Assalamualaikum bhaa..
kamu mahu apa baa?
kamu cantek bhaa.. (nampak sgt menipunya)
belilah satu rantai ini sama aku . aku boleh kasi murah sama kamu..
(petikan dari jual-beli di expo kuala nerang-14/3/2013)
Hye , Alhamdullilah .
Aku telah menghabiskan praktikal aku di hospital kuala nerang selama 3 minggu . dari 16/2/2013-15/3/2013 (1 week semester break) . Ini adalah kali pertama aku posting hospital daerah ;) . Entri-entri aku sebelum ini telah menjelaskan kisah aku sepanjang di sana so ini adalah entri kesimpulan.. pun boleh?~
Yeah, mcm yang aku cakap, di sana aku banyak belajar , banyak sangat input yang aku dapat . dan skill dan performance aku pun semakin meningkat . Semua staf kesihatan di sana banyak mengajar . even doktor pun beri assignment suruh kiteorang buat . MA kat sini xpayah cakaplah , kalau dekat A&E tu diorang mengajar kiteorang siap guna whiteboard lagi, mcm lecturer mengajar dalam kelas je, padahal tengah berkerja . huhu, well, diorang mengajar bila xda patients jea. kalau ada buatlah kerja masing-masing . staf kat sana memang sangat daebak! xrugi aku dapat posting sini .
Emm, ada seorang staf ni gayanya mcm ustaz . ingatkan dia nak mengajar kiteorang pasal perubatan , sekali dia mengajar keluar topik agama , hehe . kalau aku sama shif dgn dia aku akan pastikan aku bawa satu buku khas untuk catat intipati ceramah agama dia ;) . best ! kelakar pun ada gak bila fikir balik .er, aku ada tanya dia satu soalan .. soalan aku begini , En, xnak sambung ijazah ke? xkan sampai advanced diploma je?. dia reply aku .. ntahla, saya rasa macam dah xsempat jea. kiamat bila-bila jea akan jadi . aku? ( ... ' terkedu) .
xtahu nak cakap apa , sentap -_-' . aku harap janganlah kiamat lagi , aku nak kerja.. nak kasi duit dekat mak ayah aku dulu boleh? .
Gabungan dengan geng wad sebelah . best2! kiteorang kat sini dah macam 1 family besar . best sangat dgn diorang ;) |
my best patnerlah masa bekerja ! |
Last day outing #
Hari last bekerja adalah hari khamis (14/3/13) , hari tu semua group 4&7 kerja shif pagi . so petang tu after salam-salam untuk kali terakhir dengan semua staf kat ospital kiteorang plan kuar g pekan kuala nerang beramai-ramai . ada expo yang sedang berlansung kat pekan kuala nerang dari 28/2/13-31/3/13 .
lepak di Myfc |
My rumate yang terkejut beruk dengan chezzieee yang meleleh habis~ sedap ! |
sempat buat terapi ion untuk buang toksik dalam badan ;) . xsangka, even aku baru berumur 21, banyak giler toksik dalam badan aku yang keluar masa buat ni .. terapi ni sangat bagus tau! trylah buat . |
masa gembira aku dan mereka ! kenangan siot ;) |
well, saja buat best ambik gambar kat sini ;) aku kan orang luar di sini. hahaha. pelancong la kononya . |
Ni gambar masa awal-awal posting kat kuala nerang ;) . |
Setiap permulaan pasti ada pengakhiran . so ini adalah cerita pengakhiran aku di kuala nerang bersama member JP 2/2010 (group 4&7) . staf nurse , jururawat masyarakat , ma , doktor semua banyak membantu . well , sampai sini je kot entri aku kali ni. yang baik itu datang dari Allah swt dan yang kurang tu datangnya dari aku sendiri .
#aku beli rantai yg org sabah tu jual, rumate aku pun beli sekali ;) , bukan terpedaya dengan ayat manis dia eh cuma aku sememangnya dah lama nak buat rantai berukir nama 'korie'
Thank sbb baca.
I LUV MY FRIENDS A LOT
Salam...saya pun penah keja sana 6 bulan. Penah duduk kat kuarters E2..ada hantu kuarters tu. Kuala nerang memang best.terutama makan kat kedai tepi sungai tu.
ReplyDeleteSalam...saya pun penah keja sana 6 bulan. Penah duduk kat kuarters E2..ada hantu kuarters tu. Kuala nerang memang best.terutama makan kat kedai tepi sungai tu.
ReplyDelete