"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Thursday, November 22, 2012

Trip ke Melaka [ Bandar Hilir ]


Assalamualaikum


Oh, hi korang ;D

Saja buat mood mcm hepi padahal  bosan bagai hilang pedoman . ohh.. STOP!
plezz..  jangan mengadu tentang ketidakpuasan hidup yang kita lalui sekarang , cuba bandingkan kehidupan kita dekat sini dengan kehidupan rakyat gaza sekarang. menderita beb diorang kat sana ;( . Syukurlah , dengan keamanan yang kita perolehi .


Say.. Alhamdullilah to Allah swt. and let pray to PEACE GAZA !!


So korang, untuk entri kali ni adalah sambungan dari kisah aku jejalan di SELANG0R-MELAKA-KL pada cuti deepavali yang lepas. untuk pengetahuan ini adalah entri kedua mengenai trip aku ke sana ;) . Entri trip pertama boleh dibaca kat sini http://pinkexia.blogspot.com/2012/11/tasik-shah-alam-dan-uptown.html



12/11/2012 @ smile monday !
Pagi tu, dari rumah nadia di shah alam , aku gerak ke melaka dalam pukul 9am. driver kiteorang adalah mr-right nadia ;) yang sangat sporting dengan kiteorang . thank to him , may Allah bless them together.
perjalanan dari shah alam- bandar hilir melaka hampir 180 minit ,  awalnya plan nak pergi Kota A Famosa tapi sesat pergi masuk Resort A Famosa . kiteorang ingatkan Resort A famosa dekat le dengan kota a famosa tuh, rupenya idok! agak berjarak dua tempat ini, . Kota A famosa terletak di bandar hilir melaka manakala resort a famosa terletak di simpang empat, alor gajah . tapi kalau korang jejalan sekitar resort pun dah cukup best sebenarnya sebab dekat resort A famosa ni ada tarikan seperti Water World, Animal Safari, Cowboy Town, Golf dan Kelab Micro Light. mcm best tarikan ni tapi kiteorang xmasuk pun sebab kiteorang xplan pun nak datang sini. so kiteorang take U-TURN pergi ke bandar hilir melaka untuk cari kota A Famosa yang kita belajar dalam sebjek sejarah masa zaman sekolah ;)



Penat ikutt signboard > Bandaraya melaka untuk sampai ke bandar hilir dan akhirnya...


Here we are!

World heritage City okay! bukan main2 Negeri Melaka ni ;) kelas gitu haaa. sebelum sampai bandar hilir , Melaka bagi aku negeri yang biasa-biasa jea. sesudah sampai bandar hilir barulah aku terpegun dengan keunikan Negeri Melaka . It's so interesting place to visit !

Mr, Right nadia yang begitu romantika ;) haih, nadia, bila korang nak kahwin ni??

SEKITAR BANDAR HILIR MELAKA

kenalkan, ini adalah my kak yan ;) yang menemani aku selama aku trip ke selangor-melaka-kl

If i can fly .. i'll be mrs.superman ;) ,
Port utama kaki bergambar bila sampai di depan Kota A Famosa ;)

Syaifah , kak yan and me . (member kolej yg sama2 join trip )

Ini bahagian atas A Famosa , agak tinggi jugak r nak naik tangga unuk sampai ke sini . tempat ni atas bukit , so bila korang dah sampai di atas korang boleh nampak pemandangan sekitar Bandaraya Melaka . Memang xgayat! so xyah risau.

Ok, motif aku ambik gambar dengan benda ni sebab nampak best ! tapi, apa nama ntah -_- '' yg penting ini adalah sejarah! mesti cikgu sejarah aku bangga dengan aku bila dapat tahu aku datang tempat mcm ni. hahaha.

Bebudak Ini tengah menari tarian Gangnam style -Psy . dah ok , tapi sayang. tak seksi ! haha -_-''

 Paderi ?. -_-''

Cederamata yang dijual sepanjang jalan di A Famosa . tapi kat sini harga up sikit.  -_-'' apo keno ejang??

Tudia ! Taming sari dah naik ;) . Bendaalah yang aku tunjuk tu adalah menara taming sari  


Sedikit Info mengenai Menara Taming Sari

Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.-Wikipedia



Medan Samudera , lokasi betul-betul di hadapan muzium samudera dan kapal kayu ;) . kat sini adalah syurga membeli belah untuk para pelancong ! baju i luv melaka , beg , keychain dan banyak lagi r cederamata melaka yang dijual disini. HARGA kat sini memang murah dari kedai cederamata yg lain ;) . so kalau nak beli cederamata melaka sekitar bandar hilir , beli jea kat sini k. i suggest ni.

Makanan yang paling popular kat melaka ! asam pedas ;)

KAPAL KAYU SAMUDERA DAN MUZIUM SAMUDERA

Ada kisah menarik semasa aku masuk dalam kapal ni, tapi xboleh nak dedahkan kat sini , nanti kena tangkap dengan polis. hahaha ;)

Adus, termasuk pulak gambar minah salleh ni ! huhu.  sebenarnya nak tunjuk yg dekat sini memang ramai pelancong dari luar negara ;) .
Muzium samudera yang berlokasi dalam kapal kayu ;) . memang exklusif !

Aku yang keseorangan di dalam kapal kayu ! semua kekawan aku xnak masuk ;l huhu, aku jea yang excited nak masuk semua tempat yang aku nampak . hehe. tembam giler kan aku sekarang?? -_-''

Bergambar dengan klon Hang Tuah. mcm M.Nasir dlm iklan kit-kat. ;)

 kapten ? .suruh orang ambikkan gambar ni . thank untuk org tu ;)

Pandangan sisi

Ini pun muzium samudera tapi muzium ini terletak di bahagian luar kapal kayu tadi .

Kiteorang berpiknik di sebelah luar kapal kayu ;) Bihun goreng. homemade dari nadia . sedap seys! nadia buat sekali dengan sambal kelantan , perh! memang Ummp!

Lepas makan, bergambar bersama ;) . Yang seluar putih tu le, nadia! kenalkan ;) .

Sekitar bandar hilir tu memang banyak tempat menarik yang boleh didapati , semua tertumpu pada satu tempat dan korang hanya perlu berjalan kaki untuk ke satu tempat ke satu tempat yang lain . dan untuk pengetahuan , dekat bandar hilir popular dengan pengangkutan beca so korang boleh naik beca kalau nak round bandar hilir. Becanya sangat menarik untuk dinaiki ;) . sangat mesra pengguna. so kalau korang datang sini jangan lepas menaiki beca bandar hilir melaka !. i suggest u .



Lepas penat berjalan sekitar bandar hilir , Mr right nadia tanya nak g mana lagi . aku nak ajak diorang ni naik menara taming sari tapi diorang semua xnak naik . xkan aku nak naik sorang2? grrr. sedih T_T tapi xpeala. lain kali jeala aku naik, aku dah buat perjanjian dengan negeri melaka yang aku akan naik menara taming sari suatu hari nanti. promise!. haha ;D . so lepas tu berangkat balik dari bandar hilir .


Sebenarnya , bihun yg kiteorang bawak tu nak makan dekat tepi pantai ,kononya nak berpiknik tepi pantai ala-ala santai gitu r, tapi dah terpesong pergi jalan-jalan dekat bandar hilir dulu so xjadi la plan nak makan tepi pantai tu , tapi kiteorang semua tetap nak pergi pantai sebabnya nak mandi pantai petang tu! sebab semua dah prepare baju persalinan  dari rumah ;) . TAPI , Mr. Right nadia xthu jalan nak g pantai sekitar melaka tu , n nasib baik aku teringat yang nset aku ada GPS, so guna gps untuk pergi ke Pantai Tanjung Bidara .Katanya pantai tu cantik -_-''


Thank to GPS, akhirnya kiteorang sampai di Pantai Tanjung Bidara. Err.. seronoknya dengan bunyi ombak laut ;) tapi! xdapat nak mandi sebab kiteorang sampai sana pada pukul 7.30pm. dah gelap. n mana ada orang mandi time malam2x kat pantai . bahaya ! tapi aku tetap berdegil nak mandi kat situ , huhu. tapi tetiba dalam kepala aku terfikir pasal filem hantu air so xjadi terus nak mandi. haha. gilerrr -_-'' takut siak !


Kiteorang just berhenti dekat pondok di tepi pantai untuk singgah makan kat situ. makanan semua dah dibeli dekat pasar malam berdekatan . bungkus ! . semua bungkus nasi kerabu, kelantan ! perhh! rasanya memang mantap . aku memang pengemar nasi kerabu ;) .Lepas makan singgah resort kejap untuk solat, tetiba mr.right nadia beri cadangan untuk tidur kat resort semalam, so esok pagi boleh mandi pantai .


Diorang semua tanya pandangan aku .. n aku.. On jea ;). haha. sebab nak mandi pantai punya kes !!



Check in resort dalam pukul 8.30pm . dalam pukul 9.30pm kiteorang keluar g bandar hilir untuk menikmati pemandangan waktu malam bandar hilir melaka . perjalanan dari pantai tanjung bidara ke bandar hilir mengambil masa 30 minit yo!! tapi disebabkan mr.right nadia bawak kereta macam drif pelesit so sampai lagi cepatlah .



Keluar malam tu , keteorang parking kereta dekat menara taming sari . tapi menara dah tutup time tu , so just menikmati pemandangan kat situ jeala . g jalan-jalan kat pasar depan tu beli cencalok untuk emak ;) . xsabar nak rasa cencalok balik rumah nanti.




Peace! aku nampak bas ni siang tadi.. mcm best jea naik bas ni ;) . nantilah datang lagi sekali .


Ada Insiden paling bangganglah yang berlaku pada hari tu.. masa kat bilik resort , masa aku keluarkan pakaian untuk aku mandi pantai pagi esok aku baru perasan yang sebenarnya aku xbawak seluar . memang gelabah biawak la aku . grrr. gila xmandi esok pagi ! mestilah nak mandi n nasib baik malam tu kiteorang keluar so aku pergi la beli seluar untuk guna mandi pagi esok. hoho . padahal aku yang semangat lebih nak mandi pantai . last2 aku yang tertinggal seluar. grrr. memang dasar cii korie!! huhu.



Malam tu berakhir dengan kepenatan yang amat sangat . memang sakan berjalan di bandar hilir, melaka. Simpan tenaga untuk mandi pantai esok . aku nak tengok matahari terbit masa pagi esok di tepi pantai. so memang excited giler nak tunggu esok pagi ;)



k, sambungan tunggu next entri !


To be continue







#Gambar asli , aku malas nak edit -_-''

6 comments:

  1. oh melaka!
    aritu first time pegi melaka.
    time tu buat lawatan industri kat infineon technologies ngan deutsche technoplast kat batu berendam.
    bajet pastu nak jalan2 kat dataran pahlawan, tapi xjadi. huhu.

    ReplyDelete
  2. waaa melaka dh berubah ... lama tak pergi melaka sbnrnnya... have fun..

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tunggu entry mandi pantai ni...mesti banyk gambo seksi..'ekekekek..

    akak dah lama tak kemelaka..
    rasanya dah banyak yang berubah la kot..kan??

    ReplyDelete
  4. syoknya cik korie jalan2. hehe. yang taming sari naik tak?

    ReplyDelete
  5. ohh yer.. leeza dah tukar kpd domain.
    url dh beza.
    mohon tukar kat bloglist erk..

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !