"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Saturday, April 27, 2013

Tangguh sem

salam ,


untuk student tahun akhir dan sem akhir macam aku ni perkara yg paling ditakuti ialah tangguh sem ,
seriusly .. tambah-tambah sekarang ni tinggal  sebulan setengah je lg nak seat exam LJM (lembaga jururawat malaysia) dan lusa (29/4/13-30/4/13) aku akan seat untuk final osce , dan 2/5/13-3/5/13 aku akan seat untuk final exam for teori . so kiteorang memang dinasihatkan untuk jaga kesihatan dan diri elok-elok untuk elak dari sebarang kecelakaan yg boleh menyebabkan kena tangguh sem .



saat-saat mcm sekarang ni boleh dikatakan darah manis la kalau org tua-tua cakap . selalunya parent akan marah kalau anak dia merayau keluar rumah balik lambat or jejalan jauh kalau dah dekat dengan hari penting  ni . n xpayah cakap la, kalau bapak aku xmarah , pengajar xberleter kalau aku keluar jauh-jauh aku tetap xkan keluar jauh sebab aku takut sangat kalau jadi apa-apa kat aku . seriusly . contoh kalau aku kena tangguh sem sekarang , aku kena tunggu bulan 12 nanti untuk seat exam LJM padahal sepatutnya time tu aku  dah sepatutnya kerja .. perhh , mintx simpang . nak repeat balik sem 6 selama 6 bulan? kau gilerr. banyak benda lagi plan masa depan aku .. so aku mintx sgt perjalanan sem 6 aku ni berjalan dengan lancar .



aku tulis psl ni bukan sengaja , exclly ada sorang member aku baru je mengalami accident td , n dia mengalami close fracture dkt tangan kanan dan telah dipasang POP , dan pada hari lusa kiteorang dah nak seat for final osce . so mcm mana dia nak seat exam kalau tgn dia dah POP? kau giler .. so tadi ura-ura mengatakan dia kena tangguh sem sbb nak tunggu dia recover darI fracture yg dia alami. aku xtahulah nak cakap apa. rasa dem sedih kalau dia betul-betul kena tangguh sem sebab beberapa hari je lg nak final exam . T_T , sedih siak . dah habis pulun untuk 3 tahun belajar , cuma tinggal nak seat final exam dan LJM je lg , last2 jadi mcm ni. Emm, tapi berita ni masih baru . kata putus dari pihak atasan belum dikeluarkan . aku harap dia xkena tangguh, walaupun dah pasang POP kat tgn maybe ada cara lain untuk dia seat exam??  plissssssssss help her to seat exam with us JP 2/2010 .



Korang yg nak hadapi exam penting kat luar sana xpayahla nak mengedik-gedik sangat kat luar, jalani je hidup yang sihat kat asrama/rumah sepanjang tempoh beberapa hari nak exam . nanti jadi apa-apa kat diri . susah doh!xpsl2 kena tangguh sem . tapi ingat , malang xberbau . tapi kalau ini jea cara yg boleh dielak . y not korang ikut? ..
.

aku doakan yang terbaik buat kau kawan . JP 2/2010 sentiasa ada untuk kau ! .



1 comment:

  1. assalamua'laikum..
    waH!LAMA gila tak masuk sini.
    dah final year rupanya.
    alhamdulillah..
    amalkan 5s untuk menjaga diri sepanjang menghampiri/ semasa hari exam. in sya Allah ok :D

    entri terbaru pakcik (sebelum update) :

    Perbezaan Ikan Keli yang Halal Dimakan dan Haram Dimakan

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !