"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, July 8, 2012

Kelas Motivasi Bersama Dr. Ram : Ilmu Neurologi


Assalamualaikum ,
Alhamdullilah, kita bertemu lagi eh ;)


Banyak cerita yang nak aku hebahkan kat sini. hehe. Pada 5/7/2012 yang lepas kolej aku telah mengadakan ceramah motivasi bersama dengan Dr. ramzan yang sangat hebat dalam ilmu motivasinya . sampaikan aku yang kaki tidur ni satu saat pun x terlelap dalam kelas motivasinya yang bermula dari pukul 8am hingga 4.30pm di Auditorium kolej. . aku kagum dengan pencapaian aku pada hari itu. hehe.


Sebenarnya, kalau nak diikutkan aku ni dah lama xjoin ceramah motivasi bagai ni. aku rasa paling akhir masa form 5 dulu. masa sekolah. ceramah motivasi untuk calon spm kan wajib?! so memang akan, kena  dan wajib pergi la kan.kalau xpergi rasa bersalah pulak dengan cikgu yang beri harapan tinggi .. huhu. kononya.


Btw, ceramah untuk hari itu adalah berkenaan potensi diri. cara untuk ita mengenali potensi diri bagi meningkatkan potensi diri kita. memang overall , aku nak cakap dr. tu memang the best among the best kalau nak dibandingkan dengan penceramah lain kat luar sana. dia xhipokrit dan sikapnya memang kena dangan gaya kita. dia banyak mengajar mengenai cara untuk kita kenali potensi diri kita melalui ilmu neurology dan metafizik. semua tu berkaitan dengan nombor tarikh lahir , palm reading dan sebagainya. 



Aku ada ambik kesempatan berjumpa dengan dr. secara personal  untuk suruh dia membaca tapak tangan aku bagi menilai nasib (palm reading) . aku sangkakan palm reading ni xboleh nak percaya sangat tapi lepas dr. tu baca tapak tangan aku, apa yang dia cakap pasal diri aku sebelum ni semuanya benar belaka sey! xtipu.. dan perkara yang belum terjadi dan akan terjadi agak menakutkan diri aku bila aku ketahui. huhu. rasa mcm menyesal suruh dia buat palm reding untuk aku. but the end. aku memang xmenyesal dengan tindakan aku ini. sekurang-kurangnya aku dah bersedia sekiranya benda yang dia cakap tu betul2x terjadi. Tapi apa pun yang terjadi, itu hanyalah tilikan nasib aje. yang berhak aku percaya dengan yakinnya adalah ketentuan Allah swt. 



Semasa dr. razman baca tapak tangan aku tu , aku ada gak belajar serba sikit teknik nak baca tapak tangan tu dan sekarang ni aku boleh la sikit-sikit tahu pasal cara nak baca tapak tangan tu. huhu. yang xboleh blahnya. bila budak-budak kelas aku tahu yang aku boleh baca tapak tangan (palm reading) ramai jea yang datang kat aku untuk baca tapak tangan diorang.. grr. padahal aku tahu yang simple dimple jea.kadang2x aku rasa macam semua orang dah taksub dengan palm reading ni padahal kalau percaya benda ni hukum sebetulnya adalah khurafat. grrr. harap2x semua orang fikir benda ni just for fun jea. hope mcm tu lah. aku pun dah pening bila nak baca tapak tangan orang. grrr. -_-



Dari palm reading kita boleh tahu mengenai pasangan hidup, umur, kejayaan, sumber pendapatan, jumlah anak, kebahagiaan,  kesihatan dan sebagainya mengenai diri kita.




Ini gambar aku bersama mereka di kala waktu rehat ketika sesi motivasi











1 comment:

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !