"Just live your life . Pedehal dengan kata-kata manusia . .

Showing posts with label Khairul Fahmi Che Mat. Show all posts
Showing posts with label Khairul Fahmi Che Mat. Show all posts

Saturday, November 19, 2011

Malaysia Layak Ke Peringkat Akhir Sukan Sea 2011 !


MALAYSIA 1

VS

MYANMAR 0

Perlawanan separuh akhir Sukan SEA 2011 antara Malaysia dan Myanmar sedang berlangsung sekarang ! Buka TV3 sekarang !


Perlawanan live Malaysia vs Myanmar boleh disaksikan di Astro Arena 801 dan TV3 jam 5.00pm waktu Malaysia, 19/11/2011 atau boleh juga live streaming Malaysia vs Myanmar melalui twitter dengan hashtag #Malaysia atau #Myanmar atau online live streaming @ RTM live.


Keputusan Terkini : Malaysia-1 Myanmar-0

5.25PM
# Serangan bartalu-talu dari pasukan Myanmar sangat membahayakan!  Grhhh!

5.47PM
#Masa pertama tamat.. keputusan kekal sama

6.00PM
#Separuh masa kedua bermula

.6.48PM
Pemain Malaysia Fakhri berjersi 13 menyumbat gol pada minit ke 85
..
6.50PM
Separuh masa kedua tamat .. 3 minit tambahan diberi !

6.57PM
Malaysia Juara ! dengan mata Malaysia 1 Myanmar 0 (Separuh akhir)



Malaysia layak ke Perlawanan Akhir !


YAHOOOOOOOOOOOOOOO!!!  

CAYALAH HARIMAU MUDA


Khairul Fahmi dikatanya Goalkeeper Indonesia



Kesilapan yang dilakukan akhbar The Sun hari ini. Khairul Fahmi dikatanya goalkeeper Indonesia pada perlawanan  Malaysia menentang Indonesia peringkat akhir kumpulan A (Sukan Sea) pada 17/11/2011 yang lalu.

Aku tahu berita ini daripada fesbuk ! yoo.. agak-agak r nak silap tulis pun.. adoi hai.. dah la Indonesia dan Malaysia xberapa nak kamcing.. #boohs# btw, aku rasa kesilapan ni agak besar jugak r sebab terbitan dari surat khabar.. waduh.. hang buat naya anak orang nih.. shame! shame! kesian..  For the writter open ur eye widely.. read this.. Khairul Fahmi Che Mat is Malaysian Goalkeeper NOT Indonesian Goalkeeper !! Oraight!


# Kesilapan cetak yang mengundang publisiti !


 Nak baca pendapat hangat orang lain mengenai isu ini ----> Oh Media!


Friday, November 18, 2011

Jadual Harimau Muda di Sukan Sea ke-26 2011

Jadual Perlawanan Skuad Bola Sepak Sukan Sea ke-26 2011
Jadual Perlawanan Skuad Bola Sepak Sukan Sea ke-26 2011

Setelah pasukan Malaysia menjuarai kumpulan A dengan mengalahkan Skuad Indonesia semalam dengat mata Malaysia 1 Indonesia 0. Skuad Harimau muda akan terus mara ke pusingan separuh akhir .. Skuad Harimau Malaya akan bertemu dengan Naib Juara  Kumpulan B iaitu Myanmar pada 19 November 2011 4pm di Stadium Gelora Bung Karno.

So.. aku memang xsabar nak tengok ni! semangat terus membara.. Skuad Harimau Malaya  go go !!
Serlahkan semangatmu! I always support tigers!



Senarai Pemain Skuad Harimau Muda pada perlawanan Malaysia vs Indonesia (17/11/2011)

Malaysia 1-0 Indonesia

Penjaring Gol: 18 Syahrul Azwari Ibrahim (17')
1 Khairul Fahmi Che Mat, 2 Mahali Jasuli, 4 Mohamad Fadhli Mohd Shas, 6 Asraruddin Putra Omar, 7 Mohd Irfan Fazail (11 Gurusamy Govandar Kandasamy 59' ), 10 Baddrol Bakhtiar, 14 Izzaq Faris Ramlan, 17 Mohamad Fandi Othman, 19 Wan Zaharulnizam Wan Zakaria (18 Syahrul Azwari Ibrahim 14'), 21 Muhd Nazmi Faiz Mansor (13 Ahmad Fakri Saarani 79'), 24 Mohamad Muslim Ahmad

Simpanan: 3 Mohd Zubir Mohd Azmi, 8 Abdul Shukur Jusoh, 9 Thamil Arasu Ambumamee,  11 Gurusamy Govandar Kandasamy, 13 Ahmad Fakri Saarani, 15 Mohammad Amer Saidin, 18 Syahrul Azwari Ibrahim, 20 Mohd Izham Tarmizi, 28 Yong Kuong Yong

Senarai Akhir 20 pemain ke Sukan SEA 2011
Penjaga Gol: Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Izham Tarmizi Roslan

Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohammad Fadhli Mohd Shas, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Asraruddin Putra Omar, Muhammad Amer Saidin, Mohammad Muslim Ahmad, Mohamad Fandi Othman.

Tengah: Mohd Irfan Bin Fazail, Mohammad Nazmi Faiz Mansor, Gurusamy Govandar Kandasamy, Baddrol Bakhtiar, Yong Kuan Yong, Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria, Abdul Shukor Jusoh.

Penyerang: Thamil Arasu A/L Ambumamee, Ahmad Fakri Saarani, Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Farris Ramlan.

Digugurkan : Muhammad Zamir Selamat, Mohammad Aziz Ismail, Muhammad Syazwan Tajuddin, Wan Zack Haikal Wan Nor, Gary Steven Robbat, Mohd Izuan Solahudin dan Ruben Thayaparan Kathrilla

Nota:
Wan Zack Haikal Wan Noor (buku lali/ankle) dan Gary Steven Robbart (hamstring) digugurkan akibat kecederaan

Muhd Nazmi Faiz dipanggil dari tugas AFC U19 di Vietnam sebagai langkah persediaan akibat kecederaan Gary. dan tiba di Kuala Lumpur November 2, 2011

Baddrol Bakhtiar dilantik sebagai ketua pasukan dan Khairul Fahmi Che Mat sebagai penolong ketua pasukan.

Baddrol Bakhtiar, K. Gurusamy, Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, Asraruddin Putra Omar, Ahmad Fakri Saarani adalah pemain pemenang pingat emas Skuad Sukan SEA 2009.



Saturday, August 6, 2011

6 Ramadhan : Aku Jumpa lelaki persis Khairul Fahmi Che Mat




Salam.. Alhamdullilah kehadrat Ilahi kerana tumpah dan nikmatNYA masih kita rasai..


  • Ok..aku sekarang berada di kolej.. pukul 5.30 pm tadi aku sampai.. My bro boroi* aku yang hantar.. thank abg boroi*.. hahaha.. jasamu tetap ku ingati ok.. moga perutmu sentiasa dinternak dengan makanan yang sihat ok. =_=


  • Tadi si bro ada singgah sebentar di pekan Jenun.. ambil kawan dia.. siapakah? his name is Fxxxx. (sensored* ).. dah lama aku xtengok si dia selepas kiteorang satu family pindah ke Penang.. wah.. dasyatnya dia sekarang.. rupa persis seperti Khairul Fahmi Che Mat yang dikatakan ada skandal dengan dahlia teck.. Wah.. juling lurus aku bila terpandang muka yang persis mcm kfcm.. =_= last-last bila si dia masuk kereta mulut aku ni mcm ada emas jea.. sepatah haram xcakap.. huhuhu.. y? sebab segan kot?  maybe... =_= hahaha.. xpea.. kalau ada jodoh kita jumpa lagi.. k



  • Hari ni berbuka dekat kolej.. tetiba masa berbuka tadi teringat dekat family di rumah.. baru je berpisah beberapa jam dah teringat.. =_= huhu.. biasa la kan.. anak mesti teringat dekat mak dan bapak dia kan?.. hurm.. hope diorang sentiasa sihat.. Aku bawak balik sambal belacan Penang mari ke kolej.. banyak giler.. perhhh.. berasap tadi aku makan.. grrr =_= giler best! terbaik dari mak aku.. Stok sambal belacan tu dan aku simpan 3 minggu sebelum balik raya nanti.. wahh.. so hari-hari lepas berbuka memang tangan aku berbau belacan la nampaknya =_=. xpew.. sabun pewangi baju kan ada?.. haha.. belasah jea.. 



Nota Jjinbbang: Esok dah start belajar.. pagi esok comperm aku sampai lewat ke kelas.. 


Tuesday, August 2, 2011

Khairul Fahmi Che Mat (KFCM) dituduh Kaki Perempuan


Selepas kita mendengar jawapan daripada Elia yang menyatakan tidak tahu menahu perihal putus tunang isu terus berbangkit kerana Apek telah menjawab 10 soalan daripada Murai.com secara jujur dan penuh keyakinan, sekali lagi siapa yang betul sebenarnya ini? Diharap mereka boleh menyelesaikan masalah ini secara aman. Jom baca 10 jawapan hari ini dari Apek @ Khairul Fahmi Che Mat:
apek dengan 10 jawapan balas (Esklusif) 10 Jawapan Khairul Fahmi Mengenai Keputusan Putus Tunang Dengan Elia!
1. Keputusan Nekad Putus Tunang
“Sebenarnya keputusan saya mahu putuskan tali pertunangan dengan Elia, bukanlah keputusan yang dibuat secara terburu-buru. Saya sendiri sudah pun berbincang dengan keluarga saya. Malah, saya sendiri ada menghubungi Elia untuk berbincangkan tentang keputusan penting ini
Namun, Elia seakan tidak memberikan sebarang kata-kata sama ada mahu atau tidak. Dia memberikan tanda tanya kepada saya. Terpulanglah jikalau dia mengatakan saya tidak ada berbincang dengannya.
Insya Allah, dalam masa terdekat ini keluarga saya akan datang berjumpa dengan keluarga dia untuk mengesahkan perkara ini dengan lebih rasmi. Apapun, saya memohon maaf andaikata keputusan ini menyinggung hati banyak pihak. Saya merasakan ini adalah keputusan yang terbaik buat Elia, saya, keluarga dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung atau tidak.
2. Tiada Kena Mengena Orang Ketiga
Sudah pun saya jelaskan sebelum ini, keputusan putus tunang tiada kena mengena dengan orang ketiga. Apatah lagi dengan wanita yang bernama Dahlia itu. Saya mengaku memang saya berkawan dengan Dahlia. Namun hubungan saya tidak lebih sebagai abang dan adik. Lagi pun, Dahlia adalah kawan sekampung saya. Umur dia baru saja 18 tahun. Saya pun rapat dengan famili Dahlia dan menganggap mereka sebagai keluarga angkat.
Minta maaf semua kerana saya tak boleh nak jelaskan lebih panjang tentang kes orang ketiga ini. Saya takut, jika makin saya buka mulut perkara yang tidak sepatutnya diketahui umum tersebar tanpa pengetahuan saya. Malah, saya tak mahu orang berprasangka buruk lagi terhadap kami berdua. Cukuplah sampai di sini saja. Saya tak mahu aibkan orang. Biarlah saya telan sendiri kepahitan yang menghantui diri saya ini. Apapun, saya berterima kasih kepada pihak yang mengambil berat tentang diri saya terutama sekali pihak media.”
3. Tuduhan Dirinya Sebagai Kaki Perempuan
“Sebaik saja saya mendengar dakwaan tentang saya ni kaki perempuan, saya nak tergelak dan tertanya-tanya bagaimana cerita sebegini boleh tersebar. Setiap hari, jadual saya sibuk dengan latihan bola sepak sehinggakan saya tiada masa untuk bersosial bersama dengan rakan-rakan rapat. Sampaikan saya tiada masa untuk pulang ke kampung. Malah, bila saya diberikan cuti, saya lebih gemar pulang ke kampung dan berehat bersama keluarga di Kelantan.
Tentang gambar-gambar saya dengan perempuan yang tersebar itu, saya hanya boleh cakap, ada antara wanita dalam gambar itu saya sendiri tak kenal siapa namanya melainkan dia adalah kawan saya. Saya cuma tahu wanita-wanita itu adalah peminat saya yang menyokong karier saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Saya boleh mengaku, adakala saya keluar dengan teman perempuan lain selain Elia tetapi waktu itu saya keluar beramai-ramai bersama kawan saya yang lain. Mungkin, jika ada orang ternampak saya keluar berdua saja kerana waktu itu kawan saya yang datang bersama pergi ke tempat lain. Jadi, ia secara kebetulan saja. Apapun, salah ke saya ni nak keluarga berbual dengan perempuan. Sebagai umat Islam, saya tahu batas pergaulan lelaki dan perempuan.
4. Isu facebook
Disebabkan terlalu sibuk, saya sendiri tiada masa untuk mengemas kini facebook saya. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini facebook saya tidak lagi diaktifkan bukanlah kerana saya. Saya sendiri tak tahu akaun saya sudah tiada lagi. Apa yang saya tahu, akaun Facebook saya sudah pun dihacked.
Jadi, saya minta kepada semua penyokong saya, agar jangan terlalu mempercayai apa yang tertulis di ruangan facebook itu. Sekarang ini, saya masih belum berkesempatan untuk membuat akaun baru. Insya-Allah, bila masa sesuai, saya akan mewar-warkan pada semua tentang akaun facebook saya yang baru.
5. Tidak Menjawab Panggilan Telefon Dari Elia
Saya tidak pernah sekali pun mengelak panggilan telefon dari Elia. Mungkin jua, masa dia menelefon saya waktu itu, saya sedang sibuk dengan latihan dan perbincangan. Terus-terang, komitmen saya makin besar. Mungkin, apa yang Elia sampaikan itu adalah salah faham saja. Sebelum saya membuat keputusan menghubungi media Jumaat lalu (29 Julai 2011), saya memang ada menelefonnya.
6. Campurtangan Pihak Keluarga
Untuk memilih siapakah yang bakal menjadi suri dalam hidup kita perlulah menitik beratkan banyak perkara. Jadi, saya tidak boleh pentingkan diri sendiri. Sungguhpun saya dah berkahwin nanti, sebagai lelaki, tanggungjawab saya lebih besar pada keluarga.
Memang benar, apa yang berlaku sebelum ini ada melibatkan campurtangan dari kedua-dua belah pihak. Namun, biarlah saya seorang saja yang tahu. Sekali lagi, saya tak mahu mengaibkan orang lain. Saya hanya mampu melafazkan terima kasih kerana mereka sangat mengambil berat tentang saya.
7. Berpegang-tangan, berikan kasut dan kereta lama kepada Dahlia
Semua tuduhan ini adalah fitnah semata-mata. Saya tidak pernah membuat semua perkara ini. Malah, saya bukanlah kekasih baru Dahlia atau pun Sugar Daddy kepada Dahlia. Saya tidak pernah membelikannya kasut baru. Malah, saya sendiri tak ada pun memberikan kereta lama saya pada Dahlia. Kereta itu ada pada kakak saya dan kereta tersebut adalah kereta lama saya sebelum saya beli kereta baru. Kereta itu pun atas nama kakak saya bukan saya.
8. Sudah Lupa Diri
Sebagai hamba Allah, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Jika benar orang mendakwa dan lihat saya ni sudah lupa diri, saya minta maaf. Namun, sebagai manusia yang ada pendirian, saya rasa saya masih lagi Apex yang dulu. Insan dicipta tidak sempurna. Adakala manusia tidak sedar adakah perkara itu benar atau pun salah. Kadang-kala perkara itu benar bagi saya tetapi tidak bagi orang lain.
Apa yang saya tahu, saya bukan Apex yang dulu sebab kini ramai yang yang mual kenali diri saya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab yang diberikan kepada saya. InsyaAllah, saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaiknya. Namun, saya tahu bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Apa yang saya boleh lakukan, hanya melakukan sesuatu yang boleh mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi.
9. Gila Glamor dan Cari Publisiti Murahan
Saya bukan gila glamor dan cari publisiti murahan. Apa yang saya peroleh sekarang ini adalah hasil penghormatan ikhlas dari anda semua. Saya tak pernah pun terhegeh-hegeh untuk cari populariti. Saya hanya laksanakan tugasan saya sebagai penjaga gol kebangsaan.
Keputusan putus tunang ini pun diberitahu media kerana saya tahu, media adalah orang terdekat yang boleh memberitahu kepada semua orang cerita sebenar saya. Saya mahu berlaku adil pada diri saya, keluarga saya, keluarga Elia dan semua penyokong saya.
10. Memohon Maaf
Saya masih belum berjaya lagi. Saya masih lagi berusaha untuk menjadi terbaik. Kalau boleh saya mahu cipta sejarah baru. Apapun, saya tidak akan lokek untuk meminta maaf andaikata perkara yang berbangkit ini datang dari kesilapan saya. Mungkin, waktu itu saya tak sedar apa yang saya katakan sebelum ini membuatkan hati orang lain terluka. Saya hanya mampu meminta maaf. Tak kisahlah sebesar zarah seseorang itu melakukan kesalahan, sebagai makhluk yang dicipta Allah, meminta maaf adalah jalan terbaik.Saya harap, semua dapat terima dengan segala penjelasan ini.
Selepas ini, saya mahu terus berbakti kepada negara dan mahu lebih fokus pada karier. Namun, saya tahu saya tak boleh lari dari berkongsi kisah peribadi saya. Insya-Allah, jika perlu saya akan berkongsi. Kepada pihak media yang lain, saya mohon maaf kerana tidak dapat memberikan kerjasama. Saya terharu dengan keprihatinan anda semua. Saya tahu, anda semua hanya melakukan tugasan anda. Kalau saya ditempat anda, mungkin jua saya melakukan perkara yang sama. Sekali lagi, saya minta maaf kepada semua dan terima kasih kerana menyokong saya tanpa putus.


Nota Jjinbbang: Ingatkan pasangan loving couple ni bley jadi  Beckam dan Victoria Malaysia.. dah macam kisah mawi dan Ina la plak.. 

Disclaimer!

Maklumat yg terkandung dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sahaja melainkan dinyatakan sebaliknya yang disertakan dengan rujukan. Sebarang persamaan dgn mana-mana individu sama ada yg hidup ataupun mati adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan. Sebarang penggunaan artikel atau foto peribadi penulis adalah TIDAK dibenarkan kecuali dengan syarat artikel dan foto tersebut dipautkan (backlink) ke laman entri asal. Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang impak negatif yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman blog ini.

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
copyrightreserved.

Target selepas 3 bulan bekerja !