"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Tuesday, April 24, 2012

Praktikal #6 : Excited derma darah !


Assalamualaikum 



Hari ni terdetik nak update blog sebab nak ckp pasal derma darah.
tadi.. masa balik kerja aku pergi derma darah. dekat mana? dekat hospital yg aku kerja. kali ni dah kali yg keempat dan perasaan masa sebelum insert needle tu still sama mcm kali yg pertama.. nervous doh!. gile ah. tp nak jugak menderma. Derma darah kali ni agak sakit sebab staf yg insert needle kat tangan aku tu xjumpa urat aku.. dua kali dia buat. sakit wei.. grr.. aku bukan nak menakutkan korang yg nak derma darah cuma kejadian mcm ni separa normal sbb kadang-kadang susah nak cari line. erm susah ek? erm aku xbelajar lagi prosedure insert branula kat patient. nanti sem 6 aku belajar



yg xboleh blahnya.. aku boleh pulak menitis air mata sebab sakit masa staf tu cari line aku. grrr.. xtahu r nak ckp mcm mana.. memang rasanya sgt sakit kot. bukan sengaja nangis tapi air mata tu yg kuar sendiri..otomatik.. adoi terserlah keperempuanan. grrr xsuka!.. mungkin aku jenis yg xtahan sakit kot.. agaknya? kejadian yg sama berlaku masa kawan aku belajar insert ryle tube dekat nasal (hidung) kat aku (jd model pesakit) . masa tu aku nangis, seriusly! sebab sakit sangat rasanya.. grrr..  aku rasa mcm bangang jea sebab aku nangis tapi air mata ni yg turun sendiri.. reflek doh! lepas tu terus rasa mcm xsanggup nak insert ryle tube dekat pesakit sebenar sebab dah rasa apa yg pesakit tu akan rasa.. jadi kesian sgt. hum. tapi nak buat mcm mana? kenalah insert jugak sebabnya nak kasi pesakit tu survive dari masalah kesihatan yg dia alami.. cth pemberian- feeding/susu, ubat..



Hum, aku ni bila rasa sakit sikit jea mesti fikir mcm-mcm. fikir aku dapat penyakit ni la.. itu laa.. lepas tu jadi takut.. grr.. cth- aku batuk seminggu+ xhilang walaupun dah makan ubat.. aku akan fikir yg aku mungkin dpt penyakit TB.. yealah sebab dah belajar dan dah tengok dan rawat pesakit dekat wad .jadi memang akan terfikirlah semua penyakit tu ! .erm stress kan? hum, empunya badan dah xlarat nak layan stress yg berpunca dari masalah ni.. itulah, masuk jugak bidang perubatan walaupun takut! erm , tapi aku xmenyesal.. aku dapat belajar byk perkara yg bukan semua org boleh dapat dan rasai dlm hidup ini.. dan ini adalah rezeki yg aku xbleh tolak..erm benda ni.. masalah emosi sebenarnya dan kadang-kadang benda ni psycho jugak tapi aku boleh survive lagi sbb dah terbiasa dengan perkara mcm ni.. yealah, pengalaman dan masa mematangkan seseorang kan? !erm. Insyaallah untuk masa akan datang aku akan lebih bersedia dgn bidang yg aku ambik ni. doakan aku yea .



Sebenarnya derma darah ni simple jea.. check berat, hb,masalah kesihatan , nadi dan tekanan darah .kalau semua normal.luluslah menderma. xsakit pun cuma kadang2x staf yg cucuk tu tersilap line itu yg buat rasa sakit sikit tu. tp jaranglah berlaku. sebab selalunya org yg profesional yg akan cucuk k. so jgn risau. kadang susah nak cari line sabab urat xnampak.. erm ;). ok. think positive.



Seganlah, tadi sebelum derma darah.. student ma yg check aku punya HB. grr.. dah la time tu aku pakai uniform nurse.. freshie dari wad.. grr. ;l lepas tu boleh pulak aku nangis sbb sakit masa staf tu cari line dekat tangan aku.. dia tengok.. malu doh!.grrr. ok! harap2x lepas ni xjumpa dia dah..



Bye2 hensem!.




No comments:

Post a Comment

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !