"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Saturday, December 29, 2012

Pakat Mai Pesta Penang 2012 | iCity Penang


Assalamualaikum ,


Kalau kita tengok , tv3 sekarang pulun tengah promot Jom Heboh dekat Stadium Bukit Jalil . Bila iklan jer xhabis2x dengan promot jom heboh dan lintasan langsung dari sana dan dalam masa yang sama  tv3 juga mempromot kempen sayangi selangor dekat iCity . mcm best kan? tapi kita xdapat nak g sebab baru je pergi beberapa hari lepas .


So , aku sebagai orang utaqa rasa terpanggil nak promot negeri pulau pinang (cewaaah, haha) bukan salah tv3 xpromot pesta penang yang dah lama berlangsung tapi mungkin sejak penang di bawah jajahan yang berbeza dari dulu so everything berubah~oh men. dulu masa aku sekolah , aku ingat lagi . setiap kali bulan disember je mesti tv akan promot pesta penang dengan lagunya sekali n bila orang penang dengar kiteorang rasa bangga giler?! hehe.  but now mana ada dah semua tu. malas cakap banyak nanti kalah pakcik2x kepochi dekat kedai kopi .


Semalam 29/12/12 aku telah menjejaki kaki ke pesta penang 2012 , rasanya setiap tahun aku memang xterlepas g pesta penang neh sebab aku kan orang penang? so mesti r support pesta ! nasib baik aku study dekat kkas so bulan 12 memang aku akan balik cuti sem, alhamdullilah ;D.sedey wei kalau xleh g. mcm mana pon aku kena pergi ! dan untuk  pesta tahun 2012 ni semua abang2x aku busy dengan kerja dan xda sorang pon leh bawa aku g pesta tapi disebabkan aku asyik loqhat jea nak pergi sana sebelum balik kolej hari isnin ni dan terlampau annoying di telinga diorang , salah sorang dari abang aku terpaksa ambik MC demi nak bawak aku g sana . thankzzz bro ! luv u lah .



Macam biasa. entri aku mesti le akan ada banyak gambar . aku kan budak perasan cun yang giler ambik gambar dan suka bergambar~ oh men .



Pintu masuk pesta ;) , semangat giler ;D.

Saja nak tunjuk ! bagi yang xtahu lagi pesta penang berlangsung setiap tahun pada sepanjang bulan disember ;)


hokey x? ada mcm budak sarkas? huhu , ada lagi yang lagi dasyat/rock tapi dah ramai yang capai. aku sempat capai yang ni je .

Expo kat pesta memang sangat murah . sebab jualan secara borong so harga memang turun habis . paling murah dan paling berbaloi nk beli adalah baju jubah. perhh! memang murah. kalah harga kat masjid india, kl dan pasar kemboja parit buntar, perak .

Ini jubah yang paling giler murah  dan cantik sangat ! suka ;D
em aku cakap jea cantik tapi aku sendiri xpernah pakai jubah, huhu -_-'' , tapi teringin r nak jadi ayu-ayu ni.


Welcome to Taman Mini , Pesta Penang

welcome , inilah yang aku katakan iCity penang!  dalam ni terkumpul banyak jenis pokok/bentuk yang berlampu warna warni . aku xthu r nama spesifik bagi pokok berlampu ni? dekat iCity aku sebut mcm ni jugak . ngegege.

Pintu depan taman mini , btw taman mini ni masih baru. rasanya baru start masa pesta penang 2011. ramai giler yang sakan bergambar kat sini . samalah dengan aku ;D

Ada pokok sakura chomel ;) , nak g jepun xdapat. kat sini pon jadilah.

Ada bentuk love lagi. smart ah . sesuai r yang datang berkapel . saya datang dengan family tapi saya dengan adik je yang masuk. yang lain xberminat nak masuk ;'( . haha

Giler syok bergambar sampai semua orang mcm usha pelik aku dan adik ~oh men
lepas habis bergambar dekat taman mini , tengok mak tengah tunggu kat sini, pergi kat dia dan bergambar ;) . Niela mak saya .

EURO THEME PARK , PESTA PENANG

Okay , tadi tu bahagian expo , sekarang bahagian taman tema . taman teman euro ni memang besar r . sangat!  memang seronok , memang enjoyy, memang puas ! ;) so kalau datang sini xsah la kalau aku xmain .

1 Token + RM 2.


Skyrider and Euro Wheel ;) . dua2x dah naik .best sangat !

Topgun! boleh tahan extreme .

Aku naik roller coster dengan adik ~ emm cuti sem aku bina pipi jea. saja nak bagi tembam mcm qhalif  (anak bro ben) ;D


Ini adalah Vortex. game yang paling extreme kat euro theme ni . kena 6 token/per game . bukan calang2x orang boleh naik ni, yang berani jea . kalau ko xberani , ko menangis la nak turun kat atas tu .yang ni paling mahal la tapi puas. aku dah naik tahun lepas dengan my bro. rasa mcm nak tercabut jantung sangat2x , tobat aku xnaik naik daaa. cukup r dapat rasa sekali . memang gila .


Aku pergi pukul 5.30pm semalam , jalan jem dekat jambatan , mcm biasa r . n sekali lagi jem teruk dekat jalan nak masuk tapak pesta !. itu xpayah cakap. memang sepanjang pesta berlangsung jalan tu memang akan jem . Bergerak balik dari pesta pukul 12am. sampai rumah pukul 12.45am kot . memang lama giler kat pesta tapi still xpuas membeli . huhu . biasalah perempuan eh ;)


Itu jea nak ceritakan kat korang .


Terima kasih sebab baca sampai habis , hebat!




Tuesday, December 25, 2012

Cousin Wedding | Midnight at iCity, Shah Alam

 
 Assalamualaikum ,


 hi korang ;D


Camne cuti? ada best ka? ada duit masyuk untuk gaji bonus/elaun bulan? ;-)
tup tap, hari berganti hari cuti final sem aku dah nak sampai ke penghujung , mak bapak kat rumah dah busy shopping baju sekolah dan peralatan sekolah . yeah, bila ckp pasal sekolah, aku mula rindu dekat sekolah dan my classmates tp bukan kerja sekolah kay ;-) .



So, entri kali ni adalah entri klimaks untuk bulan december yang penuh dengan kenangan yg ohsem . pada 21/12/12 aku dan family (ayah, ma, adik, me) telah menghabiskan sisa cuti yg masih ada di Selangor-KL . Niat di hati hanya nak pergi kenduri sedara ayah kat puncak alam tapi ceritanya bila aku yang join sekaki mesti ler akan g jalan2x kan?! ahak ;D. KL! My future job place hokey . doakan aku dapat keja di  hospital sana . Aku dah lama idamkan nak berhijrah ke sana.



Aku pergi sana naik train under tajaan abg aku yg t'lah menempah tempat tidur untuk aku dan family membe yg lain , so thankzz la untuk kau abang hafiq! masa pergi tuh, ada story nak cerita sikit ah kt sini .aku dapat katil no 6, manakala adik no 8 (dua2x katil bawah dan berhadapan) . atas katil adik aku ni adalah penumpang lain (katil no 7) --> lelaki ,budak u/poli/, umor? sebaya dgn aku rsanya. n dia bawak membe dia sekali duduk atas katil unt menyembang . dan apa masalahnya dgn aku? masalahnya adalah mamat ni sangat annoying sepanjang perjalanan train ke kl . dia pulun bersembang dengan membe dia dgn menggunakan level suara jantan yang kuat sehinggakan aku rasa separuh koc train boley dengar suara  dia.. katil aku kan berhadapan dengan adik aku , katil dia kan dkt atas adik so memang dekat lah dgn aku , so memang aku ni boley dikatakan pendengar utama topik diorang bersembang , hisss, sakit hati memang xpayah cakap. aku rasa macam nak jerit je kat diorang suruh sengap tapi hati ni asyik tunggu penumpang senior lain yang menegur diorang, kalau aku tegur macam xmanis pulak sebab tempat umum tp sampai ke habis, xda yang tegur, ohh, memei hampeh xkata. kita beli seat tidur sebab nak tidur so buat pe ko nak sembang2? kalo bisik2 xpe. ini idok! terpekik2! menganggu tidur aku dan ore lain. ishh, memang geram betul hari tu. sampai pukul 5pagi xhabis2 menyembang.  pukul 5-7am barulah reti sengap. pukul 7 sampai kl sentral . masa nak sampai kl sentral , adik aku datang mengadu kata xleh tidur sebab orang atas dia bising , aku pun cakap kuat2 mcm ni kat adik aku , mcm manalah hang nak tidur kalau ada orang tu bersembang macam kat kelab malam dari malam ke pagi dengan membe dia kat katil atas hang tuh!!! haa. hambik kau! budak laki tue pandang aku 18 inchi jea.. huh! peduli apa aku!. aku xcukup tidur ko nak bayar?!.erhh, so pesanan untuk org kat luar tuh , kalau ambik seat tidur train jangan ada hati nak buat katil tu tempat menyembang mcm kedai kopi ! ingat sama kita share koc dengan orang lain, semua orang nak tidur , jadi jangan buat bising hokey! menyampah kitew tau (!)



dan ini adalah kisah ohsem aku sepanjang berada di sana.
22/12/2012


Diambil oleh sepupu dan dibawa ke rumah diorang di Klang . kiteorang akan tidur di sini sepanjang berada di sini ;) . so thankzzz.


Rumah kenduri -Puncak Alam
Bergambar dengan raja sehari+ saudara mara  yang turut hadir memeriahkan majlis ;) , sebelah kanan dan kiri aku adalah sepupu rapat aku yang tinggal di sebelah rumah aku di penang . diorang turut hadir sebab tempat study diorang dekat dengan rumah kenduri . untunglah kan belajar kat uitm shah alam dan puncak alam .

at Midnight!
Sepupu ada tanya nak pergi jalan-jalan x malam ni?. aku dengar berbesar hati jawab nak pergi iCity sebab sejak iCity buka aku teringin nk pergi sana tapi still xberpeluang . dan akhirnya.. my dream come true ;D . here we are !

iCity
Pokok krismas ;) terlalu tinggi sampai xcukup pixel kamera -_-''

With my dua pupu , farah norain namanya, (muda setahun dari aku) . lincah orangnya. dia yg drive kiteorang g iCity malam tu . Perhh, jalan nak g icity malam tu jem giler ! tersekat dalam 20 minit maaa . maybe sbb malam minggu , semua bebudak/awek nangis soh parent/pakwe bawa diorang g icity -_-''

Versi kuno! aku nampak gigi aku je dalam gambar ;D ~ OH MEN

ini adalah ...... (apa xtau?) , ala2 mcm roller coster tp slow dan hanya dua org jea boleh naik untuk satu car . nak naik bukan free kay . kena bayar RM 20/per person . Dia pusing2x sekitar 1tempat di iCity bukan semua tempat le sbb iCity besar wehh. so bila naik ni bole la bajet tapak kaki diorang nak berjalan ;D.

Snow man yg sangat comel ;) . teringin nak buat sendiri guna ais salji . errrr tp sampai sekarang xdapat2 lagi.  for my future hubby , nanti kita honeymoon dekat negara bersalji eh ;-) . korea ke?

Adik aku kononya berada di dunia fairytale ;) , terhegeh2 nak beli cekak ribbon yg berkelip2 tu !, haha, budak2.

Hokey , xpayah cakap . memang cun! tengok yang real lagilah cun habis! tetiba terfikir , berapalah kerajaan selangor bayar untuk bil elektrik iCity? haha

Ain , my little sis , baby (adik ain)

Bergambar dalam big wheel ,iCity ;). aku dapat usha satu bandar shah alam semasa berada dalam neh ;) . nak naik big wheeel RM10/Per person .  (Big wheel ni mcm eye on malaysia tu)

background ni sangat cantik kay!

Konon mcm dekat china town!

with the biggest burung merak dekat iCity . Bahagianya aku bole bergambar kat iCity  . i likkkkke ;)

Setiap game yang korang naik kat iCity akan diambil gambar oleh photographer diorang . lepas tu diorang akan jual pic size 6R , kalau korang nak gambar tu . sekeping RM 20.

Yess! ini adalah snow walk , idaman manusia2x yg impikan nak main ais salji konon2 kat korea . RM 35/per person (basic) xtermasuk harga baju sejuk + kasut+ stokin . aku memei nak masuk sangat! tapi mak xkc even aku nak guna duit sendiri jea . errr. -_-'' mak cakap nanti2lah kita masuk . T_T . tapi xpeala, janji malam tu dapat g iCity. itupun dah cukup.

Sebelum berangkat nak balik ;) . rampas adik punya cekak riben berkelip2 tuh . nak perasan budak jap. hehe . Btw. time ni dah pukul 1.30am rasanya.

Last shoot ! Bye2 iCity.
 Kisah kat iCity yang bestnya masa nak parking tu mcm susah sikit sebab terlalu banyak kereta yang dah parking so kiteorang juz parking tepi jalan depan iCity tp still dalam iCity. secara amnya kita tahu yang kalau nak masuk iCity waktu malam 1kereta kena bayar RM 10 kan? tapi malam tu kiteorang xkena apa2x charge pun. y? ntahlaa.. maybe dah ada orang tolong bayarkan untuk kiteorang kot. hahaha. aku dah terfikir yang aku masuk sini secara haram mcm kat kapal semudera, melaka hari tu. ;-). shhhh. emm, kat iCity ada waterpark yang baru buka tapi waterpark buka waktu siang je , harga nak masuk waterpark? standard harga iCity lah . RM 30 ++ . 1 Lagi sebagai orang penang aku nak cakap yang iCity sebenarnya lebih kurang mcm Pesta Penang je . ada pelbagai jenis bentuk lampu2 berkelip tu  pastu ada beberapa game mcm kat fun fair pesta penang tapi fun fair pesta penang lagi besarlah ! cuma kat iCity lebih fokus kepada pelbagai bentuk lampu berkelipan  +snow walk +waterpark yang hanya boleh didapati di iCity dan kat pesta mana ada semua tu.. kat pesta kita hanya ada taman iCity tu jea . Tapi, pesta penang ada expo jualan barang , dekat iCity xda expo mcm pesta -__-'. hehe. dua2 best !



2nd Night (sebelum naik train untuk balik pada pukul 11pm)
Jejalan sekitar masjid india yang fofular dengan barangan yang murah , seriusly ini adalah kali pertama aku sampai masjid india. emm, bagi aku masjid india ni lebih kurang uptown shah alam je ;) tapi ada barang yang gila murah yang xkan korang jumpa kat tempat lain selain kat majlis india cth , shawl , baju2x. ;-) .mcm heaven kalau baru dapat gaji shopping kat sini . tapi yang aku perasan la kan , kat sini ramai betol orang indonesia yang jual2x barang kat tepi jalan. errr . jual apa tahu? jual henset Galaxy Note 2 dengan harga RM200. giler? haha, xgiler lagi sebab itu hanya galaxy note buatan cina . kalau yg ori dah lama aku beli kot. hahaha. mana nak dapat galaxy note 2 dengan harga rm200? kecuali dekat masjid india.


Singgah makan malam kat sini . Murtabak dia sangat ohsem! rugi kalau korang x rasa ;) , Thank kak shahida sebab belanja aku makan ;)

Jalan masjid india ;) ramai xkata. pencopet pun banyak. so kalau jalan2 kat sini kena berhati2 kay.

My parent ,with kak shuhaila (dua pupu dengan aku)


Btw, dekat selangor-kl adalah dimana ramai sedara ayah aku tinggal di situ . Klang ,Subang , Shah alam, Sungai buloh dan beberapa tempat lagi yang aku xhingat dah sebab faktor aku bukan macam orang kat sana yg dah selalu dengan nama tempat sendiri . n ayah aku sendiri masa remaja kerja di KL . lama jugak ktanya sampai dia dah boleh hafal jalan2x kat situ . n after married dengan mak barulah pindah penang ! so dengan rasmi jadilah aku sebagai orang penang ;)



Masa balik , again! my bro belikan tiket tempat tidur dekat aku dan yg lain , still katil bawah. masa kat katil tu, kebetulan ada uncle yg agak berumur dapat seat katil atas katil aku , sembang2 sikit dgn dia. dia cakap dia nak tempah katil bawah tp xsempat tempah sebab dah penuh so terpaksa ambik katil atas. emm, aku tengok uncle ni memang dah berumur da pon, kesian ah kat dia nak naik turun tangga untuk naik katil . lagipun katil atas memang xfriendly untuk orang tua mcm uncle ni so aku try my best ajak dia tukar katil , dia ambik katil bawah dan aku ambik katil atas. emmm, tapi dia xnak. aku try lagi.. dia tetap xnak. n lastly aku memang betul2x nak tukar dengan dia ni so aku cakap mcm ni kat uncle . emm. uncle saya dah selalu dengan katil bawah ni, xpernah rasa tidur kat katil atas, so hari ni rasa mcm teringin sangat nak tidur kat katil atas. boleh x kita tukar? emm, n u know what. uncle setuju ! yes akhirnya.. aku rasa seronok sangat sebab dapat buat kebaikkan yg mcm ni, rasa indah je dunia ni. so malam tu memang 1st time aku tidur katil atas sebab selama ni memang tidur kat katil bawah jea. n perasaan tidur kat katil atas adalah rasa selamat sebab katil kita dibahagian atas so xda sapa yg nak tengok2x kita . huhu. dan dah tidak diganggu dengan bunyi2 tapak kaki orang berjalan nak pergi tandas ;) . so that all kisah dalam train masa balik .



Bad Moment
Ini kali berapa ntah aku datang selangor-kl atas faktor jumpa sedara mara . byk kali jugak ah kalau kira dari aku bebudak lagi . emm. btw, ada 1 lagi pengalaman yang baru aku rasa masa kat kl. maybe xsemua orang dapat pengalaman yang mcm ni . emm. ada sekali tu , aku naik komuter dengan semua membe family akulah , destinasi kiteorang jauh lagi sebenarnya. dan masa tu komuter berhenti di pantai dalam untuk turun/naikkan penumpang . n tetiba kan. pintu komuter tertutup 3x berturut. untuk kali ketiga terus tertutup . pastu aircond/lampu semua terpadam n komuter breakdown sepenuhnya. semua orang terpinga2x xtahu nak buat apa. aku? pon xtahu nak buat apa -_-''. duduk dalam keadaan yg panas selama 15 minit jugak ah. penumpang time ni dah mcm nak naik bising sebab xda apa2 feedback dari orang ktm . dah le xleh kuar sebab pintu dah tertutup . n ayah aku dah mcm nak mengamuk . mcm mana ntah dia boleh keluar dari komuter tu n tetiba jea muncul kat tingkap luar komuter koc belakang (tempat aku berada), haha. macam apa ntah ayah aku ni.. dia kecoh kat luar dengan bro ktm yang bertugas . bising sebab diorang ambik tindakan yg lambat padahal penumpang semua dah berpeluh bagai kat dalam tuh . n after that bro ktm tu buka semua pintu komuter dengan kunci kecemasan n alhamdullilah semua penumpang berjaya keluar dari terus terperangkap dalam komuter yang dah breakdwon tu. -_-'' letih wehh. xpasal2x semua penumpang kena tunggu next komuter untuk teruskan perjalanan masing2x . begitulah jugak aku~ oh men. Ingatkan pengangkutan canggih mcm ni memudahkan perjalanan tapi tidak jugak sebenarnya.. cer bayangkan kalau LRT tersangkut mcm tu? cmner nak kuarkan penumpang kt atas tu haa? komuter okay lagi sebab guna jalan keretapi jea . huhu. jenoh nak call ambulan pulak . grrr.




Apa pun, aku bertuah dapat rasai semua pengalaman ni ;) after this kalau terjadi lagi aku xdalah bodo sangat nak buat apa.. haha.



Thank sebab baca sampai habis ;) . sekali lagi, iCity memang best!!


Monday, August 20, 2012

Salam Aidilfitri 2012 , bukan pasal kahwin dah !


Assalamualaikum ,
Salam Aidilfitri,
Salam Raya ,
Salam Sejahtera,


Hi, hampa semua mesti muka hepi kan malam ni? hehe. mestilah kan. raya. mesti la semua hepi. kalau sedih pun xdalah sampai ke malam ? hari raya adalah hari untuk semua bergembira. hari dimana semua orang berkumpul , hari dimana orang mcm aku ni kutip duit raya walaupun xsedar diri yang diri tu dah 2o tahun. ala baru 20 tahun. btw, sebenarnya raya tahun ni aku xdapat duit raya sebanyak tahun2 lepas pun. T_T. bukan xramai yang datang rumah tadi ,ramai giler doh tapi sorang pun xkc duit raya kat aku. grrr.. xkan nak minta? aku pun tahu malu maaa. haha. maybe diorang ingat aku dah keja jadi misi kot. aiyoo.. hilang punca pendapat bulan ni. tapi xpeala. sebenarnya aku pun dah segan nak terima duit raya bila dah besar panjang ni . baru matang sikit.


Suasana pagi raya di kampung aku meriah mcm biasa. hari ni xpergi pun sembahyang raya atas sebab sebab tertentu. so keja aku pagi adalah jadi tauke duit raya untuk bebudak yang datang beraya kat rumah. haha. seronok jugak ;) . teringat masa aku kecik dulu.  beraya kat rumah orang yang kc duit banyak jea.kalau dapat duit 50 sen. lepas keluar dari rumah orang tu mesti kiteorang kutuk2 punyalah. lps tu tahun depan punya raya xpergi dah rumah dia sebab nak jimat masa, kononya la.. hahaha. bongok kan?. biasalah budak-budak. yang budak2 skang ni pulak pesyen xnak masuk rumah. datang beri salam sua tangan. pastu buat muka comel sambil cakap. akak nak duit raya ! haha. well. tranformasi.Seronok bila imbas balik kisah raya masa kecik dulu-dulu. bestt! setiap dari kita mesti ada kenangan kan. so simpan elok2 yea. ;) Nasib baik masa aku kecik dulu aku xda blog jea. kalau ada dah lama aku update kisah raya aku dulu. hahaha.


Sebelah petang , Aku keluar dari rumah. beraya ke rumah kekawan sekolah. mcm biasa. rutin semasa raya mesti kiteorang akan buat konvo bermotosikal ke rumah masing-masing. (2 tahun lagi dah ada kereta sendiri kot) tradisi tu ! seronok bila keluar ramai-ramai. hilang semua stress pasal kolej, assignment, research dan pengajar. rasa mcm otak ni kosong jea. xfikir dah pasal stress yang menghantui diri aku sebelum ni. Alhamdullilah. Kawan-kawan aku ni kisah diorang semakin hari semakin menarik. setiap kali jumpa mesti ada benda baru yang dikongsi ;) . Sekarang ni, dalam geng aku , dah 4 orang (include me) masuk bidang nurse under gov. huhu. sorang sem 1, sorang sem 2, aku dan hani sem 5. tapi semua belajar kat kolej lain-lain. well. lebih baik mcm ni kot. baru best bila buat reunion . bagi aku. mcm kelakar jea. bila fikir keempat-empat kami ni bakal jadi misi suatu hari nanti. 


Inilah kisah raya aku bersama mereka


Ketupat daun palas. aku balut sambil tengok apa celup raya di tv3 ^^

Merdeka raya

xsabar nak sambut merdeka sebenarnya !  aku teringin nak sambut merdeka dekat KL. Mesti meriah giler.  ;)

Kawan awk ke?

Bendera pun nak masuk dalam blog jugak -__-

Akma, arina,hani dan faten ;)

Aku dan mereka bersama di hari raya . xsemua yang ada ni. ada yang balik kg . so tinggal yang tegar-tegar jeala kat sini

Bersama mariam. yam ! ko kena datang beaya kat rumah aku nanti k! mesti datang -_-

Mee udang yang giler penuh dengan udang !. xnampak lagi yang dalam mangkuk tu. Btw, thank to kak na, shima. nanti-nanti panggil la lagi kalau buat makan-makan kat rumah eh.
Kenyang.


With hani. dia baru sampai malam raya semalam. letih! baru balik dari johor -_- btw, bila jumpa aku terus bersemnagat pulak. haha.. ;)

Xready !
Beraya lagi..

Xsoal kenapa aku pakai selaur jean masa raya ? baju yang aku pakai tu baju kebaya sebenarnya. tapi kainnya ketat giler. standard kebaya la kan. aku nak tunggang motor pun xlepas so aku tukar le pakai seluar jean . itu jea ;) .1 hal lagi , kalau aku pakai baju kebaya penuh . mesti pelik. sebab xbiasa  beraya dgn kebaya. huhu.


# Selalu kalau jumpa jea dengan semua kekawan aku ni , mesti akan keluar topik kahwin jea. tapi kali ni tidak yea ! semua fokus pada duit raya. haha. dasar !


Untuk pembaca  blog 'Ini Belog Korie'



SELAMAT  HARI RAYA 
MAAF ZAHIR BATIN

Saturday, March 10, 2012

Baucar Buku RM 200 Tidak Mencukupi !


Assalamualaikum,



Entri ini ditulis di dalam bilik asrama kolej.. Aku baru jea sampai kolej pukul 6pm tadi.. haih, nasib baik peraturan kolej kena masuk sebelum pukul 7pm kalau x lagi lambat lah aku sampai ~



Tadi masa perjalanan balik ke Alor Setar aku singgah Megamall penang kejap. Tujuan adalah untuk menghabiskan baucar buku RM 200  tu. Untuk pengetahuan , aku sebenarnya xdapat pun baucar tu. sebab? kolej aku under kolej sains bersekutu jadi memang xdapat lah.. lagipun maybe sebab kiteorang dah dapat elaun unt buku kut?/ btw. A thousand thank you to Kerajaan Malaysia sebab support aku belajar ! dan mesti ada yang tertanya-tanya kan mana aku dapat baucar dua ratus ni.. Ermm, aku dapat baucar ni daripada abang aku.. dia dapat dan dia xnak guna. rugi kan? totally xrugi sebab dia adik mcm aku ;) so aku boleh guna unt pihak dia.. abg aku ni gila gadjet jea..so org mcm dia ni memang xminat ah dengan buku..buat pew? dari baca buku baik baca dekat internet jea.. lagi pantas dan variety.. katanya. arh! mr. android punya style mcm ginilah. buku? w.h.a.t? grrr.. 



Yang bersama hantar aku tadi adalah mak, adik dan dua org abang.. hehe. aku memang diapit dengan family kalau nak balik kolej.. mentang2x kolej agak dekat jadi semua nak ikutlah ;). Untunglah belajar dekat2x kan. Syukur.Alhamdullilah. Ok. nak share sikit barang yang aku beli tadi dekat popular . aku beli  2 buah buku , alat tulis, botol air dan fail. tu jea. Eh? tu jea? habis xkan sampai xcukup 2 ratus?. grrr.. xcukup sebab bukan beli barang aku jea.. beli buku untuk mak, abg dan adik sekali.. sebab tu ah xcukup.. abg aku yg mula2x cakap xnak guna baucar tu pun beli barang jugak. huhu. biasalah.. dah barang kt depan mata dah berkenan awat xnak ambik kan?.. jadi ceritanya tadi memang banyak ah satu raga tu dengan barang2x kiteorang.. sebelum buat pembayaran aku kira dulu secara total semua harga barang2 tu.. yealah, takut lari bajet.. btw, bila dah total mmg lebih 200 pun... n abang aku kc lampu hijau.. dia cakap on jea.. yang lebih dia bayar.. Ohoo!! omoomo..  sukanya!.. aku mcm nak ambik jea lagi barang lain.. 



Untunglah ada abang kan? erm, kadang2x untung dan kadang2x geram.. biasalah, lelaki.. ada jea mood baik dan xbaik diorang..tapi sebagai adik aku dijaga dengan baik ^^. hahaha. TQ yea.



Ni antara barang yang aku beli




Aku nak explain kenapa aku beli brg2x kat atas ni



Buku Hidup sihat dengan keajaiban Al-Quran : Menarik untuk dibaca bagi bidang yg aku ambik ( ilmu tambahan)

Word Search : Ok, aku selalu sgt mengantuk dlm kelas jadi aku nak buat buku ni bila aku mengantuk dlm kelas.. ^^ . bijak kan? grrr. Ingatkan nak beli buku warna tadi.. nak mewarna dalam kelas unt hilang mengantuk tp xjadi lah.. sebab mls nak bwk kaler g kelas.

Highlight dan Pen : Memang keperluan sebagai seorang pelajar derrr..

Kotak Pensil : aku beli sebab kotak pensil tu ala2x mcm korea.. hahah.. terukkan aku?.. grrr.

Kalkulator : Nak masuk wad nanti kena bwk kalkulator so kena belilah ! tapi mesti ke beli yg kawai mcm tu? hehe.. saja.. asyik beli hitam dan blurblack jea.. nak jugak merasa benda kawai ni.. so belilah ^^.

Botol air 'BPA free' : Dah lama aku aim nak beli botol air yg 'bpa free'  jadi bila dah ada baucar aku bali jeala. xrugi.. baik unt kesihatan yang berpanjangan .



Ok, itu jeala yg ada dlm gambar yg lain xpayahlaaa..



Aku sangat frust sebenarnya sebab buku koleksi komik lawak kampus yg besar tu dah habis dekat popular.. aku nak beli yg tuu tapi xda tadi.. Huh! sabar jealah!..



Abg, terima kasih byk-byk yea. saya akan ingat jasa abg sampailah semua brg itu habis.. ^^
gurau jea..




# Ok, esok ada kelas. bye. goodnite.

Friday, November 18, 2011

Jom Kenal Top 10 Malaysian Youtubers !




P/s : Aku dah letakkan link official youtube channel setiap youtubers di atas..

Mat lutfhi berada di tangga keatas berbanding youtubers yang lain.. Tahniah matlutfhi.. aku akan sentiasa menyokong video kau...  apa yang menarik dalam video ko adalah gaya bahasa utaqa ko memang asli! memang kedah bangga r dapat rakyat mcm kau.. Setiap video ada input yang boleh aku ambik.. dan muka yang agak comey mengalahkan gadis korea yang xbley blah tu kan# wohoo! aku xcakap.. aku juz taip jea..  dan  ada jugak orang cakap muka kau mcm Eunhyuk -Super Junior..  haish! eunhyuk tu jgn memain k.. dia bias kpop lover tuh.. nak kata ada rupa mcm kau ada la sikit.. mirip la jugak.. aku kasi 30% mirip mcm kau.. ;D  pepun.. sekali lagi. video ko memang sangat kelakar dan xmenyesal aku download semua video ko weys.. teruskan buat video k ;p


Eunhyuk-Super Junior

Vs

Matlutfhi


#Sudah.. tinggalkan cerita Matlutfhi.. nanti xtidur malam plak aku.. tersebut-sebut nama dia dalam mimpi.. adus! kantoi dengan adik aku.. kang naya aku kena bahan esok pagi dengan budak kecik tu.. so stop it!..  Selain Matlutfi.. aku layan Anuar Hadi! sebenanya aku kenal anuar dulu sebelum Matlutfhi.. yeah! suka dengar Anuar speakenggg bi.. memang fluent arh! dan selepas itu baru aku kenal Maria Elena.. Maria seorang gadis youtube yang sangat happening! she love to laugh, she master in making weird face! n she stailo too! ..

#

Tidak ketinggalaan jugak dengan Kyopropaganda! aku baru layan diorang ni.. budak-budak Uitm yang kreatif dan berbakat dalam pembikinan humor dalam video..  video diorang lebih kepada parody (buat aksi yg sama seperti dalam sesebuahdrama/filem)

kyopropaganda !

Nota Jjinbbang : Propaganda.. apa kata korang buat parody drama korea! Oits.. comperm ramai lagi gegirl subscribed korang dalam youtube ;D

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !