"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Thursday, May 24, 2012

Jitra 3# Bowling time !


Assalamualaikum,


Semalam 23.5.12 gaji pekerja masuk so elaun aku pun masuk sekali.. bila elaun semua orang pakat hepi giler. ada yang dah siap rancang list nak beli barang dan aku juga membuat rancanganku sendiri. semalam lepas maghrib aku dan kekawan jitra# keluar ke jitra mall. main boling. saja habiskan sisa masa malam yang free di jitra. nak hilangkan penat bekerja di klinik kesihatan memandangkan semalam aku kena jaga bilik imunisasi (Injection).. lebih 30 orang bayi yang aku cucuk semalam. perh! sejarah dalam hidup aku sebagai  pelajar jp dapat cucuk bayi sebanyak tu. letih meh. xterdaya aku.. tp cucuk jugak.cucuk bayi bukannya senang mcm cucuk orang dewasa. sekali dia mengelupoq masa nak cucuk jenoh nak pegang.btw, semua tu pengalaman yg xmungkin aku dapat selain di klinik jadi memang untunglah ! syukur2!


dah.. jom usha gambar semalam. lihatlah aku dah gemuk.. berat aku dari 55KG dah naik sehingga 60KG sekarang. giler kan? hahaha. rilex sudah. asalkan bmi aku still normal. oh yeah.

Mereka sedang menunggu

dia tembam

ini mata keseluruhan unt satu game..  sikit jea. yealah. setakat baling bola boleh r.. teka yg mana satu nama aku?

tengok lemak dia ^^ haih! jgn cuba tengok tempat lain

Sebelah kiteorang ada budak2 U yg tengah main.. mcm best jea.

Iuuu.. geli doh tp lepas tu aku basuh terus tangan


#Esok dan lusa ada akiviti kolej.. xpasal2 kena balik kolej.. grrr.. huh, sedap lagi duduk dekat asrama jitra.

Sunday, May 20, 2012

Jitra 2# Tasik Jitra dated !


Assalamualaikum,

Dalam kehidupan kalau xmengeluh memang x avengers kan. grrr. aku sekarang tengah praktikal komuniti di jitra. tinggal di asrama berdekatan. yang bangangnya aku tertinggal broadband aku derr kt asrama kolej.. so aku kat jitra sekarang mcm hidup xda kuasa la nyah ! boleh pulak aku tertinggal bb yea yg dah mcm separuh kehidupan aku.. heh.. memang bangang la! yea. memang bangang!


pada 17/5/12 yang lalu eh. aku gerak jalan-jalan g tasik jitra. tasik jitra ni macam tempat rekreasi yang agak femes jugak ah. femes kat area sini jeala. hari tu hari khamis. klinik tutup pukul 3.30 so aku balik awal la.. jadi sebab tu ah ada masa g tasik jitra. pukul 5 kiteorang gerak guna van sewa . meriah doh dalam van. lapan orang gamak kiteorang g bersama ! oh yeah.

layan...


Geng komuniti jitra yo!!

The cost for the boat - the kayuh boat-

her

the swan boat ! 

The sis with the degil

The sistar

Location is..

Location...

The bosan one !

The capture!

The dessert

The smiley



# Sekarang aku online guna bb mardy! thank mardy ! luv u



ok updated!



Tuesday, May 15, 2012

Jitra 1# The Beginning


Assalamualaikum,


Teori,  dan semua segala datuk moyang exam dah habis.. totally! now, aku hanya habiskan sisa baki sem dengan posting praktikal di klinik kesihatan. semalam selepas habis jea final osce aku terus berangkat dari kolej ke asrama di kk dengan bawaan bas kolej. sampai asrama dlm pukul 5pm. dan hari ni aku dah start masuk kk. yeah! 


Keadaan bilik di asrama kolej sebelum berangkat ke asrama kk

bercerita dalam bas bersama mereka

Aku dan dia di malam hari bersama di ATM. pakaian belasah jea. mls nak peduli

~malam~

~Lapar~


Asrama aku kat kk sini dekat sangat dgn bandar . yeah ! aku dah bebas sekarang.


The Avengers in Alor Setar Mall !


Assalamualaikum,


12-5-12 pergi Alor Setar mall untuk hilangkan stress sebelum final osce. 

2 wayang aku bantai

The Avengers 3D : Hebat !

Nongkrong : Lawak bodoh. pengisian yang sama dgn filem seram komedi yg lepas.


with my mates

xda teman masa tengok filem ni. my mate time ni layan filem dark shadow. jd aku msuk panggung sorang2x jea .

Yeaah. she !





# Update lambat sebab beri masa unt osce. osce aku berakhir semalam. ok kea? teruk i think.. tawakal jea.

Friday, May 11, 2012

Eh! Blog diupdate hari Ini..


Assalamualaikum,


Hooraayy! . final exam aku dah habis bila berakhirnya paper community health nursing 2 pukul 9.30 tadi. jadi sekarang aku dah boleh enjoy hidup aku puas-puas. no more nursing books for semester 4 and yet i just wait for the next semester. semester yg tinggal ni pun tinggal beberapa hari jea lagi . tapi aku tetap kena ingat yang aku masih ada satu lagi test sebelum freedom sepenuhnya. aku masih ada test final osce hari isnin ni. yek! benci osce! benci sangat sebab osce adalah exam yang menyebabkan adrenaline aku dirembeskan secara abnormal.. berdebar weys. seriusly.i  hate osce test damn much !, more than i hate additional mathematics ! . come on lah korie!. u are better than mark zulkerberg so y u need to afraid with osce test?. dont talk if  u never know about osce test ! -shut up,please!-  better than mark zulkerberg is nothing if you can't do well in your osce test ! In five minutes you need to save somebody life without thinking others party! yet, how yo?. i  am not a doctor. how could i?.. 



xfaham?

buat-buat paham jeala.

osce = skill



Lupakan pasal osce.sekarang  bukan masanya lagi untuk aku fikir 'takut' 'berdebar' unt hadapi osce. sekarang aku kena rilex dan hargai masa free yang ada ni dengan sebaiknya. yeah! lepas habis exam. otak terus jadi ringan dan kosong. xda dah nak fikir apa tajuk ini, itu, that, this..  dan xpayah risau dengan soalan apa yg akan keluar. semuanya jawapan yg aku buat adalah usaha yg terbaik dan aku tawakal jea. budak-budak sem aku ramai jea yang keluar outing ke bandar alor setar hari ini untuk hilangkan badi exam yang baru habis ni. aku? outing? xpon. aku duduk dalam bilik sambil menaip blog jea.. matlamat masa depan aku lagi penting dari keluar outing hari ini. nope! im not talking about blog. sebenarnya aku ada agenda lain. nt aku update eh.






Bandar Jitra ! wait for me.. im coming.





Wednesday, May 9, 2012

Penyakit Kotor 3.0

Assalamualaikum,



Sekali lagi aku update blog di minggu exam. persoalanya salah ke kalau aku update blog ketika di minggu exam? tidak bukan. dari aku habiskan masa dengan tidur di siang hari baik aku update entri di blog.lagi berbaloi dari tidur yg xda apa-apa faedah lagipun aku bukan jenis yg tidur siang . kalau tidur dalam kelas di siang hari tu apa pulak? bukan kau kaki tidur dlm kelas?. ish.. jangan la cakap kuat-kuat.. malulah aku. dalam kelas tu lain dari bilik. dlm kelas ada aircond jadi memang berselera la nak tidur.. kan!?. aku xtahu apa-apa. mata aku yang yg tutup sendiri tapi hati dan perasaan aku ada jea dalam kelas tu. hampa nampak je mata aku tutup tapi mata hati ni terbuka luas hampa nampak?. 




cet. tadi aku baru habis jawab paper health science iv . ada tiga paper kesemuanya untuk subjek ini. setiap paper hanya dberi 30 minit . paper 1 = soalan objektif , paper 2 = soalan xberapa nak esei dan paper 3 = soalan esei.untuk soalan esei keluar soalan mengenai penyakit tibi dan aids dan penyakit selebihnya masuk dalam dua paper lagi tu. agak-agak senang x? hampa rasa?. erm. kalau penyakit aids/hiv memang common la kan.. budak xbelajar nursing pun tahu. dan soalan tibi xjadi masalah untuk aku jawab sebab soalan tibi memang feveret soalan exam health science jadi memang aku well prepared!  ! so happy for that.seriusly.. kalau tengok nota health  science aku sehari xsempat baca. banyak k. kalau baca bodoh-bodoh tu adalah dalam 30 minit unt habiskan semua. itupun kalau soalan tanya A ko jawab Z. erm! bacalah bodoh-bodoh lagi eh -_-. dlm health science ada banyak jenis penyakit yang aku kena belajar. more than 25 diseases i think. woo. banyak kan?. k. rilex, rilex. biasa ah. nama pun bidang nursing. xkan nak belajar cara nak buat anak kot?. eh! silap. yang tu pun aku belajar. hehe. bagus bukan. untunglah. erm maksud aku. bidang nursing mestilah belajar mengenai perubatan so memang bongok ah kalau ada org tanya aku.. 'beb, byk giler ko studi jenis penyakit' xda ke belajar pasal mcm mana nak hentikan himpunan bersih 4.0 dari terjadi kea. ek. ~super annonying~






alah. setakat ambik nursing dah nak over cakap perubatan baik xpayah. grr.. jadi aku xboleh cakaplah?. ah. lantak. aku bukan bercakap pun kat sini. aku menulis. jadi apa masalahnya?. tett. tetiba rasa mcm nak kentut bangga. xda istilah bangga kat sini. aku berkongsi. kalau bangga dah lama aku letak nama blog aku ' saya bangga bercampur riak jadi jururawat' .tett.

~point dekat sini ialah~

syukurlah dengan pekerjaan yg kita buat.



ada otak pikiaq dulu sebelum bertanya 


-------

Hari ini cuba fikirkan apa yang kita dapat setakat ini. Ia hasil dari apa yang kita telah beri. Jika kita dapat kasih sayang ia bererti kita telah beri kasih sayang. Jika kebencian ia bererti itu kita telah beri. Lihat kebaikan dalam semua orang insyaAllah perkara yang sama pada kita. Apa kita beri niat kerana Allah dan tidak harap manusia membalas tapi Allah membalas. HAnya orang yg bermasaalah banyak masaalah. Hentkan menyebut masaalah di facebook. Merayu pada Allah dan betulkan diri setelah mencelik mata hati dan reset minda by : Dr. Muhaya.



Tuesday, May 8, 2012

Bila test medical dan surgical habis.


Assalamualaikum


mampus aku kalau mak aku tahu yg aku tgh blogging time minggu exam


Yea! 
minggu ni adalah minggu peperiksaan akhir semester bagi semua pelatih jururawat kkm seluruh malaysia


semester aku ada 5 subjek.  paper akhir pada hari jumaat ni.
sehari 1 subjek. starting exam adalah subjek medical (semalam) dan tadi baru habis test surgical.
mana-mana semester 2 subjek ni yg boleh dikatakan killer subjek. aku dah lepas dua subjek ni jadi rasa lega sikit. dah habis aku muntah keluar balik apa yg aku studi pasal medical dan surgical doh.

fact : aku studi hanya untuk exam sahaja. 

lega sangat dah sampai dah malas nak study subjek lain.. bangang kan! 
grr.. kawan2x aku semua dok pulun double stress study subjek exam esok pagi tapi aku?
huh.. malaslaaa



Malas..



buka fb.. usha blogger2x hensem dan minah2 cantik. 
persamaan : mesti diorang dpt 'like' yg abnormal (byk) lebih banyak dari org xcantik dan xhensem dlm fb.
aku pelik betul .. ramai betul kaki like xbergaji dlm fb.
janji ko cantik dan hensem mesti ada yg like kan.
hoho.. untunglah.
like ler banyak2 eh.. 


bagi aku dekat fb semua fake jea. 
chatting xbest kea?
oh! shittt aku plg benci ruangan chat dlm fb.

...

sekarang dah anti-social
xpyh add fb aku sebab aku  mmg xkan tegur
kecuali klu kau tegur aku dulu.
tp jaranglah org tegur dlm fb aku
maybe sbb aku x setembam adele dan xhot mcm JB kot.
huhu..
ok#


baguslah. tenang hidup. xpyh buka fb hari2 unt reply mesej peminat.
oh.. amannya hidup.



Berdiam lebih baik dari bercakap
sebab?
nanti org tangkap cintan pulak dgr suara merdu aku ni.
kan dah kacau hidup.
ok# statement plg bodoH!


eh.
bila masa kt fb org boleh dengar kita bercakap?
sekali lagi -bodoh-


ok. aku gurau bhaii!.


tengah bosan ni.. so buatlah kerja mengedit gambar ala-ala budak pra sekolah . u-u



sambil layan lagu ni...




 






#Malam ni tidur lambat lagi.. omaigod

Wednesday, May 2, 2012

Doradora by Ukiss !! Please i want to study. .

daaa

Tengah sibuk study sbb final dah xlama lagi
xdalah fokus sgt.. sebab tu ah adanya entri ni
Ni mv terbaru dari mini album yg ke-6 dari U-kiss.
ok, nak komen yg aku suka giler dengan tarian u-kiss dalam mv ni
perhh! addicted doh..
apakah?
ok! xnak fikir banyak..
layan sudah


part yg paling aku addict duration masa saat yg ke 50 - 54
dongho punya part!. >_<
muka dongho dlm mv ni mcm hyun bin dalam secret garden dan muka dia ala-ala iras song jong ki (running man)
yeah!.

   


 study week!


fighting!


Erm dena bahrin dah kahwin.. aku?



ahh.. minum kopi dulu lah


Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !