"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Tuesday, February 11, 2014

Preview Filem Kami Histeria


Kami Histeria dibintangi oleh sara ali , mila jirin , diana danielle,umie dan nad zainal

Hampaa sehat ka? harap ampaa semua sehat belaka la noh..
Tetiba terasa mcm nak sepekeng utaqa la plak bila tergugat dengan watak cik lang dalam filem ' kami histeria ' tadi .

hari ni aku cuti , so apa lagi . jalani hidup seperti dunia ni aku yang punya. lepaking, jejalan kat luar, layan wayang seperti biasa . kali ni memang dah lama aim nak tengok filem kami histeria sejak aku tengok trailer filem kuar kat tv . mana xnya, semua barisan pelakon yg membintangi filem ni memang layan jiwa aku beb .siyes , sangkaan aku untuk filem ni sebelum menonton memang tinggi menggunung sebab filem ni hasil dari 'red film' diorang punya filem memang sesuay sgt dengan jiwa aku .buat aku xsabar xsabar xsabar nak tengok !. sebab tu bila cuti je terus aku ngadap panggung!.


Aku tengok wayang tadi di GSC cinema di Timesquare,KL . walaupun xramai yang menonton di wayang tadi tapi panggung tetap kecoh sebab kiteorang semua xhenti-henti nak menyumpah sebab terlalu 'asyik' dengan pembawaan setiap watak . watak mila buat aku nak tarik hidung dia jer . gedik giler ! thump up untuk lakonan mila jirin yg pertama ! siyes menjadi sgt !, watak sara ali memang degil giler , sempoi nak mampus. just as usual mcm filem-filem lakonan dia yang lain tapi kali ni degil dia lebih sikit, aku suka ;) . watak jojo memang menyerikan lagi kumpulan kami histeria sebab pembawaan dia ala-ala boyish buat group KH ada keunikan sendiri .Part masa dia main game konon mcm real tue memang ohsem sgt ! grafik filem ni gempak weh . Watak peanut yg membisu sepanjang cerita dan asyik makan kitkat  buat aku nak sangat dengar suara nad zainal dan buat aku nak simpan cekelat kitkat dalam poket setiap masa #boley? . aku rasa mcm nak histeria sebab xdapat dengar  suara nad zainal dalam filem ni.. haha. memang mcm bangang je watak nad zainal ni sebab berlakon hanya buat mimik muka jaa.. oii~ sabar je aku ni tadi . rasa mcm nak pinjamkan suara aku je kat dia bagi dia cakap sikit. haha. watak laila lakonan  diana danielle as vocalist band memang mantap , sebab aku xsangka si diana boleh menyayi ala-ala avril lavinge pujaan hati ni, so memang aku suprise . suara diana sedap ! lagu muzik mmg catchy gila. watak cik lang lakonan fazura memang perencah utama dalam filem ni . fazura memang xpernah mengecewakan aku dengan setiap watak yg dia bawa dalam filem ;) . xsangka mulut fazura besar jugak sebab boleh sumbat semua kitkat saiz  besar sekaligus dalam mulut , lahap jugak ciklang ni makan.baguihh sgt noh ! 4 bintang cek bagi kat watak cik lang ! .


So apa lagi .. filem tempatan yang macam ni la yang aku nantikan . serius, memang layan dan catchy dengan jiwa ni. lepas habis menonton kami histeria aku rasa mcm nak tonton sekali lagi jer filem ni sebab nak gelak lagi. hehe .


Tadi lepas filem kami histeria aku tengok filem Robocop pulak , tahu x . bertapa best sangat filem robocop tu sampai aku tertidur dalam panggung~ haha. seriusly aku nak cakap robocop bosan ! dah la cerita dia asyik nak bela negara amerika jaa. oh shitt~ mcm haram walaupun aku tengok dekat panggung maxx GSC yang bapak besar tu ttp xmenarik perhatian aku . nak muntah aku tengak paru-paru dan kepala bersama otak je yang tinggal .


Ok bye !.
esok start keja balik .. oh stresss .


2 comments:

  1. 1st day citer robocop kuar aku dah g ngan husband aku.. nak sangat tengok kitorang amik midnight... aku baru pas shift petang memang dah ngantuk gilerla.. tak berapa best..
    ko mendorong aku nak cari cerita kami histeria pulak lah..

    ReplyDelete
  2. macam best je macam best je! nak tengok jugak hari tu, tapi tertengok cerita lain. haha :D

    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete

Ask me anything , i will reply as soon as possible . xoxo

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !