Tadi, aku praktikal di klinik pakar paediatric hsb ,
aku kena assist di bilik doktor , MO ,
doktor yang aku dapat ni sangat friendly and caring giler dengan aku,
maybe sebab dia selesa dengan aku ,
mcm-mcm topik yang kiteorang bergurau tadi ,
seronok ! selesa ..
n, tadi dia ada tanya aku satu soalan yang aku xboleh jawab .
kenapa org panggil nurse misi eh?
n then , aku just jawab misi tu bukan berasal dari perkataan bi 'missy' ke -_-'
tp dia jawab missy in english bukan bermaksud nurse
so aku pun terfikir sebentar dan bingung sebentar
xpernah fikir pun mana asalnya perkataan misi tu ,
so kiteorang pun sembang pasal benda lain .
dia tanya lagi,
kenapa u ambik nurse eh?
aku jawab , emm, ntahlaa maybe sebab minat kot ,
dia .. yeke?
emm , faktor lain.. mak suruh
dia xpuas hati lagi..
jawapan lain selain tu..
aku.. -diam-
aku terus tanya dia pulak , habis kenapa doktor jadi doktor?
dia senyum pastu , dia kata sebab dulu saya rasa bidang doktor yg paling mencabar .
so saya trylah..
dia kata lagi.. jadi doktor ni bukan best pon.
busy , on call, buat salah kena marah , xda masa ,xda sapa yg hargai kita , kalau salah rawat pesakit xpasal2 kena saman .
so aku pun mencelah dia ckp..
emm samalah mcm jd nurse pun doktor , nanti klu salah perawatan saya pun boleh kena saman.
doktor jawab aku.. habis tu, kenapa nak jugak jd nurse?
emm, sebelum masuk nurse mana sy tahu yg saya ni boleh kena saman .
masa belajar tahun yang ketiga (akhir) baru saya tahu yg nurse ni boleh kena saman kalau salah etika perawatan .
itu pun sebab belajar teori pasal nursing laws baru-baru ni dalam kelas seminggu lepas.
so lps tu , aku dengan doktor tersenyum sendiri .
oh men.
so oklah , sembang banyak jugak ah tadi .
lps tu, datang pulak sorang lagi doktor di bilik yg sama.
dia sapa aku dan panggil nama aku ,
dia masih kenal aku ,
dulu aku selalu assist dia di wad semasa dia jadi H.O dan masa tu aku masih junior student nurse
sekarang dia dah jadi M.O ,
xsangka. masa begitu cepat berjalan .
dan xsangka dia still ingat aku ,
kawan aku pernah cakap yg muka aku org senang sangat nak cam walaupun baru pertama kali jumpa.
aku tanya kenapa?. dia kata muka aku unik.
so mungkinlah .
aku rasa biasa.
Aku harap aku dapat kerja di wad paediatric nanti ,
kerja dengan kanak-kanak boleh dapat awet muda,
y? kita akan tersenyum selalu bila tengok muka comel diorang.
lagipun , aku dah jatuh cinta sama baby ,
comel sangat .
No comments:
Post a Comment
Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo