"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label management posting. Show all posts
Showing posts with label management posting. Show all posts

Saturday, March 16, 2013

Selamat Tinggal Kuala Nerang


Assalamualaikum bhaa..
kamu mahu apa baa?
kamu cantek bhaa.. (nampak sgt menipunya)
belilah satu rantai ini sama aku . aku boleh kasi murah sama kamu..


(petikan dari jual-beli di expo kuala nerang-14/3/2013)


Hye , Alhamdullilah .
Aku telah menghabiskan praktikal aku di hospital kuala nerang selama 3 minggu . dari 16/2/2013-15/3/2013  (1 week semester break) . Ini adalah kali pertama aku posting hospital daerah ;) .  Entri-entri aku sebelum ini telah menjelaskan kisah aku sepanjang di sana so ini adalah entri kesimpulan.. pun boleh?~


Yeah, mcm yang aku cakap, di sana aku banyak belajar , banyak sangat input yang aku dapat . dan skill dan performance aku pun semakin meningkat . Semua staf kesihatan di sana banyak mengajar . even doktor pun beri assignment suruh kiteorang buat . MA kat sini xpayah cakaplah , kalau dekat A&E tu diorang mengajar kiteorang siap guna whiteboard lagi, mcm lecturer mengajar dalam kelas je, padahal tengah berkerja . huhu, well, diorang mengajar bila xda patients jea. kalau ada buatlah kerja masing-masing . staf kat sana memang sangat daebak! xrugi aku dapat posting sini .


Emm, ada seorang staf ni gayanya mcm ustaz . ingatkan dia nak mengajar kiteorang pasal perubatan , sekali dia mengajar keluar topik agama , hehe . kalau aku sama shif dgn dia aku akan pastikan aku bawa satu buku khas untuk catat intipati ceramah agama dia ;) . best ! kelakar pun ada gak bila fikir balik .er, aku ada tanya dia satu soalan .. soalan aku begini , En, xnak sambung ijazah ke? xkan sampai advanced diploma je?. dia reply aku .. ntahla, saya rasa macam dah xsempat jea. kiamat bila-bila jea akan jadi . aku?  ( ... ' terkedu) .
xtahu nak cakap apa , sentap -_-' . aku harap janganlah kiamat lagi , aku nak kerja.. nak kasi duit dekat mak ayah aku dulu boleh? .


Member satu shif di wad perempuan ;) , kerja dengan diorang memang happening
 kak shaq : selalu usik aku dengan mr.polis di lahad datu
pika : suka buat muka cute dia tu , otak dia boleh pakai oo ;)
shira : wikipedia semua jenis ubat , aku selalu nak fight pasal ubat dgn dia ni .
mashitah : suka mengusik aku , sama je dia ni dgn kak shaq . tapi dia ni kelakar gat!
Kecik :aku banyak dapat input psl kecantikkan dari dia
Lily : my domo-kun . kiteorang ada kimia ;)


Gabungan dengan geng wad sebelah . best2!  kiteorang kat sini dah macam 1 family besar . best sangat dgn diorang ;)

Malaysia sangat panas sekarang . begitu juga gambar ini . sanggup aku duduk tengah panas semata2 nak ambik gambar kat sini . benda yg aku pegang tu panas ya amat, sebab tu ah aku pgg gitu -_- ' pun boleh .

Praktikal kat hospital ni terbahagi kepada 3 tempat , 1st aku masuk wad lelaki , 2nd kecemasan dan trauma(A&E) dan 3rd wad perempuan . . group aku plg lama praktikal di (A&E) , iaitu selama 7 hari . sangat best! mcm-mcm kes ada . i have learn a lot ! cuma sayang xdapat kes yang kena pos-mortem ;'( . teringin sangat nak tengok pos-mortem .
pos-mortem : bedah mayat .

my best patnerlah masa bekerja !

Last day outing #

Hari last bekerja adalah hari khamis (14/3/13) , hari tu semua group 4&7 kerja shif pagi . so petang tu after salam-salam untuk kali terakhir dengan semua staf kat ospital kiteorang plan kuar g pekan kuala nerang beramai-ramai . ada expo yang sedang berlansung kat pekan kuala nerang dari 28/2/13-31/3/13 .


lepak di Myfc



My rumate yang terkejut beruk dengan chezzieee yang meleleh habis~ sedap !

sempat buat terapi ion untuk buang toksik dalam badan ;) . xsangka, even aku baru berumur 21, banyak giler toksik dalam  badan aku yang keluar masa buat ni .. terapi ni sangat bagus tau! trylah buat .

masa gembira aku dan mereka ! kenangan siot ;)



well, saja buat best ambik gambar kat sini ;) aku kan orang luar di sini. hahaha. pelancong la kononya .

Ni gambar masa awal-awal posting kat kuala nerang ;) .


Setiap permulaan pasti ada pengakhiran . so ini adalah cerita pengakhiran aku di kuala nerang bersama member JP 2/2010 (group 4&7) . staf nurse , jururawat masyarakat , ma , doktor semua banyak membantu . well , sampai sini je kot entri aku kali ni. yang baik itu datang dari Allah swt dan yang kurang tu datangnya dari aku sendiri .





#aku beli rantai yg org sabah tu jual, rumate aku pun beli sekali ;) , bukan terpedaya dengan ayat manis dia eh cuma aku sememangnya dah lama nak buat rantai berukir nama 'korie'



Thank sbb baca.



I LUV MY FRIENDS A LOT


Sunday, September 30, 2012

[14 pixels] My September Ending with Management Girls !


Assalamualaikum ,



Mulakan harimu dengan senyuman , pasti pengakhiran harimu adalah dengan kegembiraan ;)

G.e.m.b.i.r.a . Yea. aku bersyukur dengan nikmat yang Allah swt berikan . Alhamdullilah atas segalanya.


Bulan september tahun 2012 merupakan bulan yang paling busy, complicated , dan stressfull bagi aku . kenapa? sebab banyak event kolej berlangsung pada bulan ini dibawah management sem aku . dituruti dengan posting management di wad,siapkan laporan research ,exam mid-term, semuanya berlangsung berperingkat. lepas satu, satu datang. memang penat dari segi mental dan fizikal. xtahan dengan kerenah sesetengah orang yang xmemahami diri kita . xtahan dengan kritikan  tanpa basic point ! well, aku dah semakin dewasa untuk memahami semua ini . dulu, yea ! aku mungkin akan menyesal kenapa aku datang ke sini tanpa menoleh kebelakang .tapi sekarang . aku sudah sedar. ini adalah dunia tempat aku berpijak sekarang. tiada lagi mimpi di siang hari. my fantasies is under control !.  it's a must ! nursing is my main carier now !


Hari jumaat bersamaan 28/9/2012 yang lepas aku bersama dengan member baik aku sepanjang bulan ini dan selamanya ;) keluar outing ke bandar Alor Setar. Kalau diikutkan ini adalah outing pertama aku selepas hari raya yang baru berlalu . so agak lama jugak r aku xouting . jadi hari tu aku memang outing sakan lerr. dah le aku keluar dengan member2 kaki jalan semuanya. sama naik jea dengan aku .yeah diorang adalah niayuya, mardiana, dhiya,cik nikon . kenalkan.


dhiya, mardiana, cik nikon dan aku .Sebelum keluar outing, sarapan dekat kafe hospital ;) . Itu jea tempat makan paling dekat dengan kolej aku -__- . Ofcourse we choose roti as our breakfast coz we r original made by Malaysian


Our Outfit for today yoo! kembar set

My single outfit ! ada orang cakap . beg kuning aku pakai tu xsesuai dengan baju aku . tapi bagi aku okay jea ;) . fashion is universal yoo . who care? 
Zero stress ! Fuhh, lega, management,midterm exam,research dah habis ! -__'

Bersama 3 orang member aku yang buat management dekat wad yang sama dengan aku . aku sama shif dengan nia. she help me a lot . Share gula kapas together.  haha. girls memang suka benda yg cewit cewit neh ;) .

Sebenarnya. sebab utama aku outing pada hari ini adalah nak beli kek sebagai hadiah kepada wad stafs 4x sempena dah habis buat management di wad 4x. so sebagai tanda penghargaan dekat sister, staf nurses dan  doktor yang telah banyak beri tunjuk ajar kat  kiteorang sepanjang management selama 2 minggu di wad ini .memang xterbalas budi mereka. management di 4x memang banyak mengajar kiteorang untuk menjadi staf nurse yang proaktif suatu hari nanti .banyak kenangan aku bersama mereka disini .dan yang pasti lagi sure selepas 2 minggu buat manage disini , berat aku turun 2kg. huhu, sangat bagus sampai aku xpayah diet unt turunkan berat badan , hehe.


                                   memori yang tercipta ini xmungkin akan aku lupakan

Who care 2 is better than 1? I have 3. kau ada? ♥ korang memang aku xkan lupa okay !

TIME TO PLAY

Lepak main game need 4 speed jap ! lumba kereta guna manual set ! memang best!
Aku main sampai senapang tu rosak sebab tangan aku terlalu power sangat -__-  haha. kononyala.

Baru perasan baju kiteorang sama?

Luv bug ♥ with dhiya ;) . Org yang sama-sama susah dengan aku untuk siapkan research !! (we both a leader for group 3 n 4) . T.Q 4 everthing. hope my group(3) and your group(4) will be the best in Research

aGain , cewitt . one of my reason y aku teringin sangat nak pergi johor adalah sebab ramai member2 aku dari johor ;) .dhiya is johorean.




Memory: mx 4x by JP 2/2010

Me, nia, mardiana, dhiya, amalina k, azreen
5/9/2012-20/9/2012


Venue : Pantry w.4x (28/9/2013 @4.15pm)

With the stafs , T.Q 4 everything  ♥ , ramai lagi staf sebenarnya. tapi xda masa ni.

Candid memoire ;) Chill.  still have one year to become like them , can't wait.

The cake, Tiramisu .



So itulah dia memori yang aku nak ceritakan ♥ . terindah dan terbaik.Salah satu kenangan yang xmungkin aku lupakan. 





T.Q for cik nikon as our photographer 4 today



Saturday, September 22, 2012

My last Management at ward Medical 4 !

Asssalamualaikum ,



Sebenarnya sekarang ni bukan masa yang sesuai untuk aku update blog memandangkan lagi 2 hari aku nak mid-term ;'( . tapi disebabkan hari ini hari last aku management dekat ward medikal jadi aku ambik masa sikit untuk catat diari harian yang memberi makna dalam hidup aku .Sepanjang aku praktikal management di wad 4 aku ditemani oleh rakan management aku iaitu nia. memang 2 minggu aku bersama jea dengan dia. g kerja sama-sama sebab sama shif. memang dah jadi rapat r kiteorang berdua. walaupun sebelum ni xdalah serapat mana tapi bila dah dapat management sekali aku dah selesa sangat dengan dia. ;) .balik lambat sekali. kalau kerja petang mesti balik lepas habis rolecall, sampaikan warden asrama aku suruh membe kiteorang cari kat wad kiteorang takut kiteorang hilang sebab masa rolecall aras kira xcukup orang. haha. dasyat !. memang aku dengan nia budak management yang selalu balik lambat ! sebab apa? sebab wad aku tersangatla busy -__- . sangat best bila ada rakan yang sama-sama susah dengan kita dan sanggup tunggu kita untuk habiskan kerja untuk balik sama-sama. this wut we call a friendship ! .




 Sepanjang aku management di wad ni, staf nurse (sn) banyak mengajar aku erti pengurusan dalam wad. sangat2x membantu dan banyak ilmu yang aku perolehi dari diorang semua. So alhamdullilah. dari zero about management hinggalah seberapa yang boleh dan yang pasti aku lebih berkeyakinan untuk menjadi staf nurse suatu hari nanti   .A lot of thank to sn raj terutamanya (3x) , sn naryza (3x), sn akma, sn.nik, sn ervinna, sn humairah, sn amadi,sn safinah, sn mardiyah dan lain2. mereka sangat2 membantu !. memang stress mulanya. biasalah, budak baru belajar mesti akan buat salah kan pada mulanya tapi pandai akhirnya. so kat sini aku xcakap aku dah pandai. aku juz rasa aku lebih berkeyakinan daripada dulu. aku dah boleh handle pesakit walaupun aku adalah under pemerhatian sn incharge dan sister wad ;) .Insyallah akan jadi lebih berkeyakinan dalam membuat kerja ;).


Yang menarik bagi aku ketika management adalah .
  1. xdapat nak keluar pergi makan bila management. sanggup biar perut berlapar demi siapkan nursing report dan kerja lain
  2. xpergi  lambat ke wad
  3. aku paling banyak kena management dengan sn. raj. 1st bila kerja dengan dia  aku rasa stress sangat2, rasa mcm nak nangis pun ada..itu kena buat ini kena buat tapi aku dah faham stail dia memang banyak mengajar aku dan nia dalam management .TQ. memang aku xkan lupa.
  4. tadi check berat. berat aku turun 2 kg. memang dasyat !. nia pun sama ;) nampak sangat busynya.
  5. Kalau kerja am shift , balik pukul 3.3opm , kerja petang , balik pukul 10pm. 
  6. 2x jadi runner. (Incharge ubat)
  7.  kali pertama dapat shif malam selama 2 hari .
  8. dah ramai staf nurse yang ingat nama aku ;) .
  9. Sepanjang aku buat management , hanya sorang kes kematian yang kena notified sebagai patient penyakit berjangkit (RVD+ve) .

Bye ! nak studi. doakan aku dapat jawab soalan mid-term dengan baik.

Friday, September 21, 2012

Disebalik Research !

Assalamualaikum,


Minggu yang sangat busy buat aku -__- . letih, penat semuanyalah, xtahu nak mengadu kat sapa-sapa sebab aku xda sesiapa untuk dijadikan tempat mengadu. i have a lot of friend but aku bukan jenis kaki mengadu kecuali masalah yang berdepan dengan mereka. masalah dalaman? sorry. diorang bukan tempat untuk aku mengadu sebab bagi aku diorang semua lebih kurang jea. baik mcm mana pun mesti ada kekurangan yang ada dalam diri diorang begiu jugak pandangan diorang unt aku. yeah, manusia semua sama jea. -__-.


Punca yang menyebabkan aku sangat letih dalam minggu ini adalah bila aku kena buat assignment kumpulan sorang2x . I'm talking about my group research. kerja group yang diberi masa lebih kurang sebulan untuk disiapkan. aku sebagai ketua group sepatutnya mengagihkan kerja research yg perlu dibuat , yea ! aku memang ada buat agihan kerja pada mulanya.. starting kerja was nice but bila sampai pertengahan, aku rasa aku jea yang serius about kerja research, member lain busy dengan xtvt kolej yang xpernahx2 habis. dah la semua dah start praktikal di wad, nak jumpa pun susah, nak buat perjumpaan rasa serba salah sebab penat baru balik kerja memandangkan xsemua yang sama shif kerja. so memang xbuatla perjumpaan. n till masanya aku kena jumpa my group lecture untuk pertanyaan mengenai projek research, aku jugak yang kena g menjawab dengan dia sorang2x. budak2 group aku mana ada peduli semua tu?. xpernah nak bertanya. ada yang buat bodoh jea. giler. memang aku sakit ati, dan untuk yang membe yang ambik kisah mengenai research aku memang bersyukur sebab masih ada ahli yang bertanggungjawab dalam group ni.



Mungkin ada silap aku sebagai ketua dlm group ini tapi selama ni aku memang bersabar giler. faktor persekitaran dan faktor xtvt kolej yang mencetuskan aku rasa fedup dengan group research aku ! semua membe aku busy dengan xtvt kolej. yealah, mana xnya kebanyakkan membe group aku adalah mereka yang berjawatan besar dalam sem aku so diorang terpaksa fokus dengan xtvt kolej yang xpernah2 habis. ada jea xtvt kolej yang group sem aku kena handle dan bila dah kena handle mana la diorang nak fikir pasal assignment research ni. pakat lepas tangan sebab busy. aku pun terlibat apa dengan xtvt kolej. busy jugak dengan mbil walaupun aku xdalah berpangkat tinggi dlm mbil tapi aku ada turut serta latihan bagai setiap malam tu. nak kata korang jea busy. aku pun busy, nak kata korang stress dengan management kat wad. aku rasa management kat wad yang aku  lagi busy dari wad korang ! so apa lagi yang xsama? tapi kenapa aku jea yang kisah pasal research group kita. grrr. sebab satu jea. sebab aku ketua. so aku le yang bertanggungjwab kan?. korang boleh goyang kaki mcm tu jea. grrr. stress betul!.


yea, aku faham. dah aku xkc kerja. korang pun pakat diam lea. tapi kalau yea pun tanya2 la aku pasal perkembangan research ni haa. ini tidak! buat senyap jea. yang bertanya pun sorang dua jea. itu pun org yang sama. adoi. sakitnya hati. aku setiap malam tidur lambat sebab buat keja research tu. even aku baru balik keja ptg. memang penat ! tapi terpaksa jegel mata sebab research sebab aku fikir xda sapa nak buat kalau aku xbuat. grr. dah la tu, bila aku cakap nak buat perjumpaan ada yang buat muka tapi akhirnya datang. nasib baik datang kalau xdtg memang aku lagi sakit ati lagi r. dah tu, xpeala. aku kc setiap sorang  full research yg dah siap untuk double check spelling data bagai . aku pesan suh datang keesokkan hari dan bagitau aku mana yang silap untuk diedit. tengok2 sorang pun xdatang wei esoknya ! memang giler ! aku memang sakit ati dengan member group aku. padahal ternyata bila aku semak balik full research yang aku kc kat diorang banyak jea spelling error dan data error tapi xda sorang dari mereka pun  yang datang bagitau aku mana yang silap. nampak sangat lepas tangannya ! nak kc alasan korang penat baru balik keja? ingat ko sorang je yang kerja? aku pun g kerja weh! balik lambat bagai. boleh jea buat research sampai pukul 2-3 pagi. even pagi tu keja pagi. ada korang fikir yang aku berkorban mcm ni sekali demi group kita? ada? tapi aku juz take it easy sebab aku dah faham dengan peragai korang. so last2 untuk kerja yang tinggal sedikit lagi ni aku panggil budak2 group aku yang boleh diharap untuk tolong yg lain lantak r. aku buat senyap jea dgn diorang. so pagi tadi semua laporan research dah siap atas pertolongan 2 org member group aku. so thank! kalau xda korang memang aku boleh jadi giler stress nak siapkan semua print !.



Dah tu, tadi budak2 yang posting hospital luar dah balik ke kolej. membe group aku ada sorang yang posting luar. aku jumpa dia tadi. aku expect dia nak tanya pasal research r kat aku. tengok2 haram ! xtanya langsung !padahal dia tu membe group aku tu !. memang aku terasa giler tadi. aku expect budak2 group aku ni akan tanya aku le sama ada aku dah hantar laporan research kat puan ke belum hari ni sebab hari ni kena hantar laporan research. tengok2 sorang pun xtanya weh ! bukan setakat yang posting luar jea. yang duduk dalam pun haram xbertanya ! jumpa aku buat bodo je kot ! memang aku sangat2 sakit hati dengan peragai membe2 aku ni ! exleast tanya la aku kan. ini buat bodoh jea. padahal nanti dapat markah untuk semua. bukan untuk aku sorang jea. memang langsung xbertanggungjawab . geram betul !.



So. aku dah xda benda yang aku nak cakap. itu jea setakat ini. ini hanyalah diari online aku dan hak asasi aku untuk luahkan perasaan aku. kalau ada membe group aku yang terbaca juz take a note ok! . dekat luar memang aku nampak berbeza dari luahan ini. -____- . dan mungkin memang ada silap aku sebab jadi ketua group ini !. aku xexpect akan jadi mcm ni. aku tahu korang semua boleh harap tapi faktor kolej yang menyebabkan kita semua xda masa, stress dan xfikir pasal kerja research. tapi aku xboleh nak lepaskan kerja research sebab aku adalah ketua kumpulan, korang xpeala. kalau apa2 jadi nanti, ketua kumpulan yg kena jawab.. so tolonglah faham aku. ok!.




Tolonglah jaga hati ketua kumpulan korang sama .walaupun korang xbuat kerja !. bukan senang bila pegang title ketua ni ha. banyak tanggungjawab. sebenarnya, aku xmarah pun cuma geram !. itu jea. 2-3 hari nanti oklah. tapi berasap jugak ah !




Thursday, September 13, 2012

Saya Anak Merdeka ! Menyamar menjadi Tuanku Abdul Rahman .


Assalamualaikum ,

Salam 27 syawal,
salam MERDEKA !


Agaknya belum terlambat untuk menyambut hari kemerdekaan memandangkan tahun ini masih tahun 2012 -__- . tarikh 31 ogos hanyalah satu tarikh yang menjadi sejarah tapi kemerdekaan sentiasa diingati sepanjang masa ;) . betul? yea ofcourse betul.


Semalam kan aku ada beritahu dlm entri sebelum ni mengenai hari kemerdekaan peringkat kolej yg student sem aku yg kena handle semua dari A-Z , so ini adalah rumusannya . setelah berlatih beberapa hari akhirnya hari ini bertemu juga. dan alhamdullilah semua berjalan dengan lancar. seperti yg diberitahu semalam aku dipilih untuk memegang watak sebagai Tuanku Abdul Rahman sempena majlis pembukaan untuk melaungkan 'MERDEKA' sebanyak 7x dengan sekuat hati. .;)  masa aku laungkan merdeka sebanyak 7x tadi ,aku rasa semangat sangat sebab laungan aku diikuti oleh laungan merdeka oleh 1 kolej termasuk pengarah kolej aku . merdeka! ;) so memang detik tu sangat bermakna .  aku mungkin dah boleh rasa serba sikit bagaimana perasaan Tuanku Abd. Rahman semasa melaungkan perkataan 'merdeka' ! hehe. xdalah. 7x Merdeka Shout from Tuanku is the best ever!xpayah nak compare dgn aku.
Menyamar jadi lelaki kadang2 best juga. nikmat ;)



Sebenarnya ,Event kemerdekaan ini adalah under management student group aku so memang xda campur tangan dari student sem lain dan pengajar kecuali ketua penyelaras (pengajar) sem aku . kami diberi masa dalam 3 minggu untuk prepare majlis ni.xtvt yang kiteorang buat dlm masa 3 minggu ini adalah latihan drama kemerdekaan ,latihan kawad untuk perarakan, latihan koir, latihan sajak dan sebagainya. seperti yg aku cakap. sem 5 memang busy dengan research , management di wad dan ditambah lagi dengan event kemerdekaan ini, jadi dalam masa 3 minggu ni memang student sem aku busy teramat ! seriusly. termasuk diri aku . so bila majlis kemerdekaan dah tamat tengahari tadi, aku rasa lega yg teramat sebab dah lepas satu beban .;) sekarang tinggal management , dan reserch yg perlu dihantar 20/9/2012 ni. research group aku masih xsiap. dan aku pulak yg jadi ketua group . jadi memang agak stress r . tapi percayalah. semuanya akan tamat xlama lagi, aku kena fikir positif jea. baru boleh jalan hidup ni !.


Jom layan gambar aku ciplak Tuanku Abdul Rahman. ada gaya x?



Bayang bukan sebarang bayang okay ! ini bayang ada power -__-

With them , pasukan perarakan kemerdekaan ;)

On fitting room ;) waiting for the drama show .

Mr. white , Mr Tuanku , Mrs. malay . just on ready after do some makeup for drama casts !

me wif hansome malaya soldier ;)

Me, myself  . amacam ada gaya x?


I Know , this is the smart pic of tuanku

Dont ever run from me LOL!

Merdeka !

Ini adalah member jp 2/2010 (sem aku) , xsemua yg ada hari ini sebab 38 org kena posting management kat hosp. yan .so diorang xda kat kolej. stay back dekat asrama yan .sejumlah inilah yang menjayakan majlis kemerdekaan pada hari ini -__-



So kepada JP2/2010 , aku nak cakap yg sem ni memang agak susah buat kita semua tapi ingat ! bila kita bekerjasama semuanya akan berhasil . Teamwork is our keyword ! Ingat kata Cik Loo , tinggal 8 bulan jea lagi jea kita nak ada dalam kolej ni so bersabarlah bila  menerima sesuatu tugasan .

For Nor Zuraida suhaimi : U have done a great job as our jp 2/2010 leader !
 Siti Ain Natasya : MBIL is your territory ! i know ur the best ;)

luv u guys la ;)




Management : Day 3 & 4 ( Night Shift )

 



Assalamualaikum ,


Anda sihat ? Alhamdullilah. dekat kolej aku sekarang tengah on trending batuk dan selsema. setiap sem mesti ada byk wakil yg dapat batuk, selsema dan demam . common la kan kalau hanya batuk biasa. tapi. itulah. virus semakin merebak sekitar penghuni asrama lain. hope antibodi aku kuat ;) .leceh la kalau batuk ni. letih . xpasal2 sakit dada. dari pemerhatian aku. punca batuk ini maybe berpunca dari wad dan persekitaran. student2 nurse bagi sem 3-sem6 kan dah start praktikal di hospital so biasalah kalau masuk wad, kalau xda standard precaution dekat diri sendiri. mudahlah dijangkiti . y? sebab kita manusia biasa bukan robot -__-   simple ja nak faham.



Untuk management . 2 hari ni aku dapat kerja shif malam bersama dengan nia kawan aku. kami berdua jea student kkm management untuk malam . untuk malam pertama student nurse hanya ada aku dan nia. kesimpulan  : sangat letih sbb kami berdua jea buat observation ditambah lagi dengan buat report untuk management ..  untuk malam kedua student nurse ada 6 org . 2org kkm , 4org swasta. kesimpulan : dapat belajar banyak perkara dgn sn. rxx ;) . boleh tahan best walaupun aku lembap sedikit sebab keja malam kan . badan cepat letih sebab xbiasa kerja malam sebelum ni . sem ni baru kali pertama aku dpt kerja malam -__- . so memang aku banyak belajar la.



Aku sangkakan kerja malam untuk wad yg aku bekerja ni xdalah busy kan. rupanya. tidak.sama jea busynya dgn siang hari. cuma style jea lain-lain. boleh bayangkan. pukul 12,1,2,3,4,5, 6 pagi (am) ada jea pesakit yg admission ward, yealah aku faham, hospital kan buka 24 jam . tapi  bila aku bekerja shif malam aku rasa buat admission itu adalah sesuatu perkara yg baru dlm hidup aku.. ramai jugak pesakit yg datang kecemasan dan
daftar masuk wad pada waktu pagi2 buta -__- .



Dalam pukul 7.15am mcm tu , aku past nursing report kepada sn nurse shif pagi ;) . untuk past report mula2 tu kekok jugakla sebab xyakin nak sebut nama ubat yg pelik2 tapi so far so good laa. teruskan belajar. itu jea ;) . Lepas past report , terhayun hayang balik ke asrama kolej dengan mata mcm pontianak , merah. sebab x cukup tidur ;l . dan itulah dia cerita 2 malam aku kerja shif malam. dan hari ni adalah hari kelapasan tidur aku dan esok adalah HK (hari kelepasan am) aku , so aku cuti dua hari lea. ;)




Esok ada sambutan hari merdeka peringkat kolej.  sambutan ini adalah under management sem aku so memang semua budak sem aku terlibat dalam bahagian sambutan merdeka ni. dan aku memang xboleh lari la kan. aku ambik bahagian sebagai Tuanku Abdul Rahman yang melaungkan 'Merdeka ' ;) . xsabar nak berlakon jadi lelaki ;) .



Bye.



Monday, September 10, 2012

Management : Day 2 ( Pakaikan kondom )

Assalamualaikum,


Tadi masuk kerja shif petang pukul 1.40pm  (lps siap zohor). budak management kena datang awal sekurang-kurangnya 15minit awal sebelum masuk kerja pukul 2pm. sebenarnya dari sem 1 kiteorang diajar datang 15minit awal untuk posting klinikal dan ke kelas teori dan 15 minit awal untuk bdk management adalah wajib. kalau ko junior lagi, dtg lambat ke wad, stil boleh dimaafkan tp untuk budak management sorilah ! .



Macam aku beritahu semalam , hari ni aku kena jaga cubicle patient acute . Acute maksudnya adalah pesakit2 yg dalam pengawasan tinggi Dr. dan staf nurse dalam masalah kesihatan yg dialami. dengan kata mudah , kebanyakkan patient acute adalah pt yg menggunakan ventilator dimana kalau korang tengok , mereka adalah pesakit yg menggunakan banyak wayar , tubing , branula (jarum) -IVD ( botol air) yg bersambung disekeliling pesakit  . kenapa mcm tu? sebab kebanyakkan mereka adalah pesakit dari ICU . so kalau dari ICU, paham2 jeala.


Tapi untuk hari ni , pm shif. pt yg on ventilator hanya seorang. so oklah. xdalah mcm kelam kabut sangat. dan vital sign dia sepanjang pm shif ni pun normal jea. kira ok lah. yg bestnya untuk hari ni aku dibantu oleh adik junior aku sem 4 , diorang yang siapkan semua observation unt v/sign , dxt monitoring, cvp reading , feeding ryle tube , IVD,I/O dan la banyak lagi . so aku memang sangat-sangat bersyukur sebab ada diorang yg tolong aku untuk buat semua tu jadi aku boleh fokus kepada management report aku ;) . student swasta -lincoln pun banyak membantu tadi. terima kasih eh. kalau xda diorang jenuh aku nak cover semua dan bila masanya aku nak siapkan report?. grrr. so hari ni management aku berjalan sangat baik .



Ini hanya selingan cerita yg aku nak coretkan kat sini . tadi ada seorang pt aku (lelaki, 22) yg kena off CBD dan change to Condom Cathether . aku mula2 berat jugak nak buat benda ni , selalunya kalau kena pun mesti students jururawat lelaki atau students M.A lelaki tapi kat wad ni xda pulak student lelaki  dan bila aku yg manage cubicle ni jadi aku le yg kena buat. xkan nak kc adik junior buat benda ni kan? so budak management xboleh lari. okey ;l . dengan hati terbuka pergilah off cbd pesakit ni dan part pakaikan kondom kt dia,  aku mcm kekok sikit tapi berjaya la. nasib baik pt dalam keadaan restless so mcm senang le nak pakaikan. kalau buat kat pt yg sedar. mmg ntahla. xthu nak cakap apa . -__- . so biasalah. nurse memang kena buat benda2 tu semua. bagi yg xbiasa akan jadi terbiasa . itu jea.



Hari ni staf nurse yg guide aku agak baik giler. so memang agak senang aku buat nursing report tadi sebab dia ajar yang mana aku xfaham ;) . tadi balik lambat sikit. pukul 10pm baru sampai pintu kolej. sepatutnya kiteorang kena sampai kat kolej selewat-lewatnya  pukul 9.30pm untuk rollcall malam tapi bila dan posting management manalah boleh balik awal selagi report xsiap so hari memang lambat sikit balik .



Itu jea setakat hari ni. esok , aku start kerja malam .


Saturday, September 8, 2012

Management : Day 1 (diberi peluang)



Assalamualaikum ,



Aku ni baru jea balik dari kerja shif pagi di wad medikal , semangat nak update mengenai kisah 'management' aku pada hari pertama di wad .Management adalah  satu praktis latihan dalam kejururawatan di mana pelajar jururawat itu bertanggungjawab dalam melakukan semua pengurusan pesakitnya. dia perlu bekerja seperti staf nurse yg dah graduate dan melakukan segala rawatan dan pengurusan terhadap pesakit yg perlu dijaga sambil dipantau oleh staf nurse terlatih dan ketua jururawat di wad. perkara ini memang tidak mudah dan amat mencabar sebab bukan mudah kita nak jaga setiap pesakit kat wad. ia memerlukan pengetahuan,kepakaran dan kesabaran yang kuat. dan aku memanglah sangat gementar pada mulanya.


Memandangkan hari ni hari sabtu,hari  cuti umum , jadi suasana wad xbusy mcm hari harian biasa. so hari ni management aku agak teratur dan diajar satu persatu oleh sn. bertugas. overall oklah. ikut Dr. round, buat admission , kemaskini dan rekod data v/sign,dxt,i/o chart, buat report dlm pc dan dlm buku  dan , kena passing report unt sn kerja petang dan lain2. hari pertama management aku , aku ditempat di cubicle belakang dimana patient almostnya adalah pesakit MRO, EBSL, TB,RVD+ dan banyak lagi. sangat mencabar sebenarnya bila menjaga patient yg begini. setiap procedur mesti kena pakai glove and mask untuk elak risiko jangkitan. dan itu memang perkara biasa . dan bila aku ditugaskan under management,itu adalah perkara serius dan xboleh nak main2 everything adalah under aku dan aku bertanggunjawab. tapi alhamdullilah, student tetap student, ada staf nurse yg guide aku apa yg perlu aku lakukan. so benda ni hanyalah salah satu proses pembelajaran untuk menjadi staf nurse suatu hari nanti. Insyaallah.



Maybe hari ni staf nurse beri peluang untuk aku belajar dulu , dan untuk hari2 yg seterusnya, katakan aku ada buat silap memang kenalah. mintak2 semuanya berjalan lancar ;) . Pengajar management aku ada berpesan , biar bodoh seminit , jangan bodoh selamanya. maksudnya : kalau ko xtahu sesuatu benda yg perlu dilakukan terhadap pesakit , xkiralah pemberian ubat kea, suntikan kea, atau lain2 , pastikan tanya kepada yg senior atau sn bertugas dahulu. jangan buat jugak. kalau silap.kalau ada apa2 kesan negatif yg terjadi pada pesakit, itu adalah tanggungjawab kau. so beringat .



Tekanan dalam dalam management ini adalah satu perkara biasa bagi setiap pelajar jururawat sem 5. dan aku hanya perlu berfikiran positif. itu jea.



Esok kerja shif petang , kena jaga cubicle acute  , wooow, sangat nervous.

Thursday, September 6, 2012

Sambutan Hari Raya di Kolej dan Welcome Management !


Assalamualaikum dan salam 19 syawal.


Memandangkan cuti raya dan cuti pertengahan sem dah pun habis seminggu yg lepas . aku  sedikit busy untuk minggu ni dan start minggu depan akan tersangatlah busy sebab hari sabtu ni aku akan start management di wad medikal. 2 minggu buat management di wad yang sama ! nascaya aku akan mengalami stress yg berbeza setiap kali management. xtahu nak cakap apa. nak lari dari kolej dah amat terlambat dan itu isu yg dah basi. so inilah tanggungjawab aku dalam menghadapi student JP tahun 3 semester 1. chill beb!.


Ditambahnya dengan projek research yg kena hantar 2 minggu lagi. giler. memang busy dan yang pasti aku kena tingkatkan kekuatan mental dan fizikal . kalau x, memang aku akan nangis setiap hari dan nak balik rumah mcm budak lembek. but im not! totally not. doakan aku kuat untuk menghadapi 'management'. Insyaallah.



Tadi dekat kolej ada sambutan hari raya , just simple dimple . oklah. cuma kena bayar lebih sikit untuk makanan yg disediakan. kena bayar (wajib) walaupun aku fikir mcm cekik darah ja nilai bayaranya. -__- .



Xboleh nak sembang rancak sangat. sebab nak suruh layan gambar kat bawah ;)





Jerawat besar kat pp tu ha. timbul sebab stress fikir cuti raya dah nak habis dan kena masuk kolej. dan bila masuk kolej acne terus lagi besar. giler ! nampak sgt stressnya ;l












Hari sabtu ni start management dan berterusan hingga akhir 14/9. aku akan cuba update blog sebab nak cite pengalamaan management aku. Insyallah , kalau ada kudrat untuk menaip.


Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !