"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Friday, April 6, 2012

Love rain in community part 1


Assalamualaikum

wah, lamanya jejari ni x menaip di keyboard lappy. bila menaip balik barulah tersedar yang diri ini adalah seorang blogger. kekeke. blog aku ni pon dah mcm berhantu jea ;p. 



Dalam masa seminggu ni aku busy dengan aktiviti di klinik kesihatan dan lusa tulat dan seterusnya pun akan busy balik.. hari ni dan esok jea aku free.. so dapatlah aku update blog ni. ok, nak update pasal xtvt aku di klinik kesihatan.



Sepanjang aku posting komuniti di klinik aku dapat banyak sangat pengalaman.. as a student nurse la! rasanya xsempurna pembelajaran seorang student nurse kalau x posting komuniti di klinik.. yeah! di sana aku belajar cara nak check ibu mengandung/antenatal yang datang untuk buat pemeriksaan setiap minggu/ bulan. begitu jugak dengan kes postnatal, childhealth, family planning, pap smear . selama ni aku belajar teori jea pasal bendalah ni dan akhirnya dapat jugak aku apply dalam kehidupan sebenar dengan menghadapi pesakit by face to face. Ok, kat sini aku diberi tugas untuk handle kes bagi setiap komponen kat atas tu  jadi jangan haraplah nak berehat jea kat klinik tu, even ko tu masih student yang masih belajar ko tetap kena handle kes pesakit mcm ko tu seorang nurse yg dah graduate . hurm, mulanya aku kekok nak handle kes terutamanya bagi kes antenal dan family planning sebab xberapa yakin nak check perut ibu mengandung . susah nak tahu kedudukan sebenar baby dalam perut dan nasib baik staf nurse sentiasa ada untuk bantu aku.. -__- yg td tu unt kes antenal dan untuk kes family planning pulak aku kena banyak beri pendidikan kesihatan mengenai jenis perancang yg pesakit itu ambik.. cth - kalau jenis kondom. aku kena bagitahu kat pesakit tu dari A-Z mengenai cara penggunaan dan termasuklah ajar cara nak pakai benda tu. grrr.. ok, secara x profesional aku cakap aku malu doh! tapi secara profesional aku anggap itu sebagai satu knowledge seks yg semua org patut tahu. so take it easy. aku dah jadi sebahagian org kesihatan jadi dah jadi kerja aku untuk sebarkan maklumat ni. hurm. aku hanya perlukan masa dan lebih banyak praktikal untuk biasakan diri dengan benda ni.. itu jea. 



dan semalam aku dapat ikut unit kesihatan sekolah pergi ke sekolah rendah untuk buat pemeriksaan kesihatan pelajar sekolah. hehe. ini adalah kali pertama aku g sekolah atas nama student nurse doh! haha.. mcm kelakar pulak bila tengok budak-budak tu takut bila nurse nak check diorang. terbayang waktu aku di sekolah dulu.. takut bila nampak van kesihatan datang sekolah. riuh satu sekolah.. semua pakat takut kena cucuk.. haha.. memang kelakar bila ingat balik ! dan xsangka pulak sekarang ni aku yang akan check budak sekolah. hik3. best! dapat tengok muka budak sekolah yg mengeletar bila aku panggil nama diorang untuk lakukan pemeriksaan kesihatan. hehe. jahat kan aku? grrr..  gurau jea. xdalah aku gelak sungguh. aku gelak kat rumah la.. ;) comel la adik2 tu ;).












memories!


#Keychain henset queen (scene of women) aku jatuh tengah jalan masa otw lari balik kolej naik motor ! sedih giler! 3/4/2012


#g alor setar mall dengan dr. 4/4/2012


#tengah aktif follow kdrama love rain dan king two heart






ok.. to be continue!




1 comment:

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !