Alhamdullilah , semalam adalah hari terakhir aku management di wad medikal selama 2 minggu. akhirnya tiada lagi kepenatan sebagai budak management. xtahu nak cakap apa. management sangat memenatkan dan korang akan banyak belajar dari sn di wad.
So hari ini , aku dah start sambung buat praktikal di wad psikiatrik (mental) , untuk kata yang lebih mudah adalah wad gila. kali ni praktikal bukan untuk management, kali ni hanya praktikal biasa as kkm student nurse. so aku nak cerita sikit la mengenai hari pertama aku di wad psy @gila . ini adalah kali pertama dalam tempoh aku menjadi student nurse -am shif- . so mulanya memang aku sangat-sangat excited bila dapat praktikal di wad psy. tapi dekat wad ni pesakit hanya ada2 orang pesakit psy. itupun adik beradik.
Untuk pesakit pertama kes dia agak luar biasa sikit. kes under relapse schizophrenia . kes ulangan. aku ada baca history dia tadi -__- . dia adalah pesakit under grandiose , xmengaku mempunyai mak dan ayah padahal ada, claim yg dirinya adalah seorang raja dari europe dan ada kerajaan sendiri , dia disumpah menjadi lelaki melayu sebab tu dia mempunyai wajah lelaki melayu ,waiting for her wife to take her back from ward padahal yg sebenarnya xda pun. dia adalah perempuan tapi mengangap dirinya sebgai lelaki.so dia berpewatakan lelaki, sebijik ! claim her name is alex franco. sekali kalau dia bercerita memang semuanya luar dari kotak pemikiran kita tapi gaya mcm betul. so itulah dia. lagi lama aku layan dia bersembang lagi sakit kepala aku .
Untuk pesakit kedua adalah kakak kepada alex . memang adik beradik yg sebenar tapi alex x mengaku pesakit kedua ni adalah kakak kandungan. dia cakap itu adalah kakak melayu angkat. sebab dia kata dirinya adalah orang putih yg disumpah . pesakit kedua digelar Pit, dia xbagi panggil nama sebenarnya. dia mengaku dirinya pengkid , turut berwajah dan berpewatakan seperti lelaki mcm alex tapi mengaku yg dirinya yg sebenar adalah perempuan. dia percaya yang dirinya ada special power mcm boleh dengar dan rasa something. 6sense mcm tu la. history dia sebelum ini agak menyeramkan dan xperlu diceritakan kt sini. pagi tadi aku banyak bersembang dengan dia daripada alex sebab dia ni ramah dan comel . even mcm lelaki tapi dia tetap comel ;) . kalau alex, memang mcm lelaki sungguh sampaikan kita akan rasa takut nak dekat dengan dia sebab kita perempuan.
So macam tuela. pesakit hanya ada dua orang jea tadi. memang sikit sebab tempat aku buat praktikal ni kecik jea tapi ok lah tu. sekurang2nya dapat pengalaman kan. pesakit psy dua orang ni under rawatan ubat anti-psychotic. jadi diorang akan diberi ubat mengikut masa dan bila diorang ambik ubat kita boleh kawal diri diorang. kalau diorang tertingal ubat diorang boleh jadi agresif dan membahayakan. setakat ni xda lagi kes agresif so nantikan cerita kisah aku di wad psy yang seterusnya ;) .
Baru teringat , 3 hari lepas wad medikal tempat aku management ada pesakit psy . sorang jea. dia bertindak agresif masa kat wad hari tu . dia mengamuk kata nak bunuh doktor sebab doktor tu ada buat something kat dia. time tu semua staf wad kelam kabut simpan benda2 tajam di wad mcm gunting pisau dan sebagainya. pesakit psy tu akhirnya diikat diatas katiluntuk elak dia bertindak agresif lagi. grrr. takut kan? bahaya doh. tapi nasib baik dia cakap dulu yg dia nak bunuh doktor, katakan dia xcakap?. terus bunuh .memang naya . Itulah dia pesakit psy. diorang akan cakap kat kita dulu sebelum diorang buat sesuatu ataupun diorang kasi hint. so korang kena faham untuk ambik tindakan seterusnya. okay ;). masa ni aku xda kat wad, aku cuti ! kawan aku yang ceritakan kat aku. rugi betul aku xda dalam situasi macam tu .
hmmm..... pengalaman tu awk. tak semua org ada
ReplyDeleteeee merisaukan
ReplyDeletenmpk cm sng keje wad mcm ni
tp bahaya
akk kpd akk pon keje wad ni jugak
mesti payah kan nak handle peasikt cam dorang tu..sangat challenging...kutip la segala pengalaman masa berpraktikal nie :">
ReplyDeleteAin Dzaya:Saya Nak Ramai Kawans Blog ♥