"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Sunday, July 1, 2012

Kehadiran dia membuatkan hidupku gembira !


hye peeps !


Assalamualaikum.
Dimaklumkan yang cuti semester akhir aku untuk sem 4 dah pun tamat tempoh pada 30/6 -semalam. Alhamdullilah semalam jugak aku bergerak balik ke kolej walaupun jalan jem di highway nak ke juru. Akhrinya sampai jugak. Syukur!.



Cuti sebulan yang lepas , aku banyak habiskan masa bersama dengan ex-classmate sekolah. selain tu aku hanya menghabiskan masa dengan family . Emm, bukan setakat itu aje. kehidupan cuti aku turut diwarnai dengan kehadiran baby bunny (arnab) sebanyak 8 ekor. ! tapi mati 3 jadi tinggal 5 ekor jea.  Arnab peliharaan abang aku beranak doh masa  aku balik cuti ari tu. so sepanjang cuti ni aku banyak menghabiskan masa dengan baby2 arnab tu. mula-mula geli nak pegang sebab baby bunny tu mcm tikus jea. yuuu! geli. tapi geli2 pegang jugak sebab dah tahu yang tu bukan anak tikus tapi anak arnab. hehe. dan bila baby bunny dah start tumbuh bulu , rupanya jadi sangat-sangat comel! geram giler. rasa mcm nak buat bantal peluk jea. hahaha. aku suka la.. aku selalu pegang baby bunny dan urut kepala dia. comel sangat-sangat ! haha. aku pun xtahu kenapa aku jadi paranoid sangat dengan baby bunny .

Ini jea arnab aku yang bulunya putih sepenuhnya. memang putih suci jea kalau tengok! comel giler3. badan dia kalau pegang lembut jea. arh, rindunya. tengok cara dia baring. hahaha. kelakar !

Ini gambar dia dan adik beradik yang lain.

Sedih, terfikirkan baby bunny bila dah kembali ke kolej. xdapat la nak pegang dah. ;( semalam sebelum aku gerak balik ke kolej aku sempat usap bulu baby bunny yang berusia sebulan tu. dan aku sempat jugak kasi sayur karot dekat baby bunny dan mama bunny ! bila tengok baby2 bunny berebut gigit karot yang aku kasi tu aku rasa seronok sangat. asyik jea tengok. huhu. diorang terlalu comel ! geram. ;)

mcm budak xmatang punya ayat jea
Yang separuh putih tu baby bunny yang aku sayang sangat2!. gemuk giler. geram!

Semua dah kenyang !

Bertengek dekat mama bunny !

Xboleh tengok bunny putih ni! rasa nak picit2 jea.

Tapi sekarang,aku xboleh nak main dengan baby bunny dah. ;(. aku dah kembali ke kolej. kalau la kat kolej dibenarkan bela binatang , dah lama aku bawak arnab tu ke kolej. bukan setakat arnab, hamster pun aku nak bela.. erm. tapi malangnya semua itu sekadar impian pician aku yang xmungkin akan menjadi kenyataan. ;( .


.....


dan sekarang bukan masanya aku nak fikir pasal arnab.. Ok,sekarang sem baru sudah bermula. aku dah naik  tahun 3 semester 1 (sem 5) dan sebagai jururawat pelatih aku diberi tanda merah (peak) untuk diletakkan di bahagian bahu uniform nurse. tanda peak berwarna merah ini hanya akan diberi kepada jururawat pelatih yang sudah mencapai tahun ketiga iaitu tahun akhir. ok, perasaan aku apabila memegang status jp red peak ni memang gementar. sangat-sangat gementar dan disebabkan peak merah itu aku turut digelarkan sebagai super senior di kolej. jadi kalau posting praktikal di hospital kat mana-mana wad. semua staf nurse akan fokus kepada student senior mcm aku ni untuk assist adik-adik junior buat kerja di wad. selain itu, kalau apa-apa jea jadi dekat bahagian wad yang aku jaga tu , student red peak yang akan dipanggil dahulu even dlm masa yang sama ada je junior sem lain yang turut buat praktikal di situ. huhu. Agak mencabar sebenarnya bila pegang title student jp red peak ni. tanggungjawab aku semakin besar dan tahun ketiga ni bukan tahun untuk aku main-main. lagi selangkah lagi jea aku akan pergi ke alam pekerjaan jururawat yang sebenar.



Ok! 1st ini bukan gambar arnab lah! ini gambar aku yang sedang dipakaikan peak merah ;)

Aku harap title yang aku dapat ini aku dapat gunakan sebaik mungkin. Insyaallah. Lagipun tinggal setahun jea lagi nak belajar. lepas ni keluar ,kalau ada yang dah kenan mungkin aku akan kahwin terus. Insyaallah. haha. dah galak sangat ka? xpun. cuma aku fikir kalau ko dah jumpa jodoh kau, ko dah buat solat istikarah semua bagai. dan memang itulah orangnya. apa tunggu lagi? kahwin jea terus. tapi sebelum tu aku akan pastikan kawangan aku dan dia stabil insyaallah semuanya akan berjalan lancar. lagipun selalunya nurse2 muda ni memang selalu kahwin awal. sebab? maybe sebab jadi public figure di hospital kot. ramai makcik2 yang berkenan dekat nurse untuk dijadikan menantu. huhu. but not me. haha.



Malam ni comferm aku tengok final euro - Spain vs Italy @ 2.45am dekat tv3.
nasib baik ada geng yang minat bola dekat kolej ni. hahaha. kalau x aku sorang jea duduk dekat bilik tv asrama. huhu.


Aku harap Italy menang malam ni, biar semua penyokong tegar spain kecewa !

3 comments:

  1. dia? hahaha

    byk je dia tu

    spain lg grrr

    ReplyDelete
  2. ohh arnab.....
    ermmmm... kawan saya kata arnab ni bodoh... tol ker? hiii..
    saya tak tahan dgn bau najis arnab... perghhhhhh

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !