"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Monday, January 7, 2013

Patutkah mintak kerja di Kuala Lumpur?




Assalamualaikum ,


Ini entri pantas yang aku buat dalam kelas masa rehat ~

hari ni dah kena start isi borang penempatan untuk kerja di hospital  sbg. staf nurse.
aku sampai sekarang xtahu nak pilih negeri mana nak ambik.
antara kl- selangor-perak-penang-sabah ! .
boleh pilih 3 negeri jea.
dan untuk pilihan pertama aku xthu nak pilih yang mana better .


Seriusly nak sangat KL untuk pilihan pertama , dan kalau pilih kl conferm2 la dapat HKL nanti.
Tapi bila fikir balik mcm xready jea nak duduk kat tengah2 bandar kl tu?
kos hidup tinggi kan? makan? jalan jem.. banjir? sewa rumah tinggi ..semua tu akan berlaku kat sana.
realiti hidup sebenar.
so sampai sekarang aku xleh nak decide patutkah aku pilih KL untuk pilihan pertama?
aku perlukan orang yang berpengalaman yang pernah kerja kat sana untuk beritahu realiti kehidupan yang sebenar kat sana nanti..


kalau ikut mak , mak suruh mintak negeri penang jea sbb dekat dgn rumah
so mcm terjamin r semua kos. haha
tapi, kalau ikut aku.. aku nak merantau dulu
penang tu dah biasa dah bagi aku
teringin plak nak test hidup kat KL.
jiwa muda kan?
mcm nielah..



somebody.. please tunjukkan jalan untuk aku.




10 comments:

  1. kerja kat kl pun ok cuma taraf hidup tinggi..

    ReplyDelete
  2. Bagi Cheqkaq, Cheqkaq suke hidup merantau..duduk jauh dari keluarga perlukan kesabaran & jati diri yang kuat..kena tahan laa...solat istikharah laa dik..:)

    ReplyDelete
  3. KL taraf hidup tinggi. tu jer leeza boleh katakan.
    2. kalau leeza, mmg leeza nk ke Kl... sbb tak pernah keluar dr kl.
    3. korea pertimbangkan byk aspek k....

    ReplyDelete
  4. actually mana2 tempat sama je.

    cuba listkan pro n contra bagi setiap tempat tu.

    buat pilihan bijak.

    sebab jangan pikir utk jangka masa pendek, tp pikir utk
    jangka masa panjang.

    kalau tak, rugi nanti.

    tentang merantau tu, xsemestinya merantau melaui kerja.

    bila kerja nanti, mana2 tempat pun boleh merantau jugak.

    p/s: tganu xde ke? heheheh

    ReplyDelete
  5. tepuk dada tanya selera...hehe....salam 2013 n salam blogger

    ReplyDelete
  6. meh sampai kat sabah dlu kalau btol2 mau merantau

    ReplyDelete
  7. apa kata pilih negeri selangor? :)

    ReplyDelete
  8. akk rase selangor

    sbb kl sngt2 jem

    padat

    akak kpd akk keje dekat2 situ

    balik msti kol 5 sampai umah 8 malam

    ReplyDelete
  9. Wah akak nurse ke? Saya pun nak pilih course nurse ni. Doakan hehe

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !