpergi sekolah.. hum, kasihan kan.. btw, sebagai jp yg bertugas aku boleh tolong jaga diorang jea.. serba sedikit.. yg mana boleh tolong aku tolong.. yg mana mcm advance sikit suruh sn buatkan. itu jea.. ;)




Praktikal banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan yg sihat ! seriusly! bila kita jaga orang sakit kita akan lebih bersyukur dengan apa yg kita ada sekarang dan benda ni akan mengajar kita unt menghadapi masa hadapan ;). 


# Bahasa medical yg digunakan


JP : jururawat pelatih
BO : berak
PU : kencing
PT : patient
SN : staf nurse
Fracture : Patah tulang


3 comments:

  1. wad yg kiter sllu msuk sbb kerap accident..hehe

    ReplyDelete
  2. cuci bo? huu... serius kalau kb, tak sanggup.. lgi2 org yang tak kenl.

    ReplyDelete
  3. Mula2 jumpa jp t'gerak hati nak tanya dlm komen, tengok2 dah ada kat last part of the post :)

    Baguih awak ni,nurse yg dedicated pada kerja. Bukan apa, kadang2 kalau p hospital, sedih tengok nurse ada yg garang2...

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !