"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Monday, September 10, 2012

Management : Day 2 ( Pakaikan kondom )

Assalamualaikum,


Tadi masuk kerja shif petang pukul 1.40pm  (lps siap zohor). budak management kena datang awal sekurang-kurangnya 15minit awal sebelum masuk kerja pukul 2pm. sebenarnya dari sem 1 kiteorang diajar datang 15minit awal untuk posting klinikal dan ke kelas teori dan 15 minit awal untuk bdk management adalah wajib. kalau ko junior lagi, dtg lambat ke wad, stil boleh dimaafkan tp untuk budak management sorilah ! .



Macam aku beritahu semalam , hari ni aku kena jaga cubicle patient acute . Acute maksudnya adalah pesakit2 yg dalam pengawasan tinggi Dr. dan staf nurse dalam masalah kesihatan yg dialami. dengan kata mudah , kebanyakkan patient acute adalah pt yg menggunakan ventilator dimana kalau korang tengok , mereka adalah pesakit yg menggunakan banyak wayar , tubing , branula (jarum) -IVD ( botol air) yg bersambung disekeliling pesakit  . kenapa mcm tu? sebab kebanyakkan mereka adalah pesakit dari ICU . so kalau dari ICU, paham2 jeala.


Tapi untuk hari ni , pm shif. pt yg on ventilator hanya seorang. so oklah. xdalah mcm kelam kabut sangat. dan vital sign dia sepanjang pm shif ni pun normal jea. kira ok lah. yg bestnya untuk hari ni aku dibantu oleh adik junior aku sem 4 , diorang yang siapkan semua observation unt v/sign , dxt monitoring, cvp reading , feeding ryle tube , IVD,I/O dan la banyak lagi . so aku memang sangat-sangat bersyukur sebab ada diorang yg tolong aku untuk buat semua tu jadi aku boleh fokus kepada management report aku ;) . student swasta -lincoln pun banyak membantu tadi. terima kasih eh. kalau xda diorang jenuh aku nak cover semua dan bila masanya aku nak siapkan report?. grrr. so hari ni management aku berjalan sangat baik .



Ini hanya selingan cerita yg aku nak coretkan kat sini . tadi ada seorang pt aku (lelaki, 22) yg kena off CBD dan change to Condom Cathether . aku mula2 berat jugak nak buat benda ni , selalunya kalau kena pun mesti students jururawat lelaki atau students M.A lelaki tapi kat wad ni xda pulak student lelaki  dan bila aku yg manage cubicle ni jadi aku le yg kena buat. xkan nak kc adik junior buat benda ni kan? so budak management xboleh lari. okey ;l . dengan hati terbuka pergilah off cbd pesakit ni dan part pakaikan kondom kt dia,  aku mcm kekok sikit tapi berjaya la. nasib baik pt dalam keadaan restless so mcm senang le nak pakaikan. kalau buat kat pt yg sedar. mmg ntahla. xthu nak cakap apa . -__- . so biasalah. nurse memang kena buat benda2 tu semua. bagi yg xbiasa akan jadi terbiasa . itu jea.



Hari ni staf nurse yg guide aku agak baik giler. so memang agak senang aku buat nursing report tadi sebab dia ajar yang mana aku xfaham ;) . tadi balik lambat sikit. pukul 10pm baru sampai pintu kolej. sepatutnya kiteorang kena sampai kat kolej selewat-lewatnya  pukul 9.30pm untuk rollcall malam tapi bila dan posting management manalah boleh balik awal selagi report xsiap so hari memang lambat sikit balik .



Itu jea setakat hari ni. esok , aku start kerja malam .


2 comments:

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !